You are on page 1of 8

PENULISAN JURNAL

PRAKTIKUM FASA 2



[23 Julai 2012 27 Julai 2012]
23 Julai 2012 merupakan hari pertama saya dan 5 rakan praktikum saya
menjalankan praktikum bagi fasa 2 di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa (SKSS).
Tepat jam 7 pagi kami melangkah masuk ke perkarangan sekolah, kami terus ke
pejabat untuk melapor diri. Kedatangan kami disambut baik oleh Guru Penolong
Kanan Pentadbiran, Pn Noorin bt Abdul Rahman. Selepas itu kami menyertai
perhimpunan pagi yang dijalankan. Kami diperkenalkan kepada guru-guru dan
murid-murid di perhimpunan.
Sejurus usainya perhimpunan, kami kembali ke pejabat untuk taklimat ringkas
tentang perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh 2 bulan kami di situ. Kami juga
berkenalan dengan warga pejabat dan berkenalan rapat dengan guru di bilik guru.
Kami masih tidak berkesempatan untuk berjumpa Guru Besar kerana beliau
menghadiri mesyuarat.
Kami tidak menerima lagi jadual waktu kerana pihak sekolah perlu meneliti
waktu untuk diberikan kepada kami pelatih guru supya tidak bertindih
memandangkan jumlah kami yang agak ramai. Walau bagaimanapun, pada hari
pertama saya telah masuk untuk menggantikan guru yang pergi berkursus. Kelas
tersebut ialah kelas Bahasa Cina. Saya dimaklumkan bahawa semua murid SKSS
wajib mempelajari Bahasa Cina dan Bahasa Arab. Ini merupakan satu pendekatan
yang baik kerana ia merupakan satu bonus jika kita mengetahui pelbagai bahasa.
Tambahan pula, pendekatan ini dijalankan kepada murid-murid sejak dari kecil.
Sinonim dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, saya yakin bahawa
murid-murid sekolah ini dapat bertutur sekurang-kurangnya 10 istilah Bahasa Cina
dan Bahasa Arab.
Setelah selesai, kami dibenarkan pulang pada jam 2.05 petang. Perkara-
perkara yang perlu untuk saya ambil tindakan telah saya catatkan pada buku nota
bagi mengelakkan kerja-kerja yang tertunggak. Esok dan tempoh dua bulan ini,
PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2
tugas yang berat akan saya galas. Saya berharap segalanya berjalan dengan lancar
dan saya berjani pada diri saya untuk melakukan yang terbaik.


