You are on page 1of 29

Pantomim

Definisi Pantomim
Dalam aktiviti pengajaran pembelajaran,pantomime adalah satu bentuk lakonan yang
skripnya tidak dilafakan oleh pelakon tetapi dibaca oleh pelajar lain serentak dengan
aksi pelakon. Dengan itu, pelakon dan pembaca mestilah bersama-sama menghayati
skrip tersebut sebelum dilakonkan.

Kelebihan Teknik Pantomim
1. Dapat Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk beraksi kerana tidak
perlu untuk menghafaz dialog.
2. Menggalakan kemahiran berfikir kerana persembahannya tidak hanya
terhad kepada melakonkan cerita tetapi juga cetusan peristiwa secara
simbolak.
3. Sesuai dalam pengajaran puisi kerana keberkesan penghayatan isi dan
maksud puisi.
4. Dapat melatih pelajar membuat pelbagai tafsiran terhadap sesuatu yang
mereka lihat.









TEATER BERCERITA

DEFINISI
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau
strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang
maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK
1. Menarik Minat murid
2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat
dan perhatian pelajar.
Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis dikalangan pelajar.
Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,
kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya
sekali sebelum menggunakan teknik ini.
Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan
aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik
muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita
juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan
nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan
pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa
yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.
Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan
muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara
mekanikal.
Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi
yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir,
iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan Hari ini
saya bercerita kepada anak lelaki saya. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan
di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek
pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang,
manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai
plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di
hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri
gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita
disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan
pasir.
Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk
bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan
permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya
menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita
Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit
atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar
Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita
menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam
cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk
penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya
dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah
berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil
berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
pengajaran
pengetahuan
perkongsian pengalaman.
Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak
objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan,
bacaan, penulisan dan kosa kata
memahami dan menghayati cerita
meningkatkan kemahiran mendengar
mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif
menambah pengalaman dan pengetahuan
menanam sikap cinta akan warisan budaya
menerapkan unsur nilai murni
memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
mencungkil dan mengasuh bakat
membentuk insan yang harmoni dan seimbang
menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar
berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting
sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan
masyarakat
Ciri-ciri Penting

1. Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar
2. Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3. Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka
4. Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang
berkaitan dengan kehidupan seharian
5. Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang
dan berketrampilan

Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
memilih cerita yang sesuai
menghafal isi-isi penting
sediakan alat bantu mengajar
kesediaan pelajar
murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
pastikan suara jelas dan lantang
kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami
isi cerita dengan lebih jelas
mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
ayat dan perkataan mudah difahami murid
disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
aktiviti susulan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid
Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-
topeng
Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar
dan melihat ekspresi guru
Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar
yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita
Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu

Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi
cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang
tua,haiwan)
Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan
Mimik muka sesuai dengan emosi
Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

KRITERIA PEMILIHAN CERITA
1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
3. Plot yang mudah, kronology & happy ending
4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
6. Melibatkan watak kanak-kanak
7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
10. Bersifat universal




CONTOH TEKNIK BERCERITA
1. Bercerita tanpa alat
2. Bercerita berpandu
3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
4. Bercerita menggunakan bahan maujud
5. Teka-teki
6. Teater bercerita
7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA
1. Buku besar
2. Beg bercerita
3. Gambar bersiri
4. Boneka
5. Kad Cantuman
6. Kostum
7. Poster
8. Topeng
9. Alat muzik/audio/vcd


Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
4. Melibatkan pelbagai deria
5. Tidak membahayakan kanak-kanak
6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
7. Boleh dipelbagaikan kegunaan
8. Mudah digunakan dan disimpan

Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
Bahasa mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
Suara jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang
tua,haiwan)
Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai
Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan
Mimik muka sesuai dengan emosi
Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan
pengalaman murid
Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang
diperuntukkan
Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-
topeng
Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar
dan melihat ekspresi guru
Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar
yang sesuai dengan isi cerita

Sesi Bercerita
Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan
membantu murid-murid memahami cerita
Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita

Penutup
Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi
cerita itu

Aktiviti penutup
Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan
sendiri.
Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi
cerita.
Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar





Teknik main peranan
Pengenalan
Main peranan ialah aktiviti dalam pengajaran yang memberi peluang kepada murid
untuk membayangkan diri sendiri atau orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan penglibatan aktif murid-murid
dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam kelas dan
murid-murid yang mengambil bahagian haruslah berlagak seperti watak yang
dibayangkan.

