You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau
berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah
sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada
keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan
masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara
lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi
jelas diungkapkan melalui pepatah biar mati anak, jangan mati adat.

Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik
masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan
nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang
larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.

Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri
seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa
menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang
mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang
semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang
diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri
daripada kaum majmuk.











2.1 PANTANG LARANG PERKAHWINAN KAUM MELAYU
Perkhawinan
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40
hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia
bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu
dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih
berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.

Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut
dissantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan
gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit.
Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan
air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana
dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar
rumah tanpa rujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan
dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak
melanggar pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan
berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.



Perayaan

Hari Raya Aidilfitri.
Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya.
Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Memakai pakaian bersih,cantik
dan juga wangi-wangian. Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan
menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah
Yasin. Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-
maafan dan melupakan kisah silam yang lampau. Memasang pelita di waktu malam
untuk menyambut malam tujuh likur. Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh
orang dewasa. mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka
yang diadakan.
membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat,lemang,rendang dan
berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha.
Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin
dan juga orang ramai. Mengenakan pakaian bersih,cantik dan memakai wangi-
wangian. Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi
Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka. Pantang Larang
Mengandung Orang Melayu. Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang
larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya
ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang
untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.
Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta
dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan
ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung.
Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih,
memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk
keselamatan anak yang di kandung.



2.2 PANTANG KAUM CINA

Perkahwinan

Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama
3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan
tidak digalak untuk menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik
tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan
yang biasa dan bukannya sudut bilik. Nombor genap sering digunakan dalam majlis
perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak
mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Perayaan

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan
dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih
mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan
sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai
beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina. Pantang larang
yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa
mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia
boleh membuang segala keuntungan atau ong yangada. Selain itu, masyarakat
Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan
sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah. Acara makan beramai-ramai
pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana
ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat
bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka
rasa bahawa walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya,
perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh
dilepaskan.


Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan
Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu ataupun cakap kotor
amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan
membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional seperti
dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih mengenakan
pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana
beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita perlu kelihatan ceria.Warna
hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

Selain itu, pemberian angpau masih tetap diamalkan iaitu bagi pasangan yang
sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan
mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut
usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau.
Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.

Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan
supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya,
walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,perayaan, adat resam
dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam
yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang
akan datang.











Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung.

Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.

Dilarang makan daging anjing.
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa
menyusui bayi.

Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.

DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan.

DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri .

Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.

Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi
secara tidak langsung.

4.1 Pantang Larang Semasa Pekahwinan Orang India

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu
tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat
dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan. Pantang
larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan
ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal
pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan. Selain itu,
sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna
perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar . Jika jamuan
perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada
para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus
mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana
keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .


4.2 Pantang Larang Semasa Deepavali
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di
seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang
bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut
pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud
harapan, kemenangan dan kebahagian.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan
malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli
keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa
maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di
dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari
terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan
yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua
seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala
kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah,
biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih
yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf
dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

4.3 Pantang Larang Semasa Mengandung Bagi Kaum India
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh
seorang ibu yang mengandung.
Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat
fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada
melakukan kerja-kerja yang berat.


Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh
hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi
yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan
menyebabkan dia terkejut.

You might also like