You are on page 1of 1

Perpaduan merupakan tunjang utama ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara

maju menjelang tahun 2020 seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Hal ini kerana
perpaduan antara kaum adalah penting dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan
sejahtera. Tragedi 13 Mei 1996 merupakan titik hitam dalam sejarah Malaysia kerana
berlakunya perselisihan faham dan perbalahan antara kaum India, Melayu dan Cina.
Rentetan daripada peristiwa itu, maka terbentuklah Rukun Negara yang merupakan paksi ke
arah mencapai perpaduan yang lebih erat antara semua kaum yang mana sehingga kini kita
masih lagi berpegang kepada prinsip Rukun Negara.
Selain itu, perpaduan juga dapat mengekalkan kestabilan politik dan seterusnya
menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia. Hal ini selaras dengan harapan
pemimpin negara kita iaitu YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak di mana gagasan Satu
Malaysia yang dilaungkan merupakan satu formula yang perlu diterapkan dalam sanubari
masyarakat Malaysia dalam mencapai aspirasi negara iaitu Wawasan 2020. Apabila
perpaduan antara kaum telah kukuh maka pemimpin negara boleh berfokus dalam usaha
untuk memajukan negara dan melangkah lebih jauh dalam bidang teknologi dan seterusnya
menaik taraf hidup rakyat Malaysia seperti negara Jepun dan Korea Selatan.
Di samping itu, jika rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup bersatu padu dan
aman damai, pelancong dari luar negara akan berminat untuk melancong ke negara kita.
Amalan perpaduan inilah yang menjadi tulang belakang kejayaan negara dan memancing
perhatian dunia terhadap negara kita. Kehadiran pelancong dari luar negara memberikan
kesan kepada peningkatan ekonomi negara dan peluang pekerjaan kepada rakyat untuk
menjana sumber pendapatan masing-masing. Jika rakyat Malaysia tidak bersatu padu dan
selalu berbalah, tidak mungkin pelancong akan berminat untuk melawat Malaysia.

You might also like