Matlamat

- murid berasa prihatin dan memahami perasaan orang lain.
- Berpeluang membincangkan dan memikir masalah diri sendiri lalu memahami diri
sendiri dengan mendalam.
- Murid berpeluang untuk melakonkan pelbagai tingkah laku atau watak dan mengalami
sendiri sesuatu situasi.
- Memperoleh kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.
- Murid berpeluang untuk melahirkan pelbagai perasaan dengan bebas mengikut situasi
watak.
- Membantu murid yang bersifat pendiam membina keyakinan diri.
- Menggalakkan murid menggunakan bahasa yang bernas.
- Membantu murid berkomunikasi secara berkesan.
- Melatih murid mengawal perasaan dan emosi dalam pelbagai situasi.

Prosedur

1. Pilih murid yang sukarela untuk main peranan. Kadangkala guru boleh
memilih murid yang berbeza untuk main peranan yang sama. Penonton
akan memperolehi interpretasi yang berbeza dan membuat pelbagai
inferens serta penerokaan
2. Murid perlu diberi penerangan mengenai watak; tujuan; dan situasi yang
dilakonkan. Murid-murid diberi masa untuk berlatih
3. Penonton juga perlu diberi penerangan supaya mereka faham watak yang
dilakonkan
4. Lakonkan situasi. Berikan kebebasan kepada murid-murid untuk
melakonkan watak mereka
5. Lakonkan semula situasi jika perlu dengan menggunakan murid yang
berlainan
6. Perbincangan mengenai situasi boleh dilakukan setelah selesai aktiviti
main peranan. Guru boleh membimbing murid-murid dalam membuat
rumusan
Konsep Main Peranan
melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Murid
diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi
yang disediakan. Main peranan ialahdramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan
skrip, di mana pelakon-pelakon cubamenyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada
kepada murid-murid lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan
peranan yang dimainkan secaraspontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan
pemikiran masalah yang sesuai.Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.Main Peranan atau Lakonan Aktiviti dalam kumpulan atau
kelas yang memberi peluang kepada kanak-kanak membayangkan dirinya sendiri
ataupun orang lain dalam pelbagai situasi tertentu.
Kesemua ataupun sebahagian kanak-kanak di dalam kelas berpeluang berlagak
seperti watak yang terdapat dalam situasi.
Kanak-kanak yang tidak melakonkan watak boleh menjadi pemerhati dan berpeluang
memahami sesuatu berkaitan watak ataupun situasi dengan lebih mendalam.










Langkah-langkah Melaksanakan Teknik
Main Peranan
Teknik-Teknik Main
Peranan
pengalaman secara
spontan.
Kelebihan Teknik Main
Peranan
Menambah minat dan
mendorong kebolehan
murid untuk belajar
teknik
yang melibatkan
gambaran-gambaran
murid terhadap
sesuatu situasi atau
keadaan dan
melakonkannya tanpa
sebarang bantuan
skrip

cara mendekati
sesuatu
objektif pelajaran
dengan langkah-
langkah
penyampaian
pelajaran melalui
penyampaian yang
tersusun
Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan
pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan
cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan
situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal

Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar
daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang
berikutnya

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja
dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu
berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat
keputusan

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih
berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan
berkesan

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara
kreatif, analisis dan kritis

Teknik Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai
keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiriberdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikanmasalah, isu atau
tugasan semula.
Melalui teknik ini murid murid dapat menggunakankemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah denganindividu tertentu dan
mencatat isi-isi penting dan pelbagai lagi.
Semasa di dalam proses ini murid-murid digalakan untuk memberi pendapat,
cadangan, membuat keputusandan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan.Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan
masalah. Melalui teknikini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanyadalam kemahiran lisan, membaca dan menulis.

Dengan menggunakan teknik ini gurudapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang
menjadi sumber motivasi kepada murid - murid untuk meneruskan proses pengajaran
dan pembelajaran.



