You are on page 1of 2

ALBINO

Keadaan di mana individu kekurangan pigmen


(pewarna) pada rambut, kulit dan mata

Dipercayai berpunca daripada baka/genetik



CIRI-CIRI:

Kanak-kanak albino biasanya berambut putih, kulit cerah
dan mata merah-muda (pink) dan senang dikenalpasti.

Kanak-kanak yang mengalami ocular albinism hanya
mengalami kekurangan pigmen pada mata sahaja.

ALBINO (samb)

IMPLIKASI:

Individu mengalami photophobia, iaitu tidak selesa
dan mungkin sakit apabila berada dalam cahaya terang.
Boleh dibantu dengan memakai cermin mata hitam, topi.
Mungkin tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti luar.

Mereka mengalami kesukaran melihat dalam cahaya
kerana silau. Boleh ditempatkan jauh dari tingkap.
Keamatan cahaya dalam bilik boleh diubahsuaikan dengan
langsir atau tingkap tinted

Mereka mungkin rabun dekat atau rabun jauh dan
memerlukan kanta mata. Mungkin juga mengalami mata
juling dan nystagmus sebagai keadaan sekunder.

Untuk tugasan jarak dekat, misalnya membaca buku,
mereka mungkin perlu dekatkan buku yang dibaca atau
menggunakan buku cetakan besar atau alat bantu khas.

Biasanya pigmennya akan bertambah sehingga umur
remaja. Oleh itu, penglihatan jauhnya mungkin bertambah
baik.

Alat-alat low vision (kanta pembesar, dsb) mungkin
diperlukan.

You might also like