You are on page 1of 10

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Kursus ini
menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi,
imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk
meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat
mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi
kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk
mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Kursus ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni
Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam
Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai
pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni
Visual, Muzik dan Pergerakan
yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga
membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang
melibatkan kepekaan deria kanak-kanak

Kursus ini juga memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya
dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan
mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan
kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk
menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Kursus ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada
setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya.
Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau
aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada
pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang
berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam
subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar
yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk
maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk
berkreativiti bagi melahirkan insanyang celik seni dan berbudaya.

Pendedahan tentang Pendekatan Bertema dalam kursus ini banyak membantu kerana seringkali
digunapakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak.
Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya,
pengalaman dan kepakaran artistic.Pendekatan ini sesuai dengan gaya pembelajaran,
mencerminkan budaya dan minat murid dan guru. Ia merupakan kandungan maklumat dan memberi
peluang kepadapelajar untuk memindahkan maklumat kepada ilmu melalui proses individu. Tema
memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran.

Kursus ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan
dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran
untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.


2.0 Cara dan peranan guru dan murid dalam melaksanakan penghububungkaitan tersebut dalam
pengajaran dan pembelajaran

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-
program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan
dengan beberapa cara seperti

1. Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran, Proses penghubungkaitan
pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran adalah brfokuskan kepada matlamat terakhirnya.
Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu
saling berkait untuk mencapai satu matlamat

2. Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran
Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam berbagai mata pelajaran akan dapat
mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu
melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat
membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang
terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam
melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk
mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak
langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa
danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan
yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai
bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza
dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu seni visual memainkan peranan yang penting
dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar.
Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan
penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat pelajar.

Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar.Motivasi bermakna seni praktik
menggunakan insentif dan membangkitkan minat untuk tujuan membuatkan pelajar menunjukkan
prestasi dalam cara yang diingini.

Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang
diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya
secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian,
pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif.
Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman
serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar
mereka.


3.0 Pilih SATU (1) bidang mata pelajaran di sekolah rendah untuk anda gunakan dalam pengajaran
yang menggunakan pendekatan bertema.

Mata Pelajaran : Sains Tahun Empat
Tajuk : 3.1 Basic needs of Plants
Tema Persekitaran : Pokok

Murid diperkenalkan tentang pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan sekolah dengan cara
membawa murid-murid melawat kawasan sekolah dan sebagainya. Selepas itu, murid diminta
melakukan pergerakan berkaitan dengan pokok diiringi muzik yang dihasilkan dengan pelbagai alat
muzik.

Pergerakan : (a) Cara dahan-dahan bergerak semasa angin bertiup,
(b) Memungut daun-daun yang gugur pada aras yang berbeza tinggi, rendah, berterbangan.
Muzik : (a) Bunyi yang kuat --- pokok tumbang
(b) Bunyi yang lembut --- daun gugur,angin bertiup
Seni Visual : (a) Mewarna danmenggambarkan perasaan seperti gembira,marah dengan
menggunakan sapuan berus dengan pelbagai warna.

Pelajaran diteruskan dengan aktiviti-aktiviti lain seperti penerangan dalam kumpulan, sumbangsaran
tentang aktiviti yang telah dibuat.

Kesimpulan dari aktiviti-aktiviti itu secara tidak langsung akan dapat membantu,
- untuk mengesan bahagian-bahagian pokok (Sains)
- mengeluarkan sati urutan bunyi berkaitan dengan persekitaran (muzik)
- menunjukkan perasaan melalui sapuan berus dengan warna yang berbeza-beza
(seni visual)
- melakukan pergerakan lokomotor (pendidikan jasmani)



3.1 Perkara penting yang terdapat pada tema yang dipilih;

Tema Persekitaran : Pokok yang dipilih selain daripada mata pelajaran Sains, ia juga boleh digunakan
kepada semua matapelajaran. Dalam mata pelajaran matematik, pelajar boleh menggunakan aktiviti
mengira beberapa batang pokok dalam satu-satu tempat. Manakala dalam matapelajaran muzik,
pelajar akan menyanyikan lagu pokok dan membuat pergerakan seperti pokok bergoyang, pokok
tumbang dan sebagainya.

