You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN

BIL CUE TINDAKAN/


CATATAN
Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan
bersedia.


Ketibaan Ketua Organisasi/ Tuan Pengetua


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Puan Pengetua SMK
Batu Rakit, Mengabang Lekor diiringi oleh Penolong Kanan
Pentadbiran, Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Ko
Kurikulum masuk ke dewan.


1. ALUNAN ZIKIR ASMA UL HUSNA, LAGU NEGARAKU,
LAGU SELAMAT SULTAN DAN LAGU SEKOLAH.

Bagi memulakan perhimpunan kita pada pagi ini, semua
warga dewan diminta untuk bersama- sama mengalunkan
Asma ul Husna, lagu Negaraku, lagu Selamat Sultan dan lagu
Sekolah.

Semua warga dewan diminta berdiri


2. BACAAN IKRAR

Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar pelajar
dan rukun Negara yang diketuai oleh Saudara
________________________________________.

Terima kasih diucapkan kepada warga dewan atas
nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua
warga dewan dipersilakan duduk.



3. UCAPAN KERAIAN

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Zaiton bt Mansor.
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah:
Pen. Kanan Pentadbiran, En Razali bin Sulong,
Pen Kanan HEM, Tn Hj Ruslinn bin Mohd,
Pen Kanan Kokurikulum, En Mazmee bin A. Rahman,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Yang dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan
pelajar yang dimuliakan Allah.


4. Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum warohmatullahiwabarokatuh
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera


5. UCAPAN ALU- ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke
hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka
dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah
ini.



6.

LAPORAN GURU BERTUGAS
Bagi meneruskan acara majlis pada pagi ini, majlis
mempersilakan wakil guru bertugas pada minggu lepas
untuk menyampaikan laporan bertugas mingguan. Majlis
dengan ini mempersilakan.

Terima kasih kepada Encik/Puan/Cik
____________________________________ atas laporan yang
disampaikan tadi.








7.

MAKLUMAN GURU BERTUGAS

Untuk makluman semua guru yang bertugas pada minggu
ini ialah (rujuk lampiran)

Jika terdapat sebarang masalah sila rujuk kepada guru-
guru yang saya telah sebutkan tadi.


8. UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
Encik/Puan/Cik _____________________________________ untuk
menyampaikan beberapa makluman Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan/Cik
_____________________________


9. UCAPAN PENGETUA / PENTADBIR/PENGURUSAN
SEKOLAH.

Seterusnya, saya mempersilakan Puan Pengetua / Penolong
Kanan Pentadbiran / Penolong Kanan HEM / Penolong
Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih
atas ucapan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua /
Penolong Kanan itu tadi.

Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan
panduan untuk merealisasikan kecemerlangan.



10.

DOA

Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi, saya
mempersilakan
saudara___________________________________________ untuk
melafazkan doa.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada
saudara__________________________ atas bacaan doa sebentar
tadi.


11.

PENGUMUMAN

Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum
bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya
sampaikan.



12.

BERSURAI

Akhir kata marilah sama- sama kita tangguhkan majlis kita
ini dengan bacaan tasbih kafarah dan surah al- asr.
Aminamin ya rabbbal alamin

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan
ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, semua
Penolong Kanan, Guru Kanan Matapelajaran, dan guru-
guru yang hadir dalam perhimpunan ini.

Majlis menjemput semua guru untuk keluar dewan terlebih
dahulu, diikuti dengan pelajar tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Diminta semua pemimpin pelajar mengambil tempat..

Perhimpunan bersurai.

Sekian wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarokatuh

You might also like