You are on page 1of 6

Draf Asas Perlembagaan

Draf Perlembagaan Asas Penubuhan Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi Di Sekolah


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMPARULI
89259 TAMPARULI, SABAH

PERLEMBAGAAN KELAB/PERSATUAN/UNIT BERUNIFORM/KOPERASI
1. MATLAMAT
1.1. Membantu, mendedah dan memperkenalkan kemahiran, pengetahuan, pengalaman dan
bakat kendiri pelajar dalam bidang ilmu kepolisan.
1.2. Memenuhi keperluan kegiatan kokurikulum sekolah bagi merealisasikan misi dan
visi sekolah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelbagai kemahiran,
khususnya kepimpinan di kalangan pelajar.
2. OBJEKTIF
2.1. Memberi panduan dalam aspek pengurusan diri, pakaian, masa dan/atau lain-lain
perkara seperti yang termaktub dalam aktiviti tahunan Pasukan.
2.2. Membantu pengajaran dan
pembelajaran kelas biasa selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran dan
Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan
Buku Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah.
3. KEAHLIAN
3.1. Keahlian DIBUKA kepada semua pelajar yang belajar di SMK Tamparuli, dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6.
3.2. Permohonan menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi
adalah dengan cara mengisi borang permohonan yang disediakan semasa Mesyuarat Agung yang
Pertama.
3.3. Sebarang permohonan lain untuk menjadi Ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi
hendaklah melalui dan mendapat kelulusan Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
3.4. Keahlian boleh terbatal jika Ahli tidak hadir perjumpaan 3 kali berturut-
turut tanpa menyatakan sebarang sebab yang boleh dianggap munasabah.
3.5. Ketua Guru
Penasihat boleh menambah bilangan Ahli jika difikirkan perlu dengan memohon penambahan Ahli daripad
a Pengetua melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
4. GURU PENASIHAT
4.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada GURU yang mengajar di SMK Tamparuli.
4.2. Guru Penasihat mestilah yang telah dilantik oleh pihak sekolah dan mendapat
surat kuasa merancang dan/atau melaksana semua aktiviti Pasukan.
4.3. Salah seorang daripada Guru Penasihat mestilah dilantik sebagai Ketua Guru Penasihat oleh pihak
sekolah.
4.4. Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya mempunyai kuasa mutlak untuk merancang,
melaksana dan/atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu dan
hendaklah berpandukan kepada Buku Panduan Tetap Pengurusan Aktiviti KoKurikulum dan/atau
Perancangan Aktiviti Tahunan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. AHLI JAWATANKUASA
5.1. Ahli Jawatankuasa hendaklah dipilih dan/atau dilantik semasa Mesyuarat Agung yang Pertama dan
dibubarkan semasa Mesyuarat Agung yang Kedua.
5.2. Pemilihan Ahli JawatanKuasa hendaklah dibuat secara UNDIAN bagi Ahli yang hadir Mesyuarat Agung
sahaja.
5.3. Ahli JawatanKuasa hendaklah terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Penolong
Setiausaha, Bendahari, Penolong Bendahari dan Ahli JawatanKuasa Tingkatan dari Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5.
5.4. Ahli JawatanKuasa boleh dilantik oleh Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya
tanpa perlu menunggu Mesyuarat Agung dijalankan dengan berpandukan surat kuasa yang telah
diperturunkan kepada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya oleh Pengetua Sekolah.
5.5. Ahli JawatanKuasa yang ingin meletakkan jawatan mesti dan/atau
boleh menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat atau wakilnya dan tidak boleh dipilih
dan/atau dilantik lagi sepanjang tempoh sebagai Ahli
Pasukan selepas perletakan jawatannya disahkan oleh Ketua Guru Penasihat atau wakilnya.
5.6. Ahli JawatanKuasa yang melanggar Undang-Undang Awam dan/atau Peraturan dan Undang-
Undang Pasukan dan/atau telah dikenakan Tindakan Disiplin oleh Pengetua Sekolah akan dan/atau boleh
disingkirkan dari jawatan yang disandang.
5.7. Perkara 5.2 dan Perkara 5.4 hendaklah digunapakai bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
6. DERMA KEAHLIAN/YURAN/SUMBER KEWANGAN
6.1. Sumber utama kewangan Pasukan adalah melalui DERMA KEAHLIAN yang telah ditetapkan dan
dipersetujui dalam Mesyuarat Agung.
6.2. Pasukan boleh memperolehi sumber kewangan sampingan melalui aktiviti yang
dirancang khas dengan mengenakan yuran penyertaan yang minima.
6.3. Bagi lawatan luar atau aktiviti yang memerlukan perbelanjaan yang besar, sumber kewangan
boleh dipohon daripada pihak sekolah atau penajaan
pihak swasta atau luar sekolah dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah.
7. KEHADIRAN AHLI
7.1. Ahli Pasukan dikehendaki menghadirkan diri sekurang-kurangnya 70%
PENYERTAAN daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau dibuat dan/atau
dilaksanakan sepanjang tahun.
7.2. Penyertaan dan/atau penglibatan yang kurang daripada 70%
adalah tidak layak untuk diberi Sijil Kehadiran atau Sijil Penyertaan atau Sijil Kepujian.
7.3. Kegagalan menyertai dan/atau melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan dan/atau
dibuat dan/atau dilaksanakan sepanjang tahun boleh dikenakan tindakan disiplin dan/atau
kehilangan hak keahlian.
7.4. Sebarang ketidakhadiran hendaklah dirujuk kepada Guru Penasihat atau wakilnya atau
Pengerusi Pasukan.
7.5. Ahli yang
tidak dapat hadir mesti menulis surat tunjuk sebab ketidakhadiran perjumpaan kepada Ketua Guru
Penasihat Pasukan dan/atau wakilnya.
8. AKTIVITI

