You are on page 1of 81

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR YANG


AKTIF KO-KURIKULUM DALAM
MATA PELAJARAN BIOLOGI






ILIE SHAHIRA BINTI EROZA








UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

2008
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK
PELAJAR YANG AKTIF KO-KURIKULUM DALAM
MATA PELAJARAN BIOLOGI








ILIE SHAHIRA BINTI EROZA








LAPORAN PENULISAN ILMIAH DIKEMUKAN BAGI MEMENUHI SEBAHAGIAN
DARIPADA SYARAT UNTUK MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (SAINS)







FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2008
iii




PENGAKUAN

Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.




17.11.2008 ILIE SHAHIRA BINTI EROZA
D20051022011






















iv




PENGHARGAAN


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian
Allah, Tuhan Sekalian alam serta selawat ke atas junjungan besar kita Nabi
Muhammad S.A.W. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin
dan limpah kurniaNYA maka saya dapat menyempurnakan penulisan ilmiah ini sebagai
memenuhi keperluan kursus Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian (Sains).
Justeru itu, sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
dirakamkan khas buat Pn. Fatimah Binti Mohamed selaku pensyarah penyelia yang
telah banyak memberi didikan, bimbingan, tunjuk ajar, kesabaran dan kerjasama tanpa
mengira masa banyak membantu dalam menyempurnakan penulisan ilmiah ini. Segala
teguran dan bimbingan yang diberikan amat bererti dan bernilai sekali. Penghargaan
dan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada Dr. Norhayati Binti Daud selaku
penyelaras Projek Penyelidikan di atas tunjuk ajar, curahan ilmu dan pengalaman yang
beliau berikan melalui kursus TSR 3023 (Projek Penyelidikan). Sesungguhnya titipan
ilmu yang diberi banyak memberi faedah terutama dalam aspek penyelidikan kepada
saya. Tidak ketinggalan juga kepada, keluarga, rakan-rakan dan pensyarah yang begitu
memahami dan memberi sokongan jitu serta semangat sehingga terlaksananya kajian
ini. Terima kasih di atas dorongan yang telah diberikan. Akhir sekali, diharapkan
semua pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi menerusi kajian ini dapat
memberikan ilham dan kefahaman yang mantap serta jitu kepada diri saya untuk hari
ini dan masa akan datang.

















v




ABSTRAK


Kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan di antara faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum di mana
kajian ini akan melihat bagaimana faktor sikap, corak pembelajaran, persekitaran dan
prospek masa depan (kerjaya) pelajar mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Biologi. Penglibatan dalam ko-kurikulum sama ada dalam sukan, unit
beruniform atau kelab dianggap cemerlang jika pelajar mewakili sekurang-kurangnya
pada peringkat Daerah, Negeri atau Negara. Manakala pengukuran pencapaian
akademik adalah berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam
mata pelajaran Biologi. Keputusan kajian ini mendapati bahawa pelajar yang
melibatkan diri dalam ko-kurikulum secara aktif tidak sama sekali menunjukkan
kemerosotan dalam pencapaian akademik mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa
pelajar yang aktif ko-kurikulum mempunyai tanggapan yang positif terhadap faktor-
faktor yang diuji. Menurut pelajar, penglibatan dalam ko-kurikulum tidak
mendatangkan kesan buruk terhadap pelajaran. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan
bahawa penglibatan dalam ko-kurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik
sekiranya pelajar masih boleh bersikap positif terhadap pelajaran, sentiasa
meningkatkan corak pembelajaran, persekitaran sekeliling yang sihat dan mempunyai
prospek yang positif terhadap penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum untuk masa
hadapan.


















vi




ABSTRACT


The purpose of this research is to study the relationship between the factors that
influence academic achievement for active co-curriculum students and how attitude
factor, pattern of study factor, environment factor and future prospect (career) factor
influence students achievement in Biology. Students are categorized as excellent if
their involvement level in sports, uniform unit and club either in district level, state
level or national level. The measurement of student academic achievement in Biology
based on their midyear examination 2008. Based on the findings, students that actively
involved in co-curriculum not exactly show decline in their academic achievement.
This research shows that students who are active in co-curriculum have positive
thinking of the factors tested. Most of the students who actively involved in co-
curriculum show no declining effect to their studies. As a conclusion, students
academic achievement is not affected by their involvement in co-curriculum as long as
they still have positive attitude on their studies, always upgrades pattern of study,
always in healthy environment and has positive prospect on their involvement in co-
curriculum for the future.


















vii
KANDUNGAN

Muka surat

PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1
1.1 Penyataan Masalah 3
1.2 Objektif Kajian 4
1.3 Soalan Kajian 4
1.4 Hipotesis Nul 4
1.5 Signifikan Kajian 5
1.6 Batasan/Limitasi Kajian 5
1.7 Definisi Operasional 5

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan 8
2.1 Tinjauan Literatur 8

BAB 3 METODOLOGI

3.0 Pengenalan 12
3.1 Reka Bentuk Kajian 12
3.2 Sampel Kajian 14
viii
3.3 Instrumen Kajian 14
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan 16
3.5 Prosedur Kajian 16
3.6 Analisis Data 16

BAB 4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 18
4.1 Analisis latar belakang pelajar (Bahagian A) 19
4.2 Analisis faktor-faktor yang diuji terhadap 21
pencapaian akademik pelajar aktif ko-kurikulum
dalam mata pelajaran Biologi (Bahagian B)

4.2.1 Faktor bagi sikap 21
4.2.2 Faktor bagi corak pembelajaran 26
4.2.3 Faktor bagi persekitaran 31
4.2.4 Faktor bagi prospek untuk masa depan 35
(kerjaya)

4.3 Analisis markah peperiksaan pertengahan 40
tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi.

4.4 Pengujian hipotesis

4.4.1 Hubungan sikap pelajar dengan 41
pencapaian dalam mata pelajaran
Biologi.
4.4.2 Hubungan corak pembelajaran 42
pelajar dengan pencapaian dalam
mata pelajaran Biologi.
4.4.3 Hubungan persekitaran pelajar 43
dengan pencapaian dalam
mata pelajaran Biologi.
ix
4.4.4 Hubungan faktor prospek 44
masa depan (kerjaya) pelajar
dengan pencapaian dalam
mata pelajaran Biologi.
.
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN


5.0 Pengenalan 45

5.1 Perbincangan Hipotesis Nul
5.1.1 Perbincangan Hipotesis Nul Pertama 46
5.1.2 Perbincangan Hipotesis Nul Kedua 47
5.1.3 Perbincangan Hipotesis Nul Ketiga 48
5.1.4 Perbincangan Hipotesis Nul Keempat 49

5.2 Cadangan 50
5.3 Cadangan Lanjutan 51
5.4 Kesimpulan 51

RUJUKAN 54

LAMPIRAN










x
SENARAI JADUAL

Jadual

1.1 Skala pencapaian akademik pelajar. 6

3.1 Skala pencapaian akademik pelajar. 13

3.2 Faktor-faktor yang diuji. 14

3.3 Pemberian skor bagi item dalam bahagian B. 15

3.4 Pemberian skor bagi peringkat penglibatan pelajar 15
dalam ko-kurikulum.

3.5 Pemberian skor bagi jawatan yang disandang pelajar 15
dalam ko-kurikulum.

3.6 Penentuan kolerasi berdasarkan pekali kolerasi (r). 17

4.1 Peratusan tahap penglibatan/peringkat tertinggi 19
pelajar dalam ko-kurikulum

4.2 Peratusan jawatan yang disandang oleh pelajar 20
dalam ko-kurikulum.

4.3 Peratusan masa yang diperuntukkan pelajar untuk 20
belajar (ulangkaji) di rumah.

4.4 Taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) item 1 7 21
bagi faktor sikap pelajar.


xi
4.5 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi 26
sikap pelajar.

4.6 Taburan kekerapan (f) Dan peratusan (%) item 1 7 27
bagi faktor corak pembelajaran pelajar.

4.7 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi corak 30
pembelajaran pelajar.

4.8 Taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) item 1 7 31
bagi faktor persekitaran pelajar.

4.9 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi 35
persekitaran pelajar.

4.10 Taburan kekerapan (f) dan peratusan (%) item 1 7 35
bagi faktor prospek untuk masa depan (kerjaya) pelajar.

4.11 Taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi 39
prospek untuk masa depan (kerjaya) pelajar.

4.12 Pencapaian mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan 40
pertengahan tahun 2008.

4.13 Korelasi antara sikap pelajar yang aktif ko-kurikulum 41
terhadap pencapaian pelajar dalam Biologi.

4.14 Korelasi antara corak pembelajaran pelajar yang aktif 42
ko-kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam Biologi.

4.15 Korelasi antara persekitaran pelajar yang aktif 43
ko-kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam Biologi.

xii
4.16 Korelasi antara faktor prospek masa depan (kerjaya) 44
pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap pencapaian
pelajar dalam Biologi.






























xiii
SENARAI SINGKATAN
Singkatan
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek 4

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan 16
Dasar Pendidikan




BAB 1








PENDAHULUAN








1.0 Pengenalan
Sukan dan permainan bukan lagi merupakan suatu perkara baru dikalangan masyarakat
negara kita, khususnya dalam bidang pendidikan. Malah sejak akhir-akhir ini, bidang
sukan telah diberi perhatian yang khusus oleh pihak kerajaan dan badan-badan tertentu.
Ini dapat dilihat melalui penglibatan Negara dan kecemerlangannya dalam bidang ini.
Senario ini jelas menunjukkan Malaysia telah memasuki era baru dalam bidang sukan.

Kebanyakan sekolah dan pusat pengajian tinggi, sukan dan permainan diberi
tumpuan yang sewajarnya. Di peringkat sekolah pula, permainan disalurkan melalui
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta gerak kerja ko-kurikulum. Akta Pendidikan
Malaysia (1961) menyatakan bahawa masa telah diperuntukan bagi pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti ko-kurikulum yang terdiri daripada sukan dan permainan, kelab dan
persatuan serta unit beruniform. Penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum adalah
diwajibkan dan perancangan serta pengelolaannya diserahkan kepada kebijaksanaan
para pentadbir sekolah itu sendiri.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal peraturan dan
menetapkan garis panduan supaya aktiviti ko-kurikulum dijadikan sebagai aktiviti
2
wajib bagi setiap pelajar sama ada pada peringkat rendah, menengah atau institusi
pengajian tinggi.

Tujuan aktiviti ko-kurikulum yang dirancang oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia antara lain untuk :
i) Penetapan kadar pengiraan jumlah kredit yang membantu pelajar ke institusi
pengajian tinggi. Kelebihan dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang
mempunyai kecemerlangan di dalam kedua-dua bidang iaitu akademik dan ko-
kurikulum.
ii) Proses merit dan demerit ialah satu proses di mana peruntukan sebanyak 10% akan
diberikan kepada pelajar. Pelajar yang mempunyai komitmen tinggi dan sentiasa
aktif dalam ko-kurikulum yang dirancang berkeupayaan untuk mendapat gred yang
terbaik. Ini membolehkan pelajar mendapat markah bonus yang akan membantu
pelajar untuk memohon memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
iii) Melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dalam bidang akademik mahupun ko-
kurikulum. Pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua bidang mempunyai peluang
yang lebih cerah untuk meneruskan pengajian mereka.

Kini aktiviti ko-kurikulum menjadi sebahagian daripada kurikulum sekolah.
Peranannya adalah selari dengan objektif sistem pendidikan yang bertujuan untuk
memberi pengayaan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kecenderungan
ke arah pembelajaran cara ini akan dapat memberikan kesempatan kepada pelajar
terhadap pembentukan sahsiah yang baik dan mempunyai nilai-nilai hidup yang mulia.
Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah boleh dikelaskan kepada beberapa
bahagian iaitu aktiviti ko-kurikulum berbentuk akademik seperti bahas, pantun dan
kuiz serta aktiviti ko-kurikulum berbentuk permainan seperti bola sepak dan kawad
kaki. Semua aktiviti ko-kurikulum ini adalah kesinambungan daripada mata pelajaran
akademik atau teori yang diajar di dalam kelas.

Negara telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh yang bukan sahaja cemerlang
dalam ko-kurikulum malah turut cemerlang dalan akademik sepertimana atlit Negara
Mirnawan Nawawi (hoki) dan Nicol David (skuasy). Ini mendedahkan kepada
masyarakat bahawa penglibatan dalam sukan sedikitpun tidak memjejaskan pencapaian
3
akademik. Justeru itu, dengan adanya perhatian yang seimbang antara akademik
dengan ko-kurikulum, diharapkan agar pelajar lebih berjaya di dalam kedua-dua bidang.


1.1 Pernyataan masalah
Kecemerlangan akademik menjadi modal insan yang penting kepada pelajar
terutamanya kepada pelajar yang bergiat aktif dalam ko-kurikulum di sekolah kerana
sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka sama ada cemerlang atau tidak.
Kecemerlangan akademik semata-mata tidak mencukupi untuk menyaingi cabaran dan
menempuhi era globalisasi yang memerlukan daya saing dan pemantapan kendiri
sebagai seorang pelajar dalam sebuah negara yang sedang membangun ini. Justeru,
penglibatan dalam aktiviti ko-kurikulum ini juga dijadikan suatu merit bagi kemasukan
ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta
(IPTS).

Perkara ini merupakan satu isu yang amat penting dikalangan pelajar
terutamanya kepada pelajar aliran Sains kerana sepertimana yang diperkatakan ramai
bahawa pelajar aliran Sains biasanya dikenali ramai sebagai individu yang cemerlang
akademik sahaja tetapi tidak dalam ko-kurikulum. Memandangkan mata pelajaran
Sains tulen dianggap satu aliran yang sukar bagi kebanyakan pelajar, ini menyebabkan
majoriti pelajar daripada aliran ini memutuskan untuk tidak menceburkan diri dalam
bidang ko-kurikulum. Ini kerana mereka beranggapan masa untuk pembelajaran sahaja
sudah cukup banyak diperuntukan oleh mereka dalam masa satu hari, inikan pula untuk
menggiatkan diri dengan aktiviti tambahan di sekolah itu.

