You are on page 1of 9

Page 1 of 9 January 2008: VTDI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA




PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
( AMBILAN JUN 2011 )



Nama Pelajar :
No. Giliran :
Kumpulan :
Ambilan :
Mata
Pelajaran
:
Pensyarah :
Tarikh Hantar :
Page 2 of 9 January 2008: VTDI
Model ASSURE Reka bentuk Pengajaran

Bidang : Ulum Syariah ( Akidah )
Tajuk : Allah Bersifat Hayyat
Guru : Ustazah Norazia Binti Baharom
Tahun : 5 Ibnu Sina
Mata Pelajaran : Pendidikan Islam
Tempoh Masa : 60 minit
Analisis Pelajar
a.Ciri-ciri umum:
32 orang murid. ( 19 lelaki dan 13 perempuan )
Berumur 11 tahun.
Aliran Perdana.
Murid yang mempunyai tahap pencapaian akademik yang berbeza-beza.
Murid-murid luar bandar yang terdiri daripada keluarga miskin dan sederhana dari
segi pendapatan keluarganya.
Semua murid berbangsa melayu dan beragama Islam.

b. Kompetensi khusus:
Murid-murid sudah biasa mendengar Nasyid Sifat Wajib Allah.
Murid-murid sudah belajar Sifat-sifat wajib bagi Allah di kelas KAFA.

c. Gaya pembelajaran
Murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang pelbagai. Samada gaya
pembelajaran auditori , kinestatik dan juga visual.
Keseluruhan murid dalam kelas tersebut mudah belajar menggunakan bahan audio
visual .
Murid-murid juga menyukai aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan menarik seperti
aktiviti soal jawab dan perbincangan.

Page 3 of 9 January 2008: VTDI
Nyatakan Objektif

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dijangka dapat :
i. Menyatakan pengertian Hayyat dengan betul.
ii. Menyatakan hukum mempercayai sifat Hayyat Allah.
iii. Membaca Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat dengan betul dan jelas.
iv. Memahami maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat.
v. Menyatakan 2 daripada 3 Dalil Aqli bahawa Allah bersifat Hayyat.

Pemilihan Media, Kaedah dan Bahan
a. Set induksi
Media : Audio visual
Kaedah : Soal jawab
Bahan : Klip video Nasyid Sifat Wajib Allah.
Rasional pemilihan : Penggunaan klip video dapat menarik perhatian murid
tentang tajuk yang akan dipelajari. Penggunaan klip video yang dilengkapi dengan
visual yang berwarna-warni dan audio yang jelas mampu membangkitkan rasa ingin
tahu dalam diri murid-murid. Teks yang berkaitan dengan Sifat Wajib Allah jelas
ditunjukkan.

b. Langkah 1
Media : Visual ( teks )
Kaedah : Perbicangan dan penerangan
Bahan : Slaid teks ( Pengertian Hayyat, Pengertian Hayyat Allah, Hukum , Dalil
Naqli dan maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat )
Rasional pemilihan : Murid lebih berminat belajar secara auditori iaitu membaca
teks pada slaid berbanding dengan hanya membaca teks daripada buku teks.
Dengan penggunaan slaid, murid akan lebih berminat untuk belajar dan memberi
tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Slaid
seperti ini juga mudah untuk disediakan oleh guru.
Page 4 of 9 January 2008: VTDI
c. Langkah 2
Media : Audio Visual
Kaedah : Soal jawab dan perbincangan
Bahan : Klip Video :
- 4D Ultrasound Sonogram, Baby in Womb YouTube
- Day and Night and Earth's Rotation YouTube
- Our Solar System - Size Of Planets and Stars to Scale - YouTube
Rasional Pemilihan : Klip video ini mampu menarik minat murid kerana mempunyai
gambar visual yang menarik dan sumber audio yang mampu menarik perhatian
murid. Kaedah soal jawab dan perbincangan akan menyediakan ruang dan peluang
bagi murid-murid untuk menyatakan pendapat masing-masing. Selain itu, murid juga
boleh bertukar-tukar idea dan pendapat dengan rakan-rakan agar idea yang lebih
bernas diperoleh.
d. Langkah 3
Media : Visual ( teks )
Kaedah : Soal Jawab / bertulis
Bahan : Slaid powerpoint Soalan kuiz dan Lembaran Kerja
Rasional pemilihan : Murid dapat memahami dengan lebih jelas tentang isi
kandungan pelajaran berdasarkan pada lembaran kerja yang di paparkan pada slaid.
Slaid yang turut dilengkapi dengan visual yang menarik serta audio yang jelas akan
menarik minat murid terhadap pembelajaran. Lembaran kerja yang dibina dengan
menggunakan perisian power point juga lebih menarik, jelas serta mudah difahami
oleh murid.