8.1. Aktiviti yang dijalankan hendaklah dan/atau sebagaimana yang telah dirancang dan/atau
dibincang dan/atau disahkan dalam Mesyuarat Agung dan/atau Mesyuarat Ahli JawatanKuasa Induk.
8.2. Sebarang pindaan dan/atau perubahan aktiviti hanya dan/atau boleh dibuat oleh Ketua Guru
Penasihat dan/atau wakilnya serta mesti diumumkan untuk pengetahuan dan/atau semua ahli Kelab.
8.3. Sebarang aktiviti dan/atau rancangan yang bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang
Sekolah dan/atau dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-Undang Awam
adalah DILARANG sama sekali.
8.4. Jika ahli Pasukan ingin menyertai aktiviti luar sekolah dan mempunyai kaitan dengan aktiviti
Pasukan mestilah mendapat kelulusan Pengetua Sekolah terlebih dahulu dan sebarang risiko yang
berlaku adalah atas tanggungjawab Ahli Pasukan sendiri.
9. MESYUARAT AGUNG
9.1. Suatu Mesyuarat Agung Pertama mestilah diadakan pada awal tahun dan/atau
selepas mendapat Surat Kelulusan Penubuhan Pasukan daripada Pengetua atau melalui Guru Penolong
Kanan KoKurikulum.
9.2. Suatu Mesyuarat Agung Kedua mestilah diadakan pada akhir tahun dan/atau selepas mendapat Surat
Kelulusan Pembubaran Pasukan daripada Pengetua atau melalui Guru Penolong Kanan KoKurikulum.
9.3. Agenda dan/atau Perkara dalam Mesyuarat Agung hendaklah boleh dan/atau meliputi hal-
hal seperti berikut :-
9.3.1. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Pertama atau Kedua Pasukan.
9.3.2. Pembubaran Ahli JawatanKuasa Tahun Terdahulu Pasukan.
9.3.3. Pemilihan Ahli JawatanKuasa Tahun Terkini Pasukan.
9.3.4. Perkara Berbangkit Dari Minit Mesyuarat Pasukan.
9.3.5. Hal-hal Lain Pasukan.
9.3.6. Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan.
9.3.7. Agenda lain Pasukan jika difikirkan perlu.
9.4. Kuasa meluluskan usul dan/atau agenda dalam Mesyuarat Agung hendaklah dengan dan/atau
mendapat majoriti tidak kurang 2/3 daripada ahli Kelab.
10. TINDAKAN DISIPLIN/TATATERTIB
10.1. Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib boleh diambil ke atas Ahli yang melanggar
dan/atau tidak mematuhi Peraturan dan Undang-Undang dan/atau Perlembagaan Pasukan seperti yang
telah diperakui dan/atau ditetapkan.
10.2. Tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib adalah mengikut cara dan/atau kaedah berikut:-

