You are on page 1of 26

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

1

1.0 PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG ).

Program Bina Insan Guru ( BIG ) adalah salah satu daripada kursus
wajib institut perguruan yang perlu disertai oleh semua guru pelatih sebelum
menamatkan pengajian. Program BIG dilaksanakan secara berperingkat
mengikut fasa seperti mana yang terkandung dalam pro forma kursus. Aktiviti
program yang dijalankan terdiri daripada aktiviti luaran yang melibatkan
penglibatan komuniti. Program BIG ini menjadi satu aktiviti yang dapat
membentuk jati diri peserta sebagai seorang guru secara amnya yang
diamanahkan untuk mendidik murid-murid menjadi seorang insan yang
berguna kepada diri dan masyarakat.
Program BIG ini juga melatih guru bagaimana untuk menghadapi
situasi di luar bilik darjah dalam menghadapi segala kemungkinan yang boleh
mengundang risiko. Program BIG ini diharap dapat menyuntik semangat dan
iltizam untuk menjadi guru yang lebih berkesan, dinamik serta mampu
menangani cabaran serta halangan. Melalui penyertaan dan penglibatan
yang sepenuhnya daripada peserta, matlamat program dalam menerapkan
nilai-nilai murni dan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai fokus utama dapat
dipenuhi. Segala pengisian program tersebut juga selaras dan berpaksikan
kepada pegangan Prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sekaligus menjadi asas pembentukan modal insan dan
masyarakat yang menyumbang kepada kecemerlangan bangsa dan negara.


AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

2

2.0 RASIONAL PROGRAM BINA INSAN GURU ( BIG )

Berikut adalah rasional Program Bina Insan Guru ( BIG ) :
i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah
dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.
ii. Mempamerkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan
kepada komuniti.
iii. Memupuk sikap yang positif dalam tindakan kepada keadaan dan
keperluan persekitaran serta dapat mengembangkn kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.


AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

3

3.0 OBJEKTIF
Objektif Bina Insan Guru ( BIG ) ialah:
i. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah
dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan
menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.
ii. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti.
iii. Bertindakbalas secara positif kepada keadaan dan keperluan
persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran
berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
iv. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian , nilai, etika dan
akhlak keguruan.
v. Merancang , melaksana, dan memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
vi. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah.
vii. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi
,rohani dan sosial.
viii. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan
komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.
ix. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan dalam
masyarakat.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

4

4.0 LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS

LAPORAN PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI INAS , KUALA KETIL, KEDAH.

4.1 SEBELUM

Sebelum program tersebut dilaksanakan, terlebih dahulu kami berkumpul tiga
kumpulan yang dinaungi oleh Muhammad Zaim Faisal bin Ramawi bagi
mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan masalah-masalah yang
dihadapi serta memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap masalah tersebut. Ahli
jawatankuasa ditubuhkan yang mana melibatkan ketiga-tiga kumpulan
Pendidikan Khas PISMP Ambilan Januari 2011 ini. Pemilihan guru cemerlang
dan lokasi yang dijalankan serta belanjawan semasa big itu berjalan dan
pengangkutan dibincangkan dalam mesyuarat ini.


4.2 SEMASA

Pada 13 Oktober 2013 yang lalu iaitu bersamaan dengan hari Ahad, seramai
59 orang pelatih guru daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman telah
menjalankan Lawatan Penanda Aras bagi Guru Cemerlang di Sekolah Kebangsaan
Sri Inas, Kuala Ketil,Baling, Kedah Darul Aman. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi
dan tiba di SK Sri Inas pada jam 9.45 pagi. Kami disambut mesra oleh beberapa
orang guru dan murid Pendidikan Khas disitu. Mereka begitu ramah dan juga
bersopan santun. Kami berasa sungguh bertuah kerana mereka sudi menerima
kunjungan besar daripada kami tiga kumpulan ini.



AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

5

Guru cemerlang, Puan Siti Rosni binti Ahmad menyambut sekolah itu.
ketibaan kami dengan penuh mesra dan sangat mengalukan kedatangan kami Majlis
dimulakan dengan salam perkenalan oleh guru dengan menyatakan serba sedikit
latar belakang beliau.Saya begitu mengangumi latar belakang beliau. Ternyata
anugerah dan penglibatan yang terima oleh beliau begitu mengkagumkan dan
diperingkat yang tertinggi
Program dimulakan dengan Puan Rosni menunjukkan slaid persembahan
mengenai latar belakang dirinya dan perjalanan kerjayanya sebagai seorang
guru.Beliau menyatakan bahawa bukan mudah untuk menjadi seorang guru
keranancabaran yang sangat mencabar. Bermula daripada seorang guru agama
hingga menjadi guru cemerlang pendidikan khas di Kedah.Beliau memperolehi
anugerah Guru Cemerlang pada tahun 2008. Beliau juga mendapat anugerah
perkhidmatan pada setiap tahun.Beliau juga merupakan seorang jurulatih olahraga
peringkat kebangsaan dan KSSR Pendidikan Khas.Beliau juga merupakan guru
diploma lepasan IPDA.
Sebagai permulaan kepada slot yang pertama, beliau menunjukkan video
mengenai seorang kerjaya guru iaitu dalam filem P.Ramlee.beliau menyatakan
supaya kami tidak mencontohi perangai seperti guru itu yang hanya masuk kelas
meminta murid membaca apa yang ditulis dan dia tidur. Guru sepatutnya peka
dengan tugas masing masing dengan mengajar anak murid seikhlas mungkin dan
bersungguh sungguh supaya berjaya dalam hidup.
Selepas itu beliau menunjukkan kepada kami slaid persembahan mengenai
inovasi pedagogi guru cemerlang. Pada sesi ini beliau menyatakan bahawa seorang
guru cemerlang itu perlu mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang tinggi agar
dapat menwujudkan satu sesi p&p yang menarik dan membuatkan murid tidak
berasa bosan . Dalam hal ini , beliau menunjukkan bahan inovasi yang diciptanya.
Seterusnya, beliau menunjukkan pula slaid ciri ciri guru cemerlang yang
berprofesionalisme . Antara initipati yang dinyatakan seorang guru cemerlang itu
perlu cemerlnag dari segi peribadi iaitu dengan mempunyai nilai kendiri yang tinggi,
ahlak mulia dan kreatif.

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

6

Manakala, guru cemerlang juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang
tinggi, cemerlang dari segi potensi diri, sentiasa berusaha kearah lebih maju, tidak
berputus asa dan mempunyai personaliti yang menarik.Nasihat yang diberikan oleh
beliau adaah , para pelajar perlu menganggap setiap kerja yang diberikan itu adalah
tanggungjawab dan berusaha melaksanakan dengan penuh amanah dan
kesungguhan. Murid pendiidkan khas juga bukanlah murid biasa oleh itu guru perlu
mewujudkan satu p&p yang menarik dan cemerlang.Belia turut berkonsi dengan
kami amalan yang dilakukan untuk menjadi guru yang cemerlang.
Slot yang kedua pula ialah tayangan mengenai aktiviti perancangan tahuan
kelas pendidikan khas di SK Sri Inas. Aktiviti yang dijalanakan sangat menarik dan
melibatkan penglibatan banyak pihak seperti terapi berkuda. Selepas itu kami
dibawa melawat ke kelas pendidikan khas . Lawatan ini bertujuan untuk melihat
prasarana dan kemudahan yang terdapat di kelas pendidikan khas. Saya melihat
begitu menarik dan kemas . Susun atur bilik begitu teratur dan selesa. Susunan fail
dan hiasan kelas juga sangat menarik dan menujukkan ciri ciri kelas kondusif.
Prasarana juga begitu mengkagumkan saya dengan adanya taman pertanian yang
luas dan cantik. Pihak pendidikan khas disini juga mengadakan jualan pada waktu
rehat .Kami dijamu dengan mee kuah semasa melawat kelas yang ada.
Sepanjang pemerhatian kami di sekolah ini, kami dapati sekolah ini dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan. Memang tidak di sangkal lagi bahawa dengan adanya
kerjasama daripada pihak pentadbiran sekolah dengan guru-guru sekolah mampu
melahirkan anak-anak didik yang berjaya dalam waktu yang terdekat atau pada
masa hadapan. Terdapat banyak keluarga yang menaruh harapan tinggi terhadap
guru-guru di sekolah ini dengan harapan anak-anak mereka dapat menimba ilmu
sebanyak mungkin dan mampu menjadi insan yang berguna kepada negara suatu
hari nanti.
Sesi lawatan berehat pada pukul 12.30 tengahari untuk memberi laluan
pelajar berehat, makan tengahari dan bersolat zohor. Selepas itu aktviti disambung
dengan sesi pembinaan ujian diagonitik . Sesi ini dikendalikan oelh guru cemerlang
tersebut, Puan Rosni. Beliau berkongsi tips bagaimana membina ujian diagonastik
yang betul dan mengikut seperti kehendak serta sesuai dengan tahap murid.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