Persoalan utama dalam kajian ini ialah apakah faktor-faktor utama yang
menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum di
sekolah terutamanya dalam mata pelajaran Biologi. Terdapat empat aspek yang akan
diuji dalam kajian ini yang merangkumi aspek sikap pelajar, aspek corak pembelajaran
pelajar, aspek persekitaran pelajar dan aspek prospek untuk masa depan (kerjaya).
Aspek sikap dan corak pembelajaran merupakan faktor intrinsik (dalaman) manakala
aspek persekitaran dan aspek prospek untuk masa depan (kerjaya) merupakan faktor
ekstrinsik (luaran). Pengukuran dalam aspek ini dilihat sama ada aspek yang akan diuji
4
ini mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum atau
tidak memandangkan usaha yang dilakukan ini perlu seiring dengan kecemerlangan
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Justeru itu, dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut
akademik dan ko-kurikulum, faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian
akademik pelajar perlulah dikaji dan dikenal pasti agar usaha-usaha yang bernas dapat
dilakukan untuk mencapai matlamat dengan lebih berkesan.


1.2 Objektif kajian
Menentukan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif
ko-kurikulum dalam mata pelajaran Biologi.
i) Mengenalpasti faktor intrinsik dan ekstrinsik yang utama dalam
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif ko-kurikulum.
ii) Mengenalpasti bagaimana faktor-faktor daripada aspek yang telah
dinyatakan dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar
yang aktif dalam ko-kurikulum.


1.3 Soalan kajian
Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa soalan berikut:
i) Apakah faktor utama yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
mata pelajaran Biologi walaupun bergiat aktif dalam bidang ko-
kurikulum?
ii) Bagaimanakah faktor daripada aspek yang diuji dapat meningkatkan
pencapaian akademik pelajar yang aktif ko-kurikulum?


1.4 Hipotesis
i) Tidak terdapat korelasi antara faktor sikap dengan pencapaian akademik.
ii) Tidak terdapat korelasi antara faktor corak pembelajaran dengan
pencapaian akademik.
5
iii) Tidak terdapat korelasi antara faktor persekitaran dengan pencapaian
akademik.
iv) Tidak terdapat korelasi antara faktor prospek masa depan dengan
pencapaian akademik.


1.5 Signifikan kajian
Hasil daripada kajian diharap dapat memberi kepentingan kepada beberapa pihak
terutamanya kepada ibu bapa, pelajar, guru, pihak sekolah dan seterusnya masyarakat
umum. Di antara kepentingan kajian ini adalah :
i) Membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik
dan ko-kurikulum yang merupakan aset penting kepada pelajar
terutamanya apabila menjejakkan kaki ke menara gading.
ii) Menggalakkan lagi penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum
dengan perancangan dan pengurusan sikap dan masa secara teratur.
iii) Membuka mata semua pihak bahawa penyertaan pelajar secara aktif
dalam bidang ko-kurikulum mampu meningkatkan lagi pencapaian
akademik pelajar sekiranya terdapat kerjasama dan sokongan
daripada pelbagai pihak.


1.6 Batasan/limitasi kajian.
Dalam kajian ini dibataskan kepada pelajar sekolah tingkatan empat sahaja yang mana
melibatkan sampel seramai 50 orang pelajar. Sampel yang dipilih adalah daripada
pelajar yang aktif ko-kurikulum sahaja. Sampel diambil daripada tiga buah sekolah
yang merangkumi kawasan daerah Kota Bharu sahaja. Pencapaian akademik pelajar
pula akan dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam
subjek Biologi sahaja.


1.7 Definisi Operasional
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002), faktor-faktor adalah didefinasikan sebagai
keadaan atau perkara yang mempunyai pengaruh atau hasil daripada sesuatu dengan
6
memberi kesan motivasi, dengan atau galakan terhadap sesuatu. Dalam liputan kajian
ini, faktor yang terlibat ini merupakan suatu punca atau sebab bagaimana faktor ini
dapat mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum.
Faktor-faktor yang terlibat dalam kajian ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu
faktor intrinsik (dalaman) dan faktor ekstrinsik (luaran). Bagi faktor intrinsik, terdapat
dua aspek yang bakal diuji iaitu aspek sikap dan corak pembelajaran manakala bagi
faktor ekstrinsik juga terdiri daripada dua aspek iaitu aspek persekitaran dan aspek
prospek untuk masa depan (kerjaya). Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002),
akademik adalah mengenai atau berkaitan dengan akademik (pusat pengajian tinggi). Ia
bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam). Dalam
kontek kajian ini, akademik merupakan pendidikan yang bersifat generik dan liberal
yang menyediakan pelajar untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat
universiti. Berdasarkan kajian ini, pencapaian akademik pelajar akan diukur dengan
menganalisis ujian pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi yang mana
pencapaian pelajar ini akan ditetapkan berdasarkan skala dalam jadual di bawah :


Jadual 1.1
Skala Pencapaian Akademik Pelajar
Tahap
Cemerlang (Tinggi) Kepujian (sederhana) Lulus (Rendah)
1A, 2A dan 3B 4B, 5C dan 6C 7D, 8E dan 9G


Pelajar akan dikelaskan sebagai cemerlang atau tinggi akademik sekiranya
mereka memperoleh gred 1A hingga gred 3B dalam mata pelajaran Biologi, manakala
pelajar yang mendapat gred 4B, 5C atau 6C dikelaskan sebagai sederhana atau berada
pada tahap kepujian dalam akademik. Sekiranya pelajar mendapat gred 7D, 8E atau 9G
dalam mata pelajaran Biologi, maka pelajar ini akan dikelaskan sebagai lulus akademik
sahaja atau berada pada tahap yang rendah.

Sementara itu, definisi ko-kurikulum berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga
(2002) adalah sebagai satu aktiviti pembelajaran yang dilakukan di luar bilik darjah.
Kurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas ; kegiatan atau aktiviti
7
selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai
sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah. Di sekolah dan pusat
pengajian tinggi, ko-kurikulum merupakan satu sistem pembelajaran luar bilik darjah
yang merangkumi aktiviti persatuan, sukan dan kelab. Manakala definisi aktif pula
mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2007) adalah giat (bekerja, berusaha), cergas
atau menunjukkan subjek ayat melakukan sesuatu terhadap objek. Dalam konteks
kajian ini, pelajar aktif dalam ko-kurikulum bermaksud penyertaan pelajar dalam
aktiviti tambahan sekolah seperti persatuan, sukan dan kelab yang mana pelajar
mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Pelajar ini dikategorikan
sebagai pelajar aktif ko-kurikulum sekiranya pelajar ini mendapat mata 7% dan ke atas
( 7%, 8% dan 9% ) daripada 10% sistem pemarkahan yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-
kurikulum di sekolah. Sekiranya pelajar ini memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan,
maka pelajar ini akan dipilih sebagai sampel kajian.




BAB 2








KAJIAN LITERATUR








2.0 Pengenalan
Memang tidak dapat dinafikan pencapaian akademik pelajar adalah sangat penting
terutamanya untuk menjamin masa hadapan yang cerah. Terdapat segelintir golongan
masyarakat berpendapat bahawa akademik sahaja sudah cukup untuk menjadikan
kejayaan hidup yang cemerlang walhal tanggapan mereka itu adalah salah. Pada hari
ini, kecemerlangan ko-kurikulum bergerak seiring dengan kecemerlangan akademik
memandangkan Malaysia sedang berusaha untuk membangunkan dan menjayakan ko-
kurikulum terutamanya dari segi sukan agar seiring dengan Negara yang sudah maju.
Sehubungan dengan itu, banyak kajian telah dijalankan oleh pengkaji untuk melihat
apakah punca sebenar tanggapan negatif segolongan masyarakat terhadap aktiviti ko-
kurikulum ini terutamanya kepada kaum ibu bapa yang dilihat tidak menggalakkan
penglibatan anak mereka di dalam aktiviti ini. Pengkaji telah meninjau dari beberapa
aspek dan pelbagai objektif kajian yang berbeza. Antara faktor penyebab yang telah
disenaraikan seperti sikap corak pembelajaran, persekitaran dan prospek masa hadapan.


2.1 Tinjauan literatur
Hasil kajian Dunn dan Dunn (1978) tentang gaya belajar telah menyenaraikan lima
elemen rangsangan iaitu persekitaran emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Aktiviti
9
pembelajaran perlulah seimbang dari segi semua aspek iaitu pelajar bukan sahaja
digalakkan untuk mempelajari sesuatu di dalam bilik darjah, malah juga di luar bilik
darjah dengan melakukan sesuatu aktiviti yang boleh meningkatkan pemantapan
stamina contohnya bersukan di sekolah.

Honey dan Mumford (1992) menjelaskan dengan mengetahui gaya
pembelajaran individu, seseorang itu dapat meningkatkan potensi dalam proses
pembelajaran. Di sini pelajar seharusnya bijak dalam menyusun atur pembelajaran
mereka seiring dengan penglibatan mereka dalam ko-kurikulum agar pencapaian
akademik pelajar cemerlang sepertimana kecemerlangan dalam aktiviti ko-kurikulum.

Namun begitu, untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,
bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi
kecemerlangan akademik seseorang pelajar. Kecemerlangan akademik juga perlu
seiring dengan kecemerlangan aspek-aspek yang lain seperti kemahiran komunikasi,
kepimpinan, pengurusan diri, akhlak dan personaliti kerana secara tidak langsung ia
banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang (Arham Abdullah et
al. , 2006).

Menurut Lee Wee Lim (2006), penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum
memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti aktiviti luar yang menjana ke arah
kecerdasan mental dan fizikal. Oleh itu, penglibatan pelajar bukan sahaja meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar malah turut meningkatkan sahsiah diri pelajar.

Menurut Abdul Rahim (2004), aktiviti sukan dan persatuan bukanlah
sebahagian daripada kurikulum pendidikan formal di sekolah, namun pelajar
digalakkan melibatkan diri kerana dapat membantu perkembangan diri pelajar dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) di samping dapat mengukuhkan dan
meninggikan taraf pendidikan sosial negara.

Seorang pengarah eksekutif National Association of Secondary School
Principle bernama Owen (1980), menyatakan bahawa kegiatan ko-kurikulum telah
10
memberikan kejayaan yang positif atau menjamin masa hadapan yang baik kepada
pelajar yang terlibat.

Kittles (1945) menyatakan bahawa pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-
kurikulum adalah lebih berkeyakinan, cergas dan mmpunyai sosial yang lebih baik.

Kebanyakan pelajar mengakui akan keperluan aktiviti ko-kurikulum di sekolah.
Satu kajian yang dijalankan oleh American Testing Service and Collage Entrance
Board (1996), kajian yang menbandingkan faktor-faktor yang memberi kejayaan
hidup masa hadapan, iaitu di antara faktor penglibatan yang tinggi dalam aktiviti ko-
kurikulum dan prestasi akademik. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa faktor
penglibatan pelajar yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dapat menjamin kejayaan
seseorang dalam hidupnya dikemudian hari.

Adler dan Adler (1985), telah menjalankan kajian ke atas sekumpulan pelajar
kolej swasta yang terlibat dengan sepenuhnya dalam aktiviti sukan dan aktiviti ko-
kurikulum yang lain. Seramai 6,000 subjek telah dipilih untuk kajian ini. Hasil kajian
mendapati keadaan fizikal, sosial dan pengalaman dalam kelas memyebabkan
kebanyakan daripada pelajar mendapat markah yang rendah dalam peperiksaan.
Akibatnya ramai daripada atlit telah meninggalkan aspirasi dan harapan dalam sukan.
Kesimpulannya, penglibatan atlit dalam aktiviti sukan dan ko-kurikulum mendatangkan
kesan yang negatif terhadap prestasi akademik pelajar.

Byrd (1991), telah mengkaji pengaruh penglibatan dalam sukan terhadap
prestasi akademik pelajar sekolah menengah tinggi. Kajian juga dijalankan ke atas
sikap atlit, jurulatih, guru dan ibu bapa terhadap sukan dan kesannya ke atas pelajar.
Didapati prestasi atlit adalah setanding dalam semua subjek. Sikap atlit dan bukan atlit
terhadap kehadiran ke kelas juga adalah sama. Di samping itu, hampir keseluruhan
golongan yang dikaji menyatakan kepentingan sukan kepada pelajar dan sekolah.

Dari segi hubungan positif pula, Ballantine (1981) telah memberi lima faktor
untuk menjelaskan hubungan positif di antara penglibatan dalam sukan (ko-kurikulum)
dengan pencapaian akademik iaitu :
11
i) Pergaulan dengan rakan sebaya yang mempunyai pencapaian yang
tinggi.
ii) Memindahkan nilai-nilai pencapaian dalam sukan (ko-kurikulum) ke
dalam persekitaran bilik darjah.
iii) Meningkatkan harga diri dan membentuk aspirasi yang tinggi dalam
bidang-bidang yang lain.
iv) Tekanan secara dalaman dan luaran untuk memberikan satu imej
yang konsisten dalam semua bidang sebagai individu yang berjaya.
v) Mendapat bimbingan yang lebih terhadap kerjaya dan pembelajaran
daripada orang dewasa.

Ko-kurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, aktiviti ko-kurikulum dapat menyediakan
peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah. Ko bererti membuat atau
pelengkap dan kurikulum pula bermaksud khusus pengajian (Panduan Pengurusan
Kokurikulum Sekolah).

Bidang ko-kurikulum adalah salah satu daripada cabang pendidikan. Melalui
kegiatan ko-kurikulum perkembangan dan kematangan soaial seseorang pelajar dapat
dibentuk. Kegiatan kokurikulum telah diatur bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mengkehendaki seseorang insan memanfaatkan ilmu ke arah
kecemerlangan diri dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Miskom
Sutero (1993) berpendapat bahawa gerak kerja kokurikulum memainkan peranan yang
besar dalam pendidikan.




BAB 3








METODOLOGI








3.0 Pengenalan
Metodologi kajian akan menghuraikan bagaimana kaedah kajian ini dijalankan,
populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, analisis data, kebolehpercayaan dan
kesahan kajian.


