You are on page 1of 11

KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH

_________________________________________________________________________________________

1
D20102042583






KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
MAT ZAHIDI BIN MUSA
(GROUP EL D03)

D20102042583

FAKULTI:
PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

SEMESTER:
SEMESTER DUA (2011)

PENSYARAH:
DR. NORUL HAIDA BT REDUZAN




KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

2
D20102042583


SOALAN 1
JAWAPAN SOALAN 1


Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji

Guru

Norji

Siapakah nama awak ? Apakah perasaan awak belajar di sini?

Nama saya Norji. Berasal dari Kampung Pinang. Saya bersekolah dekat sini. Saya
rasa seronok belajar di sini.

Kenapa seronok belajar di sini ?

Kerana dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang berpengalaman.
Contohnya seperti guru yang tamat belajar dari luar negara.

Apa kah perasaan awak bila cikgu menggunakan guna papan pintar ?

Setelah mengetahui bahawa papan itu adalah papan pintar,timbul perasaan
bersemangat sedikit untuk belajar.

Oh, sebelum pengunaan papan pintar, tidak ada semangat untuk belajar?

Tidak jugak,cuma ianya menambahkan semangat untuk belajar,namun setiap
kelebihan pasti ada kekurangannya.

Apakah kekurangannya?

Masa yang singkat menyebabkan masa untuk menyalin nota amat terhad.

Jadi,perlu lebih banyak masa ?

Ya,kerana banyak masa terbuang kepada masalah tekninal





KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

3
D20102042583


Soalan 2
Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu Memartabatkan bahasa
Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara
langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris.
Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.

JAWAPAN:

PENGENALAN
Mulai tahun 2011 ini Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan dasar
Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris ( MBMMBI) di seluruh
sekolah di Malaysia. Sehubungan itu juga, mulai 2011 semua murid sekolah kebangsaan (SK)
akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu (BM) dan murid di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil dan Cina (SJK Tamil dan SJK Cina) akan belajar Sains dan Matematik dalam
bahasa ibunda masing-masing. Ini bermakna murid SJK(T) akan belajar sains dan Matematik
dalam Bahasa Tamil dan murid SJK(C) akan belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa
Mandarin.
Hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (BI) dalam kalangan murid
sekolah akan diperkuatkan melalui pelaksanaan dasar MBMMBI ini. Dasar baharu ini adalah
bagi mengganti dasar PPSMI yang telah dimansuhkan. Dasar ini juga mengambil kira Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dikuasai oleh semua warga negara Malaysia. Bagi
saya, ini adalah satu dasar yang adil dan perlu didokong oleh semua warga guru dan masyarakat
Malaysia keseluruhannya.
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

4
D20102042583



Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang
sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar
utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa
maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa
komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke
arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa
komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan
penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
Melihat ke hadapan, dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan bermula pada tahun 2012 adalah satu dasar baru
yang merupakan sebahagian daripada proses penambahbaikan berterusan dasar pendidikan di
negara kita. Kementerian Pelajaran pada ketika ini sedang melakukan persiapan untuk
melaksanakan dasar ini dengan sebaik mungkin tanpa menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar
yang akan terlibat dalam proses transisi pada tahun 2012 nanti. Satu pendekatan soft-
landing akan diambil untuk memastikan pencapaian pelajar-pelajar yang sedang mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di bawah dasar PPSMI tidak akan terjejas.

Pihak Kementerian juga telah membentuk enam Jawatankuasa Kecil sebagai persiapan untuk
melaksanakan dasar baru ini. Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk memperincikan aspek
latihan guru, kurikulum, penyediaan buku teks, lojistik, personel dan penerangan. InsyaAllah,
berkat kefahaman, sokongan dan usaha berterusan seluruh warga pendidik dalam menjayakan
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

5
D20102042583

dasar baru ini, kita akan dapat mencapai matlamat menambahbaik kualiti pendidikan di negara
kita secara berterusan demi kepentingan masa depan negara.

