You are on page 1of 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: NUR ADILAH BINTI HAMIDON

PROGRAM

: PISMP SAINS SEMESTER 8

NAMA SEKOLAH

: SK PARIT SETONGKAT, MUAR, JOHOR

NAMA PROJEK/ AKTIVITI: PROJEK PERTANDINGAN IHYA RAMADHAN


TEMPOH PELAKSANAAN: 2 MINGGU
OBJEKTIF

1. Memberi informasi mengenai amalan yang perlu dijauhi semasa bulan


Ramadhan.
2. Menambah input agama yang sedia ada pada para guru dan murid.
3. Membetulkan pemahaman dan konsep yang salah mengenai amalan di bulan
Ramadhan.
4. Memenuhi syarat program Internship PISMP Semester 8 IPG Kampus Tun
Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. (IPGKTHO)
5. Mencungkil bakat kesenian dalam diri para guru pelatih dan murid.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan kertas kerja dan projek-projek.
Pada hari pertama melapor diri di SK Parit Setongkat (SKPS), kami telah
ditaklimatkan oleh guru besar mengenai kertas kerja dan projek-projek. Guru
besar memberi keizinan kepada kami untuk memikirkan dan merancang
projek yang akan kami laksanakan. Kami bercadang untuk menggabungkan
projek-projek kami yang terdiri daripada 5 orang dengan mengagihkan projek
mengikut opsyen dan bekerjasama dalam setiap projek yang dijalankan. Hasil
perbincangan selama 2 jam bersama rakan-rakan yang turut sama menjalani
internship di SKPS, salah satu projek yang kami ketengahkan adalah projek
sketsa Ihya Ramadhan . Projek ini merupakan salah satu aktiviti yang
dijalankan semasa bulan Ramadhan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Cadangan ini dipersetujui oleh guru besar. Walaubagaimanapun,
konsep dan lokasi pertandingan tersebut perlu dibentang terlebih dahulu
sebelum kami boleh meneruskan projek ini. Projek ini dikendalikan oleh
setiusaha yang dilantik iaitu Cik Nur Adilah Binti Hamidon

daripada IPG

Kampus Tun Hussein Onn dengan selebihnya sebagai JK Pelaksana.


2. Mesyuarat kali ke-1: Perlantikan JK, pemilihan lokasi dan peserta bagi
pertandingan pelancaran roket.
Mesyuarat kali ke-1 telah diadakan selepas perbincangan bersama guru
besar. Mesyuarat ini bertujuan melantik Jawatankuasa Pelaksana yang
diperlukan bagi menjayakan projek ini. Selain itu, agenda lain yang turut
dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah mengenai masa pelaksanaan
sketsa, lokasi, keperluan yang diperlukan daripada pihak sekolah dan idea

pengisian sketsa. Setelah berbincang sebulat suara bersetuju memilih lokasi


dewan terbuka kerana kedudukannya yang strategik membolehkan murid
bergerak dan dapat dikawal dengan baik.
3. Perbincangan bersama Guru Besar SKPS
Hasil perbincangan bersama guru besar, masa yang dirancang untuk
mengadakan sketsa tersebut pada waktu pagi rehat bermula jam 10.00 pagi
hingga 10.30 pagi. Oleh itu, murid boleh merehatkan minda semasa waktu
rehat.
4. Pembelian alatan
Alatan yang digunakan tidak memerlukan kos yang tinggi, hanya manila kad
sebagai tanda untuk pelakon sketsa dan pensel sebagai cenderahati kepada
murid yang boleh menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Selebihnya
alatan siar raya seperti mikrofon dan pembesar suara kami minta bantuan
guru-guru lain dengan meminjam alatan daripada bilik-bilik khas.
5. Melaksanakan aktiviti
Setelah semua alatan mencukupi, kami memulakan sketsa dengan murid
sebagai pelakunya. Situasi yang pertama menceritakan mengenai beberapa
orang murid yang membeli makanan di bazar. Namun salah seorang daripada
murid tersebut membeli makan mengikut hawa nafsu. Apabila tiba waktu
berbuka, murid tersebut tidak dapat menghabiskan makanan yang dibelinya.
Guru kemudian membimbing murid dengan mengatakan bahawa terdapat
rakyat yang mati kelaparan tetapi kita di Malaysia sering membazir dengan

membeli makan yang berlebihan sedangkan kita tidak dapat menghabiskan


makanan tersebut.
Situasi dua pula mengisahkan mengenai nafsu membeli belah di kalangan
wanita terutamanya yang menyebabkan kerugian kepada pembelinya. Guru
membimbing murid dengan mengatakan bahawa kita perlu berbelanja
mengikut keperluan dan bukannya mengikut kemahuan. Selain itu, amalan
bersedekah mampu membersihkan harta dan merupakan tabung amalan di
akhirat kelak.

