You are on page 1of 16

BAB 3 PENGAPLIKASIAN MORFOLOGI BAHASA

MELAYU


3.0 Pengenalan




Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
Morfem Perkataan
1. Konsep
Bebas Terikat
2. Bentuk Kata
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
3. Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan
4. Golongan Kata
Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
Akar Dasar
lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata
pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata
pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.


3.1 Akronim

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf
awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata daripada satu
rangkai kata.
Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar. Akronim
tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam contoh-contoh di bawah:
LUTH MARA ABIM Tabika
cerpen purata Bernama Pernas
Intan


3.2 Imbuhan

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara bersendirian
dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain, iaitu dengan kata
dasar. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:


3.2.1 Awalan

Hadir sebelum kata dasar.

1. Menunjukkan perbuatan bagi diri
sendiri

2. Menunjukkan perbuatan bagi ayat
pasif

3. Menunjukkan mempunyai



- Shita berjalan di tepi tasik untuk
melapangkan fikirannya

- Soalan Ani belum berjawab


- Setiap pelajar berhasrat untuk
melanjutkan pelajaran hingga ke
peringkat Ph.D.

4. Menunjukkan mengeluarkan

5. Menunjukkan bilangan yang sedia
ada
- Pokok rambutan itu telah berputik

- Mereka berdua berkelah di pantai
Cherating


3.2.2 Akhiran

Hadir sesudah kata dasar.

1. Hasil perbuatan


2. Besar


3. Alat / perkakas

4. Keadaan / rupa sesuatu


5. Tempat


6. Tempoh / waktu
- Pukulan Razif telah menumpaskan
lawannya

- Angin itu bertiup dari daratan ke
lautan

- Acuan agar-agar itu terlalu kecil

- Perompak itu dalam lingkungan
umur 20-an

- Sebuah empangan baru akan dibina
di kawasan itu

- Majalah mingguan itu sangat laris
dijual


3.2.3 Imbuhan Sisipan

Hadir di celah kata dasar.

-el- -er- -em-
1. telapak
2. telunjuk
3. gelanggang
keruping
seruling
gerigi
kemuning
gemuruh
kemuncup




3.2.4 Imbuhan Apitan

Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.

Maksud Contoh
1. Kena oleh perbuatan asalnya



2. Menamai zat perbuatan



3. Tempat perbuatan


4. Hasil perbuatan


5. Alat
- Pelantikan Zahir sebagai ketua
pengarah syarikat itu telah
mendapat sokongan ramai.

- Pertandingan Menulis Cerpen itu
medapat sambutan hangat daripada
para remaja.

- Banyak bot yang berlabuh di
pelabuhan itu.

- Ayah tidak berpuas hati dengan
penjelasan adik.

- Barang-barang perhiasan di keadai
itu sangat cantik.


3.2.5 Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Maksud Contoh
maha- teragung maharaja
tata- suatu susunan tatacara
pra- sebelum praperakaunan
swa- sendiri swatenaga
tuna- tiada tunakarya
eka- satu ekafungsi
dwi- dua dwibahasa
tri- tiga tribulan
panca lima pancasila
-man pelaku lelaki seniman
-wati pelaku wanita peragawati
-nita tidak pranita
bi- mencirikan sifat biadab
i-
-wi
yang terkandung dalam
kata dasar
abadi
sejarawi
-iah sifat alamiah
-in
-at
kata nama lelaki dan
perempuan
mukminin
muslimat
hadirat
pro- setuju probarat
anti- tanda melawan antisosial
poli- banyak poliklinik
auto- secara bersendirian automatik
sub- sebahagian subsistem
supra melebihi suprasegmen
-isme ajaran komunisme
-ik kajian linguistik
-si proses / keadaan klasifikasi
-al keadaan kritikal
-is ahli cerpenis



3.3 Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan
bentuk baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk
tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk
adalah seperti berikut:


3.2.1 Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas


3.2.2 Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan


3.2.3 Kata Majmuk Maksud Kiasan

Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentauk kata majmuk yang disebut sebagai kata
majmuk mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
antarabangsa apabila padahal olahraga warganegara



3.4 Kata Ganda

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara
berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu. Tiga jenis penggandaan dalam
bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:


3.3.1 Penggandaan Penuh

Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik


3.3.2 Penggandaan Separa

Contohnya: jejari sesisir lelangit


3.3.3 Penggandaan Berentak

Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang



3.5 Golongan Kata Nama

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu seperti
orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya. Kata nama dapat
diikuti dengan frasa yang atau yang sangat. Penanda bagi kata nama ialah
setiap kata nama dapat didahului oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan
kata penentu ini / itu.


