You are on page 1of 8

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PEELAJAR : MUHAMAD FAKHRUDDIN BIN SUBANI / ABU BAKAR BIN


ISMAIL
PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SETAPAK
NAMA PROJEK : MURAL DINDING (I-THINK)
TEMPOH PELAKSANAAN : 1 MINGGU (14 JULAI 18 JULAI 2014)

OBJEKTIF :
1. Memberi pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada guru pelatih untuk
melaksanakan sesuatu projek .
2. Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-
guru pelatih dan warga sekolah.
3. Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala
kemahiran yang telah dipelajari di IPG .
4. Memberi peluang kepada guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan
aktiviti di sekolah.
5. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab guru pelatih
dalam program yang dilaksanakan.

PELAKSANAAN
1. Pada 18 Julai 2014 kami telah memulakan projek mural dinding i-think.
2. Kami telah mengecat dinding dengan warna putih sebagai asas sebelum
mengecat semula dengan warna kuning.
3. Kami telah melukis mural berpandukan template i-think yang telah di draf
sebelum projek dilaksanakan.
4. Empat peta i-think telah di lukis pada dinding di blok Pendidikan Khas.
5. Projek lukisan dinding berjaya diselesaikan dalam masa seminggu mengikut
perancangan guru pelatih.

REFLEKSI

1. Kekuatan projek :
Projek ini dapat membantu murid dan guru lebih memahami peta i-think yang
sedang di amalkan semasa proses pengajaran. Secara tidak langsung murid
boleh membaca dan melihat peta yang telah dilukis di dinding. Antara kekuatan
lain semasa kami mengendalikan projek ini ialah mural ini dapat dilaksanakan
dengan baik dan tersusun. Selain itu, kami banyak berkomunikasi dengan guru
untuk mendraf peta i-think sebelum memulakan projek mural ini. Kami juga telah
meminta nasihat dan tunjuk ajar berkenaan peta i-think bag mengelakkan
berlaku kesalahan semasa melaksanakan mural ini.


2. Kelemahan projek :
Antara kelemahan yang boleh kami simpulkan ialah, kami mengambil temph
masa lebih dari perancangan yang telah di buat iaitu selama 5 hari. Kami
mengambil masa 7 hari untuk menyempurnakan projek lukisan mural ini.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Guru pelatih perlu membina jadual pelaksanaan serta mengikut segala
perancangan yang telah dilakukan.
2. Guru pelatih boleh mencantikkan lagi lukisan mural i-think dengan idea yang
lebih kreatif supaya dapat menarik perhatian murid.




Gambar sebelum


Gambar semasa



Gambar selepas projek

You might also like