Mok Soon Sang (2003) dalam bukunya yang lain, menyatakan bahawa guru hendaklah sentiasa
berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara berterusan.
Secara lebih terperinci, guru juga bersinonim dengan istilah guru gemilang kerana guru yang
gemilang juga adalah guru yang berjaya melahirkan generasi yang berkemahiran, berilmu
pengetahuan serta berupaya menggemilangkan pembangunan negara.
Profesionalisme seseorang guru adalah berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi
seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran umpamanya akan mempengaruhi minat, sikap dan
nilai pelajar. (Sufean Hussin, 1996: 446).
Berdasarkan petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa guru umumnya cenderung mempunyai
sikap dan nilai pengajaran yang berbeza dari guru lain. Seiringan itu, mereka turut
mengutamakan aspek etika dan peranan yang tinggi dalam bertugas. Guru yang cemerlang
sentiasa mengamalkan 9 aspek yang terdapat di dalam etika keguruan iaitu aspek
profesionalisme, integriti, akauntabiliti, kejujuran intelektual, berbahasa, etika berpakaian,
pengurusan masa dan juga mengamalkan etika dalam membuat keputusan. Selain itu, guru yang
cemerlang juga melaksanakan peranannya kepada pelajar, profesion, ibu bapa, masyarakat dan
negara serta menjadi ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para
guru adalah bersandarkan etika dan peranan yang diamalkan oleh guru tersebut sewaktu
mengajar yang bergerak seiring dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited,
tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam menjalankan tugasnya.




KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

6
D20102042583




LIMA PERANAN DALAM MENJAYAKAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MELAYU DAN MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS MBMMBI

Peranan dan tanggungjawab kita sebagai guru sememangnya memberi impak yang besar dan
mendalam dalam diri setiap individu itu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat,
semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah, pun begitu, dunia hari ini semakin
maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai
tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring
kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. Antara peranan yang boleh dimainkan
oleh kita sebagai guru dalam menjayakan dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan
Memperkasakan bahasa Inggeris ialah seperti di bawah
1. Bersikap Profesionalisme
Menurut Sufean Hussin (1996:444), dari segi konsep, profesionalisme adalah satu nilai yang
berkait rapat dengan fungsi pekerjaan seseorang. Ia juga perlu wujud dalam diri seseorang jika
matlamat pekerjaannya menuju kearah keberkesanan, produktiviti, kecekapan dan
bertanggungjawab. Dalam konteks guru profesionalisme dianggap sebagai suatu nilai yang
murni jika guru mengamalkan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi, tidak
mementingkan diri dalam melaksanakan pekerjaan. Profesionalisme seorang guru juga berkait
rapat dengan mutu pendidikan di beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran
akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajar. Begitu juga dengan pendekatan yang
digunakan turut memberi pengaruh terhadap tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman
pelajar dalam pembelajaran. Mok Soon Sang ( 1996 ) pula, merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang
mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

7
D20102042583

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika
yang ditentukan oleh organisasinya.Dengan cara mengamalkan sikap seperti ini sudah tentunya
peranan kita untuk menjayakan dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan
bahasa Inggeris amat mudah untuk dilaksanakan

2 Bersikap Integriti
Integriti berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang
baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Manakala
maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP (1985) pula, ialah kejujuran dan ketulusan,
kesempurnaan serta keutuhan. Secara lebih terperinci, dalam konteks ini,kita sebagai guru
dapatlah dirumuskan bahawa, integriti merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketulusan,
ketelusan, amanah, benar, berpegang pada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai
dan percakapan yang boleh dipegang yang wajar diamalkan oleh para guru. Nilai ini selalunya
dihubungkan dengan nilai-nilai guru yang amanah, jujur, boleh dipercayai dan memelihara
kepentingan awam tanpa mengambil peluang untuk kepentingan sendiri. Kita juga perlu
menjalankan tanggungjawab dengan adil serta mematuhi prosedur, peraturan dan undang-undang
yang sedia ada. Bertindak atau membuat keputusan atas dasar kepentingan sendiri, tidak harus
berlaku tetapi haruslah atas kepentingan pelajarnya. Ini adalah penting dalam melaksanakan
dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris supaya ianya
mencapai matlamat dan tujuan dasar tersebut.