3.5.1 Jenis Kata Nama

Terdapat tiga jenis kata nama dalam bahasa Melayu:
a) Kata nama am: adik, sayur, sekolah, lorong, keindahan
b) Kata nama khas: Asraf, Jibrail, Malaysia
c) Kata ganti nama: saya, awak, dia

Kata nama dapat berfungsi sebagai:
a) Subjek ayat: Amir tiba.
b) Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
c) Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
d) Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
e) Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
f) Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan: Itu beg
Aishah.


3.5.2 Kata Ganti Nama

Kata ganti nama ialah perkataan yang digunakan bagi menggantikan nama
benda atau orang yang tidak disebutkan secara khusus. Kata ganti nama dan
subgolongannya dapat digambarkan seperti dalam rajah yang berikut:














Ganti
Nama
Ganti
Nama
Tunjuk
Ganti
Nama Diri
Ganti Nama
Diri Tanya
Ganti Nama
Diri Orang
a) Kata ganti nama tunjuk

Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu, bagi
merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

b) Kata ganti nama diri tanya

Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda atau orang
dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan perkataan apa,
siapa, dan mana.

c) Kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri orang digunakan bagi menggantikan nama orang
dan terbahagi kepada ganti nama diri orang pertama, ganti nama diri
orang kedua, dan ganti nama diri orang ketiga, seperti yang berikut:

Kata ganti diri orang
pertama
Kata ganti diri orang
kedua
Kata ganti diri orang
ketiga
saya
aku
beta
kami
kita
saudara
awak
kamu
engkau
anda
dia
beliau
mereka
ia
baginda



3.6 Golongan Kata Kerja

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan
atau keadaan melakukan sesuatu.


3.6.1 Jenis Kata Kerja

Terdapat dua jenis kata kerja:
a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu (sudah, telah, belum) atau
diperluas dengan perkataan dengan (berjalan dengan cepat, menendang
dengan kuat).


3.6.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek. Kata kerja transitif
tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek. Kata kerja transitif seperti
menendang bola, menelefon kawan, memukul anjing, dan memakan nasi.
Penggunaan kata kerja transitif dapat diperlihat seperti dalam contoh ayat:

Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Ammar
2. Ibu
3. Penjaja
4. Bapa
membaca
menanak
menjual
membasuh
buku setiap pagi
nasi
ikan
kereta semalam

Oleh sebab itu, setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu
mempunyai objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan
yang dilakukan.


3.6.3 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dan
dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan objek. Kata kerja
tak transitif seperti menangis, berenang, berdering, dan mendarat. Kesemua
contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek kerana maknnya sudah
sempurna. Contoh:
1. Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
2. Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
3. Air sungai itu mengalir (deras).
4. Pesawat itu mendarat (di landasan).






3.6.4 Kata Kerja Tak Tarnsitif Tak Berpelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kaerja yang tidak
memerlukan objek atau penyambut sesudahnya, dan boleh berdiri sendiri
sebagai frasa predikat seperti contoh berikut:

Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.Contohnya:

1. Semua orang sudah datang.
2. Dia suka menyanyi.
3. Emak sedang berdoa.

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap yang diikuti unsur keterangan.
Contohnya:

1. Semua orang sudah datang ke majlis itu.
2. Budak itu menyanyi pada malam hari.
3. Dia suka bergurau dengan adik kecilnya.
4. Emak sedang berdoa dengan khusyuknya.

Kata kerja tak transitif berpelengkap pula mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Pelengkap hadir selepas kata kerjat tak
transitif, seperti dalam contoh-contoh berikut:


3.6.5 Kata Kerja Tak Transitif

Kata kerja tak transitif
a) Kata nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Dia menjadi guru bahasa Melayu.
2. Saya ada wang.
3. Rumahnya bertiangkan batang menanti.

a) Kata adjektif sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Buah-buahan itu menjadi busuk.
2. Kesihatan Ahmad bertambah baik.
3. Peserta itu tidur lena.

a) Frasa sendi nama sebagai pelengkap. Contohnya:
1. Adik berjalan-jalan di tepi pantai.
2. Burung itu hinggap di dahan pokok.
3. Pelajar itu melawat ke Putrajaya.



3.7 Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan yang menjadi
unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada
satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain
seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif
adalah seperti contoh yang berikut:

Ahmad sangat pandai bermain muzik.
Pemuda itu baik sungguh.
Buah cempedak itu enak sekali.


