You are on page 1of 30

Terima kasih kerana memuat turun nota ini.

Dapatkan koleksi nota lain dari


www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.



Tugasan Kerja Kursus Pendek

Soalan Tugasan:
Sekolah melantik anda sebagai jurulatih permainan bola tampar: jelaskan
kemahiran-kemahiran asas yang anda akan kelolakan bagi pasukan anda.

Bola tampar ialah permainan berpasukan. Permainan ini dimainkan oleh dua
pasukan. Setiap pasukan terdiri daripada enam pemain dan enam orang pemain
simpanan. Objektif permainan bola tampar ialah mendapatkan mata yang
diperolehi apabila meletakkan bola di kawasan lawan. Oleh itu, kemahiran-
kemahiran asas perlu dikuasai oleh pemain bagi mecapai objektif permainan.

1.0 Pergerakan
Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus bergerak
mengikut situasi semasa permainan; bergerak sama ada untuk memainkan bola,
bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan
untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditetntukan
oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan
berbagai-bagai. Pergerakan yang asas adalah:
(a) Pergerakan kaki kehadapan (forward footwork)
(b) Pergerakan kaki sisi ( side footwork)
Langkah ini digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang
mempunyai masa yang mencukupi.
Langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa
yang lebih singkat.
Langkah belari digunakan untuk jarak jauh dan masa yang singkat.


Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.





(c) Pergerakan kaki ke ke belakang (backward footwork)










1.1 Pola pergerakan dan postur badan
Mengetahui pola pergerakan merupakan asas kejayaan dalam sesuatu sukan.
Melakukan sesuatu kemahiran dengan postur badan yang salah akan
menyebabkan ketidakcekapan dan mengurangkan keberkesanannya. Dalam
kes-kes tertentu ia menyebabkan kecederaan. Pergerakan dan kemahiran bola
tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana, dan
rendah.
Postur tinggi digunakan semasa melompat ketika merejam bola,
megadang pukulan pihak lawan, dan membuat hantaran atas. Postur sederhana
adalah untuk membuat servis, hantaran atas, dan bawah. Postur rendah
digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang.





Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.






2.0 Pukulan Servis
Kemahiran pemainan utama yang perlu dikuasai pemain ialah kemahiran servis.
Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas pasukan mendapat mata atau
berjaya mematikan servis di gelanggang lawan. Servis yang baik akan
meletakkan pasukan lawan dalam keadaan bertahan dan dan tidak mampu
membuat serangan. Penempatan bola yang baik, pergerakan bola yang susah
dijangka dan kelajuan bola yang tinggi atau gabungan faktor-faktor itu
merupakan asas dan unsur yang penting bagi servis yang berkesan. Terdapat
pelbagai cara pukulan servis. Servis bawah bahu merupakan servis yang tepat
dan mudah dipelajari pemain.

2.1 Servis bawah bahu atau Servis Cedok (the underarm serve).
Teknik-teknik:
(a) Berdirilah secara sisi dengan bahu kiri mengadap jaring (jika kamu
memukul bola dengan tangan kanan). Buka kaki seluas bahu. Tangan kiri
memegang di bahagian bawah bola. Tangan kanan pula menyokong
kedudukan bola.
(b) Genggam tangan kanan dan tangan tersebut ditarik ke belakang.
Genggam tangan memberi permukaan luas untuk pemain memukul bola.
(c) Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan apabila pemain menghayun
tangan ke hadapan. Bola yang berada di tangan kiri dilepaskan sebelum
tangan kanan menyentuh bola.




Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.









(d) Bahagian bawah bola dipukul sambil membuat hayunan lajak ke arah
sasaran.

















Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.









Untuk mengawal servis, pemain harus mengubah arah bola dan jarak
servis (panjang atau pendek) menerusi latihan-latihan tertentu. Perubahan
arah (lurus atau pepenjuru) dilakukan dengan mengubah kedudukan hujung
kaki hadapan, bukan dengan mengubah lambungan atau pergerakan tangan.
Mengubah atau menukar kelajuan dan perubahan arah secara tiba-tiba se-
memangnya berkesan tetapi servis yang cepat mungkin menyebabkan
kesalahan.
Kedudukan kaki semasa membuat servis lurus dan servis pepenjuru
dengan tujuan menukar arah bola adalah seperti rajah:












Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.