7

Setelah tamat sesi itu, kami masuk semula ke dalam makmal komputer untuk
slot yang terakhiriitu majlis penutupan. Majlis ini dijalankan dengan penyampaian
cenderamata oleh pihak IPDA dan sekolah.IPDA diwakili oleh Puan Azizah
manaka PIhak sekolah diwakili oeh Guru penolong Kanan. Sebagai penutup
juga,kami dipersembahkan pula dengan persembahan nyanyian lagu kumpulan
tegar yang bertajuk Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Kami berasa
sangat teruja kerana apabila kami menghayati lagu yang dipersembahkan
tersebut, kami dapati liriknya begitu bermakna dan kanak-kanak khas ini
mempunyai bakat dalam nyanyian. Sebutan dan intonasi nyanyian mereka
sungguh baik dan tidak menunjukkan sedikit pun bahawa mereka itu mempunyai
kekurangan
Aktiviti ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama-sama guru
Pendidikan Khas, Pensyarah dan mentor, Pelatih-pelatih guru dan murid-murid
Pendidikan Khas. Kemudian, sesi terakhir ialah upacara penyampaian
cenderahati daripada IPG Kampus Darulaman kepada pihak sekolah serta
daripada pihak sekolah kepada pelatih guru IPG Kampus Darulaman.
4.3 SELEPAS
Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program
ini dan menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan
penambahbaikan bagi setiap masalah yang timbul.





AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

8

4.4 LAMPIRAN ( GAMBAR AKTIVITI)

Ketibaan guru pelatih IPG Kampus Darulaman di SK Sri
Inas
Guru cemerlang, Puan Siti Rosni memberikan taklimat dan berkongsi
ilmu bersama guru pelatih mengenai perihal guru cemerlang
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

9


Slaid pembentangan mengenai personality dan inovasi guru
cemerlang
Majlis penutup dan penyampaian cenderamata
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

10


Lawatan sekitar kelas Pendidikan Khas
Sesi bergambar dengan guru cemerlang dan warga SK Sri
Inas Kuala Ketil, Kedah.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

11

5.0 REFLEKSI LAWATAN PENANDA ARAS
REFLEKSI PROGRAM PENANDA ARAS GURU CEMERLANG
Syukur Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyiapkan laporan big ini dengan
jayanya. Terima Kasih kepada semua yang membantu. Menerusi laporan Program
Penanda Aras Guru Cemerlang Bagi BIG semester 6 ini, saya dapati saya mengkaji
dengan lebih mendalam mengenai pengurusan sekolah, ciri-cri kepimpinan seorang
guru yang wajib ada dalam diri pendidik, iklim dan budaya sekolah, infrastruktur dan
infostruktur kurikulum sesebuah sekolah. Setelah berbicang dengan pensyarah,
kami telah memilih Sekolah Kebangsaan Sri Inas sebagai lawatan penanda aras
bagi guru cemerlang kali ini, Hal ini juga kerana di Kedah hanya ada dua orang guru
cemerlang pendidikan khas , salah satunya sedang bertugas disekolah ini.
Selain itu, saya juga diperkenalkan dengan pelbagai program kecemerlangan
bagi memastikan kebajikan serta prestasi murid dapat dikekalkan. Pelbagai nasihat
serta kata-kata hikmah yang dibekalkan kepada kami sepanjang lawatan kami ke
sekolah tersebut. Saya sangat mengagumi Guru Cemerlang SK Sri Inas Kuala Ketil ,
Kedah iaitu Puan Siti Rosni binti Ahmad kerana ketegasannya dalam memberi
arahan, idea yang bernas dalam mencadangkan sesuatu perkara, sentiasa berfikir
ke hadapan bagi memastikan kecemerlangan milik mereka bersama. Malah beliau
juga telah banyak menyumbang kecemerlangan dan dari hasil titik peluh beliau,
beliau dianugerahkan Anugerah Guru Cemerlang.

