You are on page 1of 3

BELAJAR MEMBACA

A) KAEDAH PANDANG DAN SEBUT


~ dikenali sebagai kaedah pandang dan sebut kerana
- tugas utama ialah memandang dan menyebut
~ juga dikenali sebagai kaedah seluruh kata
~ perkataan didedahkan sebelum menghafal abjad dan suku kata
~ kad-kad bergambar disertakan dengan perkataan
~ perkara yang dipandang - objek pada kad-kad berganbar
~ perkara yang disebut - perkataan pada objek tersebut
~ Dua perkara diutamakan
- Membunyikan perkataan berdasarkan pengalaman melalui gambar
- Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita
Kelebihan kaedah pandang dan seb!
a) sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari
sesuatu
cara keseluruhan dan bukan bahagian- bahagiannya
b) dapat menarik minat kanak-kanak kerana penggunaan kad-kad bergambar
c) kanak-kanak memahami apa yang dibaca oleh mereka
d) penyebutan bunyi yang betul dapat dilatih sejak kecil lagi
Kele"ahan kaedah pandang dan seb!
a) perbendaharaan kata kanak-kanak terbatas
b) kanak-kanak tidak mengenali huruf secara formal kerana lambat mengenal bunyi
dan suku kata
c) kaedah ini hanya sesuai bagi kanak-kanak yang pandai
d) kanak-kanak tidak pandai mengeja
B) KAEDAH ABJAD
~ dikenali sebagai kaedah huruf
~ kaedah yang tertua dijalankan oleh kerajaan Greek dan Rom
~ memberi penekanan terhadap penghafalan abjad, pembentukan suku kata, dan
aktiiti mengeja
~ bertujuan untuk memudahkan proses pembentukan dan pengejaan kanak-kanak
pada masa akan
datang
Kelebihan kaedah ab#ad
a) sesuai dengan susun !ahasa Melayu kerana !ahasa Melayu terdiri daripada
suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya
b) membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu
c) kaedah ini mudah dikendalikan
d) tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada
murid
Kele"ahan kaedah ab#ad
a) kanak-kanak tidak memahami apa yang dibaca kerana terlalu mementingkan
pengejaan
b) bacaan kurang lancar
c) kaedah ini dikatakan bertentangan dengan kehendak pendidikan dan psikologi
kerana
pengajaran ini tidak secara keseluruhan
d) boleh membosankan murid-murid yang kurang pandai terutama apabila mereka
diberi latih tubi yang berlebihan
KAEDAH PANDANG SEBUT
Pengenalan
Dinamakan kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan
mmperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam melaksanakan
kemahiran ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh
mereka.
Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad
secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai
dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenal lambang-
lambang (abjad secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan.
!ntuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.
Menurut "uriah #ong et.al. ($%%& perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan
menggunakan kad-kad perkataan. 'emasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-
perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada
bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.
'elain itu, terdapat juga kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pandang sebut ini. Antara
kekuatan kaedah pandang sebut ini ialah murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak,
murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami apa yang dibaca
atau dilihat oleh mereka.
Manakala kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf yang
membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat, murid lambat mengenali huruf-huruf, murid
membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi berdasarkan
gambar. 'elain itu, murid hanya perlu menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis.
Murid juga akan mudah keliru pada gambar yang tidak jelas dan lebih sesuai untuk bahasa yang
mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan (ina ( lambang
khusus.

You might also like