TEATER PEMBACA
Teater pembaca melibatkan pembaca membaca secara individu daripada skrip
pendek. Teater pembaca dikenali sebagai teater minda kerana audiens dibiar untuk
membayangkan babak dan aksi daripada suara dan gerak isyarat yang simbolik
daripada pembaca. Skrip boleh berupa prosa naratif atau puisi. Suara-suara dalam teks
ditugaskan kepada pembaca yang berbeza. Penekanan dilakukan pada suara, nada,
intonasi, kadar, hentian dan tekanan.
Ketika murid-murid membaca, wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran dalam
dimensi yang luas. Melalui teknik teater pembaca, murid-murid membaca cerita dengan
lancar. Murid-murid juga menggunakan nada dan intonasi yang betul berdasarkan
cerita di samping melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan tema cerita. Aktiviti ini
mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka.
Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka membantu murid-murid
yang menjadi penonton memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita
yang disampaikan berlaku di hadapan mereka. Aktiviti teater pembaca memerlukan
skrip pendek yang sesuai dan mengandungi dialog. Pemilihan seorang murid sebagai
pencerita untuk memulakan cerita dan menyambung jalan cerita adalah diperlukan
hingga cerita tamat.
Murid-murid yang mengambil bahagian dikehendaki duduk atau berdiri dalam separuh
bulatan di hadapan penonton. Pencerita pula berada di sebelah kanan penonton,
manakala pelakon membaca cerita masing-masing. Terdapat dua cara untuk
menjalankan teknik teater pembaca seperti yang dikemukakan oleh Kamaruddin
Hj.Husin & Siti Hajar Abdul Aziz (1998), iaitu (a) pencerita berada dalam kelompok
cerita dan (ii) pencerita berada di luar kelompok cerita. Pencerita yang berada dalam
kelompok cerita, membaca skrip sambil berjalan ke arah pelakon yang wataknya
sedang dibacakan. Pelakon tersebut akan berdiri apabila wataknya dibacakan.
Pencerita yang berada di luar kelompok cerita pula hanya membaca cerita dari suatu
tempat lain.
Pelakon pula hanya akan bertindak balas dengan berdiri dan berlakon apabila skrip
tentang wataknya dibacakan oleh pencerita

Pengenalan

1. Melibatkan kumpulan murid
2. Menghayati dan membaca skrip cerita
3. Baca lancar, sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan cerita
4.Gerak aksi sesuai dengan suasana
5. Utamakan suara, sebutan, gerak badan, mimik muka agar murid mudah faham
6. Teknik ini sesuai untuk genre drama, cerpen, dan prosa klasik.
7. Murid lain boleh mencatat maklumat penting berdasarkan aktiviti yang dijalankan









Teknik Bercerita Penggunaan
bahasa, pergerakan dan mimik
muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga
boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa
kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang
dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya
boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan
gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
-kanak




a




CONTOH TEKNIK BERCERITA




-teki



IMPLIKASI BERCERITA
lisan, bacaan,
penulisan dan kosa kata


kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif



sekeliling

harmoni dan seimbang
hayat.




















IMPROVISASI TEATER
Konsep Improvisasi
Improvisasi merupakan suatu elemen penting dalam lakonan dan telah diamalkan oleh
pelakon atau pemain teater melayu sejak dahulu lagi. Teater tradisional seperti Mak
Yong, Jikey, dan teater transisi, iaitu bangsawan merupakan satu bentuk teater yang
menggunakan improvisasi sepenuhnya. Tiada skrip lengkap ynag ditulis dan dihafal
sebelum pementasan dijalankan. Pelakon hanya diminta memahami jalan cerita sebuah
pementasan bangsawan tersebut serta menghayati watak yang diberikan oleh
sutradaranya. Ketika pementasan berlaku, pelakon akan melafazkan dialog yang dibina
sendiri secara spontan, bersesuaian dengan situasi yang dilakonkan.
Improvisasi sering dilaksanakan dalam pendidikan. Teknik ini digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khususnya pengajaran bahasa.
Melalui aktiviti improvisasi kanak-kanak diransang untuk berinteraksi secara spontan
berdasarkan simulasi yang diwujudkan oleh guru. Kanak-kanak juga digalakkan
membina dialog sendiri serta mencipta situasi yang difikirkan sesuai dengan ransangan
yang disediakan. Melalui improvisasi juga, daya imiginasi dan kreativiti kanak-kanak
dicerna secara maksimum.
Terdapat banyak pandangan tentang konsep improvisasi. Brain Way ( 1967: 183 )
menjelaskan bahawa improvisasi merupakan aktiviti drama tanpa skrip. Beliau
menjelaskan;
In essence, improvisation is quite simply a play without a script, because there is no
need for a script, an improvised play does not depend on any form and skill or ability at
reading, no on learning and remembering lines, and is thus an activity that all children of
every age group and every scale of ability are able to both enjoy and master.