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

12


Saya sangat berpuas hati dengan layanan yang telah diberikan oleh pihak
sekolah tersebut. Mereka sanggup menunggu kami di hadapan pintu masuk
kawasan sekolah dan menyambut kami dengan paluan kompang semata-mata ingin
menjemput kami serta menyediakan juadah sarapan pagi kepada kami kerana kami
datang dari Jitra. Sesungguhnya mereka menjaga kebajikan kami selain daripada
menjaga kebajikan anak-anak murid mereka. Saya juga tidak menjangka yang
mereka akan menyediakan juadah pada pagi tersebut kerana kami tidak
dimaklumkan terlebih awal.
Kepakaran guru tersebut dalam menilai dan mengajar murid pendidikan khas
dalam P&P kelas sangat menarik dan berkesan.Penerangan yang diberikan
mengenai tugas dan bidang nya menjadi motivasi ekpada saya dan rakan saya yang
lain dalam menempuhi dunia pendidikan khas yang semakin mencabar. Agak
menarik segalan apa yang diterangkan kerana hal ini dapat menjadi ikutan dan
panduan di praktikum semester hadapan dan alam pekerjaan sebenar nanti.
Bukan mudah untuk menjadi guru pendidikan khas yang cemerlang. Strategi
dan usaha yang berterusan merupakan kunci kejayaan selain perlu ditanamkan
dalam diri tanggungjawab mendidik murid khas bukan sesuatu tugas yang mudah
dan sekadar melepaskan batuk ditangga. Ianya perlu disertakan dengan
kesungguhan, pengorbanan dan ilmu yang banyak agar dapat menempuhi sebarang
cabaran yang mendatang.
Tayangan video dan menyanyikan lagu yang digunakan sangat kreatif dan
mewujudkan satu suasana yang menarik dan menghilangkan bosan. Sesi menjadi
lebih terbuka dan pelajar berasa lebih bersemanagat dan tidak mengantuk.

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

13

KELEMAHAN
Persediaan awal dan kurang perancangan awal. Saya lihat sepanjang
perlaksanaan ajk sebelum program benchmarking ini dijalankan , mereka terpaksa
menyelesaikan tugas yang diberikan dengan kadar yang segera keadaan ini
mewujudkan sedikit masalah . Masa perlaksanaan yang kurang serta komunikasi ajk
kurang baik tetapi semuanya dapat diatasi dengan baik.
Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua
guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Puan Rosni binti SAhmad.
Semua guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal
jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk
bertanyakan soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk
mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.

Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan
perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing
asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun
begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas
sedar akan keadaan tersebut.

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN
Perancangan yang teratur dan mengikut jadual perlu dilaksanakan untuk
aktivit seterusnya kerana hal ini memudahkan lagi pergerakan aktiviti ajk
melaksanakan tugas.Komunikasi setiap ajk juga hendaklah baik agar tidak berlaku
sebarang perkara yang berbangkit dan pertindihan tugasan. Sebarang keputusan
dan cadangan dibentangkan dalam mesyuarat dan diputuskan secara sepakat.


AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

14

Cadangan yang seterusnya mengenai guru cemerlang tersebut. Saya
cadangkan supaya Encik Noor Azhar berkongsi pengalaman beliau secara terperinci
mengenai pengajaran murid-murid khas. Hal ini kerana setiap pengalaman
seseorang tidak serupa. Ada yang lebih berpengalaman, ada yang kurang
berpengalaman. Seperti kami, guru pelatih Pendidikan Khas yang hanya baru
menjalani praktikum pada semester 5 dan 6 tidak mempunyai banyak pengalaman
lagi dalam bidang keguruan ini. Oleh itu, kami memerlukan cerita pengalaman
daripada guru-guru yang telah lama berkecimpung dalam bidang Pendidikan Khas
ini supaya kami dapat membuat rujukan pada masa akan datang dan
mengaplikasikannya dalam P&P kelas.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga
memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum
mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan
seorang guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya
memahami sesuatu perkara yang diajar.



AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

15

6.0 LAPORAN BENGKEL GURU KREATIF DAN INOVASI

6.1 LAPORAN SEBELUM

Pada tarih ini, satu perjumpaan diadakan oleh untuk semua ahli PISMP
semester 6 akan mengadakan satu bengkel yang bertajuk guru Kreatif dan
inovatif selama 3 untuk memenuhi tuntutan proforma bagi BIG pada semester ini.
Kami telah melakukan mesyuarat dan melantik beberapa ahli jawatakuasa
adhoc yang bermula daripada pengerusi hingga ke ahli jawatankuasa yang lain.
Pemilihan pengerusi dengan diketuai oleh Rafiq UL Haq daripada kelas PK3 .
setiap ajk menjalankan tugas masing- masing mengikut yang telah diputuskan
dalam mesyuarat. Penceramah yang akan menyampaikan ceramah dalam
bengkel yang bertajuk Guru Kreatif dan Inovasi ialah Puan Dr Hajah Nor Hayati
binti Haji Mat Ali dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan IPG Kampus Darulaman untuk memulakan bengkel ini.

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

16

6.2 LAPORAN SEMASA
Pada tarikh 6 oktober 2013 010 bersamaan hari ahad , satu bengkel &
ceramah bagi program Bina Insan Guru telah diadakan yang bertajuk Guru Kreatif
dan Inovatif bertempat di Dewan Zaaba Institut Pendidikan Guru Kampus Darul
Aman. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00
pagi.

Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Kami diminta
untuk hadir ke Dewan Zaba, IPG Kampus Darulaman pada jam 8.00 pagi .
Pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi .Ketika kami hadir ke dewan,
penceramah jemputan sudahpun berada di dalam dewan. Hal ini menunjukkan
bahawa penceramah tersebut merupakan seorang yang sangat komited terhadap
tugas yang telah diberikan. Saudara Iqbal Shahidan selaku pengacara majlis bagi
bengkel hari ini. Kemudian, bacaan doa dinaungi oleh saudara Ibrahim Abdul
Halim.Setelah tamat bacaan doa, pengerusi majlis menjemput penceramah untuk
bengkel BIG kali ini iaitu Puan Dr Hajah Nor Hayati binti Haji Mat Ali dari Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan IPG Kampus Darulaman untuk
memulakan bengkel ini.

Beliau meceritakan serba sedikit latar belakang pendidikan dan keluarga
beliau. Daripada pengalaman dan gaya percakapan beliau , saya mendapati beliau
seorang yang sangat berpengalaman dalam bidang inovasi dlam pendidikan ini
walaupun berkelulusan ijazah dan sarjana dalam pengajaran matematik. Beliau
menekankan betapa pentingnya elemen kretiviti dan inovasi semasa guru
menjalankan proses P&P dalam kelas.
Dr norhayati banyak menekankan mengenai kepentingan kreativiti dan
inovasi dalam P&P supaya guru dapat menarik perhatian murid serta membuatkn
kelas lebih ceria dan aktif. Beliau telah memebrikan taklimat mengenai konsep
kreativiri dan inovasi dalam pengajaran seterusnya menerangkan mengenai
kepentingan dan kegunaan inovasi tersebut yang boleh diapikasi dalam p&P supaya
dapat menwujudkan suasana yang ceria dan aktif serta muri tidak menjadi bosan.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

17

Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau menunjukkan terlebih dahulu
video video yang menarik yang berkaitan dengan elemen kreativiti dan inovasi
dalam kehidupan seperti video lagu tegar dan duit syiling dan mengaitak video itu
dengan inovasi pada masa sekarang. Beliau menekankan betapa inovasi dapat
membuatkan seorang guru itu menjadi lebih berdaya saing dan mampu menjadi
pendidik yang disegani dan dihormati kerana kebolehannya memanfaatkan
kemajuan tekologi dan mencipta bahan pemblajaran yang menarik dan berkesan
untuk sesi P&P
Dalam ceramah, beliau menyatakan bahawa guru dan inovasi tidak dapat
dipisahkan. Hal ini kerana bertepatan dengan definisi inovasi yang bermaksud
kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik
sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan
idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi
apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja
mahupun pengenalan teknologi. Adakah sebagai seorang guru hanya berpuas hati
dengan kaedah dan bahan pembelajaran yang lama dan tradisional yang kurang
sesuai dengan kemajuan teknologi zaman sekarang.?
Semasa memberikan ceramah beliau memebri peluang kepada semua
pelajar untuk bertanya dan memberikan idea untuk sesuatu yang ditanya oelh
beliau. Reaksi daripada pelajar amat memuaskan dan masing masing dapat
memberikan tumpuan ketika apa yang disampaikan oleh beliau.
Penggunaan slaid persembahan penceramah sangat menarik dan memberi
manfaat kepada setiap pelajar. Antara pengisian yang telah beliau sampaikan pada
petang tersebut ialah berkaitan dengan bagaimana guru dapat menyediakan diri
sebagai guru yang inovatif, persediaan kemahiran, amalan kreativiti dan inovasi
P&P, pengaplikasian inovasi P&P serta strategi meningkatkan minat dan motivasi
pelajar. Penyampaian penceramah juga berbentuk santai dan menraik agar pelajar
tidak menjadi bosan.. Walaupun beliau mahir dalam bidang Geografi tetapi ilmu
beliau lebih menyeluruh kepada pelbagai aspek.. Bukannya merendahkan mentaliti
hingga murid-murid berjaya memanipulasi guru, bahkan guru tersebut harus bijak
memanipulasikan keadaan atau situasi.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

