You are on page 1of 3

LARI BERGANTI-GANTI

Peraturan
1. Jarak standard ialah 4 X 100M, 4 X 200M, larian Medley (100M-200M-300M-400M),
4 X 40M, 4 X 400M, dan 4 X1500M.
2. Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan
jarak peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi (scratch line).
3. Setiap zon sambit hendaklah sepanjang 20m dengan garisan gores di tengah-
tengahnya. Zon tersebut bermula dan tamat pada sisi garisan zon paling dekat dengan
garisan permulaan kearah larian.
4. Penanda bantuan: Sekiranya keseluruhan atau sebahagian lari berganti-ganti itu
dijalankan mengikut lorong, seseorang atlet boleh meletak penanda bantuan di
lorongnya sendiri dengan menggunakan pita pelekat, maksimum 5sm x 40sm berwarna
terang yang tidak sampai mengelirukan tanda-tanda sebenar di balapan. Penanda-
penanda bantuan lain dilarang sama sekali.
5. Baton hendaklah berbentuk tiub bulat bergeronggang dan berpermukaan licin,
berbujur dibuat daripada kayu, logam, atau apa jua bahan yang keras berbentuk
sebatang penuh dengan panjangnya 280-300mm. Ukur lilitnya hendakalh antara 40 (
2mm) dan beratnya tidak kurang daripada 50g. Ianya mesti berwarna untuk membantu
penglihatan.
6. Baton hendaklah dipegang di tangan sepanjang perlumbaan. Atlet tidak dibenarkan
memakai sarung tangan atau meletakkan, memakai sebarang bahan pada tangan
untuk memperolehi genggaman baton yang lebih baik. Jika terjatuh, baton hendakalah
diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau hendaklah meninggalkan
lorongnya untuk mengutip baton dengan syarat, perbuatan beliau tidak mengurangkan
jarak yang patut dihabiskannya. Tambahan pula, baton yang terjatuh dan tergorek
kearah tepi atau hadapan arah larian (termasuk melepasi garisan penamat), atlet yang
menjatuhkannya, selepas mengutip bahan tersebut hendaklah kembali ke tempat asal
sebelum menyambung lariannya. Asalkan perbuatan tersebut tidak menganggu atlet
lain. Menjatuhkan baton tidak mengakibatkan pembatalan. Sekiranya seorang atlet
tidak akur dengan peraturan ini, pasukan akan dibatalkan.
7. Dalam semua perlumbaan lari berganti-ganti, baton hendaklah diserahkan di dalam
zon sambut. Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang
menerima dan selesai apabila baton berada hanya di genggaman pelari yang menerima
tadi. Dalam kawasan zon sambut, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus.
Pemberian baton diluar zon sambut akan mengakibatkan pembatalan. Jika baton
dijatuhkan dan berada sama ada di depan (termasuk melepasi garisan tamat) atau di
tepi tempat larian, atlet yang menjatuhkanya mesti mendapatkan balik baton itu dan
kembali ke posisi di mana baton itu berada dalam genggaman sebelum terlepas keluar,
dan meneruskan larian posisi itu.
8. Sebelum menerima dan setelah menyerahkan baton, atlet tersebut hendaklah berada
dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan lapang supaya tidak
menghalang atlet-atlet lain. Sekirannya seseorang atlet itu secara senaja menganggu
atlet lain dengan melintas keluar dari posisi atau lorongnya setelah selesai
menyerahkan batonnya, tndakan beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau
dibatalkan.
9. Bantuan dengan menolak atau dengan sebarang cara lain akan menyebabkan
pembatalan.
10. Setiap pelari dari pasukan hendaklah berlari sebahagian/seperingkat pusingan
sahaja. Mana-mana empat atlet daripada yang didaftarkan untuk pertandingan tersebut,