Improvisasi dan Kreativiti
Satu daripada ciri utama improvisasi ialah kreativiti. Melalui improvisasi kanak-kanak
akan di latih denhgan kemahiran berfikir kreatif melalui pelbagai ransangan yang
diwujudkan. Dalam hal ini, Heinig ( 1993 ) menyarankan beberapa aktiviti, antaranya
termasuklah:
- Improvisasi berdasarkan gambar atau buku cerita bergambar
- Berdasarkan props ( peralatan/ objek )
- Improvisasi berdasarkan dialog
- Berdasarkan watak / tokoh dan perwatakan
- Improvisasi berdasarkan bunyi atau lagu
- Berdasarkan situasi seperti wawancara, perbahasan, debat atau bercerita.

JENIS-JENIS IMPROVISASI
Peter Moore ( 1998 ) menyarankan enam jenis aktiviti improvisasi untuk kanak-kanak
mengikut peringkat umur. Aktiviti tersebut adalah seperti yang berikut:
i- Permainan Bebas ( Free Play )
- Sesuai untuk kanak-kanak prasekolah
- Guru sediakan peralatan atau objek, sediakan situasi/ persekitaran yang tertentu dan
galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan dipantau oleh guru.
- Ciptakan senario atau cerita berdasarkan peralatan tersebut.
- Peringkatkan permainan dengan objek yang lebih bermakna dan berwatak seperti
anak patung/ boneka, dan kostum yang menyarankan perwatakan tertentu.

ii- Improvisasi Spontan ( Spontaneous Improvisation )
- Guru sediakan bahan ransangan tertentu untuk kanak-kanak memberikan respons
secara spontan. ( sesuai denagn situasi yang diberikan )
- Bantu dan galakkan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, mendengar serta mengamati pendapat orang lain.
- Guru juga harus membantu dan menggalakkan kanak-kanak melakukan tugas secara
kolaboratif, berfikir secara kreatif dan imaginatif serta melahirkan idea, dan membina
idea baru berdasarkan idea orang lain.
- Diingatkan bahawa improvisasi spontan bukan bertujuan untuk membuat
persembahan.
- Pokok utama ialah menggalakkan perkongsian idea, melibatkan luahan perasaan,
interaksi antara watak serta prosedur terhadap resolusi sesuatu situasi yang dihadapi.
iii- Improvisasi Verbal ( Verbal Improvisation )
- Kanak-kanak digalakkan untuk mencipta monolog ( soliloquise ) dan dialog
berdasarkan petikan dialog dalam sesebuah cerita.
- Boleh menyambungkan dialog tersebut untuk menggambarkan situasi yang difikirkan
sesuai seperti ( memujuk, merayu, mengarahkan, memohon sesuatu, dan
seumpamanya dengan ekspresi dan gaya pengucapan yang sesuai.)
- Aktiviti ini dapat dilaksanakan secara individu ( monolog / soliloquise ), berpasangan
atau berkumpulan.
- Aktiviti lain seperti kerusi panas juga boleh dilaksanakan untuk menggalakkan kanak-
kanak berinteraksi.