18

Menurut penceramah lagi, seseorang guru itu seharusnya membuat
persediaan pengetahuan mengenai teori pengajaran, pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran. Beliau memperkenalkan kepada kami bahan inovasi baru serta
kegunaanya yang telah diguna pakai dalam dunia pendidikan pada masa kini seperti
ebeem interactive, SPSS dan geogebra. Bahan inovasi ini akan memudahkan lagi
proses pengajaran dalam bilik darjah dan mempercepatkan lagi urusan
pemprosesan data murid . Selain itu, murid akan menjaid lebih tertarik dan berminat
disebabkan kecanggihn alat teknologi yang digunakan. Namun demikian, bagi
memastikan lagi bahawa murid-murid akan terus memberi tumpuan terhadap
pengajaran kita, guru harus bijak meyampaikan maklumat kepada murid-murid sama
ada dalam bentuk maya dan konkrit. Bahan digunakan juga hendaklah berteknologi
dan kreatif. Hal ini kerana yang akan membezakan seseorang pendidik itu ialah
gaya serta cara penyampaian maklumat kepada murid-murid. Itulah yang dinamakan
inovasi dan kreativiti

Selain itu, DR Norhayati menekankan perihal ketrampilan guru. Antara
perkara yang dikatakan ketrampilan guru ialah kecekapan ICT, menyediakan bahan
pengajaran, amalan kerja yang terancang dan dokumentasi kerja. Sejajar dengan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mementingkan penggunaan ICT
dalam setiap pengajaran. ICT bermaksud (information and communication
technology) ataupun dikenali sebagai teknologi maklumat dan komunikasi adalah
teknologi yang dapat menjimatkan masa untuk mengambil, memindahkan,.
Kompetensi Celik Maklumat, kesedaran kepada keperluan kepada maklumat,
keupayaan menganalisa maklumat dan menilai kegunaannya, dan berupaya
menggunakan maklumat berkenaan bagi tujuan pengetahuan adalah penting bagi
membolehkan proses di atas dilaksanakan.

AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

19

Beliau turut menunjukkan demonstrasi penggunaan data ebeem dan mouse
pad yang terbukti berkesan memudahkan. Beliau turut menunjukkna satu kit
pembelajaran multimedia yang berkaitan dengan pembelajaran geografi bagi
sekolah menengah. . Kit itu sangat menarik dan ternyata menggunakan teknologi
yang tinggi. Kit ini dicipta semasa pertandingan inovasi peringkat Kementerian
Pendidikan yang mana beliau bersama dua orang lagi pesyarah di jabatan TMk
terlibat dalam mencipta dan mempersembahkan hasil projek reka cipta ini di carnival
inovai peringkat kebangsaan.
. Beliau juga turut memperkenalkan aplikasi baru dalam P&P seperti mysan ,
ligean.Beliau menunjukkan bagaimana perisian myscan yan boleh menyalin kembali
tulisan yang terdapat dalam sesebuah video dan ditebitkan dalam bentuk Microsoft
word. Perisian ini begitu canggih dan berguna untuk membuat tugasan dan
pengumpulan data seperti makluman sistem data murid disekolah.
Sebagai penutup bengkel, beliau sekali lagi mengigatkan semua pelajar untuk
memanfaatkan dan meneroka sesuatu yang baru semasa mengajar supaya dapat
menbantu kerah murid yang lebih proaktif dan sentiasa berfikiran kehadpan dan
terus mencipta sesuatu yang baharu untuk dunia pendidikan yang kearah
meningkatkan lagi kualititi pendidikan di Negara ini.