2.2 Servis atas bahu atau Servis Gaya Tenis
(the overarm serve or tennis serve).
Dalam servis ini, bola akan dilambung ke atas seperti dalam permainan tenis, dan
tangan yang satu lagi akan terus memukul sebaik sahaja bola menurun. Pemain
terutama sekali pemain baru, harus berhati-hati kerana bola daripada servis ini
mudah terjejas ke jaring atau gagal menemu sasaran.

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak lawan tertekan dan
sukar untuk memainkan bola. Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis
dalam permainan tenis.
Teknik-teknik:
(a) pemain perlu berdiri secara sisi ke arah jaring. Kaki dibuka seluas bahu.
Pemain perlu memegang bola di hadapan paras mata.
(b) Gerakkan badan ke kaki belakang. Lambung bola pada ketinggian kira-
kira
30-45 cm dari tapak tangan, dan hayun tangan yang memukul ke belakang
bahu.
(c) Berat badan dipindahkan kehadapan kaki pemain dan tangan menghayun
memukul ke hadapan. Sentuh bola di atas ketinggian kepala.


Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.










(d) Pastikan ketika menyentuh bola, lengan tangan yang memukul
berkeadaan lurus dan tapak tangan dikeraskan.













Servis-servis lain yang digunakan terutama oleh pemain yang sudah mahir
pula adalah seperti berikut:
1. Servis apungan (floater).
2. Servis cangkuk (hask/windmill/roundhouse).
3. Servis berpusing atas tangan.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.







2.3 Servis Apungan
Servis ini merupakan servis yang paling popular dalam bola tampar. Bola
daripada servis jenis ini akan menaik, menurun atau bergerak ke kiri dan
ke kanan menyebabkan ia sukar untuk diterima oleh penerima.
Teknik Servis
1 . Bola dilambung dari tapak tangan.
2. Tapak tangan yang memukul ke belakang dengan siku pada aras bahu
atau lebih tinggi. Pergelangan tangan yang memukul dikuncikan:
pergelangan tangan tidak patah (snap). Tangan dan lengan bergerak
sebagai satu unit dan sentuhan sekejap sahaja pada titik tengah bola.
3. Pukulan dibuat dengan cepat atau pergerakan tangan dipercepatkan
sebelum sentuhan berlaku.
4. Bola yang tidak berpusing menghasilkan apungan, walaupun tiada putaran
pada bola dilakukan.
5. Sedikit ikut lajak atau tarik balik tangan selepas sentuhan.


Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.










2.4 Servis Kitaran
Servis kitaran (hook/windwill/roundhouse) ini merupakan servis yang bertenaga
dan kuat. Pemain bola tampar agak sukar memahirkan diri dengan servis ini.
Teknik Servis:
1. Berdiri sisi kearah jaring dengan kaki diregangkan seluas bidang bahu
2. Bola dilambung dengan tangan kiri di atas dan di hadapan kepala (kira-kira
90cm). Berat badan berada pada kaki kanan yang dibengkokkan.
3. Tangan kanan dihulur ke luar dan di atas aras lutut kanan. Tangan
dipusing seperti kincir angin untuk menyentuh bola.
4. Bola disentuh di atas kepala atau di atas bahu kanan dengan berat
badan dipindah ke kaki kiri. Pergelangan tangan bersahaja dan tapak
dalam kedudukan cawan. Siku dibengkokkan sedikit.
5. Sentuh bola pada titik seperti dikehendaki.



Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.























Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.







Peringatan:
Untuk menghasilkan bola berapung dan berkitar, ikut butiran seperti dalam servis
gaya tenis dan servis apungan.







3.0 Teknik pukulan dalam bola tampar

3.1 Pukulan menyangga (hantaran)
Pukulan menyangga menjadi asas dalam bermain bola tampar kerana pukulan
ini banyak digunakan dalam permainan. Pukulan ini digunakan apabila bola
berada di bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang gelanggang
menggunakan kemahiran ini sewaktu menerima bola servis atau bola rejaman.