iv- Main Peranan ( Role Play )
- Dalam aktiviti ini, kanak-kanak hendaklah berpura-pura menjadi seseorang yang lain
dan berlainan dengan dirinya.
- Diberikan peranan tertentu dan meminta kanak-kanak memikirkan cara (dia) untuk
beraksi dan memberikan respons terhadap sesuatu situasi.
- Untuk menghayati watak yang diberikan, kanak-kanak perlu dilatih untuk melakukan
justifikasi terhadap watak dengan mengemukakan beberapa soalan seperti :
i- nama penuh watak
ii- umur
iii- latar belakang keluarga
iv- pekerjaan
v- sikap dan tingkah laku
vi- hobi atau minat
vii- keadaan kesihatan dan
viii- pelbagai kemungkinan tentang peribadi watak yang di lakonkan
- Guru boleh pilih peranan berdasarkan watak daripada orang persekitaran kanak-
kanak, cerita rakyat, cerita yang pernah dibaca di dalam kelas, drama atau filem yang
pernah ditonton serta berdasarkan gambar

v- Improvisasi Terlatih ( Rehearsed Improvisation )
- Improvisasi ini berbeza dengan yang lain kerana improvisasi ini menggalakkan kanak-
kanak membuat persembahan. Kanak-kanak diberi tajuk, tema, atau situasi tertentu
untuk dibincangkan dan menghasilkan sesuatu persembahan.
- Murid diberikan tempoh masa untuk perbincangan kumpulan dan selepas berbincang
mereka diminta mementaskan hasil perbincangan tersebut.
vi- Improvisasi Selari ( Parallel Improvisation )
- Improvisasi berdasarkan situasi sebenar atau yang telah benar-benar diketahui untuk
meneroka isu-isu baru.
- Contohnya menggunakan pengalaman membuat persiapan untuk bercuti ( seperti
menyediakan pakaian dan sebagainya ) dan menggunakan pengalaman tersebut untuk
persiapan sekumpulan saintis yang hendak mengadakan ekspedisi.
- Pengalaman serta pengetahuan daripada mata pelajaran lain juga boleh digunakan
untuk menghasilkan aktiviti improvisasi ini.
- Contohnya setelah kanak-kanak mempelajari sejarah penjajahan Tanah Melayu oleh
Inggeris dan mempelajari planet-planet dalam mata pelajaran Sains, mereka boleh
menggunakan kedua-dua pengalaman tersebut untuk membuat improvisasi tentang
penerokaan angkasa lepas atau penerokaan di dasar laut atau di kawasan Artik.
- Guru juga boleh mengambil karya sastera seperti sastera rakyat dan penglipur lara
untuk diselarikan dengan isu baharu.
- Contohnya seperti Kisah Azad dengan Gergasi di mana kanak-kanak boleh
menggerakkan minda dengan meneroka imaginasi dan kreativiti mereka untuk
memikirkan andaian jika mereka bertemu dengan gergasi seperti dalam cerita tersebut.
- Guru boleh mengemukakan soalan seperti apakah tindakan yang akan dilakukan oleh
mereka? Atau mungkin juga mereka boleh menggunakan pengalaman mimpi ngeri
bertemu dengan sesuatu makhluk seperti dalam cerita tersebut



Definisi Boneka
Merupakan sebarang benda atau objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada
secara sentuhan atau arahan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej.
Apa sahaja objek boleh menjadi boneka selagi ia digerakkan oleh pemain. Pemain akan
cuba menghidupkan watak menerusi dialog yang dipertuturkan atau aksi boneka tanpa
sebarang dialog. Boneka digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita
dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati disamping melibatkan diri secara tidak
langsung melalui penggunaan boneka.

Kesannya cukup baik ke arah:
Pendedahan komunikasi
Melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita
Merangsang daya imaginasi
Memberi murid pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.









Penggunaan Buku Besar
Definisi Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penggunaan buku besar adalah
satu bentuk penceritaan yang berpandukan buku yang mempunyai gambar yang jelas
menunjukkan gambaran peristiwa tersebut berlaku. Pencerita akan bercerita sambil
menunjukkan gambar yang terdapat dalam buku tersebut.

Kelebihan Penggunaan Buku Besar
1. Pendengar mendapat gambaran yang jelas akan apa yang diceritakan
berdasarkan gambar yang terdapat pada buku tersebut
2. Menarik minat murid untuk mendengar cerita kerana mudah memahami
cerita
3. Sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka mudah tertarik pada warna
4. Dapat melatih kanak-kanak berimaginasi berdasarkan gambar yang
terdapat dalam buku besar tersebut

You might also like