[30 Julai 2012 3 Ogos 2012]
Tarikh / Hari 1 OGOS 2012 [Rabu]
Tajuk Aktiviti berpasangan [How Long Am I]
Bisikan hati /
Perasaan
Sepanjangsesi pengajaran dan pembelajaran saya berada di SK
Seri Sentosa, saya tidak pernah menjalankan aktiviti berpasangan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Jadi, selepas
memperkenalkn tajuk anggaran saya bercadang untuk
menjalankan aktiviti berkumpulan sebagai aktiviti pengukuhan
kepada pengenalan konsep yang saya perkenalkan. Bagi proses
pembahagian pasangan, saya lakukan mengikut tempat duduk
masing-masing memandangkan mereka sudah secara
berpasangan. Pada mulanya, saya menghadapi kesukaran
apabila terdapat beberapa orang murid tidak mahu pasangan
yang telah saya tetapkan. Namun selepas itu, saya berasa lega
sedikit kerana mereka akur dengan arahan saya. Pelbagai ragam
dan kerenah setiap pelajar di dalam kelas tersebut. Hal ini
mungkin berlaku kerana jumlah bilangan pelajar yang ramai di
dalam kelas tersebut iaitu 30 orang. Namun jauh di sudut hati
saya, saya begitu terhibur dengan setiap karenah yang
ditunjukkan oleh mereka. Walaupun bagaimanapun,masih banyak
lagi personality murid-murid saya yang belum saya terokai dan
temui memandangkan minggu ini merupakan minggu pertama
saya mengajar mereka. Mungkin ini yang dialami oleh guru-guru
saya dahulu.
Menganalisis /
Menilai
Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat
dinafikan semua pelajar memberikan tumpuan dan perhatian.
Namun apabila tiba kepada peringkat untuk pembahagian
PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2
kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana murid-murid
bersama pasangan masing-masing. Saya telah member sehelai
kertas kepada setiap pasangan. Seterusnya, saya berikan arahan
tentang apa yang perlu mereka buat. Oleh kerana mereka sangat
bersemangat untuk menjalankan aktiiviti, tiada soalan yang
dikemukakan untuk kekeliruan arahan. Selepas saya memberikan
masa selama 15 minit, keadaan kelas mula bising kerana meraka
mula berbincang Saya telah memberikan arahan supaya mereka
memperlahankan suara. Namun suasana kelas masih bising.
Setelah saya teliti, pasangan tersebut terdiri daripada pelajar lelaki.
Selepas ini, saya akan pastikan setiap pasanagn mahupun
kumpulan perlu bercampur. Bagi memastikan pelajar-pelajar faham
tentang aktiviti yang dijalankan, saya berjalan ke setiap pasangan
untuk member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas tentang
arahan yang diberikan.
Kesedaran
baru / Harapan
Kini saya sedar bahawa menjalankan aktiviti berpasangan
bukanlah suatu perkara yang mudah. Walaupun saya hanya perlu
akui bahawa aktiviti berpasangan ini lebih memberikan peluang
kepada setipa murid untuk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan
berbanding dengan aktiviti berkumpulan. Apa yang paling
penting, saya perlu menyediakan diri saya untuk memberi arahan
yang jelas dan pada masa yang sama mengawal kelas dengan
baik bagi mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Arahan
perlu diberikan sebelum menyerahkan peralatan kepada murid-
murid. Hal ini bagi mengelakkan mereka tidak memberi tumpuan
ketika saya memberi arahan. Selain itu, saya sepatutnya memberi
arahan dengan jelas dan ringkas supaya para pelajar mudah
memahaminya. Selepas ini, saya juga perlu mempelbagaikan
aktiviti di dalam kelas agar pelajar lebih tertarik untuk menimba
ilmu
Cadangan /
Tindakan
Sewaktu pertama kali saya menjejakkan kaki ke kelas 4 Bestari,
saya dapat rasakan saya berhadapan dengan satu cabaran yang
besar kerana kelas ini merupakan kelas pertama dalam tahun 4
PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2
Bestari. Murid-murid dalam kelas ini aktif dan pintar serta begitu
semangat terutama apabila melakukan aktiviti. Saya perlu
menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik perhatian
mereka. Saya juga perlu mempelbagaikan sumber pengajaran
supaya mereka tidak berasa bosan. Namun pada masa yang
sama, saya perlu mempertingkatkan cara pengawalan kelas
supaya keadaan kelas kondusif dan tidak terlalu bising. Saya
perlu lebih banyak melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran
agar semua murid berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak
hilang fokus serta lebih berminat mengikuti pengajaran. Selain itu,
penegasan perlu dipertingkatkan agar setiap daripada mereka
memberi tumpuan sepenuhnya. Bagi kumpulan yang bising, saya
perlu lebih tegas untuk mengarahkan mereka untuk diam atau
mengenakan denda seperti tidak dapat membuat aktiviti ataupun
berdiri sepanjang kelas. Dengan ini, murid-murid lain akan
mempelajari daripada kesan yang dikenakan ke atas rakan
mereka dan tidak akan mengulangi perkara yang sama. Saya
akan mengaplikasikan setiap teguran yang diberi oleh pensyarah
pembimbing saya dan guru pembimbing untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran seterusnya. Saya juga akan merefleks dan
menilai kembali P&P yang telah saya jalankan bagi melakukan
penambahbaikan pada masa akan datang.








PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2




[30 Julai 2012 3 Ogos 2012]
Tarikh / Hari 10 OGOS 2012 (JUMAAT)
Tajuk Pengajaran kelas aliran KSSR
Bisikan hati /
Perasaan
Sebelum saya keluar untuk ke praktikum, saya berharap supaya
saya tidak berpeluang mengajar kelas aliran KKSR. Bagi saya
mengajar kelas KKSR agak sukar tambahan bagi subjek
Matematik. Begitu juga dengan subjek Pendidikan Jasmani. Kami
hanya diberi taklimat tentang modul KSSR tanpa mempraktikkan
cara penulisan RPH, apatah lagi bagi menjalankan satu sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas KSSR. Namun,
selepas mendapat jadual waktu saya dapati saya perlu mengajar
kelas KKSR untuk subjek Pendidikan Jasmani. Pada mulanya,
saya menghadapi kesukaranan untuk menerima hakikat tersebut.
Tambahan pula, saya tidak mempunyai pengalaman untuk
menulis rancangan pengajaran harian bagi Pendidikan Jasmani
ini. Apa yang saya ada ialah draf yang dibekalkan oleh pensyarah
penyelia saya, Dr Norashid bin Din. Sebenarnya, apa yang lebih
membimbangkan saya ialah pentaksiran yang dijalankan di dalam
kelas KSSR kerana perlu meletakkan band mengikut tahap murid-
murid tersebut. Walau bagaimanapun, setelah saya melihat modul
yang disediakan dan berbekalkan draf yang diberikan, saya
rasakan pengajaran bagi kelas KSSR ini tidak sukar kerana
segala perancangan telah dirangka.
Menganalisis /
Menilai
Pada awal proses pengajaran dan pembelajaran , tidak dapat
dinafikan saya agak kekok untuk mengajar. Tambahan pula ini kali
pertama saya mengajar Pendidikan Jasmani. Untuk mengajar bagi
PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2
kali pertama dan mengendali sebuah kelas Tahun 1 merupakan
pengalaman paling cemas dan gementar sepanjang pengalaman
saya praktikum. Namun, alhamdulillah semua pelajar memberikan
tumpuan dan perhatian. Apabila tiba kepada peringkat untuk
pembahagian kumpulan, keadaan kelas sudah mula bising kerana
murid-murid bergerak ke dalam kumpulan masing-masing. Namun
bagi saya suasana bising tersebut adalah salah satu proses
pembelajaran di mana menreka berkomunikasi antara mereka .
bagi peringkat persembahan pula, mereka begitu bersemangat
kerana saya telah memainkan sebuah lagu serta menyanyi dengan
gaya yang selari dengan lirik tersebut. Saya juga menyediakan
topeng bagi mewakili kumpulan masing-masing. Murid-murid
begitu bersemangat dan melakukan pergerakan yang ditunjukkan
dengan baik. Saya berasa seronok kerana sambil bergembira,
objektif pembelajaran yang saya tetapkan tercapai. Bagi
memastikan murid-murid terus berminat dengan aktiviti yang
dijalankan, saya bernyanyi bersama dan berjalan ke setiap
kumpulan untuk member tunjuk ajar sekiranya mereka tidak jelas
tentang arahan yang diberikan.

Kesedaran
baru / Harapan
Kini saya sedar bahawa untuk mengawal kelas dengan baik ialah
dengan menimbulkan rasa minat dalam diri murid-murid terhadap
pembelajaran. Walaupun bagi subjek pendidikan jasmani saya
tidak perlu menyampaikan konsep seperti dalam subjek
Matematik, saya masih perlu untuk menyediakan bahan bantu
mengajar yang dapat menggalakkan minat murid terhadap
pembelajaran. Saya juga perlu menyediakan diri saya untuk
member arahan yang jelas dan mengawal kelas dengan baik bagi
mengelakkan bunyi bising seperti di pasar ikan. Bagi murid Tahun
1 Cemerlang, arahan yang diberikan mestilah jelas dan ringkas
supaya mereka mudah memahaminya.
Cadangan /
Tindakan
Kelas 1 Cemerlang merupakan kelas kedua. Rata-rata murid
dalam kelas ini boleh membaca dan mengikuti pembelajaran
PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2
dengan baik. Namun, ada beberapa murid yang aktif dan perlu
dikawal dengan lebih baik di dalam kelas ini. Walaupun bahan
bantu mengajar yang saya sediakan dapat menarik minat mereka,
saya perlu lebih bijak dalam mengawal kelas. Seperti kelas 4
Bestari, saya menggunakan Reward Chart bagi memastikan
mereka menjaga tingkah laku masing-masing. Saya perlu
melibatkan murid-murid dalam sesi pengajaran agar semua murid
berpeluang untuk menyertai P&P dan tidak hilang fokus serta lebih
berminat mengikuti pengajaran. Selain itu, penegasan perlu
dipertingkatkan agar setiap daripada mereka memberi tumpuan
sepenuhnya. Bagi murid yang bising, saya perlu lebih tegas untuk
mengarahkan mereka untuk diam atau mengenakan denda seperti
tidak dapat membuat aktiviti ataupun berdiri sepanjang kelas.
Dengan ini, murid-murid lain akan mempelajari daripada kesan
yang dikenakan ke atas rakan mereka dan tidak akan mengulangi
perkara yang sama. Saya akan mengaplikasikan setiap teguran
yang diberi oleh pensyarah pembimbing saya dan guru
pembimbing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Saya juga akan merefleks dan menilai kembali P&P yang telah
saya jalankan bagi melakukan penambahbaikan pada masa akan
datang.









PENULISAN JURNAL


PRAKTIKUM FASA 2

You might also like