You are on page 1of 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU KE 4

NAMA PELAJAR : PREMLATAH A/P PERUMAL


OPSYEN/ KUMPULAN : PISMP AMBILAN 2011 - MATEMATIK
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN INDERAWASIH
TARIKH : 04 OGOS 2014 HINGGA 08 OGOS 2014

1. Isu/ masalah/ peristiwa
Pada penulisan jurnal pada minggu ini, saya telah memilih untuk mengutarakan
masalah yang saya hadapi sewaktu mengajar di kelas 5 Cemerlang. Apabila ada
aktiviti yang melibatkan pembentangan di hadapan kelas, agak sukar untuk
mendapatkan murid secara sukarela membuat pembentangan di hadapan kelas. Ini
bertujuan supaya mereka akan lebih berani dan berkeyakinan apabila bercakap di
hadapan orang ramai.
2. Pandangan dan perasaan terhadap isu/ masalah/ peristiwa
Murid perlu buat adalah membaca hasil tugasan yang telah dihasilkan atau
menceritakan tentang gambar yang telah diberi. Apa yang berlaku biasanya adalah
kebanyakan murid akan mula menundukkan kepala atau ada yang menuding jari ke
arah murid-murid lain dan menyebut nama rakan lain apabila diminta bercakap di
hadapan kelas. ada ketikanya kelas apabila soalan diutarakan mereka senyap
kalau ada pun hanya suara yang agak perlahan memberitahu jawapan mereka.
3. Analisis isu/ masalah/ perisitwa
3.1 Punca/ sebab
Murid-murid tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi ketika diminta
kehadapan untuk berucap. Mereka lebih selesa bercakap secara beramai-
ramai.
3.2 Kekuatan/ kelemahan
Kekuatan:
Murid-murid kelas 5 Cemerlang merupakan murid-murid yang pandai walaupun
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN
terdapat murid yang berada pada tahap pencapaian yang sederhana.

Kelemahan:
Murid tidak biasa untuk bercakap di hadapan kelas kerana ia tidak menjadi amalan
kebiasaan dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya apabila guru
mengamalkan interaksi sehala dengan murid-murid.
4.

Cadangan idea untuk menyelesaikan
Saya boleh berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang di
hadapan. Contohnya arahkan semua murid memberi tepukan kepadanya. Guru
juga boleh memberi galakan dengan memberikan kata-kata pujian dan positif
seperti Bagus! dan ucapan terima kasih. Pemberian hadiah contohnya pensel
atau apa sahaja juga boleh membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap
di hadapan kelas. Ia perlu diberikan sejurus selepas murid tersebut telah bercakap
di hadapan agar dapat menyuntik motivasi ekstrinsik dalam diri murid-murid yang
lain supaya mahu membentang dan bercakap di hadapan kelas.
5. Tempoh masa yang diberikan untuk menyelesaikan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu yang akan datang.
Saya akan memastikan melibatkan murid-murid untuk bercakap dan berkongsi
aktiviti yang telah di buat di hadapan kelas.
6. Pelaksaan langkah-langkah penambahbaikan
Berikan galakan kepada murid-murid yang telah membentang di hadapan.
Memberikan hadiah agar membantu menggalakkan murid-murid untuk bercakap di
hadapan kelas.
7. Tindakan susulan.
Menjalankan aktiviti yang membina keyakinan diri, keberanian bercakap di khalayak
dan berani meluahkan apa yang mereka rasakan dan fikirkan

Disediakan oleh guru pelatih


Tandatangan:
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh guru pembimbing


Tandatangan:
Nama :
Tarikh

You might also like