3.1 Rekabentuk kajian
Kajian ini berbentuk penerangan secara korelasi yang menggunakan pendekatan
kuantitatif yang mana borang soal selidik dijadikan sebagai instrumen kajian. Sampel
hanya perlu menyatakan persetujuan atau sebaliknya terhadap kenyataan yang
dikemukakan di dalam soalan kajian. Bentuk kajian adalah berbentuk penyataan
masalah atau persoalan yang timbul. Tujuan diedarkan borang soal selidik berkenaan
adalah untuk mendapatkan data secara kuantitatif berkaitan faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum. Faktor-faktor dari aspek
sikap pelajar, aspek corak pembelajaran pelajar, aspek persekitaran pelajar dan aspek
penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum (akademik dan kerjaya) ditetapkan sebagai
pemboleh ubah tak bersandar iaitu aspek-aspek yang terlibat ini merupakan faktor yang
akan diperhatikan dan diukur manakala pencapaian akademik pelajar berdasarkan
keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi
13
ditetapkan sebagai pemboleh ubah bersandar iaitu tahap pencapaian akademik pelajar
akan dibahagikan kepada beberapa tahap untuk menentukan hubungan serta perkaitan
dengan fenomena yang diperhatikan dan diukur.

Pencapaian akademik pelajar akan dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah,
sederhana dan tinggi yang mana skala akan diberikan bagi mengukur tahap pencapaian
pelajar dalam menentukan faktor manakah yang lebih mempengaruhi pelajar. Skala
yang ditetapkan ini adalah panduan daripada skala yang telah ditetapkan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menentukan kedudukan sebenar tahap bagi
pencapaian pelajar yang cemerlang. Contoh skala yang ditetapkan adalah seperti
berikut :


Jadual 3.1
Skala Pencapaian Akademik Pelajar
Tahap
Cemerlang (Tinggi) Kepujian (sederhana) Lulus (Rendah)
1A, 2A dan 3B 4B, 5C dan 6C 7D, 8E dan 9G


Daripada skala yang ditetapkan, pengkaji akan mengkategorikan pelajar kepada
tiga kategori dalam menentukan tahap pencapaian pelajar iaitu tahap cemerlang (tinggi),
kepujian (sederhana) dan lulus (rendah). Para pelajar akan dikategorikan sama ada
berada pada tahap akademik tinggi, sederhana atau rendah berdasarkan keputusan
peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi. Sekiranya
keputusan peperiksaan mata pelajaran Biologi pelajar adalah dalam lingkungan tahap
cemerlang iaitu gred 1A, 2A dan 3B, maka pelajar ini dikategorikan sebagai pelajar
yang berada pada tahap yang tinggi, manakala keputusan peperiksaan bagi mata
pelajaran Biologi pelajar yang berada dalam lingkungan tahap kepujian iaitu dari gred
4B, 5C dan 6C, pelajar ini dikategorikan sebagai pelajar yang berada pada tahap yang
sederhana. Bagi keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran Biologi yang berada dalam
lingkungan tahap lulus pula iaitu gred 7D, 8E dan 9G, pelajar ini dikategorikan sebagai
pelajar yang berada pada tahap yang rendah. Setiap kategori pelajar ini akan
menentukan faktor-faktor yang manakah lebih mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar walaupun bergiat aktif dengan ko-kurikulum.
14
3.2 Sampel kajian
Populasi kajian adalah para pelajar tingkatan empat sahaja daripada tiga buah sekolah
kawasan daerah Kota Bharu, Kelantan iaitu Sek. Men. Agama Naim Lilbanat, Maktab
Sultan Ismail (SIC) dan Sek. Men. Keb. Ismail Petra. Manakala persampelan dipilih
secara rawak daripada ketiga-tiga buah sekolah tersebut menjadikan sampel seramai 50
orang pelajar. Seramai 50 responden yang dipilih ini merupakan pelajar aktif dalam ko-
kurikulum.


3.3 Instrumen kajian
Alat kajian atau instrumen bagi kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu satu set
borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian (rujuk lampiran 1) iaitu bahagian A
dan bahagian B. Setiap bahagian soal selidik tersebut mengandungi beberapa aspek
yang diuji sebagaimana objektif kajian. Aspek sikap pelajar, aspek corak pembelajaran
pelajar, aspek persekitaran pelajar dan aspek prospek masa depan (kerjaya) pelajar.
Bahagian A : Butir-butir peribadi responden.
Bahagian B : Permasalahan yang timbul dipecahkan kepada empat bahagian.


Jadual 3.2
Faktor-Faktor Yang Diuji
Pecahan Item Bilangan item
a) Sikap
7
b) Corak pembelajaran
7
c) Persekitaran
7
d) Prospek masa depan (kerjaya)
7


Tanggapan responden dalam bahagian ini diukur dengan menggunakan skala Likert
yang terdiri daripada empat peringkat iaitu :




15
Jadual 3.3
Pemberian Skor Bagi Item Dalam Bahagian B
Skala Darjah Persetujuan
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Setuju
4 Sangat Setuju


Dalam menentukan tahap keaktifan pelajar yang terlibat dengan ko-kurikulum, satu
skala akan ditetapkan bagi mengenal pasti sejauh mana seseorang pelajar itu aktif
dalam ko-kurikulum. Skala yang ditetapkan adalah seperti berikut :


Jadual 3.4
Pemberian Skor Bagi Peringkat Penglibatan Pelajar Dalam Ko-Kurikulum
Skala Darjah Persetujuan
1 Peringkat Rumah
2 Peringkat Sekolah
3 Peringkat Daerah
4 Peringkat Negeri
5 Peringkat Negara (Kebangsaan)


Jadual 3.5
Pemberian Skor Bagi Jawatan Yang Disandang Pelajar Dalam Ko-Kurikulum
Skala Darjah Persetujuan
1 Ahli Biasa
2 Ahli Jawatankuasa
3 Bendahari
4 Setiausaha
5 Naib Pengerusi
6 Pengerusi


Berdasarkan daripada skala yang ditetapkan, nilai 5 dan 6 merupakan nilai
tertinggi bagi setiap kategori yang berbeza. Oleh itu, bagi sampel yang mencapai nilai 3
ke atas berdasarkan nilai skala yang ditetapkan akan dikategorikan sebagai pelajar yang
aktif dalam ko-kurikulum.

16
3.4 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kajian ini mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan kerana kajian yang dijalankan
melibatkan pemilihan pelajar secara rawak dan akan dijalankan sendiri oleh pengkaji.
Pengkaji menggunakan soal selidik yang digunakan oleh Juhari Awang (2002), untuk
sebahagian soal selidik yang mengkaji faktor minat pelajar, faktor corak pembelajaran
pelajar, faktor persekitaran pelajar dan faktor prospek masa depan (kerjaya) pelajar.
Pengkaji telah mengubahsuai soal selidik tersebut mengikut kesesuaian. Di samping itu
juga, kajian ini mempunyai kesahan kerana borang yang diedarkan ini mengikut
objektif kajian. Borang soal selidik ini juga mempunyai arahan yang jelas, bahasa yang
mudah dan sesuai dengan tahap pendidikan pelajar.


3.5 Prosedur Kajian
Pengkaji mengambil dan mengisi borang BPPDP 1 dan diberikan kepada penyelaras
untuk dihantar ke Bahagian Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Selepas mendapat kelulusan daripada pihak berkenaan, penyelidik memohon kebenaran
daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) untuk menjalankan kajian di
tiga buah sekolah yang terdapat di Kota Bharu. Akhir sekali penyelidik meneruskan
penyelidikan di sekolah yang telah diluluskan oleh JPN.

Sebelum kajian dijalankan di sekolah, pengkaji terlebih dahulu akan
mendapatkan kebenaran daripada Pengetua dan memberi penerangan tentang tujuan
kajian ini. Pengkaji meminta kerja sama dari pihak sekolah untuk membantu dalam
pemilihan responden. Selepas pemilihan dibuat, pengkaji memberi penerangan kepada
responden tentang kajian dan bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Set
soal selidik dikumpulkan setelah murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.


3.6 Analisis data
Hasil kajian ini berdasarkan kepada data-data yang dipungut daripada responden.
Segala data dikutip dan dianalisis menggunakan program Statistical Package for the
Social Science (SPSS Version 16) iaitu data mengenai diri pelajar, markah peperiksaan
pelajar dan maklumat yang berkaitan penyelidikan daripada soal selidik. Analisis data
17
dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu analisis secara deskriptif dan analisis secara
inferensi. Analisis secara deskriptif melibatkan analisis peratusan, manakala bagi
analisis inferensi pula, kaedah Korelasi Pearson digunakan untuk menguji hipotesis.

Data yang diperoleh hasil daripada kajian ini akan dianalisis secara inferensi.
Kaedah inferensi akan digunakan untuk menguji hipotesis yang dibina. Hipotesis yang
dibina adalah untuk menjawab persoalan kajian dalam kajian ini. Data yang dikumpul
dan dianalisis dengan menggunakan kolerasi pearson. Kaedah kolerasi pearson (r)
digunakan untuk melihat perhubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah
bersandar, iaitu melihat hubungan antara faktor-faktor yang diuji iaitu sikap pelajar,
corak pembelajaran pelajar, persekitaran pelajar dan prospek untuk masa depan
(kerjaya) pelajar dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

Kekuatan hubungan di antara dua pembolehubah pula ditentukan melalui nilai
pekali korelasi (r) yang dihasilkan. Pekali korelasi (r) hasil darab momen pearson boleh
mengambil sebarang nilai di antara -1 hingga +1. Nilai pekali 1 sama ada positif atau
negatif menunjukkan hubungan sempurna. (Mohd Majid Konting, 2000) pekali korelasi
positif menunjukkan hubungan yang mengikut arah yang sama. Manakala nilai pekali
negatif yang signifikan menunjukkan hubungan yang berlawanan. Nilai pekali negatif
yang tidak signifikan menunjukkan tidak ada hubungan. Semakin besar nilai pekali
korelasi bagi ciri-ciri yang dikaji, semakin kuat hubungan di antara ciri-ciri itu.

Dalam mentafsir hubungan di antara pembolehubah dalam korelasi Pearson,
Jadual 3.6 menunjukkan terjemahan nilai koefision korelasi mengikut William (1979) :


Jadual 3.6
Penentuan Kolerasi Berdasarkan Pekali Kolerasi (r)
Nilai (r) Kekuatan hubungan
0.00 hingga 0.20 Kolerasi boleh diabaikan
0.21 hingga 0.30 Kolerasi positif lemah
0.31 hingga 0.60 Kolerasi positif sederhana
0.61 hingga 0.80 Kolerasi positif kuat
0.81 hingga 1.00 Kolerasi positif sangat kuat




BAB 4








DAPATAN KAJIAN








Bab ini membentangkan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dijalankan.
Dapatan ini dianalisis, dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan huraian. Perkara-
perkara yang dibincangkan termasuklah huraian mengenai penganalisisan data yang
telah dipunggut dari jawapan responden. Ia merupakan keputusan statistik hasil dari
penganalisisan data-data kajian berkenaan.


4.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang dapatan kajian yang telah diperoleh dari kajian yang
telah dijalankan. Fokus perbincangan adalah berdasarkan kepada analisis yang telah
dilakukan ke atas data yang diperoleh daripada borang soal selidik yang telah
dikemukakan kepada 50 orang pelajar (responden) sebagai sampel kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan analisis berdasarkan soalan soal
selidik yang mana terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A adalah skop yang mengkaji latar belakang responden manakala bahagian B
adalah terdiri daripada skop yang mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik responden iaitu faktor sikap pelajar, corak pembelajaran pelajar,
persekitaran pelajar dan prospek untuk masa depan (kerjaya) pelajar. Markah bagi
19
peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi serta hasil jawapan
sampel dalam borang soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan program SPSS
untuk mendapatkan korelasi Pearson, r, aras keyakinan dan sebagainya.

Korelasi Pearson, r, digunakan untuk menguji hubungan antara sikap, corak
pembelajaran, persekitaran dan prospek untuk masa depan (kerjaya) yang terdiri
daripada pelajar yang aktif ko-kurikulum dengan pencapaian pelajar aktif ini dalam
mata pelajaran Biologi. Analisis data dilakukan berdasarkan kepada objektif dan
hipotesis kajian.


4.1 Analisis latar belakang pelajar (Bahagian A)


Jadual 4.1
Peratusan Tahap Penglibatan/Peringkat Tertinggi Pelajar Dalam Ko-Kurikulum
Peringkat Penglibatan Bilangan Responden Peratus (%)
Negara (Kebangsaan) 29 58
Negeri 8 16
Daerah 12 24
Sekolah 1 2
Rumah - -
Jumlah 50 100


Jadual 4.1 menunjukkan peratusan tahap penglibatan/peringkat tertinggi pelajar dalam
ko-kurikulum. Daripada 50 orang responden, sebanyak 58% pelajar mencapai sehingga
ke peringkat Negara, 16% pada peringkat Negeri, peringkat Daerah sebanyak 24% dan
peringkat sekolah sebanyak 2%. Tidak terdapat pelajar melibatkan diri hanya pada
peringkat rumah.




20
Jadual 4.2
Peratusan Jawatan Yang Disandang Oleh Pelajar Dalam Ko-Kurikulum
Jawatan Bilangan Responden Peratus (%)
Pengerusi 13 26
Naib Pengerusi 5 19
Setiausaha 12 24
Bendahari 2 4
Ahli Jawatankuasa 3 6
Ahli biasa 15 30
Jumlah 50 100


Jadual 4.2 menunjukkan peratusan jawatan yang disandang oleh pelajar dalam ko-
kurikulum. Sebanyak 26% pelajar menyandang jawatan pengerusi, 19% pelajar
menyandang jawatan naib pengerusi, 24% pelajar menyandang jawatan setiausaha, 4%
pelajar menyandang jawatan bendahari, 6% pelajar menyandang jawatan ahli
jawatankuasa dan 30% pelajar sebagai ahli biasa.