REFLEKSI:
1. Kekuatan Projek/ Aktiviti
a. Konsep: konsep sketsa yang dikonkan oleh murid menarik minat murid
untuk fokus dengan penyampaian intipati yang ingin disampaikan oleh
guru. Selain itu, yakin diri dan bakat murid dapat dicungkil daripada murid
mengenai bakat lakonan dan keberanian mereka berada di khalayak
ramai. Selain itu, penyampaian input secara santai membuatkan murid
tidak berasa bosan malah seronok dan tidak mengantuk. Reaksi yang
diperolehi daripada murid amat memberangsangkan sehingga riuh dengan
gelak tawa dan sorakan daripada penonto yang melihat sketsa Ihya
Ramadhan.
b. Lokasi: Lokasi dewan terbuka amat sesuai kerana bukan sahaja dapat
menempatkan murid-murid tahap 2 untuk mengamati aktiviti Ihya
Ramadhan malah murid-murid boleh menghirup udara segar daripada
persekitaran. Penggunaan mikron dan pembesar suara membantu murrid
mendengar dengan lebih jelas mengenai butiran dalam sketsa tersebut.
Guru menggunakan paparan slaid sebagai tambahan kepada pengisian
sketsa mampu melahirkan suasana yang sebenar selaras dengan situasi
sketsa.
c. Kerjasama dan toleransi: Kerjasama yang diberikan oleh murid dan guru
amat memberangsangkan. Kawalan murid amat baik kerana tiada murid
yang berlegar-legar di kawsan sekolah dan keadaaan semasa sketsa
dijalankan aman dan murid memberikan perhatian sepenuhnya terhadap
lakonan sketsa di atas pentas. Selain itu, kerjasama yang diberikan oleh
rakan jawatankuasa banyak membantu dalam kelancaran pertandingan
pelancaran roket ini.

d. Menarik: Meskipun perancangan sketsa ini diadakan dalam masa yang


amat singkat,

ini telah menarik minat murid untuk memberi tumpuan

terhadap lakonan sketsa murid-murid di atas pentas. Malah, guru-guru di


sekolah juga kagum dan berminat untuk turut serta melihat sketsa ini.
Terdapat beberapa orang guru yang menyatakan bahawa mereka suka
akan idea sketsa yang diadakan bagi mengisi aktiviti Ihya Ramadhan.
2. Kelemahan Projek/ Aktiviti
a. Kekurangan masa: Kekurangan masa melaksanakan pertandingan ini
menyebabkan persiapan murid untuk melakonkan watak dalam sketsa
sagak kau dan terdapat beberapa orang murid yang tidak mengahafal
dialog yang diberikan oleh guru.
b. Kekurangan mikrofon menyebabkan murid terpaksa bertukar-tukar sesama
rakan

mereka semasa berlakon. Hal ini memakan masa dan

mengurangkan tumpuan penonton terhadap lakonan mereka. Selain itu,


lakonan mereka di atas pentas sedikit terjejas kerana perlu menumpukan
perhatian terdap pertukaran mikrofon.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1. Perancangan skrip sketsa perlu diberikan lebih awal supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk mengahfal dan menghayati watak

2. Masa pelaksanaan yang singkat iaitu 30 minit membuatkan pengisian menjadi


singkat dan tidak dapat banyak amalan yang boleh disebarkan kepada muridmurid.
3. Alatan tambahan seperti mikrofon suara perlu disediakan dalam kuantiti yang
mencukupi untuk berlakon dalam sketsa. di kawasan padang supaya setiap
murid dapat mendengar arahan guru dengan jelas kerana padang adalah satu
kawasan yang terbuka dan murid bergerak aktif kerana terlampau teruja
dengan aktiviti yang dijalankan.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, projek Ihya Ramadhan ini amat membantu guru-guru sains
meningkatkan pengetahuan murid terhadap amalan murni yang boleh diaplikasikan
dalam kehidupan seharian. Selain itu, projek ini dapat memupuk murid menjadi yakin
diri untuk berdepan dengan khalayak ramai.

Lampiran

You might also like