You are on page 1of 7

Membincangkan kelebihan dan kelemahan setiap kriteria tersebut dalam proses

pentaksiran pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah.



Kelebihan setiap kriteria dalam proses pentaksiran pengajaran dan pembelajaran
sains di sekolah.

Kelebihan Kriteria Ujian Rujukan Norma.

1. Lebih bersifat sumatif atau relatif.
2. Ujian ini lebih luas dan biasanya digubal diperingkat kebangsaan atau badan tertentu
seperti Majlis Peperiksaan Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
3. Selaras untuk seluruh pelajar di Malaysia.
4. Dapat membandingkan pencapaian seorang murid dengan murid lain di Malaysia.
5. Dapat menentukan nasib murid untuk masuk sekolah berasrama penuh.
6. Ibu bapa , murid dan guru dapat tahu bagaimana kedudukan seorang murid
berbanding rakan sebayanya.
7. Mudah ditadbir walaupun pentadbirannya mengikut syarat yang spesifik.
8. Data penting untuk membuat analisis statistik untuk tujuan laporan.
9. Dapat menentukan tahap sebenar murid yang tinggi keupayaannya, amat lemah
keupayaannya dan lemah pencapaiannya.

Kelebihan Kriteria Ujian Rujukan Kriteria.

1. Dapat menguji pencapaian murid dalam kriteria tertantu seperti kemahiran dalam
sesuatu tajuk dalam bidang mata pelajaran yang dipelajari.
2. Ujian ini dibuat selepas waktu pengajaran guru di dalam kelas.
3. Dapat mengesan kelemahan murid terhadap sesuatu topic yang diajar oleh guru.
4. Guru dapat memperbaiki kemahiran mengajar semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
5. Untuk mengesan kelemahan pelajar dalam penguasaan kemahiran tertentu.
6. Dapat betulkan kelemahan dengan serta merta untuk jalankan aktiviti pemulihan dan
penggayaan.
7. Guru dapat meninggikan pencapaian dan kekalkan pencapaian yang memuaskan.
8. Perbandingan boleh dibuat aktiviti pencapaian murid sekarang dengan pencapaian
murid lalu melalui rekod ujian formatif yang dikendalikan.
9. Guru dapat tentukan pendekatan yang terbaik dalam penyampaian.



Kelebihan Ujian Autentik.

1. Menggalakkan murid mempelajari sesuatu melalui pengamatan, pemerhatian dan
percubaan.
2. Murid rasa seronok menjalankan uji kaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi
sebenar dan bermakna.
3. Memberi peluang kepada murid menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
4. Memberi ruang kepada murid untuk menunjukkan kemampuan kreativiti dan
mengembangkan pengetahuan sedia ada mereka.
5. Murid dapat menimba ilmu dengan lebih praktikal dan tidak bergantung kepada
pemusatan terhadap guru semata-mata.
6. Dapat mewujudkan kemahiran sosial yang lebih pada murid iaitu murid-murid dapat
berkomunikasi dengan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru.
7. Murid dapat memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.
8. Dapat memupuk sikap yakin terhadap diri sendiri dan matang dalam menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi serta meningkatkan lagi prestasi mereka.

Kelemahan untuk setiap ujian rujukan norma , kriteria dan autentik.

1. Ujian rujukan norma dan autentik melibatkan kos perbelanjaan yang besar iaitu kos
penyediaan kertas, kos penandaan dan kos bahan serta alat yang digunakan untuk
membuat kerja projek dan portfolio.
2. Melibatkan hari dan masa yang agak lama seperti, UPSR , peperiksaan pertengahan
tahun dan peperiksaan akhir tahun.
3. Kedua-dua ujian kriteria ini lebih kepada berorentasikan peperiksaan.
4. Dar segi markah, ianya tidak menunjukkan dengan jelas sejauh mana murid itu
menguasai ilmu dan kemahiran yang telah ditetapkan.
5. Penggunaan markah secara rujukan norma dan kriteria juga memungkinkan rasa
rendah diri dikalangan murid yang berada dalam kumpulan bawah.




Menghuraikan implikasi-implikasi kriteria-kriteria pentaksiran tersebut dan penilaian
berasaskan sekolah ( PBS ) sekolah rendah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) merupakan satu bentuk pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah. PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia ( LPM ).

PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak
sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru matapelajaran sains secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan
calon akan terjejas sekiranya murid tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah
kerja kursus. Setiap murid mestilah mempunyai markah pencapaian PBS setelah tamat
tempoh pelaksanaan.

Untuk menjamin kualiti pelaksanaan PBS , mekanisme penyelarasan dan
pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehparcayaan skor
pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru.