e. Penutup
Media : Visual ( teks )
Kaedah : Soal Jawab
Bahan : Perisian Power Point mengenai isi kandungan pelajaran.
Rasional pemilihan : Penggunaan slaid dapat menarik minat murid mencari dan
membuat kesimpulan tentang isi kandungan pelajaran.
Page 5 of 9 January 2008: VTDI
Penggunaan Media, Bahan dan Kaedah

a. Set induksi
Media audio visual mampu menarik minat murid untuk mengikuti isi pelajaran
berikutnya.
Bagaimana disemak/dipratonton : Guru perlu memastikan klip video yang
ditayangkan jelas sama ada dari segi visual atau audio. Klip video yang digunakan
juga perlulah bersesuaian dengan peringkat umur dan tahap kefahaman murid. Ia
juga perlu mampu menarik minat murid.
Persediaan persekitaran: Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan
pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan klip video.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran ini lebih berpusatkan murid
dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan dan dapat mengaitkan bahan dengan
isi pelajaran.
b. Langkah 1
Guru menayangkan slaid teks mengenai isi kandungan pelajaran. Dalam aktiviti
berkumpulan murid diminta untuk membincangkan isi kandungan teks yang
dipaparkan. Seterusnya wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil
perbincangan.
Bagaimana disemak/dipratontonkan : Guru perlu memastikan slaid yang
digunakan jelas dari segi visual supaya murid dapat membaca dan memahami teks
dengan baik.
Persediaan persekitaran: Guru perlu memastikan murid dapat melihat slaid yang
dipaparkan di skrin dalam keadaan selesa seperti sistem pencahayaan yang tidak
terlalu cerah yang boleh menganggu paparan slaid. Jarak di antara murid juga perlu
diambilkira bagi memastikan keselesaan semasa proses pembelajaran.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid
dan bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan
mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam teks.

Page 6 of 9 January 2008: VTDI
Langkah 2
Guru memaparkan klip video yang berkaitan dengan Dalil Aqli Allah bersifat Hayyat
satu persatu. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kaitan Dalil Aqli tersebut
dengan klip video yang dipaparkan.
Bagaimana disemak/dipratonton : Murid perlu menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada klip video tersebut. Guru perlu menyediakan set-set soalan
yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran dan guru memastikan jawapan
jawapan yang diberikan oleh murid tidak terpesong dari jawapan yang dikehendaki
oleh guru.
Persediaan persekitaran Pastikan murid berada dalam keadaan yang selesa dan
pencahayaan di dalam bilik sesuai untuk tayangan klip video.
Persediaan pengalaman pelajaran: Pembelajaran adalah berpusatkan murid dan
bahan. Murid perlu fokus kepada bahan yang ditayangkan bagi memudahkan
mereka memahami isi-isi penting yang terdapat dalam isi kandungan pelajaran.

Langkah 3
Guru membuat soalan kuiz dalam perisian power point. Secara rawak guru akan
meminta murid-murid menjawab soalan kuiz tersebut. Seterusnya guru
mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dan memberikan masa 5 minit
untuk murid menjawab . Guru akan memaparkan jawapan sebenar dengan
menggunakan slaid dan minta murid-murid menyemak jawapan bersama guru.
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru perlu memastikan soalan kuiz yang
disediakan bersesuaian dengan tahap murid dan slaid yang disediakan dalam
keadaan baik dari segi visual dan audio. Murid dipilih secara rawak untuk
memberikan jawapan dan jawapan yang dibuat di lembaran kerja dengan
menggunakan perisian power point perlu tepat dan tidak mengelirukan murid.
Persediaan persekitaran: Murid duduk dalam keadaan yang selesa ketika
menonton tayangan slaid. Persekitaran juga harus berada dalam keadaan yang
sesuai untuk tayangan slaid.

