You are on page 1of 20

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan

sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan


binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai
kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat
serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara
penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan
binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

PENGENALAN
KATA
FRASA
KLAUSA
AYAT
Definisi Ayat

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam
susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan
diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi
yang sempurna.



Binaan ayat

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali
sebagai satu binaan atau konstruksi.

Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau
rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi
terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil
rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai
unsur atau konstituen.

Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.



Subjek dan predikat

Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu
perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa
nama dan menjadi unsur yang diterangkan.

Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam
satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.

Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah
terdiri daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi
binaan subjeknya.

Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-
unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa
sendi nama.

Pola ayat dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi
pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan
dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa
pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat
tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat
aktif atau ayat pasif dan sebagainya.

Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan
kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis
binaan subjek dan predikatnya.

Definisi Frasa

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk
berkembang dan diperluas.

Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada
satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit
yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
Sebagai contohnya, Kambing.


Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau
lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai
subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu :

Frasa Nama(FN)

Frasa Kerja (FK)

Frasa Adjektif (FA)

Frasa Sendi (FS).


Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk
bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih.
Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan
pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian
beberapa patah kata.

Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh
terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai
subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula tidak boleh terdiri
daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa
terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan
bentuknya sebagai unit bahasa
gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang
menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-
masing.


Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai
satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat.
Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun
sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus
tatabahasa Melayu bagi membawa makna.

Jika dahulu, Pendeta Zaba memanggilnya rangkai kata, dan
mesti terbina daripada dua perkataan atau lebih. Tetapi,
sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
Contohnya, Rumah

STRUKYUR FRASA
Satu perkataan Banyak perkataan

Yang pentingnya, setiap frasa mesti mempunyai inti. Inti itulah
yang sebenarnya membina struktur frasa. Sekiranya frasa itu
terdiri daripada satu perkataan, maka perkataan yang menjadi
frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi lebih
luas.

Frasa satu perkataan boleh dijadikan seperti rajah di bawah.

1. Tiga buah rumah besar itu


Analisis














Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga,frasa ialah unit yang boleh terdiri
daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan
yang berpontesi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau
lebih.

Binaan frasa boleh hanya mengandungi
subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh
menjadi konstituen kepada klausa ataupun konstituen frasa
itu sendiri.Sebagai contohnya,

i. Burung merpati terbang melayang.
ii. Anak kecil itu sedang tidur.
iii. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

(tulisan condong merujuk pada susunan perkataan)
Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan
yang mempunyai potensi untuk menjadi unit yang
mengandungi dua perkataan atau lebih.

Misalnya, bentuk kata buku ialah frasa kerana bentuk
tersebut boleh diperluas menjadi sebuah
buku, buku laporan, sebuah buku laporan, dan sebagainya

Tugas Frasa Dalam Ayat

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituen
utama, iaitu sebagai subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat di
bawah, frasa nama berfungsi sebagai subjek bagi semua pola ayat.

Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat dalam pola FN +
FN sahaja.

Empat pola binaan ayat dasar
FN + FN FN + FK
FN + FA FN + FSN
KESIMPULAN

Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan
bahawa:

Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi
dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih
perkataan yang bermakna.

You might also like