6.3 SELEPAS

Selepas program ini selesai, kami mengadakan mesyuarat post-mortem bagi
meneliti setiap masalah yang timbul sewaktu program dilaksanakan. Selain itu,
setiap AJK harus membentangkan hasilakan atau kerja yang telah mereka
laksanakan sebelum dan semasa program dijalankan. Kami juga dikehendaki
membuat laporan secara bertulis serta menyiapkan refleksi berkenaan program ini
dan menganalisis kelemahan, kekuatan dan berikan cadangan penambahbaikan
bagi setiap masalah yang timbul.


AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

20

6.4 LAMPIRAN ( GAMBAR AKTIVITI)


Dr Norhayati memberikan ceramah dengan memperkenalkan
tajuk bengkel kepada para pelajar
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

21


Dr Hayati menujukkan penggunaan aplikasi bahan
pembelajaran yang digunakan dalam sesi P&P
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

22
















Majlis penyampaian cenderamata kepada penceramah , Dr
Norhayati oleh Mentor Kelas PK3, Encik Shah Johan
Pelajar ditunjukkan demonstrasi penggunaa aplikasi ebeem
Dan mysan dalam menghasilkan sesuatu tugasan
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

23

7.0 REFLEKSI BIG BENGKEL GURU KREATIF DAN INOVASI
Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi akhirnya saya dapat menyiapkan laporan
ini dengan jayanya dn tepat pada masa dikehendaki untuk menghantarnya.Menerusi
penganjuran bengkel ini yang perlu dilaksanakan untuk memenuhi proforma BIG
Semester 6 ini, saya dapati banyak lmu dan input berguna yang digunakan untuk
kerjaya guru masa hadapan .Saya lebih memahami apa yang dimaksudkan dengan
inovasi oleh guru.
Sebelum ini, saya ada juga ketahui serba sedikit pembaharuan yang sering
dijalankan oleh guru-guru memandangkan kedua ibu bapa saya ialah guru namun
saya tidak dapat lagi membuat apa-apa pembaharuan kerana saya masih belum
memahaminya secara mendalam.Oleh itu, saya berasa laporan-laporan yang saya
hasilkan sangat berguna untuk saya aplikasikan setelah saya melangkah kea lam
pekerjaan. Bagi pendapat saya, sekiranya tidak ada program seumpama ini mungkin
saya tidak akan menimba pengetahuan bak mutiara ini dan saya mungkin tidak
berpeluang untuk mengecapi nikmat ilmu tersebut. Oleh itu, sepanjang program itu
berlangsung sya mencatat seberapa isi penting yang boleh.
Melalui tugasan ini saya dapat mengatur masa dengan lebih sistematik. Hal
ini kerana bagi saya bagi menghasilkan satu tugas yang boleh dianggap cemerlang,
ia memerlukan komitmen yang tinggi serta pengurusan masa yang cekap. Walaupun
saya mempunyai pelbagai komitmen yang lain, namun demikian, saya dapat jua
akhirnya untuk mengatur masa dan saya berpuas hati dengan hasil tugasan saya.
KEKUATAN
Kekuatan yang seterusnya ialah input-input yang menarik dan bermanfaat
mampu menarik minat para pelajar. Puan Dr Norhayati tidak kedekut ilmu serta
pengalaman yang telah beliau alami. Ilmu yang diberikan sangat bermanfaat kepada
kami sebagai seorang bakal pendidik anak bangsa yang akan berhadapan dengan
arus kemajuan teknologi yang semakin pesat membangun ini. Beliau menekankan
betapa seorang guru itu perlunya guru itu memikirkan kaedah p &p yang terbaik dan
kreatif serta berunsurkan inovasi agar p & p yang dijalanakan menjadi lebih menarik
.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