sama ada bagi acara tersebut atau sebarang pusingan. Walaubagaimanapun, sebaik
sahaja pasukan tersebut sudah mula bertanding, hanya dua atlet tambahan boleh
digunakan sebagai pengganti dalam komposisi pasukan tersebut. Jika sesuatu pasukan
tidak mengikut peraturan ini, ia hendaklah dibatalkan.
11. Komposisi dan susunan larian atlet-atlet hendaklah diisitiharkan secara rasmi tidak
lewat daripada sejam sebelum masa panggilan saringan pertama setiap pusingan
pertandingan. Pertukaran selepas ini disahkan oleh pengawai perubatan yang dilantik
oleh Jawatankuasa Pengelola dan hanya oleh dibuat sehingga masa panggilan terakhir
untuk saringan pasukan yang bertanding itu. Jika sesuatu pasukan tidak mengikut
peraturan ini, ia akan dibatalkan.
12. Lari berganti-ganti 4 x 100m hendaklah dijalankan sepenuhnya dalam lorong.
13. Acara 4 x 200m boleh diadakan secara berikut.
(a) menggunakan lorong dari mula hingga tamat (empat selekoh di lorong).
(b) di lorong untuk dua peringkat pertama dan kedua dan sebahagian daripda peringkat
ketiga sehingga sampai ke tepi terdekat garisan memotong selepas selekoh pertama
(breakline) di mana atlet boleh meninggalkan lorong mereka (tiga selekoh dalam lorong).
(c) di lorong untuk peringkat pertama sehingga sampai ke tepi terdekat garisan
memotong selepas selekoh pertama (breakline) di mana atlet dibenarkan meninggalkan
lorong masing-masing.
14. Acara 4 x 400m boleh diadakan sepertimana dibawah:
(a) di lorong untuk peringkat pertama dan sebahagian dari peringkat kedua sehingga
tiba di tepi terdekat garisan memotong di selekoh pertama (breakline) dimana atlet
boleh meninggalkan lorong masing. (tiga selekoh dalam lorong)
(b) di lorong untuk peringkat pertama sehingga tiba di tepi terdekat garisan memotong
selekoh pertama (breakline) di mana atlet dibenarkan meninggalkan lorong. (satu
selekoh dalam lorong).
15. Sebaik sahaja pasukan lari berganti-ganti memulakan pertandingan, hanya dua
orang atlet sahaja yang boleh menjadi pengganti (simpanan) untuk pusingan-pusingan
berikutnya. Penggantian hanya boleh dibuat dengan atlet-atlet yang telah didaftarkan
sejak dari mula, sama ada untuk acara berkenaan atau acara lain. Jika sesuatu
pasukan tidak mengikut peraturan ini ia akan dibatalkan.
16. Acara 4 x 1500m akan diadakan dari mula hingga tamat tanpa menggunakan lorong.
17. Pelari-pelari ketiga dan keempat 4 x 400 m hendaklah mendengar arahan pegawai-
pegawai yang ditetapkan, menunggu untuk menyambut baton mengikut susunan pelari
pasukan masing-masing setelah melepasi tanda 200 m balapan (dari dalam ke luar).
Setelah pelari-pelari diletakkan dalam susunan ini, mereka tidak lagi boleh berubah
tempat di awal zon sambut. Sekiranya mana-mana atlet tidak mengikut peraturan ini,
beliau akan menyebabkan pembatalan pasukannya.

Peringatan : Dalam acara 4 x 200 m lari berganti-ganti ( jika acara ini tidak
sepenuhnya dilarikan di dalam lorong) atlet keempat hendaklah
beratur megikut urutan senarai permulaan (dari dalam ke luar).

18. Dalam sebarang acara lari berganti-ganti, apabila lorong tidak digunakan termasuk
bila sesuai, dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400m, atlet yang menunggu boleh masuk
kawasan dalam balapan apabila ahli pasukan menghampiri, dengan syarat mereka
tidak menghalang atau menggangu atlet lain. Dalam acara 4 x 200 m dan 4 x 400 m
atlet yang menunggu hendaklah mengekalkan urutan seperti dalam perenggan 9.

You might also like