You are on page 1of 4

BAHAN BMM3103

LANGKAH PEMBINAAN JSU


Langkah pertama
Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah kedua
Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada
format)
Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah ketiga
Menentukan aras kesukaran
Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah keempat
Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)
Langkah kelima
Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
Menetapkan pemarkahan.
Langkah keenam
Menyatakan matapelajaran
Tingkatan atau kelas
Susunan nombor soalan mengikut tajuk
SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
Soalan objektif.
Item respon tetap
Memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan
Mengandungi pokok soalan dan beberapa pilihan jawapan.
Jenis-jenis item
Betul salah
Padanan
Aneka pilihan
Jenis-jenis
Berbentuk soalan
Ayat tidak lengkap
Cantuman
Urutan
Negative
Mengelaskan (mengandungi 2 kumpulan objek/pilihan yang berkaitan)
Panduan membina soalan objektif
1.Pokok soalan
- Bahasanya mudah
- Bentuk ayat soalan/ tak lengkap
- Kesukaran mengikut aras JSU
- Soalan bentuk negatif kurangkan (2% sahaja)
- Soalan negatif boldkan
- Gambar rajah / carta mesti disertakan dengan soalan yang berkaitan
2.Pilihan jawapan
- Jawapan dari a ke d- semakin panjang
- Jika jawapan gunakan abjad, maka haruslah seragam bagi semua jawapan dan
begitulah juga sebaliknya jika menggunakan huruf roman
-Elakkan perkataan ulangan
-Pastikan hanya satu jawpaan yang betul
-Perlu ada distraktor (penganggu/ hampir kepada jawapan)
-Elakkan jawapan tidak ada jawapan/ semua di atas
3.Struktur item/ soalan
-Gunakan a, b,c,d(satu jawapan) atau roman (pilihan jawapan / mengikut urutan)
4.Bahan rangsangan
Kelebihan
-Mudah membina soalan (dalam bentuk struktur)
- Mudah untuk diperiksa
- Mempunyai ciri kebolehpercayaan (boleh diurus dalam masa yang berpatutan)
- Menguji banyak topik
- Mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi (untuk asingkan pelajar mengikut kelas)
Kelemahan
-Tidak dapat memberi hujah yang bernas (jawapan sudah disediakan)
- Menggalakkan tekaan
- Sukar dibina (banyak format)
- Tidak dapat ukur keaslian pelajar (dapat baca atau tidak/ pelajar meniru)
- Calon yang bijak tidak harus belajar banyak.
Soalan Subjektif
Jenis :
Tindak balas terhad (struktur)
Memerlukan calon menjawab dengan jawapan pendek
Calon boleh jawab dalam satu frasa/ ayat (ikut perkataan)
Kata kunci
Apakah, berikan, nyatakan, senaraikan, takrifkan, dll.
Tindak balas lanjutan (esei)
Contoh: Huraikan, bincangkan
Panduan membina soalan subjektif
1.Bentuk JSU
2.Guru menggubal soalan sama ada struktur atau esei
Ciri-ciri:
-Tugas soalan hendaklah jelas dan lengkap
- Tentukan perkataan yang digunakan setaraf dengan calon.
- Gunakan perkataan seperti huraikan, gubalkan dll
- Bina jumlah soalan yang berpatutan
- Sediakan satu skema pemarkahan
- Pemeriksaan bersifat holistik (terperinci & analitik).
Kelebihan
- Mudah digubal
- Sesuai untuk semua mata pelajaran
- Sesuai untuk keenam-enam aras
- Boleh buat calon menganalisis/ mengintegrasikan idea yang diperoleh
- Kurangkan konsep meneka
Kelemahan
-Bidang yang diuji terhad
- Boleh meramal soalan yang akan keluar
- Ukur pengetahuan dalam satu bidang sahaja
- Pemeriksaan sangat panjang (perlukan masa & tenaga)
Ujian Formatif
Ujian formatif ialah ujian yang dijalankan secara berterusan, iaitu semasa pengajaran dan pembelajaran sedang
dijalankan. Tujuannya ialah untuk mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan daripada ujian formatif ini akan memberi maklum balas kepada guru dan dengan itu guru dapat membaiki
dari segi pengajarannya dan memberi tumpuan yang lebih pada tajuk-tajuk yang menimbul kesulitan kepada
pelajar. Oleh itu ujian formatif adalah penting untuk menentukan sesuatu kursus atau program itu berkesan dan
menepati matlamat yang ditentukan. Contoh ujian formatif ialah ujian yang guru beri di bilik darjah seperti ujian
ringkas, kuiz, kerja rumah untuk mengetahui tahap kebolehan pelajar.
Keberkesanan Menjalankan Ujian Formatif
1. Menentukan Tajuk Pengajaran
2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan
3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk
4. Membina Soalan Ujian
5. Mencadangkan Tindakan Susulan
Kata Tugas
Tahap Penilaian Bentuk Soalan
Pengetahuan Siapa , Apa, Di Mana , Terangkan
Kefahaman Huraikan, Bandingkan, Bezakan, Nyatakan
Aplikasi Gunakan, Selesaikan, Kelaskan, Pilih
Analisis Kenapa, Kenalpasti, Rumuskan, Tentukan,Buktikan
Sintesis Selesaikan
Penilaian Nilaikan, Pilih, Bicarakan, Menaksirkan
Ujian Sumatif
Ujian sumatif ialah ujian yang dijalankan di akhir sesuatu kursus atau program. Ia bertujuan untuk memperoleh
maklumat tentang pencapaian pelajar pada kursus itu, atau untuk mengetahui setakat mana keberkesanan
program yang telah dijalankan itu. Ujian sumatif juga diguna untuk tujuan persijilan. Contoh ujian sumatif ialah
ujian pada peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.



Perbezaan Penilaian Formatif Dan Penilaian Sumatif

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif
Konsep Ujian yang boleh dibentuk dan Ujian yang dijalankan

ditadbir secara formal atau tidak
formal bagi mengesan kemajuan
atau penguasaan murid
terhadap sesuatu pembelajaran

secara formal bagi
mengesan pencapaian
murid dalam tempoh
tertentu
persekolahan.

Tujuan

Mengenal pasti tahap
penguasaan dan kemajuan
murid dan seterusnya
mengambil langkah susulan bagi
membaiki kelemahan yang
wujud.
Mengenal pasti
pencapaian pelajar
untuk beberapa topik
pembelajaran dan
seterusnya
memberikan skor dan
gred pencapaian
pelajar.
Waktu
penilaian
Sepanjang pengajaran dan
pembelajaran berlangsung

Selepas beberapa
topik pembelajaran
atau pada
pertengahan atau
akhir penggal
persekolahan.
Kaedah Formal : pensel-
kertas
Tidak formal : pemerhatian, soal
jawab, tugasan, latihanDibuat
secara individu atau dalam
kumpulan

Dibuat secara formal
ujian pensel-kertas,
lisan.Dijalankan
secara berkumpulan
Selepas
penilaian
dijalankan


Membaiki kelemahan murid
serta merta dengan mengulang
semula topik pembelajaran
pemulihan
Menjalankan aktiviti
pengukuhan pengayaan

Menempatkan murid
mengikut kumpulan
pencapaian yang
sesuai.
Memberikan
pengiktirafan sijil,
hadiah dsb.
Membaiki kurikulum /
mata pelajaran

You might also like