Jadual 4.3
Peratusan Masa Yang Diperuntukkan Pelajar Untuk Belajar Di rumah Sehari
Masa Belajar Bilangan Responden Peratus (%)
Kurang daripada 1 jam 1 2
1 hingga 3 jam
29 58
3 hingga 5 jam 18 36
Lebih daripada 5 jam 2 4
Jumlah 50 100


Jadual 4.3 menunjukkan peratusan masa yang diperuntukan pelajar untuk belajar
(ulangkaji) di rumah. Sebanyak 2% pelajar mengulangkaji pelajaran kurang daripada 1
jam, 58% pelajar mengulangkaji pelajaran antara 1 hingga 3 jam, 36% pelajar
mengulangkaji pelajaran antara 3 hingga 5 jam dan hanya 4% pelajar mengulangkaji
pelajaran lebih daripada 5 jam.
21
4.2 Analisis faktor-faktor yang diuji terhadap pencapaian akademik pelajar
aktif ko-kurikulum dalam matapelajaran Biologi
Berdasarkan bahagian B, analisis telah dilakukan terhadap 7 item bagi setiap faktor
yang diuji. Faktor-faktor yang terlibat dalam mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar yang aktif ko-kurikulum ialah faktor sikap, corak pembelajaran, persekitaran
dan prospek untuk masa depan (kerjaya).


4.2.1 Faktor bagi sikap pelajar
Taburan kekerapan dan peratusan pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap 7 item yang
terkandung di dalam subskala sikap ditunjukkan di dalam Jadual 4.4 di bawah


Jadual 4.4
Taburan Kekerapan (f) Dan Peratusan (%) Item 1 7 Bagi Faktor Sikap Pelajar

1(STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
1. Kegiatan ko-kurikulum
tidak membebankan saya.
- - 8 16.0 25 50.0 17 34.0
2. Saya menyertai kegiatan ko-
kurikulum kerana minat,
tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak.
- - 4 8.0 18 36.0 28 56.0
3. Saya sentiasa mengikuti
aktiviti ko-kurikulum
yang dijalankan di sekolah.
- - 10 20.0 25 50.0 15 30.0
4. Kecemerlangan dalam ko-
kurikulum menjamin masa
depan saya sepertimana
kecemerlangan dalam
pelajaran.
- - 4 8.0 27 54.0 19 38.0
5. Bagi saya pelajaran adalah
sama pentingnya dengan
aktiviti ko-kurikulum.
2 4.0 6 12.0 19 38.0 23 46.0
6. Saya sentiasa bersemangat
semasa pembelajaran di
dalam kelas walaupun
terlibat aktif dengan ko-
kurikulum.
- - 2 4.0 32 64.0 16 32.0
23
Jadual 4.4 (sambungan)
Petunjuk : 1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Sangat Setuju


Jadual 4.4 menunjukkan analisis statistik mengenai sikap pelajar yang aktif ko-
kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

Item 1 : Kegiatan ko-kurikulum tidak membebankan saya.
Kebanyakan pelajar memilih setuju adalah seramai 25 orang pelajar (50.0%) dan
memilih sangat setuju seramai 17 orang pelajar (34.0%). Ini menunjukkan golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa kegiatan ko-
kurikulum adalah tidak membebankan. Hanya 8 orang pelajar (16.0%) yang memilih
tidak setuju dan tidak ada pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini.
Ini menunjukkan golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap
kenyataan ini bahawa kegiatan ko-kurikulum adalah membebankan. Berdasarkan
peratusan tertinggi, majoriti pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap
kenyataan ini.

Item 2 : Saya menyertai kegiatan ko-kurikulum kerana minat, tanpa paksaan daripada
mana-mana pihak.
Pelajar yang memilih sangat setuju untuk item ini adalah seramai 28 orang pelajar
(56.0%) dan memilih setuju seramai 18 orang pelajar (36.0%). Maka golongan pelajar
ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa penyertaan pelajar
dalam ko-kurikulum adalah kerana minat dan tidak ada sebarang paksaan daripada
pihak lain. Hanya 4 orang pelajar (8.0%) yang memilih tidak setuju dan tidak ada
1(STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
7. Saya mempunyai cukup
masa untuk mengulangkaji
pelajaran walaupun sibuk
dengan aktiviti ko-
kurikulum.
- - 12 24.0 22 44.0 16 32.0
Jumlah 2 0.6 46 13.1 168 48.0 134 38.3
24
pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh itu, ini menjadikan
golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa
penyertaan pelajar dalam ko-kurikulum adalah bukan kerana minat tetapi terdapat
unsur paksaan daripada pihak lain. Berdasarkan peratusan tertinggi, ini membuktikan
pelajar berpandangan positif pada kenyataan ini.

Item 3 : Saya sentiasa mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan di sekolah.
Kekerapan paling tinggi bagi item ini adalah bagi pelajar yang memilih setuju iaitu
seramai 25 orang pelajar (50.0%) manakala bagi pelajar yang memilih sangat setuju
adalah seramai 15 orang pelajar (30.0%). Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa mereka sentiasa mengikuti aktiviti ko-
kurikulum yang dijalankan di sekolah. Seramai 10 orang pelajar (20.0%) yang memilih
tidak setuju dan tidak ada pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini.
Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini
bahawa pelajar jarang sekali atau tidak selalu mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang
dijalankan di sekolah. Berdasarkan peratusan tertinggi, kebanyakan pelajar mempunyai
tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.

Item 4 : Kecemerlangan dalam ko-kurikulum menjamin masa depan saya sepertimana
kecemerlangan dalam pelajaran.
Memandangkan pelajar yang memilih setuju adalah kekerapan yang tertinggi iaitu
seramai 27 orang pelajar (54.0%) diikuti oleh pelajar yang memilih sangat setuju
seramai 19 orang pelajar (38.0%), maka golongan pelajar ini mempunyai tanggapan
positif terhadap kenyataan ini bahawa kecemerlangan dalam ko-kurikulum menjamin
masa depan pelajar sepertimana kecemerlangan dalam pelajaran. Hanya 4 orang pelajar
(8.0%) yang memilih tidak setuju dan tidak ada pelajar yang memilih sangat tidak
setuju untuk kenyataan ini. Dengan ini, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan
negatif bahawa kecemerlangan dalam ko-kurikulum tidak menjamin masa depan
mereka sepertimana kecemerlangan dalam pelajaran. Berdasarkan peratusan tertinggi
juga, pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.



25
Item 5 : Bagi saya pelajaran adalah sama pentingnya dengan aktiviti ko-kurikulum.
Berdasarkan item ini, seramai 23 orang pelajar (46.0%) memilih sangat setuju
manakala yang memilih setuju seramai 19 orang pelajar (38.0%). Dengan demikian,
golongan pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa
pelajaran adalah sama pentingnya dengan aktiviti ko-kurikulum. Seramai 6 orang
pelajar (12.0%) yang memilih tidak setuju dan hanya 2 orang pelajar (4.0%) memilih
sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa pelajaran adalah lebih penting atau
tidak penting sama sekali berbanding dengan aktiviti ko-kurikulum. Ini menunjukkan
kebanyakan pelajar masih lagi berpandangan positif kepada kenyataan ini.

Item 6 : Saya sentiasa bersemangat semasa pembelajaran di dalam kelas walaupun
terlibat aktif dengan ko-kurikulum.
Majoriti pelajar menjawab setuju adalah seramai 32 orang pelajar (64.0%) dan
menjawab sangat setuju seramai 16 orang pelajar (32.0%). Ini menunjukkan golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar sentiasa
bersemangat semasa pembelajaran di dalam kelas walaupun terlibat aktif dengan ko-
kurikulum. Tidak ada pelajar yang menjawab sangat tidak setuju untuk kenyataan ini
dan hanya 2 orang pelajar (4.0%) yang menjawab tidak setuju. Oleh itu, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa mereka tidak
bersemangat atau lesu semasa pembelajaran di dalam kelas kerana terlibat aktif dengan
ko-kurikulum. Majoriti pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan
ini. Ini menunjukkan majoriti pelajar masih lagi mempunyai tanggapan positif terhadap
kenyataan ini.

Item 7 : Saya mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran walaupun sibuk
dengan aktiviti ko-kurikulum.
Seramai 22 orang pelajar (44.0%) memilih setuju manakala pelajar yang memilih
sangat setuju seramai 16 orang pelajar (32.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar mempunyai cukup
masa untuk mengulangkaji pelajaran walaupun sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum.
Terdapat 12 orang pelajar (24.0%) yang memilih tidak setuju dan tidak ada pelajar
26
yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh yang demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar tidak
mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji pelajaran kerana sibuk dengan aktiviti
ko-kurikulum. Oleh itu, majoriti pelajar masih berpandangan positif terhadap
kenyataan ini.


Jadual 4.5
Taburan Keseluruhan Kekerapan Dan Peratus Bagi Sikap Pelajar
Skala
Likert
Respon
Jumlah Kekerapan
(f)
Jumlah Peratus
(%)
Tanggapan
1 STS 2 0.6
48 13.7 Negatif
2 TS 46 13.1

3 S 168 48.0
302 86.3 Positif
4 SS 134 38.3
Jumlah 350 100


Bagi meninjau secara mendalam tentang hubungan faktor bagi sikap pelajar dengan
pencapaian peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata pelajaran Biologi bagi
pelajar yang aktif dalam ko-kurikulum, taburan keseluruhan kekerapan dan peratusan
seperti jadual 4.5 di atas telah dianalisis. Hasilnya didapati bahawa sebahagian besar
responden menunjukkan reaksi positif terhadap sikap sendiri iaitu sebanyak 302
(86.3 %) dan hanya 48 (13.7%) mempunyai tanggapan negatif. Keputusan ini
menunjukkan majoriti sampel mempunyai tanggapan positif terhadap faktor sikap
pelajar itu sendiri.


4.2.2 Faktor bagi corak pembelajaran pelajar
Taburan kekerapan dan peratusan pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap 7 item yang
terkandung di dalam subskala corak pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.6 di
bawah :
27
Jadual 4.6
Taburan Kekerapan (f) Dan Peratusan (%) Item 1 7 Bagi Faktor Corak Pembelajaran
Pelajar

1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
1. Saya selalu bertanya sekiranya
tidak faham pengajaran guru di
dalam kelas.
- - 5 10.0 30 60.0 15 30.0
2. Saya belajar secara
perbincangan dalam kumpulan
bersama rakan-rakan.
- - 9 18.0 39 78.0 2 4.0
3. Saya lebih suka mengulangkaji
pelajaran secara persendirian.
- - 3 6.0 16 32.0 31 62.0
4. Saya sentiasa membawa nota
kecil ke mana sahaja.
3 6.0 25 50.0 20 40.0 2 4.0
5. Saya mempunyai jadual waktu
ulangkaji sendiri di rumah.
5 10.0 17 34.0 19 38.0 9 18.0
6. Saya mengikuti kelas tuisyen
untuk menambah pengetahuan
saya yang tertinggal semasa
guru mengajar di sekolah.
1 2.0 8 16.0 20 40.0 21 42.0
7. Saya selalu membuat latih tubi
berkenaan dengan sesuatu
pelajaran.
- - 7 14.0 31 62.0 12 24.0
Jumlah 9 2.6 74 21.1 175 50.0 92 26.3
Petunjuk : 1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Sangat Setuju


Jadual 4.6 menunjukkan analisis statistik mengenai corak pembelajaran pelajar yang
aktif ko-kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

Item 1 : Saya selalu bertanya sekiranya tidak faham pengajaran guru di dalam kelas.
Analisis dapatan mengenai item pertama ini mendapati seramai 30 orang pelajar
(60.0%) bersetuju dengan pernyataan ini, manakala seramai 15 orang pelajar (30.0%)
sangat setuju dengan pernyataan ini. Pemilihan skala 3 dan 4 ini menunjukkan
golongan pelajar ini berpandangan positif terhadap pernyataan bahawa pelajar selalu
28
bertanya sekiranya tidak memahami pengajaran guru semasa di dalam kelas. 5 orang
pelajar (10.0%) selebihnya daripada jumlah responden memilih tidak setuju tetapi tiada
pelajar yang memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi pemilihan
skala 2 dan 1 ini memberi gambaran bahawa golongan pelajar ini berpandangan negatif
terhadap pernyataan ini di mana mereka tidak pernah bertanya atau jarang sekali
bertanya sekiranya tidak faham semasa pengajaran guru di dalam kelas. Berdasarkan
peratusan tertinggi, majoriti pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap
kenyataan ini.

Item 2 : Saya belajar secara perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan.
Dapatan kajian bagi item ini mendapati majoriti responden memilih setuju adalah
seramai 39 orang pelajar (78.0%) manakala bagi yang memilih sangat setuju hanya
seramai 2 orang pelajar (4.0%). Berdasarkan peratusan tertinggi bagi skala 3 ini,
majoriti pelajar masih mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini
walaupun hanya terdapat 2 orang pelajar yang berpendapat sangat setuju bagi skala 4.
Dengan ini, golongan pelajar ini berpendapat positif bahawa pelajar selalu atau kerap
kali belajar melalui cara perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan. Bagi
pemilihan skala 2 iaitu tidak setuju, seramai 9 orang pelajar (18.0%) yang
berpandangan negatif bagi pernyataan ini iaitu tidak belajar atau tidak mengulangkaji
pelajaran secara perbincangan dalam kumpulan bersama rakan-rakan, manakala bagi
skala 1 iaitu sangat tidak setuju pula tidak ada pelajar yang memilih skala ini.

Item 3 : Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran secara persendirian.
Bagi item ini, kebanyakan pelajar sangat setuju iaitu seramai 31 orang pelajar (62.0%)
manakala pelajar yang memilih setuju adalah seramai 16 orang pelajar (32.0%). Ini
menggambarkan golongan pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan
bahawa pelajar lebih suka mengulangkaji pelajaran secara persendirian. Pelajar yang
memilih untuk tidak setuju pula adalah seramai 3 orang pelajar (6.0%) manakala untuk
pemilihan jawapan sangat tidak setuju pula, tidak terdapat pelajar yang membuat
pemilihan bagi skala 1 ini. Oleh itu, ini menggambarkan bahawa golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar tidak suka
mengulangkaji pelajaran secara persendirian. Oleh itu, majoriti pelajar masih
berpandangan positif terhadap kenyataan ini.
29
Item 4 : Saya sentiasa membawa nota kecil ke mana sahaja.
Kebanyakan pelajar menjawab tidak setuju adalah seramai 25 orang pelajar (50.0%)
manakala pelajar yang menjawab sangat tidak setuju adalah seramai 3 orang pelajar
(6.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif yang
tinggi terhadap kenyataan ini iaitu mereka menyatakan tidak sentiasa membawa nota
kecil ke mana sahaja. Bagi pemilihan jawapan setuju pula, seramai 20 orang pelajar
(40.0%) bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 2 orang pelajar (4.0%) yang
memilih sangat setuju bagi kenyataan ini. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa sentiasa membawa nota kecil ke mana
sahaja. Ini menunjukkan majoriti pelajar mempunyai tanggapan negatif terhadap
kenyataan ini.