Tema Pokok ini juga berkaitan dengan pengalaman dengan kehidupan diri pelajar. Ini akan
memudahkan guru untuk membuat interaksi dan aktiviti seni dalam pendidikan dapat dijalankan
dengan berkesan.

Tema Pokok juga bersesuaian dengan keadaan situasi, masa dan peristiwa yang berlaku pada masa
kini. Secara tidak langsung dapat memudahkan pelajar membuat perkaitan antara perkara yang
diajar dengan kedaan situasi yang sebenar.

Penyediaan kemudahan untuk memperolehi bahan dan sumber yang akan digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mudah didapati di persekitaran sekolah. Tema yang dipilih dapat
disampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai aktiviti dan langkah-langkah
pengajaran dari yang mudah kepada yang lebih mencabar.

3.2 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran yang boleh dijalankan dalam P&P

a)Penggabungjalinan
Bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu
pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai
kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmonidan bersepadu, sama ada dalam
satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini akan
melahirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan
suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan strategi ini
membolehkan pelajar berpeluang menguasai beberapa kemahiran yang berkaitan dengan cara
bersepadu.

2)Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan atau unsure isi pengetahuan
daripada suatu mata pelajaran ain ke dalam isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar.
Proses penyerapan lebih kepada unsure pengetahuan. Penyerapan merupakan proses
mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu
pelajaran. Contohnya, daripada mata pelajaran sains guru akan mengambil petikan atau artikel sains
bagi aktiviti bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini pelajar akan
memperolehi ilmu pengetahuan sains semasa mempelajari kemahiran mata pelajaran Bahasa
Melayu.

3)Penerapan
Konsep penerapan membawa maksud sebagai satu proses menerapkan nilai-nilai dalam pelaksanaan
kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-nilai yang dimaksudkan ialah nilai-nilai murni, nilai
kewarganegaraan, nilai kemasyarakatan, nilai alam sekitar, nilai kemanusiaan, ketuhanan dan
sebagainya.

4)Pemulihan
Pemulihan merupakan satu aktiviti yang secara khusus bertujuan untuk membantu pelajar yang
mengalami masalah pembelajaran yang tertentu khususnya dalam kemahiran asas 3M. Aktiviti
pemulihan pula merupakan aktiviti yang dirancangkan untuk membantu murid mengatasi masalah
pembelajaran dari segi pengetahuan dan kemahiran.

5)Pengayaan
Aktiviti pemulihan adalah difokuskan kepada pelajar yang berpencapaian rendah atau lambat kadar
penerimaannya, oleh itu pengayaan adalah untuk pelajar yang pencapaiannya melebihi sederhana
atau pintar cerdas.
3.3 Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Saranan mengintegrasikan seni dalam pendidikan ke dalam bidang-bidang kurikulum yang lain
mempunyai kebaikan dan kelebihan. Antaranya :

(a)Mempunyai kepelbagaian dan keseragaman aktiviti dalam bentuk unti-unit kerja. Apabila seni
dalam pendidikan diintegrasikan di dalam unit-unit kerja, maka bertambahlah peluang pelajar untuk
menceburi aktiviti-aktiviti pembelajaran. Dengan ini tahap kebolehan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah dalam sesuatu unit kerja akan meningkat kerana mereka telah mempunyai
kelebihan media yang boleh dijadikan sebagai alat bantu dalam menyelesaikan maslah Secara tidak
langsung aktiviti seperti ini akan memperkayakan dan menambahkan lagi kefahaman pelajar
terhadap pelajaran yang disampaikan.

(b) Mempunyai ruang untuk menampung kepelbagaian akitiviti seni dalam pendidikan. Apabila
setiap aspek kurikulum dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan meleraikan proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung akan dapat mewujudkan peluang yang baik bagi
menerap dan melaksanakan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan.

c) Mempunyai ruang untuk menampung skop perpaduan yang luas. Apabila Seni dalam pendidikan
diintegrasikan dengan bidang kurikulum yang lain, akan terbit suatu tanggapan, baik di kalangan
guru mahupun pelajar, bahawa integrasi itu merupakan sebahagian daripada program aktiviti
sekolah dan bukannya sesuatu yang bersifat terasing dan terpisah


3.4 . Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk murid meneroka, memperolehi
pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakah kesan penggunaan alat/bahan ini kepada proses
pengajaran dan pembelajaran?