10.2.1. Amaran Lisan
10.2.2. Amaran Bertulis
10.2.3. Digantung Keahlian
10.2.4. Dipecat Keahlian
10.3. Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak sebagai ahli Pasukan
sepanjang tempoh tindakan tersebut berlangsung dan/atau sehingga surat penarikan dan/atau
pembatalan tindakan disiplin dikeluarkan.
10.4. Rayuan terhadap tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib yang telah dikenakan ke atas
Ahli boleh dilakukan dalam tempoh waktu tidak kurang daripada 2(Dua) minggu selepas surat tindakan
disiplin diserah dan/atau diterima oleh Ahli daripada Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya.
10.5. Penerimaan Rayuan adalah atas budi bicara Ketua Guru Penasihat dan/atau wakilnya dan/atau
Pengetua Sekolah dan/atau wakilnya.
10.6. Ahli yang telah dikenakan tindakan disiplin dan/atau tindakan tatatertib
Gantung Sekolah oleh Pasukan dan/atau pihak sekolah
juga secara automatik TIDAK BOLEH menyertai sebarang aktiviti Pasukan.
11. PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG AM PASUKAN
11.1. Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996 dan/atau Undang-
Undang Awam adalah Peraturan Am Pasukan.
11.2. Peraturan dan Undang-Undang Khas yang ditetapkan oleh Pasukan jika
didapati bercanggah dengan Peraturan dan Undang-Undang Sekolah dan/atau Akta Pendidikan 1996
dan/atau Undang-Undang Awam akan TERBATAL dengan sendirinya dan tidak boleh digunapakai.
11.3. Ahli-ahli yang melanggar Peraturan dan Undang-Undang Pasukan akan dikenakan tindakan
tatatertib mengikut Perlembagaan Pasukan.
12. PINDAAN PERLEMBAGAAN
12.1. Mana-mana bahagian dari Perlembagaan Pasukan ini adalah sah sehingga ia dipinda.
12.2. Cadangan pindaan Perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, Ahli JawatanKuasa, Guru Penasihat,
dan/atau Pentadbir Sekolah secara bertulis.
12.3. Suatu MESYUARAT KHAS perlu diadakan oleh Guru Penasihat dan Ahli JawatanKuasa
bagi membincangkan sahaja cadangan tersebut.
12.4. Pindaan terhadap Perlembagaan hanya boleh diluluskan dalam Mesyuarat Agung Pasukan.
13. HAL-HAL LAIN
13.1. Setiap Ahli perlu MENGETAHUI, dan/atau MEMATUHI tanggungjawab masing-masing terhadap
Perlembagaan Pasukan dan/atau Peraturan dan Undang-Undang Pasukan.
13.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan/atau mengikut aktiviti Pasukan dengan penuh minat.
13.3. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan dan/atau difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
Pengesahan Pendaftar Persatuan/Kelab/Pasukan Unit Berunifom
SMK TAMPARULI

Nama :
Jawatan : Tarikh:
Cop Jawatan :
Kelulusan Jabatan Pelajaran/Pengetua SMK TAMPARULI
.
Nama :
Jawatan : Tarikh:
Cop Jawatan :
LAMPIRAN I
1. ISTILAH DAN TERMA
i Pasukan adalah Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi SMK Tamparuli yang telah didaftarkan di
Ibu Pejabat Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Sabah dan Kementerian Pelajaran
Malaysia/Pejabat Pertubuhan/NGO masing-masing.
ii Ahli adalah ahli Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi SMK Tamparuli yang memohon dan
didaftarkan untuk menyertai aktiviti Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi SMK Tamparuli.
iii Guru Penasihat adalah guru Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi SMK Tamparuli yang telah
dilantik oleh Pengetua sekolah.
iv Ketua Guru Penasihat adalah guru Kelab/Persatuan/Unit Beruniform/Koperasi SMK Tamparuli yang
telah dilantik oleh Pengetua sekolah sebagai Ketua Guru Penasihat

You might also like