3.7.1 Jenis-jenis Kata Adjektif

Kata adjektif tidak mempunyai subgolongan yang ketara, tetapi berdasar
kriteria makna, kata adjektif dapat dibahagikan sekurang-kurangnya
sembilan (9) kriteria, seperti berikut:

1. Kata adjektif sifat / keadaan

Kata adjektif sifat / keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi
menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh ayat: 1. Budak nakal selalu kena marah.
2. Dia lemah dalam matematik.
3. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
4. Anak Pak Kamar bijak sekali.
5. Peserta itu berdiri dengan cergas.


2. Kata adjektif warna

Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh ayat: 1. Adik suka pakai baju hijau.
2. Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
3. Baju kesukaan saya berwarna kuning.
4. Kereta merah itu kepunyaan abang.
5. Dia memiliki mata berwarna biru.


3. Kata adjektif ukuran

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh ayat: 1. Buku tebal itu sudah saya baca.
2. Anaknya masih kecil lagi.
3. Badannya semakin kurus.
4. Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
5. Pokok itu semakin hari semakin tinggi.


4. Kata adjektif bentuk

Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan: lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh ayat: 1. Jalan lurus mudah dilalui.
2. Bentuk buah kelapa itu lonjong.
3. Mukanya bujur sirih.
4. Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
5. Matanya tajam memandang ke hadapan.

5. Kata adjektif waktu

Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang
berikut:
Contoh perkataan: kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh ayat: 1. Kedatangannya lewat hari ini.
2. Dia berada di kampus sehari suntuk.
3. Kenangan silam sukar dilupakan.
4. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
5. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal.


6. Kata adjektif jarak

Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: 1. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
2. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
3. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.


7. Kata adjektif cara

Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti
contoh yang berikut:
Contoh perkataan: pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: 1. Kereta itu dipandu dengan laju.
2. Siapa cepat dia dapat.
3. Gasing itu berpusing ligat.
4. Arus sungai itu sangat deras.
5. Dia cermat apabila berbelanja.

8. Kata adjektif perasaan

Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur
keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan: kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: 1. Dia masih marah kepada saya.
2. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
3. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
4. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
5. Pemuda itu masih malu untuk bersuara.


9. Kata adjektif pancaindera

Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah
perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa
seperti contoh yang berikut:
Indera sentuh
Contoh perkataan: lembik kasar licin
halus kesat keras
Contoh ayat: 1. Lantai itu licin kerana baru dicuci.
2. Kulit mukanya sangat halus.
3. Kain yang kesat itu ialah kain lap.
4. Buku itu berkulit keras.
5. Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.
Indera dengar
Contoh perkataan: nyaring lembut mersik
merdu garau serak
Contoh ayat: 1. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
2. Teriakannya nyaring sungguh.
3. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
4. Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
5. Alunan musik itu mersik.
Indera pandang
Contoh perkataan: comel hodoh molek
cantik buruk segak
Contoh ayat: 1. Pemuda segak itu guru saya.
2. Kakaknya suka berpakaian cantik.
3. Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
4. Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
5. Pakaian pengantin itu molek sungguh.
Indera bau
Contoh perkataan: wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
Contoh ayat: 1. Bunga ros itu harum baunya.
2. Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
3. Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
4. Setiap hari dia memakai minyak wangi.
5. Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.
Indera rasa
Contoh perkataan: manis kelat masam
masin payau lazat
Contoh ayat: 1. Setiap hari kita minum air tawar.
2. Semua orang suka makanan lazat.
3. Buah limau masam rasanya.
4. Saya tidak suka minum ubat pahit.
5. Kuih tradisional itu terlalu manis.


3.8 Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan) yakni terkandung
dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu
sifat yang sama iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama, frasa
kerja, dan frasa adjektif.
Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Fungsi kata tugas dalam
ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar,
penguat, penegas, dan beberapa tugas yang lain.
Berikut disenaraikan kelompok katatugas dengan contoh-
contoh kata yang berfungsi bagi mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis
tertentu.

kata hubung : dan, atau, tetapi
kata seru : wah,amboi, ci
kata tanya : apa, berapa, siapa
kata perintah : sila, tolong, harap
kata pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata bantu : akan, sudah, pernah
kata penguat : sangat, amat, paling
kata penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi : tidak, bukan
kata pemeri : ialah, adalah
kata sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata pembenar : ya, betul, benar
kata bilangan : dua, segala, banyak
kata arah : atas, bawah, tepi

You might also like