You are on page 1of 5

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA.

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan
bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi
kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam
melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan
bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan
seperti bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan
simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif
juga menampakkan keindahan dan seni dalam dalam bahasa Melayu. Keindahan bahasa yang
digunakan semasa aktiviti seni bahasa nin dapat membantu murid memantapkan lagi kemahiran
berbahasa mereka.





Objektif Aspek Seni Bahasa.

Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan :


i. menyebut dan memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui
nyanyian dan gerak laku secara didik hibur.


ii. mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara
didik hibur.


iii. mengujarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa badan dengan kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.


iv. melafazkan pantun empat kerat menggunakan bahasa yang indah
denagn intonasi yang betul dan memahami pantun secara didik hibur.

Standard Pembelajaran Seni Bahasa.

4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik
hibur.

4.1.2 Memahami perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian dan
gerak laku secara didik hibur.

4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang jelas, intonasi yang betul
tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur.

4.2.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.

4.3.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif
melalui lakonan secara didik hibur.

4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara
didik hibur.

4.4.2 Membina pantun empat kerat secara terkawal dan melafazkannya
dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas secara didik hibur.



















CONTOH RPH

CONTOH P&P BAHASA MELAYU TAHUN SATU
ASPEK SENI BAHASA
Tema KEBERSIHAN
Tajuk Alam Sekitar Kita


FOKUS UTAMA

Standard Kandungan

4.3

Mengujarkan bahasa yang indah
dan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur.


Standard
Pembelajaran

4.3.1

Mengujarkan dialog dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan jelas tentang
sesuatu perkara melalui lakonan secara
didik hibur.


FOKUS
SAMPINGAN

Standard Kandungan

2.3

Membaca kuat pelbagai bahan bacaan
dengan lancer, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.


Standard
Pembelajaran

2.3.2

Membaca kuat ayat tunggal dan ayat
majmuk dengan lancar, sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul mengikut tanda
baca.



OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas melalui lakonan secara didik hibur.
2. Membaca kuat ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar,
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda
baca.



PENGISIAN
KURIKULUM
1. Ilmu: Alam Sekitar, Sains dan Pendidikan
Moral. Nilai: Berani, Kasih Sayang,
Bertanggungjawab
2. KBT: Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik, Visual
Ruang, Kinestatik, BCB
SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Kata Seru, Kata Tanya,
Kata Tugas
MEDIA Tayangan video/gambar, kad perkataan, kad gambar, lampiran

AKTIVITI PENGISIAN
KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1
1. Guru menayangkan
tayangan video tentang keindahan
alam semula jadi.
2. Murid menyatakan
perasaan berdasarkan gambar
tayangan video yang ditayangkan.
3. Guru menyenaraikan
perkataan yang diluahkan oleh
murid pada papan tulis.
4.

Kontekstual perkaitan



KB : Menjana idea
Nilai: berani, prihatin,
menghargai

Tayangan
Video/Gambar

Perasaan: Suka,
cantik, segar, bersih,
sayang, gembira,
syukur
Langkah 2
1. Guru mengedarkan
lampiran yang mengandungi
dialog yang didengar dan
membimbing murid membaca
dialog tersebut dengan sebutan
dan intonasi yang betul
2. Guru memperdengarkan
rakaman dialog melalui pita
rakaman yang dimainkan.
3. Guru bersoal jawab
tentang dialog yang didengar.
4. Murid diminta membaca
dialog mengikut intonasi yang
didengar melalui pita rakaman.
5. Guru membimbing murid
mengayakan aksi (memek muka,
bahasa tubuh dan ekspresi muka)
berdasarkan dialog.










Nilai:
Bertanggungjawab
Keberanian
Kasih sayang
Kemahiran berfikir
Hubung kait
Kajian masa depan

Lampiran 1
Dialog
Langkah 3





1. Guru meminta murid
memilih watak yang terdapat
dalam dialog.
2. Murid diminta
mengujarkan dialog berdasarkan
intonasi serta menggayakan aksi
secara berkumpulan atau
berpasangan.
3. Guru meminta murid
berlakon mengikut dialog yang
diberi.
4. Murid berlakon mengikut
dialog sambil menggayakan aksi
dan memek muka yang sesuai.
5. Lakukan aktiviti lakonan
ini secara bergilir-gilir.
6. Guru bersoal jawab
tentang bahasa badan yang
ditunjukkan oleh rakan dalam
lakonan tersebut.
Teknik Main Peranan
Nilai: Kebernian
Kerjasama










Teknik soal jawab
Lampiran 2
-kad gambar
Langkah 4
1. Guru mengedarkan
lembaran kerja kepada murid.
2. Murid memadankan frasa-
frasa untuk menjadi ayat.
3. Murid diminta membaca
ayat yang telah dibina dengan
sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai.

Lembaran Kerja 1

You might also like