Page 7 of 9 January 2008: VTDI
Persediaan pengalaman pembelajaran: Pembelajaran berpusatkan bahan dan
murid. Murid perlu fokus ketika tayangan untuk memastikan mereka memahami isi
pelajaran yang hendak disampaian.

Penutup
Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang isi kandungan pelajaran dengan
menggunakan perisian power point .
Bagaimana disemak/dipratonton: Guru memaparkan perisian power point dan
secara rawak meminta murid untuk membuat kesimpulan.
Persediaan persekitaran: Persekitaran perlulah sesuai dengan keadaan murid.
Persediaan pengalaman pembelajaran: Murid melakukan aktiviti secara individu.


Penglibatan Pelajar

a. Set induksi (5 minit)
Murid menonton klip video Nasyid Sifat Wajib Allah.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang video yang ditayangkan.
Guru meminta murid mengaitkan klip video dengan tajuk dan isi pelajaran.

b. Langkah 1 (15 minit)
Murid melihat slaid teks tentang isi kandungan pelajaran iaitu tentang perkara-
perkara yang berkaitan tentang Sifat Hayyat Allah.
Dalam aktiviti berkumpulan murid-murid dikehendaki berbincang tentang isi
kandungan teks .
Setiap dari wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka dan
guru akan melakukan aktiviti soal jawab bagi melihat kefahaman murid tentang tajuk
ini.
Dalam pada yang sama guru akan memberikan sedikit penerangan tentang mana-
mana isi kandungan pelajaran yang tidak difahami murid.
Page 8 of 9 January 2008: VTDI

c. Langkah 2 (20 minit)
Murid akan melihat tayangan video klip yang berkaitan tentang Dalil Aqli Allah
bersifat Hayyat satu persatu.
Murid-murid memberikan perhatian sepenuhnya kepada klip video tersebut dan
bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh guru.
Sekiranya jawapan yang yang diajukan oleh murid tidak bertepatan dengan
kehendak guru, guru perlu memandu jawapan murid agar ianya bertepatan dengan
isi kandungan pelajaran.

d. Langkah 3 (15 minit)
Murid menonton slaid soalan-soalan kuiz yang dibuat oleh guru dalam perisian
power point. Murid-murid dipilih secara rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut.
Seterusnya secara individu , murid-murid akan menjawab soalan-soalan dilembaran
kerja yang diedarkan kepada guru, murid dan guru akan menyemak jawaban
bersama-sama melalui jawapan yang telah disediakan oleh guru pada lembaran
kerja di power point.


e. Penutup (5 minit)
Murid melihat slaid isi kandungan pelajaran untuk dijadikan rumusan isi pelajaran.
Murid akan dipilih secara rawak untuk membuat kesimpulan tentang isi kandungan
pelajaran.
Murid diterapkan dengan nilai-nilai murni.






Page 9 of 9 January 2008: VTDI
Menilai dan Menyemak Semula

Penilaian Pelajar :
Murid dapat mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan dengan baik dan mereka
bersungguh-sungguh dalam melakukan aktiviti.
Penilaian murid berdasarkan pemerhatian semasa aktiviti, hasil perbincangan
kumpulan dan lembaran kerja.

Penilaian Media:
Keseluruhan media dan bahan dapat berfungsi dengan baik. Murid menunjukkan
minat terhadap paparan dan slaid yang ditayangkan.

Penilaian Guru :
Pada keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat
mencapai objektif yang dirancangkan berdasarkan hasil dapatan dan tindakbalas
murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.

Impak/Keberkesanan :
Murid dapat membaca dan memahami teks isi kandungan pelajaran dengan betul.
Menyatakan pengertian Hayyat dengan betul.
Menyatakan hukum mempercayai sifat Hayyat Allah.
Membaca Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat dengan betul dan jelas.
Memahami maksud Dalil Naqli Allah bersifat Hayyat.
Menyatakan 2 daripada 3 Dalil Aqli bahawa Allah bersifat Hayyat.

You might also like