Item 5 : Saya mempunyai jadual waktu ulangkaji sendiri di rumah.
Seramai 19 orang pelajar (38.0%) memilih setuju manakala pelajar yang memilih
sangat setuju seramai 9 orang pelajar (18.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar mempunyai jadual
waktu ulangkaji sendiri di rumah. Terdapat 17 orang pelajar (34.0%) yang memilih
tidak setuju dan hanya 5 orang pelajar (10.0%) yang memilih sangat tidak setuju bagi
kenyataan ini. Oleh yang demikian, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif
terhadap kenyataan ini bahawa pelajar tidak mempunyai jadual waktu ulangkaji sendiri
di rumah. Oleh itu, majoriti pelajar masih berpandangan positif terhadap kenyataan ini.

Item 6 : Saya mengikuti kelas tuisyen untuk menambah pengetahuan saya yang
tertinggal semasa guru mengajar di sekolah.
Berdasarkan nilai kekerapan tertinggi, pemilihan bagi jawapan sangat setuju adalah
paling tinggi iaitu seramai 21 orang pelajar (42.0%) dan diikuti dengan pemilihan bagi
jawapan setuju iaitu seramai 20 orang pelajar (40.0%). Dengan demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar sentiasa
mengikuti kelas tuisyen untuk menambah pengetahuan yang tertinggal semasa guru
mengajar di sekolah. Seramai 8 orang pelajar (16.0%) yang memilih tidak setuju dan
hanya 1 orang pelajar (2.0%) memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh itu,
golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa
mereka tidak pernah mengikuti kelas tuisyen untuk menambah pengetahuan yang
30
tertinggal semasa guru mengajar di sekolah. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar
masih lagi berpandangan positif kepada kenyataan ini.

Item 7 : Saya selalu membuat latih tubi berkenaan dengan sesuatu pelajaran.
Majoriti pelajar menjawab setuju adalah seramai 31 orang pelajar (62.0%) dan
menjawab sangat setuju seramai 12 orang pelajar (24.0%). Ini menunjukkan golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa pelajar selalu
membuat latih tubi berkenaan dengan sesuatu pelajaran. Tidak ada pelajar yang
menjawab sangat tidak setuju untuk kenyataan ini dan hanya 7 orang pelajar (14.0%)
yang menjawab tidak setuju. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan
negatif terhadap kenyataan ini bahawa mereka tidak selalu membuat latih tubi
berkenaan dengan sesuatu pelajaran. Majoriti pelajar mempunyai tanggapan yang
positif terhadap kenyataan ini. Oleh itu, ini menunjukkan pelajar masih lagi
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini.


Jadual 4.7
Taburan Keseluruhan Kekerapan Dan Peratus Bagi Corak Pembelajaran Pelajar
Skala
Likert
Respon
Jumlah Kekerapan
(f)
Jumlah Peratus
(%)
Tanggapan
1 STS 9 2.6
83 23.7 Negatif
2 TS 74 21.1

3 S 175 50.0
267 76.3 Positif
4 SS 92 26.3
Jumlah 350 100


Jadual 4.7 di atas menunjukkan dapatan analisis bagi taburan keseluruhan kekerapan
dan peratus bagi corak pembelajaran pelajar yang aktif ko-kurikulum untuk menguji
hubungannya dengan pencapaian peperiksaan pertengahan tahun pelajar dalam mata
pelajaran Biologi. Dapatan analisis mendapati bahawa majoriti pelajar bertanggapan
positif terhadap corak pembelajaran adalah sebanyak 267 iaitu 76.3%. Pelajar yang
bertanggapan negatif terhadap corak pembelajaran, nilai kekerapannya adalah
31
berjumlah 83 iaitu 23.7%. Ini menunjukkan kebanyakan sampel mempunyai tanggapan
positif terhadap faktor corak pembelajaran.


4.2.3 Faktor bagi persekitaran pelajar
Taburan kekerapan dan peratusan pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap 7 item yang
terkandung di dalam subskala persekitaran ditunjukkan di dalam Jadual 4.8 di bawah :


Jadual 4.8
Taburan Kekerapan (f) Dan Peratusan (%) Item 1 7 Bagi Faktor Persekitaran Pelajar
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
1. Ibubapa saya tidak
membantah penglibatan saya
secara aktif dalam ko-
kurikulum.
- - 2 4.0 23 46.0 25 50.0
2. Penglibatan rakan sebaya
dalam ko-kurikulum
mempengaruhi saya untuk
terlibat sama dengan aktiviti
ko-kurikulum
- - 4 8.0 25 50.0 21 42.0
3. Guru sentiasa memberi
galakan terhadap penyertaan
saya dalam aktiviti ko-
kurikulum.
1 2.0 11 22.0 23 46.0 15 30.0
4. Guru sentiasa membantu saya
dalam pelajaran
memandangkan saya sentiasa
tertinggal pelajaran di dalam
kelas.
1 2.0 14 28.0 26 52.0 9 18.0
5. Rakan-rakan sentiasa
membantu saya dalam
memahami sesuatu pelajaran.
- - 2 4.0 26 52.0 22 44.0
6. Ibubapa sentiasa membantu
saya dalam pelajaran.

- - 11 22.0 20 40.0 19 18.0

32
Jadual 4.8 (sambungan)
Petunjuk : 1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Sangat Setuju


Jadual 4.8 menunjukkan analisis statistik mengenai persekitaran pelajar yang aktif ko-
kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

Item 1 : Ibubapa saya tidak membantah penglibatan saya secara aktif dalam ko-
kurikulum.
Kebanyakan pelajar memilih sangat setuju adalah seramai 25 orang pelajar (50.0%) dan
memilih setuju seramai 23 orang pelajar (46.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa ibu bapa pelajar tidak
membantah penglibatan secara aktif dalam ko-kurikulum. Hanya 2 orang pelajar
(4.0%) yang memilih tidak setuju dan tidak ada pelajar yang memilih sangat tidak
setuju untuk kenyataan ini. Ini menunjukkan golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa ibu bapa membantah penglibatan
secara aktif dalam ko-kurikulum. Berdasarkan peratusan tertinggi, majoriti pelajar
mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.

Item 2 : Penglibatan rakan sebaya dalam ko-kurikulum mempengaruhi saya untuk
terlibat sama dengan aktiviti ko-kurikulum.
Pelajar yang memilih setuju untuk item ini adalah seramai 25 orang pelajar (50.0%)
dan memilih sangat setuju seramai 21 orang pelajar (42.0%). Maka golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa penglibatan rakan sebaya
dalam ko-kurikulum mempengaruhi pelajar untuk terlibat sama dengan aktiviti ko-
kurikulum. Hanya 4 orang pelajar (8.0%) yang memilih tidak setuju dan tidak ada
pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh itu, ini menjadikan
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
7. Kelas tuisyen lebih banyak
membantu dalam
meningkatkan kecemerlangan
pelajaran saya.
6 12.0 15 30.0 18 36.0 11 22.0
Jumlah 8 2.3 59 16.9 161 46.0 122 34.9
33
golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa
penglibatan rakan sebaya dalam ko-kurikulum tidak mempengaruhi pelajar untuk
terlibat sama dengan aktiviti ko-kurikulum. Berdasarkan peratusan tertinggi, ini
membuktikan pelajar berpandangan positif pada kenyataan ini.

Item 3 : Guru sentiasa memberi galakan terhadap penyertaan saya dalam aktiviti ko-
kurikulum.
Kekerapan paling tinggi bagi item ini adalah bagi pelajar yang memilih setuju iaitu
seramai 23 orang pelajar (46.0%) manakala bagi pelajar yang memilih sangat setuju
adalah seramai 15 orang pelajar (30.0%). Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa guru sentiasa memberi galakan
terhadap penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Seramai 11 orang pelajar
(22.0%) yang memilih tidak setuju dan hanya seorang pelajar (2.0%) yang memilih
sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa guru tidak memberi galakan terhadap
penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum. Berdasarkan peratusan tertinggi,
kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.

Item 4 : Guru sentiasa membantu saya dalam pelajaran memandangkan saya sentiasa
tertinggal pelajaran di dalam kelas.
Memandangkan pelajar yang memilih setuju adalah kekerapan yang tertinggi iaitu
seramai 26 orang pelajar (52.0%) diikuti oleh pelajar yang memilih sangat setuju
seramai 9 orang pelajar (18.0%), maka golongan pelajar ini mempunyai tanggapan
positif terhadap kenyataan ini bahawa guru sentiasa membantu dalam pelajaran
memandangkan pelajar sentiasa tertinggal pelajaran dalam kelas. Seramai 14 orang
pelajar (28.0%) yang memilih tidak setuju dan hanya seorang pelajar (2.0%) yang
memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Dengan ini, golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan negatif bahawa guru tidak selalu membantu dalam pelajaran
walaupun sentiasa tertinggal pelajaran di dalam kelas. Berdasarkan peratusan tertinggi
juga, pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.



34
Item 5 : Rakan-rakan sentiasa membantu saya dalam memahami sesuatu pelajaran.
Berdasarkan item ini, seramai 26 orang pelajar (52.0%) memilih setuju manakala yang
memilih sangat setuju seramai 22 orang pelajar (44.0%). Dengan demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa rakan-rakan
sentiasa membantu dalam memahami sesuatu pelajaran. Hanya 2 orang pelajar (4.0%)
yang memilih tidak setuju dan tidak ada pelajar yang memilih sangat tidak setuju untuk
kenyataan ini. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap
kenyataan ini bahawa rakan-rakan tidak selalu membantu dalam memahami sesuatu
pelajaran. Ini menunjukkan kebanyakan pelajar masih lagi berpandangan positif kepada
kenyataan ini.

Item 6 : Ibu bapa sentiasa membantu saya dalam pelajaran.
Majoriti pelajar menjawab setuju adalah seramai 20 orang pelajar (40.0%) dan
menjawab sangat setuju seramai 19 orang pelajar (38.0%). Ini menunjukkan golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa ibu bapa
sentiasa membantu dalam pelajaran. Tidak ada pelajar yang menjawab sangat tidak
setuju untuk kenyataan ini dan hanya 11 orang pelajar (22.0%) yang menjawab tidak
setuju. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan
ini bahawa ibu bapa tidak selalu membantu dalam pelajaran. Majoriti pelajar
mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini. Ini menunjukkan majoriti
pelajar masih lagi mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini.

Item 7 : Kelas tuisyen lebih banyak membantu dalam meningkatkan kecemerlangan
pelajaran saya.
Seramai 18 orang pelajar (36.0%) memilih setuju manakala pelajar yang memilih
sangat setuju seramai 11 orang pelajar (22.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa kelas tuisyen lebih
banyak membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajaran pelajar. Terdapat 15
orang pelajar (30.0%) yang memilih tidak setuju dan hanya 6 orang pelajar (12.0%)
yang memilih sangat tidak setuju untuk kenyataan ini. Oleh yang demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa kelas tuisyen
tidak banyak membantu dalam meningkatkan kecemerlangan pelajaran pelajar. Oleh itu,
majoriti pelajar masih berpandangan positif terhadap kenyataan ini.
35
Jadual 4.9
Taburan Keseluruhan Kekerapan Dan Peratus Bagi Persekitaran Pelajar
Skala
Likert
Respon
Jumlah Kekerapan
(f)
Jumlah Peratus
(%)
Tanggapan
1 STS 8 2.3
67 19.2 Negatif
2 TS 59 16.9

3 S 161 46.0
283 80.9 Positif
4 SS 122 34.9
Jumlah 350 100


Analisis jadual 4.9 menunjukkan taburan keseluruhan kekerapan dan peratus bagi
faktor persekitaran pelajar yang aktif ko-kurikulum untuk menguji hubungannya
dengan pencapaian peperiksaan pertengahan tahun 2008 pelajar dalam mata pelajaran
Biologi. Dapatan ini menunjukkan jumlah kekerapan tertinggi adalah bagi responden
yang bertanggapan positif iaitu sebanyak 283 (80.9%). Bagi responden yang
bertanggapan negatif pula sebanyak 67 (19.2%). Oleh yang demikian, ini menunjukkan
kebanyakan sampel mempunyai tanggapan positif terhadap faktor corak pembelajaran.


4.2.4 Faktor bagi prospek untuk masa depan (kerjaya) pelajar
Taburan kekerapan dan peratusan pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap 7 item yang
terkandung di dalam subskala prospek untuk masa depan (kerjaya) ditunjukkan di
dalam Jadual 4.10 di bawah :


Jadual 4.10
Taburan Kekerapan (f) Dan Peratusan (%) Item 1 7 Bagi Faktor Prospek Untuk
Masa Depan (Kerjaya) Pelajar.
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
1. Ko-kurikulum membantu
meningkatkan pencapaian
akademik saya di dalam
kelas.
1 2.0 16 34.0 24 48.0 9 18.0
36
Jadual 4.10 (sambungan)
Petunjuk : 1-Sangat Tidak Setuju 2-Tidak Setuju 3-Setuju 4-Sangat Setuju


Jadual 4.10 menunjukkan analisis statistik mengenai prospek untuk masa depan
(kerjaya) pelajar yang aktif ko-kurikulum terhadap pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Biologi.

