You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TUANKU BAINUN


14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

PPG SEMESTER 5 AMBILAN FEB 2012
SAINS 1

TUGASAN INDIVIDU
LAPORAN AMALI 3
MEMBUAT JAM MATAHARI
Nama Pelajar SITI ZAWIYAH BINTI ABDUL HALIM
No.Kad Pengenalan 760228-07-5116
Kumpulan PPG SAINS 1 AMBILAN FEB 2012
Subjek BUMI DAN ANGKASA LEPAS
Kod Subjek SCE 3110
Nama Pensyarah TN HJ ISMAIL BIN ABDULLAH
Tarikh Hantar 1 MAC 2014









IPG KAMPUS TUANKU BAINUN
BUKIT MERTAJAM

BIODATA DIRI



NAMA SITI ZAWIYAH ABDUL HALIM
NO. KAD PENGENALAN 760228-07-5116
KUMPULAN PPG SAINS 1 (AMBILAN FEB 2012)
NO.TELEFON 010-2325116
ALAMAT EMAIL salsasiti@yahoo.com
ALAMAT RUMAH 350, TAMAN RAMBAI 3,
LORONG RAMBAI 8,
09000 KULIM, KEDAH.
SEKOLAH SK ST. ANNES CONVENT,KULIM, KEDAH.

Tajuk : Membuat Jam Matahari
Tujuan : Untuk Membina Jam Matahari bagi Mengukur Masa.

Pengenalan:
Jam matahari ialah sebuah peralatan yang menunjukkan waktu berdasarkan kedudukan
matahari. Pembuatan jam matahari secara umumnya adalah untuk memanfaatkan bayang-
bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. Selari
dengan perubahan pada kedudukan matahari, waktu yang ditunjukkan oleh bayangan tersebut
turut berubah. Pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan
yang ditimpa bayang-bayang yang akan dapat tentukan kedudukannya.Sebahagian besar jam
matahari menunjukkan waktu matahari nyata. Dengan perubahan kecil, jam matahari turut dapat
mengukur waktu piawai serta waktu musim panas.

Pada zaman dahulu, manusia tidak mengenali jam. Mereka hanya tahu bangun ketika
matahari terbit, dan tidur saat bintang-bintang menghiasi langit. Untuk mengira hari, mereka
mengira berapa kali matahari terbit. Kemudiannya orang Mesir kuno memerhatikan bayangan
matahari. Jika posisi matahari tegak lurus, bayangan yang terbentuk pendek. Sebaliknya, ketika
matahari mulai naik atau turun, bayangannya panjang. Pada waktu pagi ketika matahari di timur,
bayangan terbentuk di barat dan begitulah sebaliknya yang terjadi pada waktu petang.

Berdasarkan bayangan matahari, mereka membuat jam matahari yang dibentuk
daripada batu berbentuk T yang berdiri tegak lurus. Alat ini diletakkan di tempat yang terbuka
iaitu yang menerima sinaran matahari dari pagi hingga petang.Berdasarkan bayangan, yang
terbentuk, mereka mengira waktu. Alat ini menjadi alat pengukur waktu yang pertama.Jam
matahari tidak tepat bila matahari tertutup oleh awan.Namun cara ini dipakai selama berabad-
abad untuk mengukur waktu.Apabila peradaban manusia semakin maju, manusia mula
menggunakan jam mekanik.









1
Bahan-bahan :
Kertas A3, Gunting, Pembaris, Pen atau Pensel, Gam, Kompas, Jam, Polisterina.



Prosedur :
1. Polisterina dan kertas A3 dipotong dalam bentuk bulatan yang berdiameter
20 cm.

2. Kertas A3 digam di atas permukaan polisterina bulat. Ini akan menjadi
asas jam matahari.

3. Segi tiga bersudut tegak dipotong daripada polisterina yang tinggal.
Hipotenus segitiga mestilah 5cm.

2

4. Segitiga bersudut tegak digam ke pangkal jam matahari.
5. Jam matahari diletakkan di bawah cahaya matahari.

6. Segitiga bersudut tegak diletakkan menghala ke utara dengan bantuan kompas.
7. Kedudukan bayang-bayang segitiga bersudut tegak dipangkal jam matahari
setiap jam ditandakan.


8. Masa yang ditanda dicatat didalam Jadual 1.
9. Jam matahari digunakan untuk memberitahu masa.
10. Gambar bayang-bayang matahari diambil setiap jam dari jam 9.00 pagi hingga 6.00
petang.








3

Keputusan :
Jadual di bawah menunjukkan hasil pemerhatian :

Masa Gambar Bayang-Bayang
Panjang
Bayang-bayang(cm)
Arah
Bayang-bayang
9.00 pg

7.2 cm Barat
10.00 pg

4.3 cm Barat
11.00 pg

2.1 cm Barat
12.00 tgh

1.5 cm Barat
1.00 ptg

0.8 cm Barat
2.00 ptg

0.8 cm Timur
3.00 ptg

1.5 cm Timur
4.00 ptg

2.7 cm Timur
5.00 ptg

4.6 cm Timur

Jadual 1









5
Perbincangan :

Putaran Bumi pada paksinya dari barat ke timur menyebabkan panjang dan arah
bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang. Perubahan bayang-bayang
dari pagi hingga petang dapat dilihat dengan jelas berubah dari dari arah barat ke arah timur.
Pada waktu pagi, bayang-bayang akan menghala ke arah barat manakala pada waktu petang,
bayang-bayang akan menghala ke arah timur. Kedudukan matahari pula adalah lebih rendah
pada awal pagi dan lewat petang tetapi berada di kedudukan yang tinggi semasa tengahari.
Fenomena ini menyebabkan bayang-bayang lebih panjang pada awal pagi dan lewat petang
berbanding waktu tengah hari. Bayang-bayang adalah pendek pada waktu tengah hari kerana
Matahari berada tegak di atas kepala. Panjang dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk
menganggarkan waktu tanpa melihat jam.

Kesimpulan :
Matahari boleh digunakan sebagai alat untuk mengukur masa.Bayang-bayang akan berada di
sebelah barat pada waktu pagi dan bergerak ke arah timur pada waktu petang kerana Matahari
terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat.


















6
RUJUKAN

Haslan Manja, Benny Kong Tze Loong, Low Kkee ,Santana Rajan a/l Perumale,
Dr. Hj. Zainol Badli, Modul Sains SCE 3110 Bumi dan Angkasa Lepas.
Institut Pendidikan Guru KPM,Cyberjaya, 2012.


Pusat Teknologi Maklumat UKM, UKM Teaching and Learning Congress
2012. Dimuatturun pada 27 Februari 2014 daripada
http://www.ukm.my/confukm/index.php/kpp2012/k2012/paper/view/610

Perkembangan Jam Di DuniaDimuatturun pada 14 Februari 2014 daripada
http://labsky2012.blogspot.com/2012/09/tugas-5-perkembangan-jam-di-dunia.html





















7

You might also like