Pemain pertama yang menerima bola akan menghantarnya kepada rakan
pasukannya, dengan cara melantunkan bola dengan tangan atau lengannya.
Pemain kedua pula akan membuat hantaran lambung kepada pemain ketiga
untuk dibuat rejaman atau pukulan ke pihak lawan. Biasanya sesebuah pasukan
akan bermain maksimum tiga kali sebelum membuat pukulan ke pihak lawan.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


Terdapat beberapa jenis hantaran yang boleh dilakukan dalam permainan
bola tampar. Antaranya ialah hantaran atas, hantaran bawah, hantaran tinggi,
hantaran guling dan hantaran junam. Para penula dalam permainan ini harus tahu
sekurang-kurangnya dua jenis hantaran yang merupakan asas dalam permainan
ini, iaitu hantaran bawah dan hantaran atas.

3.1.1 Hantaran bawah
Hantaran bawah ( the dig) ialah hantaran paling asas bagi permainan bola tamper.
Ia digunakan apabila bola berada pada aras mata atau lebih rendah lagi. Hantaran
ini biasanya merupakan pukulan yang pertama daripada tiga pukulan yang
dibenarkan bagi sesuatu pasukan. dilakukan supaya pemain dapat meneruskan
permainan. Bahagian tangan yang sesuai digunakan untuk menyangga ialah di
antara tangan hingga ke siku. Pemain juga mesti membengkokkan lutut untuk
mendapatkan kuasa hayunan menyangga dengan baik.



Teknik Melakukan Hantaran Bawah:

1. Genggaman: kedua-dua tangan diletakkan di atas satu sama lain, kemudian
disamakan ibu-ibu jari.
2. Tekan kedua-dua tapak tangan, dan kucikan siku supaya tangan lurus.
Jangan bengkokkan siku semasa memukul bola.
3. Bahagian tangan diluruskan, dan siku berada di depan lutut.
4. Tangan berada pada aras pinggang.
5. Kaki dibuka lebih luas dari bidang bahu, dengan sebelah kaki di hadapan.
6. Badan dan kepala berada dalam keadaan tegak.
7. Apabila bola datang, pemain perlu mengambil langkah ke belakang
sedikit. Pemain juga perlu bergerak ke hadapan jika bola terlalu dekat
dengan jaring. Jika bola yang datang berada pada ketinggian aras kepala,
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


pemain perlu bergerak ke belakang. Lutut dibengkokkan lebih kurang 90.
Sudut lebih kecil untuk pemain berbadan besar. Lutut dibengkokkan di
hadapan hujung kaki
8. Mata hendaklah sentiasa memandang ke bola sehingga bola menyentuh
lengan. Pastikan bola menyentuh lengan di bahagian atas pergelangan
tangan. Serentak dengan itu, lutut dibengkokkan untuk menyerap daya
bola.
9. Kawasan sentuhan bola ialah antara pergelangan tangan dan siku, iaitu 5-
10 cm ke atas pergelangan tangan. Lengan perlulah digunakan untuk
menyerap daya bola yang datang. Kaki pula bertindak membantu arah
sasaran bola yang disangga.





10. Lutut diluruskan. Pergerakan ini menyebabkan bola tertolak ke atas.
Tangan pula membuat hayunan lajak sehingga paras dada. Bola yang
disangga sebaik-baiknya hendaklah berkedudukan dua kali tinggi jaring.





11.Guna ayunan yang pendek, berhenti pada 45





Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.







12.Berat badan berada pada bebola tapak kaki dan tumit tidak menyentuh
lantai.










13.Berat badan dibawa ke hadapan.












Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.

















3.1.2 Hantaran Sisi
Apabila keadaan tidak mengizinkan untuk hantaran bawah biasa, hantaran secara
menghulur tangan ke sisi digunakan. Terdapat dua jenis hantaran sisi, iaitu hantaran sisi
rendah dan hantaran sisi tinggi.
Dalam hantaran sisi rendah, bahu dalam dicondongkan ke dcpan untuk
menggerakkan bahagian dalam lengan ke arah bola. Pcmain mencondongkan
badan ke arah bola dengan berat badan ke atas kaki depan.




Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.









Untuk hantaran sisi tinggi, biasanya pemain menghulurkan kaki untuk
menyesuaikan bahagian dalam lengan ke arah bola untuk rnemukul bola pada
aras bahu.










3.1.3 Hantaran Satu Tangan
Hantaran ini biasanya digunakan di dalam pertandingan, tetapi tidak diberi
perhatian dalam sesi latihan. Bola disentuh dengan bahagian lengan,
pergelangan tangan atau penumbuk sebelah tangan sahaja.
3.1.4 Hantaran Ke Belakang
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


Hantaran ini selalunya digunakan oleh pemain barisan belakang untuk
menyelamat bola dari sentuhan tangan pengadang bola di barisan hadapan.
Kadangkala ia digunakan untuk membuat umpanan bagi direjam oleh rakan
sepasukan. Untuk bola tinggi, siku dikuncikan, manakala untuk hantaran yang
lebih rendah, siku dibengkokkan.



















4.0 Pukulan mengumpan/ Hantaran atas

4.1 Hantaran atas
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


Pukulan mengumpan biasanya dilakukan dalam sentuhan bola yangg kedua
dalam permainan. Kemahirann ini bertujuan untuk memberi peluang kepada
rakan sepasukan untuk membuat rejaman. Hantaran atas dianggap sebagai
kunci kepada serangan semasa bermain.

Terdapat dua jenis hantaran atas, iaitu seperti berikut:
1. Cara berdiri : hadapan, belakang dan sisi.
2. Caramelompat : hadapan dan belakang.
Teknik Melakukan Hantaran Atas
1. Prinsip segi tiga digunakan: Jari membentuk segi tiga dengan kedua-
dua ibu jari sebagai dasar dan jari-jari lain sebagai sisi segi tiga itu. Segi tiga
itu dibesarkan mengikut keselesaan individu, untuk memegang bola dengan
baik.
2. Jari-jari dibuka dan kedudukan siku dikeluarkan sedikit daripada bahu.
3. Tapak tangan diletakkan 15-20 cm di hadapan muka dan tidak jauh dari dahi.
4. Bahagian sentuhan bola ialah pada hujung jari. Jangan sekali-kali
membiarkan bola menyentuh tapak tangan.
5. Satu hantaran atas yang baik akan bergerak melengkung setinggi satu
meter di atas aras jaring.








Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


Terdapat beberapa jenis hantaran atas, iaitu hantaran atas terbuka/tinggi,
hantaran sederhana, hantaran atas meluncur cepat/rejaman selari (shooting),
hantaran atas pendek dan hantaran atas belakang.
4.1.1 Hantaran Atas Terbuka/Tinggi (Hadapan dan Belakang)
la merupakan hantaran yang paling banyak di gunakan. Bol a setinggi
sekurang-kurangnya 4.5 meter dan jatuh kira-kira 2/3 meter dari jaring,
satu meter dari garis tepi (di luar atau di dalam gelanggang).
Bola yang dihantar dekat dengan jaring mudah dihalang oleh lawan. Bola
yang memuncak tinggi di luar garis tepi memberi kelebihan dari segi
kawasan bola mendarat di gelanggang lawan, dan rejaman yang dibuat
mudah melepasi dua pengadang bola.
4.1.2 Hantaran Atas Sederhana
Bola daripada hantaran ini ialah setinggi kira-kira 0.6-0.7 meter dari aras atas jaring.
Ketinggian bertambah mengikut keselesaan dan ketinggian pemain. Bola dihantar
ke kedudukan 3 atau kedudukan 2.



4.1.3 Hantaran Atas Meluncur Cepat
Bola rendah dihantar ke tepi atau ke tengah gelanggang. Bola terbang
pada aras yang berbeza dan titik sentuhan yang baik ialah kira-kira 0.5 meter dari
aras atas jaring.
Pukulan dapat dilakukan dengan cara pintasan saja. Hantaran ini
memerlukan pengumpan dan perejam yang baik. Di samping timing,
persefahaman yang balk juga diperlukan di antara pemain pengumpan dan
perejam.


Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


4.1.4 Hantaran Atas Pendek
Dalam hantaran ini, ketinggian bola berbeza sehingga 1 meter rnaksimurn.
Perejam akan menunggu bola dan melompat untuk memukulnya. Pengumpan
memerlukan hantaran pertama yang baik untuk mengumpan bola jenis ini.
Tangan pengumpan adalah linggi dan kedudukannya di atas kepala.

4.1.5 Hantaran Atas Belakang
1. Kedua-dua belah tangan hendaklah berada di atas kepala.
2. Tangan digerakkan ke belakang dan badan dilentik ke belakang.
3. Bola mesti sentiasa di atas kepala.












Pemain hanya melakukan pukulan umpan apabila kedudukan bola
melepasi paras kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa melakukan
pukulan umpan. Hal ini akan memberi peluang kepada sendi-sendi pemain
menyerap dan mengekalkan kelajuan bola. Daya bola diserap dengan
menurunkan sedikit siku dan membengkokkan lutut. Luruskan kaki dan tangan
serentak serta pergelangan tangan dilenturkan untuk menolak bola dengan
bertenaga. Tolakan jari-jari adalah daya yang terakhir dikenakan kepada bola.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


Pukulan bola yang baik adalah apabila melambung secara melengkung pada
ketinggian satu hingga 1.5 meter.
5.0 Pukulan rejam
Yang dimaksudkan dengan rejam ialah memukul bola dengan pantas ke dalam
gelanggang lawan. Cara ini merupakan cara menyerang pihak lawan. Kemahiran
ini memerlukan pemain melonjak melebihi paras jaring. Semasa di udara,
pemain perlu membengkokkan badan dan memukul bola. Merejam bola
bertujuan memukul bola dengan sekuat mungkin ke bawah supaya ia terjatuh di
gelanggang lawan dan gagal diselamatkan oleh lawan.

Rejaman bola boleh dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
1. Penujuan kejaring.
2. Lonjakan.
3. Pergerakan badan di udara sebelum aksi memukul bola.
4. Aksi pukulan bola.

5.1 Penujuan
1. Larian ke hadapan tiga langkah atau dua langkah digunakan mengikut
kebiasaan pemain.
2. Untuk larian tiga langkah, ia hendaklah bermula dari persimpangan garis
serangan dan garis tepi dengan kakd kiri, diikuti dengan langkah kanan.
3. Semasa langkah ketiga dibuat dengan langkah kiri, kaki kanan digerak
serentak untuk membolehkan pemain membuat lonjakan ke atas dengan dua
kaki.





Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.









5.2 Lonjakan
1. Lonjakan dilakukan sejurus tumit berada pada peringkat
akhir penujuan atau detik akhir kaki menyentuh lantai.
2. Lonjakan bermula dengan sentuhan tumit, diikuti
dengan bebola tapak kaki.
3. Tangan diayun ke hadapan dan diikuti ke atas
sekuat mungkin.
4. Badan diluruskan.
5. Lonjakan dan pendaratan adalah dengan dua kaki.
6. Titik lonjakan terbaik ialah pada titik bola 45-50 cm dari
bahu kanan.


5.3 Pergerakan Badan Sebelum Pukulan
1. Semasa lonjakan, tangan kanan ke hadapan dan diikuti ke atas.
Lengan dibengkokkan di siku dan dibawa ke belakang telinga dengan siku
menghala ke hadapan.
2. Tangan kiri menghulur ke arah bola menyebabkan bahu kanan lebih
rendah daripada bahu kiri.
3. Belakang badan dilentikkan.
4. Apabila bola hampir dengan tangan kanan, tangan kiri dijatuhkan untuk
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


menaikkan bahu dan lengan kanan.



5.4 Aksi Pukulan
1. Badan digerakkan ke hadapan, ke arah bola.
2. Tangan di belakang telinga digerakkan ke atas dan ke hadapan.
3. Jari-jari dan pergelangan tangan dalam keadaan biasa. Tapak tangan
digerakkan ke hadapan apabila hampir dengan bola dan terus memukulnya.

















Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.










6.0 Menghalang/ Mengadang
Kemahiran menghalang (blocking) juga agak sukar dikuasai seperti kemahiran
merejam. Halangan dilakukan ketika menahan bola yang direjam. Gerakannya
dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan yang bertahan. Kedua-
dua pemain akan melonjak dan cuba menghalang bola ynag direjam dengan
kedua-dua belah tangan mereka. Sentuhan semasa mengadang tidak dikira
sebagai satu pukulan dalam tiga pukulan yang dibenarkan. Ini bermakna pemain
pasukan yang mengadang boleh membuat tiga sentuhan atau pukulan lagi,
termasuk pemain yang membuat adangan
Teknik Melakukan adangan:
1. Pemai n berdi ri berhampi ran j ari ng dengan kaki di buka sel uas dada dan
kedua-dua tangan di si si badan dengan tapak tangan berhampiran kedua-
dua belah bahu.
2. Lompat lurus ke atas dengan kedua-dua kaki.
3. Jari kedua-dua bel ah tangan di buka. Jarak di antara dua tangan
hendaklah lebih kecil daripada diameter bola tampar.
4. Tangan dihulur ke atas dan melepasi j aring.
5. Tangan luar bagi pengadang yang berhampiran garis tepi mestilah
disudutkan ke dalam supaya bola yang diadang masuk ke gelanggang
lawan.
6. Selepas mengadang, tangan segera di rapat kan ke badan. Jika bola tidak
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


diadang dengan baik,pengadang mesti memusingkan badan membelakangi
jaring untukmelihat/memainkan bola seterusnya.




























Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.













7.0 Kemahiran Menyelamatkan Bola
Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan
ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan,
maka kemahiran menyelamat bola diperlukan. Di antara teknik yang boleh
digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya
digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan
permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain
lelaki yang baru atau belum mahir dan pemain wanita. Kodua-dua teknik
menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bold tampar.

7.1 Terjun Hadapan
1. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat
terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan
dihulurkan ke jarak yang paling jauh.
2. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas.
Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian
belakang tapak tangan.
3. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


menyerap berat badan.
4. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.











7.2 Guling Sisi

1. Bersedia untuk menuju ke arah bola.
2. Langkah yang luas digunakan untuk mendekati bola. Tangan dan kaki yang
sama digunakan.
3. Badan direndahkan untuk menyentuh bola, Bola disentuh di sekitar
pergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapak
tangan.
4. Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerak ke arah dalam
supaya ia tidak menyentuh lantai.
5. Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan.
6. Membuat gulingan.
7. Bersedia semula untuk permainan seterusnya.




Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.
















8.0 Reli
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala sukar dimatikan kerana
kedua-dua pasukan saling berbalas pukulan. Keadaan ini dinamakan reli. Reli
berlaku jika kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan bertambah
menarik jika berlaku banyak permainan reli.











Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.

















9.0 Kemahiran berpasukan
Kerjasama dalam pasukan amatlah diperlukan dalam permainan bola tampar.
Hal ini jelas dilihat apabila pasukan bermain atau membuat reli. Semangat
kerjasama adalah bergantung kepada kepada setiap pemain dalam pasukan.
Kerjasama ini diperolehi melalui latihan-latihan kemahirann yang berpasukan.

Konklusinya, setiap pemain mesti mahir melakukan servis, menyangga,
mengumpan, menghalang, dan merejam. Kemahiran-kemahiran ini amat
mustahak kerana pemain akan bertukar posisi setiap kali memperoleh pukulan
servis.





Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari
www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada admin@notamurid.com untuk
mendapatkan nota terkini.


















Bibliografi:
1. Mahamd Amran Kamsi, Bola Tampar, Amiza Publishing Sdn. Bhd, 1993,
Petaling Jaya.
2. Wee Eng Hoe, Bola Tampar, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993,
Selangor.
3. Helen Ten M.P Haridas, Panduan Mengajar Bola Tampar, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd, 1994, Selangor.
4. Helen Ten, Teknik Pengadilan Sukan Gelanggang, Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 1995, Kuala Lumpur.

You might also like