Seni dalam Pendidikan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai
sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan
setiap aktiviti pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bertema persekitaran pokok ini pelajar menggunakan
persekitaran sebenar iaitu melihat, merasai dan menjiwai keindahan pokok-pokok di kawasan
sekolah. Ini dapat meneydiakan cara tambahan untuk belajar membaca, menulis dan mengira
bahkan menggalakkan mereka dengan memberi pelbagai pandangan dan bahasa untuk mereka
berfikir secara kreatif, imaginative dan kritis. Bukan itu sahaja, bahkan Seni dalam Pendidikan dapat
memberikan kanak-kanak keseronokkan dan kegirangan di dalam bilik darjah.

Pelajar digalakkan untuk meneroka dengan membuat ekperimen, menyelidik dan mencipta
menggunakan pelbagai idea dan bahan. Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar menjadi
seorang yang benar-benar lebih berimaginatif.

Pengalaman yang diperolehi dalam seni dalam pendidikan boleh melibatkan kesedaran kinestetik
yang mendalam, kepintaran mengunakan tubuh badan dan pengalaman ini akan memberi peluang
kepada kanak-kanak dan remaja untuk menyelesaikan masalah, membuat eksperimentasi,
meneroka, mengambil risiko, mencipta secara kreatif, membuat penilaian dan bijak membuat
pilihan.

Seni dalam pendidikan menyediakan matlamat yang menarik dengan memberi peluang kepada
pelajar untuk menemui potensi ekspresif diri melalui pekataan, bunyi, pergerakan dan visual
mereka. Bahasa-bahasa simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalamaktiviti-aktiviti seni.
Ini akan membatu para pelajar untuk merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung
dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar akan meluahkan pandangan mereka dengan cara yang
seakan-akan sama dengan apa yang dialami dan difahami oleh orang lain.

Penerokaan, memperolehi pengalaman dan luahah ekspresi merupakan satu aktiviti yang penting
pada seni dalam pendidikan. Ini adalah disebabkan pada topik ini pelajar diberi peluang pendedahan
mengenai cara-cara untuk penerokaan dan cara-cara untuk pengolahan dan memanipulasi sesuatu
aktiviti. Di samping itu juga pelajar telah diberi pendedahan mengenai dengan unsur-unsur perasaan
dan emosi pelajar dan tahu bagaimana untuk menguruskan emosi supaya boleh meluhan perasaan
terhadap ekspresi diri.

Aplikasi Seni Dalam Pengajaran
Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira
sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran
matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai
(SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu
dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang
dari aspek yang sama. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru
yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti
seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan
sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen
yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam
seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi
penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada
interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya.
Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di
rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R
adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi
mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi
asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan
dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang
dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya
berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran
meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa
bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik
dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan
berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.
Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi
pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya.
Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa
wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid
dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan
lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam
pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang
berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula
memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan
aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan
sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk
memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni
irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa
cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak
langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih
seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan
aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka
pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas
kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga
merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat
didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan
kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan
ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih
tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang
cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan
berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut.
Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan
menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam
mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan
pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai
pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya
memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka,
yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti
pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia
mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,
pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah
rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara
aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila
wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka
dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah
digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen
dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman
tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan
pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni,
kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara
bebas dan kreatif.
Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru
hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan
sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti
yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang
mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran
iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan
semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan
tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemen-
elemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi
meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan
berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka
tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih
berpusatkan kepada guru.
Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata
pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya,
matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh
membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses
memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna,
tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa
bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid
untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil
yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil
yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap
kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan
semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan
pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan
membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan
dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan
bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu
dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif.
Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang
seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang
berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata
pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak
bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-
bunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi
pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui
peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-
muridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan
yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar.
Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada
murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan
Negara.

You might also like