Item 1 : Ko-kurikulum membantu meningkatkan pencapaian akademik saya di dalam
kelas.
Kebanyakan pelajar menjawab setuju adalah seramai 24 orang pelajar (48.0%)
manakala pelajar yang menjawab sangat setuju adalah seramai 9 orang pelajar (18.0%).
Ini menunjukkan golongan pelajar ini mempunyai tanggapan positif yang tinggi
terhadap kenyataan bahawa ko-kurikulum membantu meningkatkan pencapaian
akademik pelajar di dalam kelas. Bagi pemilihan jawapan tidak setuju pula, seramai 16
1 (STS) 2 (TS) 3 (S) 4 (SS)
No. Item
f % f % f % f %
2. Penglibatan dalam ko-
kurikulum menjadikan saya
lebih bertenaga untuk belajar
di dalam kelas.
- - 14 28.0 29 58.0 7

14.0
3. Ko-kurikulum
menambahkan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada
(prior knowledge) saya.
- - 2 4.0 28 56.0 20 40.0
4. Ko-kurikulum mendedahkan
saya kepada keadaan sebenar
dunia luar yang bakal saya
hadapi pada masa hadapan.
- - 2 4.0 21 42.0 27 54.0
5. Ko-kurikulum boleh
membuka minda dan fikiran
saya sewaktu belajar.
- - 5 10.0 24 48.0 21 42.0
6. Aktiviti ko-kurikulum
membantu saya melepaskan
tekanan (stress) dalam
pembelajaran.
- - 5 10.0 20 40.0 25 50.0
7. Aktiviti ko-kurikulum tidak
menjejaskan pencapaian
peperiksaan (akademik)
saya.
2 4.0 9 18.0 21 42.0 18 36.0
Jumlah 3 0.9 53 15.1 167 47.7 127 36.3


37

orang pelajar (32.0%) tidak bersetuju dengan kenyataan ini dan hanya 1 orang pelajar
(2.0%) yang memilih sangat tidak setuju bagi kenyataan ini. Oleh itu, golongan pelajar
ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa ko-kurikulum tidak
membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar di dalam kelas. Ini
menunjukkan majoriti pelajar mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini.

Item 2 : Penglibatan dalam ko-kurikulum menjadikan saya lebih bertenaga untuk
belajar di dalam kelas.
Dapatan kajian bagi item ini mendapati majoriti responden memilih setuju adalah
seramai 29 orang pelajar (58.0%) manakala bagi yang memilih sangat setuju hanya
seramai 7 orang pelajar (14.0%). Berdasarkan peratusan tertinggi bagi skala 3 ini,
majoriti pelajar masih mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini
walaupun hanya terdapat 7 orang pelajar yang berpendapat sangat setuju bagi skala 4.
Dengan ini, golongan pelajar ini berpendapat positif bahawa penglibatan dalam ko-
kurikulum menjadikan pelajar lebih bertenaga untuk belajar di dalam kelas. Bagi
pemilihan skala 2 iaitu tidak setuju, seramai 14 orang pelajar (28.0%) yang
berpandangan negatif bagi pernyataan ini bahawa penglibatan dalam ko-kurikulum
menjadikan pelajar tidak bertenaga untuk belajar di dalam kelas, manakala bagi skala 1
iaitu sangat tidak setuju pula tidak ada pelajar yang memilih skala ini.

Item 3 : Ko-kurikulum menambahkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada (prior
knowledge) saya.
Bagi item ini, kebanyakan pelajar setuju iaitu seramai 28 orang pelajar (46.0%)
manakala pelajar yang memilih sangat setuju adalah seramai 20 orang pelajar (40.0%).
Ini menggambarkan golongan pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap
kenyataan bahawa ko-kurikulum menambahkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada
(prior knowledge) pelajar. Pelajar yang memilih untuk tidak setuju pula hanya seramai
2 orang pelajar (4.0%) manakala untuk pemilihan jawapan sangat tidak setuju pula,
tidak terdapat pelajar yang membuat pemilihan bagi skala 1 ini. Oleh itu, ini
menggambarkan bahawa golongan pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap
kenyataan ini bahawa ko-kurikulum tidak dapat menambahkan pengetahuan dan


38

kemahiran sedia ada (prior knowledge) pelajar. Oleh itu, majoriti pelajar masih
berpandangan positif terhadap kenyataan ini.

Item 4 : Ko-kurikulum mendedahkan saya kepada keadaan sebenar dunia luar yang
bakal saya hadapi pada masa hadapan.
Analisis dapatan mengenai item ini mendapati seramai 27 orang pelajar (54.0%) sangat
bersetuju dengan pernyataan ini, manakala seramai 21 orang pelajar (42.0%) setuju
dengan pernyataan ini. Pemilihan skala 4 dan 3 ini menunjukkan golongan pelajar ini
berpandangan positif terhadap pernyataan bahawa ko-kurikulum mendedahkan keadaan
sebenar dunia luar yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Hanya 2 orang pelajar
(4.0%) selebihnya daripada jumlah responden memilih tidak setuju tetapi tiada pelajar
yang memilih sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini. Bagi pemilihan skala 2 dan
1 ini memberi gambaran bahawa golongan pelajar ini berpandangan negatif terhadap
pernyataan ini di mana ko-kurikulum tidak mampu mendedahkan keadaan sebenar
dunia luar yang bakal dihadapi pada masa hadapan. Berdasarkan peratusan tertinggi,
majoriti pelajar mempunyai tanggapan yang positif terhadap kenyataan ini.

Item 5 : Ko-kurikulum boleh membuka minda dan fikiran saya sewaktu belajar.
Seramai 24 orang pelajar (48.0%) memilih setuju manakala pelajar yang memilih
sangat setuju seramai 21 orang pelajar (42.0%). Ini menunjukkan golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa ko-kurikulum boleh
membuka minda dan fikiran sewaktu belajar. Hanya 5 orang pelajar (10.0%) yang
memilih tidak setuju bagi kenyataan ini manakala bagi sangat tidak setuju, tidak ada
pelajar yang membuat pemilihan bagi jawapan ini. Oleh yang demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa ko-kurikulum
tidak mampu untuk membuka minda dan fikiran sewaktu belajar. Oleh itu, majoriti
pelajar masih berpandangan positif terhadap kenyataan ini.

Item 6 : Aktiviti ko-kurikulum membantu saya melepaskan tekanan (stress) dalam
pembelajaran.
Berdasarkan nilai kekerapan tertinggi, pemilihan bagi jawapan sangat setuju adalah
paling tinggi iaitu seramai 25 orang pelajar (50.0%) dan diikuti dengan pemilihan bagi


39

jawapan setuju iaitu seramai 20 orang pelajar (40.0%). Dengan demikian, golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa aktiviti ko-
kurikulum membantu melepaskan tekanan (stress) dalam pembelajaran. Tidak ada
pelajar yang menjawab sangat tidak setuju untuk kenyataan ini dan hanya 5 orang
pelajar (10.0%) yang menjawab tidak setuju. Oleh itu, golongan pelajar ini mempunyai
tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa aktiviti ko-kurikulum tidak
membantu melepaskan tekanan (stress) dalam pembelajaran. Ini menunjukkan
kebanyakan pelajar masih lagi berpandangan positif kepada kenyataan ini.

Item 7 : Aktiviti ko-kurikulum tidak menjejaskan pencapaian peperiksaan (akademik)
saya.
Majoriti pelajar menjawab setuju adalah seramai 21 orang pelajar (42.0%) dan
menjawab sangat setuju seramai 18 orang pelajar (36.0%). Ini menunjukkan golongan
pelajar ini mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini bahawa aktiviti ko-
kurikulum tidak menjejaskan pencapaian peperiksaan (akademik) pelajar. Seramai 9
pelajar (18.0%) yang menjawab tidak setuju untuk kenyataan ini dan hanya 2 orang
pelajar (4.0%) yang menjawab sangat tidak setuju. Oleh itu, golongan pelajar ini
mempunyai tanggapan negatif terhadap kenyataan ini bahawa aktiviti ko-kurikulum
menjejaskan pencapaian peperiksaan (akademik) pelajar. Ini menunjukkan majoriti
pelajar masih lagi mempunyai tanggapan positif terhadap kenyataan ini.


Jadual 4.11
Taburan Keseluruhan Kekerapan Dan Peratus Bagi Prospek Untuk Masa Depan
(Kerjaya) Pelajar

Skala
Likert
Respon Jumlah Kekerapan (f) Jumlah Peratus (%) Tanggapan
1 STS 3 0.9
56 16.0 Negatif
2 TS 53 15.1

3 S 167 47.7



40

Jadual 4.11 (sambungan)
Skala
Likert
Respon Jumlah Kekerapan (f) Jumlah Peratus (%) Tanggapan
294 84.0 Positif
4 SS 127 36.3
Jumlah 350 100


Majoriti responden yang bertanggapan positif berdasarkan jadual 4.11 adalah sebanyak
294 (84.0%) manakala responden yang berpandangan negatif pula adalah sebanyak 56
iaitu 16.0%. Oleh yang demikian, ini menunjukkan kebanyakan sampel mempunyai
tanggapan positif terhadap faktor prospek untuk masa depan (kerjaya) pelajar.


4.3 Analisis markah peperiksaan pertengahan tahun 2008 dalam mata
pelajaran Biologi.


Jadual 4.12
Pencapaian Mata Pelajaran Biologi Dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008
Pencapaian Pangkat Kekerapan (f) Peratus (%) Jumlah peratus
Tinggi A1 1 2
A2 7 14 28
B3 6 12
Sederhana B4 7 14
C5 13 26 64
C6 12 24
Rendah D7 2 4
E8 2 4 8
G9 - -
Jumlah 50 100.0 100.0




41

Berdasarkan Jadual 4.12 didapati markah pencapaian sederhana mencatatkan jumlah
peratusan paling tinggi iaitu 64.0 % dan diikuti dengan markah pencapaian tinggi
sebanyak 28.0%, manakala markah pencapaian rendah mencatatkan hanya 8.0 %. Oleh
itu dapatlah dikatakan markah pencapaian ke semua sampel adalah dalam kategori
sederhana.


4.4 Pengujian hipotesis


4.4.1 Hubungan sikap pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi

H
o
: Tidak terdapat korelasi antara faktor sikap dengan pencapaian akademik.


Jadual 4.13
Korelasi Antara Sikap Pelajar Yang Aktif Ko-Kurikulum Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Biologi










Berdasarkan Jadual 4.13 nilai signifikan 2-tailed antara sikap dengan pencapaian
akademik pelajar adalah 0.178 yang mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai
0.05, maka hipotesis yang dibina gagal ditolak. Oleh yang demikian, tidak ada
signifikan atau tidak ada korelasi antara faktor sikap dengan pencapaian akademik
pelajar. Nilai r bagi korelasi Pearson menunjukkan nilai negatif dan tidak signifikan
Correlations

Sikap pelajar Skor pelajar
Pearson Correlation
1.000 -.194
Sig. (2-tailed) .178
Sikap pelajar
N 50.000 50
Pearson Correlation
-.194 1.000
Sig. (2-tailed) .178
Skor pelajar
N 50 50.000


42

pada aras 0.01 mahupun aras 0.05, maka tidak ada perhubungan antara faktor sikap
dengan pencapaian akademik pelajar yang dikaji. Ini menunjukkan hubungan sikap
pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi adalah tidak signifikan kerana
mempunyai pertalian negatif yang boleh diabaikan (-0.194).


4.4.2 Hubungan corak pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran
Biologi

H
o
: Tidak terdapat korelasi antara faktor corak pembelajaran dengan pencapaian
akademik.


Jadual 4.14
Korelasi Antara Corak Pembelajaran Pelajar Yang Aktif Ko-Kurikulum Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Biologi


Analisis korelasi jadual 4.14 menunjukkan nilai signifikan 2-tailed antara corak
pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai yang diperoleh adalah 0.187
yang mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka hipotesis yang
dibina gagal ditolak. Oleh yang demikian, tidak ada signifikan atau tidak ada korelasi
antara faktor corak pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai r bagi
korelasi Pearson menunjukkan nilai negatif dan tidak signifikan pada aras 0.01
mahupun aras 0.05, maka tidak ada perhubungan antara faktor corak pembelajaran
Correlations

Corak belajar Skor pelajar
Pearson Correlation
1.000 -.190
Sig. (2-tailed) .187
Corak belajar
N 50.000 50
Pearson Correlation
-.190 1.000
Sig. (2-tailed) .187
Skor pelajar
N 50 50.000


43

dengan pencapaian akademik pelajar yang dikaji. Ini menunjukkan hubungan corak
pembelajaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi adalah tidak
signifikan kerana mempunyai pertalian negatif yang boleh diabaikan (-0.190).


4.4.3 Hubungan persekitaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi

H
o
: Tidak terdapat korelasi antara faktor persekitaran dengan pencapaian
akademik.


Jadual 4.15
Korelasi Antara Persekitaran Pelajar Yang Aktif Ko-Kurikulum Terhadap
Pencapaian Pelajar Dalam Biologi
Correlations

Persekitaran pelajar Skor pelajar
Pearson Correlation
1.000 -.072
Sig. (2-tailed) .620
Persekitaran pelajar
N 50.000 50
Pearson Correlation
-.072 1.000
Sig. (2-tailed) .620
Skor pelajar
N 50 50.000


Jadual 4.15 berdasarkan nilai signifikan 2-tailed antara persekitaran dengan pencapaian
akademik pelajar adalah 0.620 yang mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai
0.05, maka hipotesis yang dibina gagal ditolak. Oleh yang demikian, tidak ada
signifikan atau tidak ada korelasi antara faktor persekitaran dengan pencapaian
akademik pelajar. Nilai r bagi korelasi Pearson menunjukkan nilai negatif dan tidak
signifikan pada aras 0.01 mahupun aras 0.05, maka tidak ada perhubungan antara
faktor persekitaran dengan pencapaian akademik pelajar yang dikaji. Ini menunjukkan
hubungan persekitaran pelajar dengan pencapaian dalam mata pelajaran Biologi adalah
tidak signifikan kerana mempunyai pertalian negatif yang boleh diabaikan (-0.072).


44

4.4.4 Hubungan faktor prospek masa depan (kerjaya) pelajar dengan pencapaian
dalam mata pelajaran Biologi

H
o
: Tidak terdapat korelasi antara faktor prospek masa depan dengan pencapaian
akademik.