Guru memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan murid,
kebolehan, kemajuan akademik dan pencapaiannya. Guru juga dapat menilai bagaimana
hendak menetukan pencapaian hasil pembelajaran, melaksanakannya, merekod, mentafsir
skor ujian dan membuat tindakan susulan. Oleh itu, PBS dapatan menentukan pencapaian
keseluruhan murid-murid sekaligus dapat memastikan perkembangan murid dari segi
akademik, sahsiah, semosi dan rohani murid.

Pentaksiran sekolah mengandungi dua funsi yang luas iaitu :
Pentaksian tentang pembelajaran yang bersifat sumatif ( rujukan norma )
untuk melihat prestasi murid.
Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif ( rujukan kriteria )
untuk meningkatkan pembelajaran.





Pentaksiran tentang pembelajaran ( Pentaksiran Sumatif )

Pentaksiran sumatif dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat
pertimbangan dan penilaian prestasi murid dalam meneruskan pembelajaran.
Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah

Pentaksiran ini merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk
menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu.
Semua eviden bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikukpulkan dalam portfolio.
Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan
pengesahan.

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara
bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau
kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau
tetimoni.

Pentaksiran untuk pembelajaran. ( Pentaksiran Formatif )

Pentaksiran formatif membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid
menggunakan pelbagai kaedah dalam melapor maklumat selain membuat penilaian sama
ada bertulis atau verbal mengenai cara meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak
dibenar membandingkan murid serta meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan
mereka seperti digunakan sebelum ini.

Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang
diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah
pembelajaran murid. oleh itu maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu
proses pembelajaran. Maklumat tersebut digunakan sebagai maklum balas dalam
mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan murid.
keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti
pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau
tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan
berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran.
Pentaksiran Sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh
diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan
untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala pentaksiran secara
sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang
dipelajari (assessment of learning). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
pentaksiran formatif berasaskan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan
perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentaksiran ini menggunakan
pelbagai kaedah pentaksiran pelbagai serta bersifat autaentik dan holistik.

Proses Pentaksiran Sekolah melibatkan aktiviti-aktiviti seperti mengumpul maklumat
yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan
(ongoing) berdasarkan pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi
(performance standard) serta penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Guru
membuat penilaian dan melaporkan secara verbal atau bertulis tentang prestasi, potensi,
pencapaian dan keperluan murid.
Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid berusaha ke arah yang sejajar
dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal. Murid dapat menganalisa
pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki dan belajar dengan kaedah
tersendiri. Selain itu, murid dapat mensntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain
daripada mengingati fakta. Murid akan lebih bertanggungjawab dalam pembelajaran, dapat
melalui proses pembelajaran dengan berjaya serta berupaya bersaing di tahap yang lebih
tinggi.
Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis,
perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor.
Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah
mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa
oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir.
Antara kaedah pengumpulan eviden pentaksiran sekolah ialah melalui kaedah
pencerapan. Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan
selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan
untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan
dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk
mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala pengadaran (rating
scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod.

Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru
mengumpul eviden yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama.
Pentaksiran ini mengemukakan eviden tentang pembelajaran berpandukan kepada skor.
Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada
kurikulum yang penting kerana ia memberikan eviden yang baik tentang apa yang telah
dipelajari. Ujian boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan
lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline.

Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan
melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam
pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen
praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan
teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang autentik kerana murid mempunyai gaya
yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah projek, pameran, penyampaian visual dan
lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan.

Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin
ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran
akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus
untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan
dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja.
Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam
pembelajaran.
Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu
murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran
memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka.
Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah
satu daripada hasil kritis.

Pentaksiran kerja berkumpulan memberi eviden daripada aspek kerjasama, bantu
membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk.
Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja.
Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan,
selain daripada hasil kerja kumpulan.

Modul dalam KSSR mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan
kepada murid. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul. Tujuan pemulihan adalah untuk membantu murid
lemah mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapai dalam pelajaran lalu dan untuk
membantu murid dalam mengembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka.

Dalam aktiviti pemulihan, guru boleh menjalankan program bacaan tambahan
dengan menggalakkan murid membuat bacaan meluas dengan pelbagai rujukan daripada
buku dan internet. Guru boleh memberi bahan bacaan yang sejajar dengan perkembangan
kognitif murid bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam
kelas. Selain itu, guru boleh menggalakkan murid membuat kerja projek yang dijalankan
secara individu atau berkumpulan contohnya aktiviti yang meminta murid untuk membuat
sesuatu hasilan atau menyelesaikan masalah mudah. Ia bertujuan untuk menggalakkan
murid-murid untuk berfikir menyelesaikan masalah.

Pengayaan ialah proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan
dalam bilik darjah. Tujuannya ialah untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang
sedia ada pada murid di samping membekalkan peluang tambahan untuk mengembangkan
lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid
dalam pelbagai bidang. Aktiviti pengayaan menyediakan murid untuk memperkembangkan
potensi ke tahap maksima. Ia dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam
jadual waktu tetap sekolah. Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti
pengayaan bercorak belajar kendiri.

You might also like