24

Kekuatan yang seterusnya ialah dari aspek penyampaian maklumat oleh Dr
Hayati. Cara penyampaiannya sangat menarik dan mengagumkan. Walaupun beliau
sudah berusia, namun semangat keguruan dalam dirinya masih muda. Beliau kini
dalam proses menerbitkan sebuah buku yang berkaitan Kegigihan beliau telah
membuat saya bangga dan kagum dengan kejayaannya.
Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang inovatif dan cemerlang,
pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri
guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Guru seharusnya boleh menghasilkan
sesuatu inovasi yang asli atau menambahbaikan terhadap sesuatu yang telah ada
yang merangkumi aktiviti pembaharuan dan perubahan positif dalam p& p seperti
yang ditujukkan oleh penceramah pengajaran geografi dengan mengunakan kit
pembelajaran ICT mengenal bumi.
Inovasi yang sangat menarik dan kreatif membuatkan peajar yang mengikuti
bengkel tidak berasa bosan dan memberi tumpuan sepenuhnya mengenai apa yang
disampaikan oleh penceramah. Penggunaan bahan teknologi pendidikan seperti tab
dan mouse ,, berjaya menarik perhatian pelajar. Rata rata mereka terpegun
dengan kehebatan teknologi produk itu yang memudahkan urusan dari segi
pengajaran dan penghasilan karya

KELEMAHAN
Aktiviti yang dijalanakan dalam bengkel ini kurang melibatkan pelajar. Hal ini
kerana penceramah yang banyak memberikan input dan penerangan dan pendapat
yang dikemukakan oleh pelajar yang mendengarnya kurang. Hal ini lebih tertumpu
kepada penceramah itu sendiri yang memberikan ceramah manakala pelajaj
sebagai pendengar.
Susun atur pelajar yang mengikut ceramah juga tidak begitu terurus . hal ini
menyebabkan pelajar duduk secara tidak teratur dan menyebabkan merek kurang
mengikuti apa yang disampaiakn oelh penceramah dan mereka berbual antara
mereka semasa penceramah sedang memberikan ceramah.
AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

25

Bunyi persembahan video yang ditunjukkan kurang memuaskan . Hal ini
menebabkan pelajar menjadi kurang berminat dan bosan. Sistem bunyi yang kurang
jelas membuatkan pelajar mencari dan cuba mengetahui apa yang disampaiakn
dalam video itu.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan yang terakhir pula ialah mengenai tanggungjawab masing-masing
dalam menjalankan tugas. Setiap pelajar perlu peka terhadap tugas masing-masing.
Seharusnya setiap tanggungjawab yang diberi galas bersama-sama dan bukannya
dijalankan seorang diri ataupun diberi kepada orang lain. Jika hanya mengharapkan
pujian semata-mata itu bermakna kita tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasan
tersebut. Sikap begini seharusnya tidak perlu ada di dalam diri seorang guru.
Kerjasama yang sangat diperlukan dalam menjalankan sesuatu program.

Pada masa akan datang, perlu dipelbagai lagi aktiviti yang dilakukan yang
boleh diselitkan semasa ceramah disampaikan. Aktiviti yang dijalanakan berbentuk
setiap kumpulan mencipta atau mereka satu alat pengajaran yang berelemenkan
inovasi danlam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Aktiviti seperti ini
dapat mencungkil bakat dan gaya pemikiran kearah berinovasi dan kreatif dalam
mereka cipta bahan bantu mengajar yang menarik dan berguna untuk sesi P&P bagi
setiap pelajaran mengikut kumpulan kuliah masing masing.

Selain itu, bengkel ini boleh diselitkan dengan aktiviti pembentangan dan soal
jawab antara kumpulan pelajar yang dipantau oleh penceramah. Melalui kaedah ini
dapat mengukuhkan lagi pemahaman mereka mengenai inovasi dalam pendidikan
selain dapat memberikan mereka kekuatan dan keyakinan terhadap sesuatu bahan
inovasi pendidikan yang mereka cipta serta dapat bertukar tukar pendapat .





AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD 2013

26

8.0 PENUTUP
Melalui lawatan penanda aras guru cemerlang ini, saya telah memperolehi
banyak input yang berguna untuk saya aplikasikan pada masa hadapan kelak
sebagai seorang guru pendidikan khas. Malah, saya dapat memantau sendiri
bagaimana mereka melaksanakan segala perancangan yang telah mereka draf
pada tahun lepas. Perancangan yang rapi sangat diperlukan bagi memastikan
sesebuah institusi pengajian itu dapat bergerak dengan lancar serta tanpa masalah.
Penganjuran program bengkel seperti ini wajar diadakan lagi kerana banyak
mendedahkan kepada pelajar mengenai ilmu ilmu yang berguna kepada seorang
guru dalam mewujudkan suasana yang menarik dan gaya pembelajaran yang kreatif
semas P & P berjalan . Ilmu ini juga jarang dperolehi daripada kuliah harian yang
dihadiri oleh pelajar.

You might also like