3 Kejujuran intelektual
Guru yang telah diberi tanggungjawab dan telah menjalankannya dengan penuh integriti akan
sentiasa berpegang kepada kejujuran intelek atau 'intellectual honesty'. Dalam konteks guru
cemerlang, guru perlu jujur dalam mengajar, mengurus dan melaksanakan arahan-arahan
kerajaan di samping ikhlas memberikan ilmu kepada murid atau masyarakat tanpa
menyembunyikan maklumat-maklumat penting. Menurut Ashah Samah (2008), etika keguruan
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

8
D20102042583

dari aspek kejujuran intelek bermaksud ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru
cemerlang juga sentiasa menambah dan membaikpulih pengetahuan inteleknya supaya dapat
menjadi penyumbang ilmu yang utama dan benar kepada pelajar. Dengan cara mengamalkan
sikap seperti ini sudah tentunya peranan kita untuk menjayakan dasar Memartabatkan bahasa
Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris amat mudah untuk dilaksanakan

4 Neutraliti
Neutraliti merupakan satu lagi nilai penting yang harus dihayati dan menjadi pegangan utama
pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam. Ashah Samah (2008), menyatakan bahawa
neutraliti ataupun berkecuali dalam profesion keguruan bermaksud guru tidak boleh memihak
kepada mana-mana kumpulan termasuk parti politik atau mana-mana kuasa besar semasa
mengajar untuk kepentingan sendiri. Dalam konteks ini, guru yang cemerlang tidak akan
mencampurdukkan urusan diri sewaktu bekerja sama ada untuk mempengaruhi pelajar atau
untuk mendapatkan suatu kepentingan dari pihak lain. Guru yang cemerlang sentiasa bersikap
adil dan saksama serta berkecuali sewaktu mengajar. Dengan cara mengamalkan sikap seperti ini
sudah tentunya peranan kita untuk menjayakan dasar Memartabatkan bahasa Melayu dan
Memperkasakan bahasa Inggeris amat mudah untuk dilaksanakan

5 Akauntabiliti
Menurut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti dihuraikan sebagai bertangungjawab
kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji ,
konsep akauntabiliti adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. Justeru itu,
akauntabiliti keguruan membawa maksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan
oleh seseorang guru. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti keguruan membawa maksud
tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang
guru yang dimaksudkan adalah terhadap pelajar, profesion, masyarakat dan ibubapa. Keterangan
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

9
D20102042583

lebih lanjut adalah pada bahagian peranan guru, (Guru sebagai satu profesion, 2008). Sebagai
contohnya ialah menguasai ilmu pedagogi yang verkaitan dengan dasar memartabat
Menguasai ilmu pedagogi. Ilmu pedagogi meliputi pengetahuan tentang pendidikan dan teori
serta amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran mikro dan latihan mengajar yang
lebih komprehensif bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan guru untuk
melaksanakan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan cara, kaedah,
teknik dan gaya pengajaran dan pembelajaran yang berubah-ubah. Jika guru masih menumpukan
kepada kaedah lama dan tradisional, adalah tidak mustahil sekiranya masalah malas belajar,
ponteng sekolah, kurang minat belajar dan sifat membenci guru akan tetap berterusan (Mohd
Izranuddin, 2006).

KESIMPULAN

Peranan guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan
di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi
dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan,
pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan.
Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan
negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri
kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat, kata Ketua Pengarah
Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud ketika ditemui Utusan Malaysia,baru-baru ini.
Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan
pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan
pengajaran (P&P) di sekolah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan
sokongan jitu para guru.
KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

10
D20102042583

Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan
(1M1S).
Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik
sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa
dinamik dan progresif, jelas beliau.
Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan
dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.
Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa
berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif.
Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring
dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk
menimba ilmu,










KKD 2063 PEMBANGUNAN SAHSIAH
_________________________________________________________________________________________

11
D20102042583

BIBLIOGRAFI
1. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

2. Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 edisi
pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) Penghayatan komponen paradigma pendidikan
bersepadu Pendidik Bil 44 (Jan 2008 ), .
Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor
4. Badrunsham Dahalan (2008) Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat,
tanggungjawab Pendidik Bil 51/Ogos 2008.
Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor.
5. MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia.

6. Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik Rancangan Malaysia Ke-
9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006), Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dasar
Cetak (M) Sdn. Bhd.

You might also like