/  9
 
PTPTN, Status Shariah & KosPerkhidmatan
 
OlehZaharuddin Abd Rahman
 
Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelakdari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat infobahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapundemi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlumenguraikannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanyadengan adil.
 
Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kosperkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihakPTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagalmengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeransedia ada dan lain-lain masalah yang tidak diketahui.Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telahmembentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baruberlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yangmenemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan danpenilaian.Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalahdianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telahmeluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas QardhulHasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam,bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwatersebut.
Apa itu Qard
‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak miliksesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat,pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjamtersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuksejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atautelefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula padakemudian hari.
 
Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihankepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atassebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda :"Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akanmelepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedahsebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " bersabda Rasulullah SAW,aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj),tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyaksepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyaklapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)
Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan
 
Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikansebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagimemastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islammeletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilahdipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarangtambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranyaterdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga ataumanfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategoriRiba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).
Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman
 Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kosperkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan.Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yangbersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan'merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanyaperlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarangpenambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkankerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dankeperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan oranglain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar daritujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan,iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatandan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin
 
membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI(http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (darijumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalamkontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketikakelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangandan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (ShariahStandard, AAOIFI, hlm 336)Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil KeputusanKesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M)berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syaratianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAMuntuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama daripersidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dansebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidaklansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuahinstitusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagisesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusanyang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjahbahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali.Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yangmelakukannya.Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to linkthe charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2,hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjamanini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama(kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubahmengikut jumlah pinjaman yang diberi.Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan'namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikankemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksikomputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atasasas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yangmeminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akandikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM500.Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % danlainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlahpinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kospengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap senduit atau wang yang dipinjamkan.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

deleted_fbuser_1301973644left a comment

ustaz...de beberapa soalan.. mengapa ptptn tdk selaras kn pinjaman seperta mara... klau kata peminjam ptptn tu smua ssh..knp rmai yg sng2 dpt.. berbanding dgn mara... mtk kemukakn jawapan..

hambaallah86left a comment

u can get from your teacher or other school trial pmr 2008

keetleft a comment

how can i get soalan ramalan pmr 2008