Jadual 4.16
Korelasi Antara Faktor Prospek Masa Depan (Kerjaya) Pelajar Yang Aktif Ko-
Kurikulum Terhadap Pencapaian Pelajar Dalam Biologi
Correlations

Kerjaya pelajar skor pelajar
Pearson Correlation
1.000 -.094
Sig. (2-tailed) .518
Kerjaya pelajar
N 50.000 50
Pearson Correlation
-.094 1.000
Sig. (2-tailed) .518
Skor pelajar
N 50 50.000


Analisis korelasi jadual 4.16 menunjukkan nilai signifikan 2-tailed antara prospek masa
depan (kerjaya) dengan pencapaian akademik pelajar. Nilai yang diperoleh adalah
0.518 yang mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka hipotesis
yang dibina gagal ditolak. Oleh yang demikian, tidak ada signifikan atau tidak ada
korelasi antara faktor prospek masa depan (kerjaya) dengan pencapaian akademik
pelajar. Nilai r bagi korelasi Pearson menunjukkan nilai negatif dan tidak signifikan
pada aras 0.01 mahupun aras 0.05, maka tidak ada perhubungan antara faktor prospek
masa depan (kerjaya) dengan pencapaian akademik pelajar yang dikaji. Ini
menunjukkan hubungan prospek masa depan (kerjaya) dengan pencapaian dalam mata
pelajaran Biologi adalah tidak signifikan kerana mempunyai pertalian negatif yang
boleh diabaikan (-0.094).






45





BAB 5








PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN








5.0 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan dapatan kajian hubungan antara faktor sikap, corak
pembelajaran, persekitaran dan prospek masa depan (kerjaya) pelajar dengan
pencapaian akademik dalam mata pelajaran Biologi pelajar. Hasil kajian ini
kemudiannya dirumuskan untuk menjawab persoalan kajian seperti yang diutarakan di
dalam bab 1. Kemudian kesimpulan dibuat berdasarkan kepada data yang diperoleh
selepas analisis dilakukan. Dengan ini kesimpulan secara menyeluruh hasil dapatan
kajian dapat dilakukan. Perbincangan juga meliputi hasil analisis berdasarkan data yang
dikumpulkan.











46

5.1 Perbincangan Hiptesis


5.1.1 Perbincangan Hipotesis Nul Pertama
Hipotesis pertama dalam kajian ini ialah tidak terdapat korelasi antara faktor sikap
pelajar yang aktif ko-kurikulum dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran Biologi.

Dengan menggunakan kaedah analisis Korelasi Pearson, r sepertimana jadual
4.13, nilai korelasi yang diperoleh adalah negatif iaitu -0.194. Ini menunjukkan
hubungan sikap pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi adalah
tidak signifikan kerana mempunyai pertalian negatif yang boleh diabaikan.
Berdasarkan nilai signifikan 2-tailed, nilai yang diperoleh adalah 0.178 yang mana nilai
yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka hipotesis yang dibina gagal ditolak
(diterima).

Hasil kajian ini menunjukkan semua pelajar yang aktif ko-kurikulum
mempunyai sikap positif terhadap penglibatan secara aktif dalam ko-kurikulum
walaupun pelajar itu mendapat markah tinggi atau rendah dalam matapelajaran Biologi
peperiksaan pertengahan tahun 2008 mereka. Oleh itu, langkah-langkah positif perlu
diambil untuk memperbaiki pencapaian pelajar yang mendapat markah rendah
memandangkan tidak ramai daripada responden yang mendapat markah rendah dalam
mata pelajaran Biologi berdasarkan jadual 4.12. Hanya 8% sahaja daripada 100.0%
responden mendapat markah rendah dalam peperiksaan pertengahan tahun 2008 bagi
mata pelajaran Biologi. Dengan ini, sikap pelajar itu sendiri tidak mempengaruhi
pencapaian akademik walaupun bergiat secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
Berkemungkinan pelajar ini menganggap bahawa kecemerlangan dalam ko-kurikulum
menjamin masa depan sepertimana kecemerlangan dalam pelajaran.

Keputusan kajian yang diperoleh juga selari dengan kajian Ames (1992) di
mana beliau mendapati bahawa sikap positif pelajar terhadap diri sendiri berkaitan
dengan aspek motivasi untuk mencapai kejayaan seperti kesanggupan belajar kuat dan


47

bersaing untuk mendapatkan markah yang tinggi. Aspek motivasi ini boleh membantu
penguasaan dan kefahaman pelajar semasa proses pembelajaran.

Oleh itu, kecemerlangan pelajar dalam apa jua bidang yang diceburi adalah
bergantung kepada diri pelajar sendiri. Sekiranya pelajar inginkan kejayaan, seharusnya
membentuk dan melatih diri supaya bersikap lebih rajin untuk mencapai apa yang
diinginkan.

Kenyataan ini disokong oleh Ahmad Hamzah (1985). Apabila seseorang
individu mempunyai sikap jati diri yang baik, sukar baginya untuk melakukan atau
dipengaruhi oleh unrur-unsur luar ke arah gaya hidup yang negatif.


5.1.2 Perbincangan Hipotesis Nul Kedua
Hipotesis ke dua dalam kajian ini ialah tidak terdapat korelasi antara faktor corak
pembelajaran pelajar yang aktif ko-kurikulum dengan pencapaian akademik pelajar
dalam mata pelajaran Biologi.

Berdasarkan nilai signifikan 2-tailed dalam jadual 4.14, nilai yang diperoleh
adalah 0.187 di mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka
hipotesis yang dibina gagal ditolak (diterima). Hasil analisis Korelasi Pearson, r,
menunjukkan hipotesis nul kedua ini gagal ditolak kerana terdapat pertalian negatif
iaitu -0.190 yang boleh diabaikan antara corak pembelajaran pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar.

Keputusan kajian ini juga menunjukkan semua pelajar mempunyai corak
pembelajaran yang positif walaupun bergiat aktif dengan aktiviti ko-kurikulum
berdasarkan jadual 4.7. Keputusan ini juga dapat dibuat taksiran bahawa pembelajaran
pelajar itu sendiri meliputi pengurusan masa belajar, teknik belajar, motivasi untuk diri
sendiri terhadap pelajaran tidak memberi pengaruh terhadap prestasi pelajar dalam
mata pelajaran Biologi walaupun pelajar itu bergiat secara aktif dalam aktiviti ko-
kurikulum. Ini menunjukkan pelajar tetap mempunyai cara pembelajaran tersendiri


48

seperti memperbanyakkan latih tubi, mengulangkaji pelajaran mengikut jadual yang
ditetapkan, mengikuti kelas tuisyen, bertanya kepada guru, berbincang bersama rakan-
rakan dan membuat nota penting untuk terus cemerlang dalam akademik dan sentiasa
berpandangan positif bahawa penglibatan pelajar itu dalam ko-kurikulum tidak
mengganggu pelajaran malah dapat memberi pengalaman yang realiti kepada
pembelajaran di dalam kelas.

Kenyataan ini disokong oleh Hanafian Sudin (1985). Beliau berpendapat
bahawa fungsi ko-kurikulum itu di antaranya adalah untuk pengayaan dan pengukuhan
pengajaran di dalam bilik darjah kepada gerak kerja yang praktik dan berguna semasa
melakukan aktiviti ko-kurikulum di luar bilik darjah. Ia tidak sahaja memperkukuhkan
pengetahuan pelajar malah sekaligus dapat memahami konsep latihan dalam bidang-
bidang tertentu yang diceburi.


5.1.3 Perbincangan Hipotesis Nul Ketiga
Hipotesis ketiga dalam kajian ini ialah tidak terdapat korelasi antara faktor persekitaran
pelajar yang aktif ko-kurikulum dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata
pelajaran Biologi.

Analisis menggunakan kaedah Korelasi Pearson, r dalam jadual 4.15
menunjukkan nilai korelasi yang diperoleh adalah negatif iaitu -0.072. Ini menunjukkan
hubungan persekitaran pelajar dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi
adalah tidak signifikan kerana mempunyai pertalian negatif yang boleh diabaikan.
Berdasarkan nilai signifikan 2-tailed, nilai yang diperoleh adalah 0.620 di mana nilai
yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka hipotesis yang dibina gagal ditolak
(diterima).

Hasil kajian ini menunjukkan semua pelajar yang aktif ko-kurikulum
mempunyai tanggapan persekitaran yang positif walaupun pelajar itu mendapat markah
tinggi atau rendah dalam mata pelajaran Biologi. Oleh yang demikian, faktor
persekitaran pelajar sama sekali tidak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar


49

yang terlibat secara aktif dalam ko-kurikulum. Kebanyakkan pelajar menyatakan
bahawa tidak ada sebarang bantahan daripada pihak luar terutamanya daripada ibu bapa
dan guru tentang penglibatan secara aktif dalam ko-kurikulum. Lebih
memberangsangkan lagi penglibatan pelajar ini mendapat galakan dan sokongan
sepenuhnya daripada ibu bapa dan guru. Ini turut disokong oleh Robert (1985),
mengatakan bahawa motivasi untuk belajar bergantung kepada pengaruh ibu bapa, guru,
status sosial ekonomi malah konsep kendiri dan ciri-ciri moral yang ada pada seseorang
pelajar. Dengan adanya motivasi, pelajar sudah tentu berminat untuk melibatkan diri.

Rakan-rakan dan juga kelas tuisyen banyak membantu dalam memgekalkan
pencapaian akademik pelajar yang sentiasa ketinggalan semasa pengajaran guru di
dalam kelas. Ini menunjukkan bahawa masyarakat sekeliling, tidak hanya terhad
kepada warga pendidik di sekolah dan di rumah haruslah membantu pelajar yang aktif
ko-kurikulum ini untuk terus cemerlang bagi kedua-dua bidang yang diceburi. Oleh itu,
satu pendekatan atau kesedaran baru perlu ditanam bagi memperbaiki sikap masyarakat
seperti yang dinyatakan oleh Muhamad Shafie (1980). Menurut beliau lagi, usaha-
usaha juga perlu dilakukan untuk memberi kesedaran dan seterusnya mengikis
tanggapan salah mengenai ko-kurikulum yang dilihat sebagai kegiatan tambahan.


5.1.4 Perbincangan Hipotesis Nul Ke empat
Hipotesis ke empat dalam kajian ini ialah tidak terdapat korelasi antara faktor prospek
masa depan (kerjaya) pelajar yang aktif ko-kurikulum dengan pencapaian akademik
pelajar dalam mata pelajaran Biologi.

Berdasarkan nilai signifikan 2-tailed dalam jadual 4.16, nilai yang diperoleh
adalah 0.518 di mana nilai yang diperoleh ini adalah melebihi nilai 0.05, maka
hipotesis yang dibina gagal ditolak (diterima). Hasil analisis Korelasi Pearson, r,
menunjukkan hipotesis nul kedua ini gagal ditolak kerana terdapat pertalian negatif
iaitu -0.094 yang boleh diabaikan antara prospek masa depan pelajar dengan
pencapaian akademik pelajar.


50

Keputusan kajian ini juga menunjukkan ke semua pelajar mempunyai prospek
masa depan yang positif walaupun bergiat aktif dengan aktiviti ko-kurikulum
berdasarkan jadual 4.11. Keputusan ini juga dapat dibuat taksiran bahawa penglibatan
pelajar dalam ko-kurikulum itu lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada
keburukan terhadap pelajaran pelajar dan juga tidak memberi pengaruh terhadap
prestasi pelajar dalam mata pelajaran Biologi walaupun bergiat secara aktif dalam
aktiviti ko-kurikulum. Ini menunjukkan pelajar tetap mempunyai tanggapan positif
bahawa penglibatan dalam ko-kurikulum tidak mengganggu pelajaran malah dapat
menjamin masa depan yang cerah dan mampu memberikan kesihatan tubuh badan
kepada diri sendiri.

Keputusan ini dapat membuktikan penegasan yang dibuat oleh Solts (1986)
yang menegaskan bahawa penyertaan dalam sukan merangsang aspirasi pelajar untuk
meningkatkan pencapaian akademik ke tahap yang lebih tinggi dan membantu
mengembangkan trait masing-masing.


5.2 Cadangan
Setelah diteliti kepada hasil dapatan dalam kajian ini, berikut adalah beberapa
pandangan pengkaji kepada pihak tertentu yang ingin memantapkan lagi perkembangan
positif dengan kegiatan kokurikulum :
i) Pihak yang bertanggungjawab seperti sekolah atau Kementerian Pelajaran
Malaysia haruslah memberi penjelasan tentang matlamat dan objektif kegiatan
ko-kurikulum dengan lebih terperinci kepada semua pihak yang terlibat
termasuk ibu bapa dan keluarga pelajar sendiri.
ii) Sistem penggredan 10% bagi kegiatan pelajar dalam ko-kurikulum perlulah
ditingkatkan. Penggredan ini akan dapat membantu untuk meningkatkan gred di
dalam setiap keputusan peperiksaan. Perkara ini akan dapat membantu pelajar
meningkatkan prestasi di dalam aktiviti ko-kurikulum serta meningkatkan
motivasi kepada pelajar untuk lebih cenderung aktif di dalam sebarang aktiviti
ko-kurikulum.



51

5.3 Cadangan Lanjutan
i) Kajian boleh diteruskan dengan melihat kepada perbandingan pencapaian
akademik pelajar yang aktif di dalam ko-kurikulum berbanding dengan pelajar
yang tidak aktif.
ii) Mempelbagaikan lagi faktor-faktor yang dikaji dengan memperluaskan skop
kajian.
iii) Mengecilkan skop kajian dengan membuat perbandingan pencapaian akademik
di antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki yang aktif dalam ko-
kurikulum.
iv) Memperluaskan populasi dan sampel kajian dengan melibatkan seluruh pelajar
sesebuah sekolah agar dapat menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat dan
mengurangkan kadar alat.
v) Instrumen kajian harus dikemaskini supaya lebih sesuai untuk digunakan dalam
konteks yang sama. Soal selidik harus diuji dan dipastikan kesahan dan
kebolehpercayaannya sebelum digunakan.
vi) Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa pembolehubah lain yang akan
mempengaruhi dapatan kajian ini. Antaranya adalah status sosio-ekonomi,
tahap kepintaran pelajar, suasana sekolah, minat serta aspirasi pelajar itu sendiri.
Oleh itu, seeloknya pemboleh ubah ini dikaji terlebih dahulu sebelum
meneruskan kajian dengan lebih mendalam.


5.4 Kesimpulan
Hasil kajian ini dapat dirumuskan bahawa keseluruhan pelajar yang aktif ko-kurikulum
mempunyai tanggapan yang positif dengan faktor-faktor yang diuji terhadap
pencapaian akademik dalam peperiksaan pertengahan tahun 2008 mata pelajaran
Biologi. Berdasarkan analisis data dalam bab 4, didapati tidak ada korelasi atau
hubungan signifikan antara faktor-faktor yang diuji kepada pelajar yang aktif
kokurikulum terhadap pencapaian akademik dalam mata pelajaran Biologi.
Kesimpulannya, penglibatan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum tidak menjejaskan
pencapaian akademik seseorang pelajar.



52

Bagi menjawab objektif kajian, faktor intrinsik (dalaman) yang paling
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif ko-kurikulum adalah faktor
corak pembelajaran pelajar. Berdasarkan dalam jadual 4.7, pelajar yang bertanggapan
negatif bagi faktor ini adalah paling tinggi iaitu 23.7% berbanding dengan pelajar yang
bertanggapan negatif bagi faktor sikap iaitu hanya 13.7%. Ini menunjukkan bahawa
faktor bagi corak pembelajaran pelajar lebih mempengaruhi pencapaian akademik
pelajar berbanding dengan faktor sikap. Berdasarkan nilai pekali korelasi Pearson,
kedua-dua faktor intrinsik ini menunjukkan nilai yang negatif, ini menunjukkan tiada
hubungan signifikan antara faktor sikap dan faktor corak pembelajaran yang diuji ini
dengan pencapaian akademik pelajar. Tetapi jika dibandingkan nilai pekali korelasi
Pearson bagi kedua-dua faktor ini, faktor corak pembelajaran mencatatkan nilai yang
lebih besar iaitu -0.190 berbanding dengan nilai yang diperoleh bagi faktor sikap iaitu -
0.194. Memandangkan semakin besar nilai pekali korelasi bagi ciri-ciri yang dikaji,
semakin kuat hubungan di antara ciri-ciri itu, ini menunjukkan faktor corak
pembelajaran mempunyai hubungan yang lebih kuat dalam mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar berbanding dengan faktor sikap.

Bagi faktor ekstrinsik (luaran) pula, faktor persekitaran adalah paling
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar yang aktif ko-kurikulum. Berdasarkan
dalam jadual 4.9, pelajar yang bertanggapan negatif bagi faktor ini adalah paling tinggi
iaitu 19.2% berbanding dengan pelajar yang bertanggapan negatif bagi faktor kerjaya
atau prospek penglibatan pelajar dalam ko-kurikulum untuk masa depan iaitu hanya
16.0%. Ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran pelajar lebih mempengaruhi
pencapaian akademik berbanding dengan faktor prospek penglibatan pelajar dalam ko-
kurikulum untuk masa depan. Berdasarkan nilai pekali korelasi Pearson, kedua-dua
faktor intrinsik ini menunjukkan nilai yang negatif, ini menunjukkan tiada hubungan
signifikan antara faktor persekitaran dan faktor prospek untuk masa depan yang diuji
ini dengan pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Tetapi jika
dibandingkan nilai pekali korelasi Pearson bagi kedua-dua faktor ini, faktor
persekitaran mencatatkan nilai yang lebih besar iaitu -0.072 berbanding dengan nilai
yang diperoleh bagi faktor prospek untuk masa depan iaitu -0.094. Memandangkan
semakin besar nilai pekali korelasi bagi ciri-ciri yang dikaji, semakin kuat hubungan di


53

antara ciri-ciri itu, ini menunjukkan faktor persekitaran mempunyai hubungan yang
lebih kuat dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar berbanding dengan
faktor prospek untuk masa depan.

Penglibatan diri dalam sebarang aktiviti ko-kurikulum akan lebih melahirkan
para pelajar yang aktif dan mempunyai daya juang yang tinggi selaras dengan matlamat
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang mempunyai keseimbangan
jasmani, rohani, sosial dan mental bagi memenuhi keperluan diri, keluarga, masyarakat
dan negara.

























54

RUJUKAN


Abdull Rahim Abdullah (2004). Perbandingan Pencapaian Akademik antara Pelajar
yang Aktif dan Tidak Aktif di dalam Sukan. Tesis yang tidak diterbitkan,
Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Adler, P. & Adler, P. A. (1985). From Idealism to Pragmatic Detachment: The
Academic Performance of College Athletes. Sociology of Education, 58(10).

Ahmad Hamzah (1985). Peranan Ko-kurikulum dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:
Longman Sdn. Bhd.

Ames, C. (1992). Classroom Goals, Structures and Student Motivation. Journal of
Education Psychology, 84, 261-271.

Arham Abdullah, Ahmad Muhaimin Mohamad dan Baharin Mesir (2006). Faktor-
Faktor yang Menyumbang kepada Kecemerlangan Akademik Pelajar di
Universiti Teknologi Malaysia [Electronic version]. Diperoleh Februari 7, 2008
daripada http://eprints.utm.my/view/divisions/FP.html.

Azizi Yahaya, Kamaliah Noordin dan Yusof Boon (2005). Hubungan antara Konsep
Kendiri, Motivasi dan Gaya Keibubapaan dengan Pencapaian Pelajar
[Electronic version]. Diperoleh Februari 12, 2008 daripada
http://eprints.utm.my/2332/.

Azizi Yahaya, Mohd. Najib Ghaffar dan Noraizah Damiri (2005). Ciri-ciri Personaliti
dalam Pemilihan Kerjaya Pelajar, Gaya Pembelajaran Pelajar dan
Hubungannya dengan Pencapaian Akademik [Electronic version]. Diperoleh
Februari 13, 2008 daripada http://eprints.utm.my/2333/.

Ballantine, R. (1981). What Research Says: About the Correlation between Athletic
Participation and Academic Achievement. ERIC Document Reproduction
Service No. ED233994.

Belgin, D.A. (1992). Leisure Activity Motivation and Academic Achievement in High
School. Journal of School Leisure Research, 24(3), 229-239.

Byrd, C.A. (1991). The Influence of Participation in Junior High School Athletes on
Students Attitudes and Grades. The Physical Educator, 48(4), 170-175.

Dunn, R. S. & Dunn, K. J. (1978). Teaching Students Through Their Individual
Learning style: A Practical Approach for Grades 3-6. Mass: Allyn & Bacon.

Hanafian Sudin (1985). Nilai Aktiviti Ko-kurikulum terhadap Pendidikan. Kuala
Lumpur: Longman Sdn. Bhd.



55

Honey & Mumford (1992). The Manual of Learning Styles: Edisi ke-2. Maidenhead:
Peter Honey.

Juhari Awang (2002). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar dalam
Aktiviti Ko-kurikulum Akademik Sekolah. Tesis yang tidak diterbitkan, Tanjong
Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kamus Dewan edisi ketiga cetakan ketujuh (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Dewan edisi keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kittles, S. R. (1945). A Comparative Study of the Scholarship of Athletics and Non-
athletic. Ohio: Ohio State University.

Lee Wee Lim (2006). Penglibatan Pelajar secara Aktif dalam Aktiviti Kolej dan Kesan
terhadap Pencapaian Akademik: Satu Kajian Kes di Kolej Tuanku Canselor
(KTC), UTM Skudai [Electronic version]. Diperoleh Februari 12, 2008
daripada http://eprints.utm.my/145/.

Miskom Sutero (1993, Julai). Kemerosotan Pelajar. Kegagalan Pembentukan Peribadi
dalam Akademik, 4-5.

Mohd. Samri Mohd Noor (2006). Penglibatan Mahasiswa secara Aktif dalam Bidang
Sukan di Peringkat Universiti dan Kesannya terhadap Pencapaian Akademik
[Electronic version]. Diperoleh Februari 5, 2008 daripada
http://eprints.utm.my/540/.

Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Owen, B. K. (1980). The Curriculum and Education. Discipline Approach Illinois:
Prentice Hall, Inc.

Pusat Kokurikulum (2003). Buku Panduan Ko-kurikulum. Bahagian Hal Ehwal Murid,
UPSI.

Robert, W. (1985). Factors Influencing Adolescent Motivation: Implications for
Pphysical Education an Sport. The Physical Educator , 43(3), 21-23.

Soltz, D. F. (1986). Athletic and Academic Achievement: What is the Relationship?
Journal NASSP-Bulletin, 70(10), 22-24.

William, F. (1979). Reasoning with Statistic. San Francisco, California: Holt, Reinhart
& Winstem.


56

LAMPIRAN 1

INSTRUMEN KAJIAN
SOALAN KAJI SELIDIK

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJUNG MALIM, PERAK


SOALAN KAJI SELIDIK

Soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B

Arahan:
1. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang mengkehendakkan pelajar
menjawab dengan teliti dan adil.
2. Tiada yang betul atau salah. Semuanya bergantung kepada apa yang sesuai dan
bertepatan dengan diri anda.
3. Sila beri pandangan dengan jujur dan ikhlas terhadap setiap pernyataan yang
diberi.
4. Setiap jawapan dan identiti anda adalah dirahsiakan.
5. Kerjasama daripada anda amatlah saya hargai.











57

BAHAGIAN A
Tandakan pada petak yang disediakan.

1. Sekolah : .

2. Tahap penglibatan/peringkat tertinggi anda dalam ko-kurikulum :

5- Peringkat Negara (Kebangsaan)
4- Peringkat Negeri
3- Peringkat Daerah
2- Peringkat Sekolah
1- Peringkat Rumah

3. Jawatan tertinggi yang disandang oleh anda dalam Ko-kurikulum :

6- Pengerusi
5- Naib Pengerusi
4- Setiausaha
3- Bendahari
2- Ahli Jawatankuasa
1- Ahli biasa


4. Masa yang diperuntukkan untuk belajar (ulangkaji) dirumah sehari:

i. Kurang daripada 1 jam

ii. 1 hingga 3 jam

iii. 3 hingga 5 jam

iv. Lebih daripada 5 jam






58

BAHAGIAN B

4 - Sangat setuju
3 Setuju
2 Tidak setuju
1 Sangat tidak setuju

a) Sikap

1.
Kegiatan ko-kurikulum tidak membebankan saya.
4 3 2 1
2.
Saya menyertai kegiatan ko-kurikulum kerana minat, tanpa
paksaan daripada mana-mana pihak.
4 3 2 1
3.
Saya sentiasa mengikuti aktiviti ko-kurikulum yang
dijalankan di sekolah.
4 3 2 1
4.
Kecemerlangan dalam ko-kurikulum menjamin masa depan
saya sepertimana kecemerlangan dalam pelajaran.
4 3 2 1
5.
Bagi saya pelajaran adalah sama pentingnya dengan aktiviti
ko-kurikulum.
4 3 2 1
6.
Saya sentiasa bersemangat semasa pembelajaran di dalam
kelas walaupun terlibat aktif dengan ko-kurikulum.
4 3 2 1
7.
Saya mempunyai cukup masa untuk mengulangkaji
pelajaran walaupun sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum.
4 3 2 1


b) Corak pembelajaran

1.
Saya selalu bertanya sekiranya tidak faham pengajaran guru
di dalam kelas.
4 3 2 1
2.
Saya belajar secara perbincangan dalam kumpulan bersama
rakan-rakan.
4 3 2 1
3.
Saya lebih suka mengulangkaji pelajaran secara
persendirian.
4 3 2 1
4.
Saya sentiasa membawa nota kecil ke mana sahaja.

4 3 2 1
5.
Saya mempunyai jadual waktu ulangkaji sendiri di rumah.
4 3 2 1
6.
Saya mengikuti kelas tuisyen untuk menambah
pengetahuan saya yang tertinggal semasa guru mengajar di
sekolah.
4 3 2 1
7.
Saya selalu membuat latih tubi berkenaan dengan sesuatu
pelajaran.
4 3 2 1






59

c) Persekitaran

1.
Ibubapa saya tidak membantah penglibatan saya secara aktif
dalam ko-kurikulum.
4 3 2 1
2.
Penglibatan rakan sebaya dalam ko-kurikulum mempengaruhi
saya untuk terlibat sama dengan aktiviti ko-kurikulum
4 3 2 1
3.
Guru sentiasa memberi galakan terhadap penyertaan saya
dalam aktiviti ko-kurikulum.
4 3 2 1
4.
Guru sentiasa membantu saya dalam pelajaran memandangkan
saya sentiasa tertinggal pelajaran di dalam kelas.
4 3 2 1
5.
Rakan-rakan sentiasa membantu saya dalam memahami
sesuatu pelajaran.
4 3 2 1
6.
Ibubapa sentiasa membantu saya dalam pelajaran.

4 3 2 1
7. Kelas tuisyen lebih banyak membantu dalam meningkatkan
kecemerlangan pelajaran saya.
4 3 2 1


d) Penglibatan dalam ko-kurikulum (Akademik dan Kerjaya)

1.
Ko-kurikulum membantu meningkatkan pencapaian akademik
saya di dalam kelas.
4 3 2 1
2.
Penglibatan dalam ko-kurikulum menjadikan saya lebih
bertenaga untuk belajar di dalam kelas.
4 3 2 1
3.
Ko-kurikulum menambahkan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada (prior knowledge) saya.
4 3 2 1
4.
Ko-kurikulum mendedahkan saya kepada keadaan sebenar
dunia luar yang bakal saya hadapi pada masa hadapan.
4 3 2 1
5.
Ko-kurikulum boleh membuka minda dan fikiran saya sewaktu
belajar.
4 3 2 1
6.
Aktiviti ko-kurikulum membantu saya melepaskan tekanan
(stress) dalam pembelajaran.
4 3 2 1
7.
Aktiviti ko-kurikulum tidak menjejaskan pencapaian
peperiksaan (akademik) saya.
4 3 2 1


60



61




62



63



64



65



66




67



68



69

You might also like