You are on page 1of 4

PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

SEMINAR PENDIDIKAN
TAJUK: BENKEL ETIKET SOSIAL

LAPORAN REFLEKTIF
Nurfaiza Binti Ab Kadir
900213-01-5358
PISMP PK4 Januari 2010

Pada 17 Februari 2011, suatu seminar pendidikan Etiket Sosial, Program Bina
Insan Guru Fasa III PISMP ambilan Januari 2010 telah dilaksanakan di Hotel Emperor
Melaka. Seminar ini berlangsung selama tiga jam iaitu dari jam lapan malam sehingga
11 malam. Dua orang penceramah dijemput untuk menyampaikan dua slot ceramah
iaitu Encik Mohd Rafi bin Ghazali untuk slot etika berpakaian dan Encik Anuar Bin Mohd
Len untuk slot etika di meja makan. Pengarah dan timbalan pengarah serta mentor bagi
setiap unit turut hadir bagi memeriahkan majlis

Seminar ini merupakan program yang julung kalinya dianjurkan oleh guru pelatih
Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Perempuan Melayu dan PISMP ambilan
Januari 2010 adalah pencetusnya. Objektif utama seminar ini adalah bagi memberi
pengalaman kepada guru pelatih dalam mempraktikan adab dan tatacara beretika di
meja makan.

Pelbagai pengalaman dan ilmu yang bermanfaat digarap oleh para guru pelatih
sepanjang seminar ini berlangsung. Walaupun sebahagian besar guru pelatih pernah
mengikuti seminar berkaitan etiket sosial sebelum ini, namun seminar etiket sosial
anjuran guru pelatih PISMP ambilan Januari 2010 ini memberi sedikit kelainan dan
keistimewaan kepada guru pelatih kerana mereka peluang untuk mempraktikan ilmu
tersebut dalam tempoh masa yang sama. Sesunggunhya segala ilmu yang diperolehi
adalah amat bermakna memandangkan ia tidak mampu diperolehi dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran secara formal dalam kuliah. Seminar ini juga merupakan
satu peluang keemasan yang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para
guru pelatih.

Selain itu juga, seminar pendidikan ini merupakan satu wahana kepada para
guru pelatih untuk meningkatkan keterampilan diri mereka dari segi pakaian mahupun
adab-adab ketika menghadiri majlis-majlis yang berprotokol. Hal ini kerana, sebagai
seorang guru yang cemerlang seharusnya memiliki domain diri yang positif terutamanya
dari segi penampilan diri dan tatarias dalam menghadiri sesuatu majlis formal. Dalam
masa yang sama, ianya dapat mewujudkan penampilan diri yang lebih yakin dan
menarik minat pelajar. Dengan ini pelajar akan menjadikan guru itu sebagai idola
mereka.

Setiap program yang dilaksanakan pasti mempunyai kekuatan dan kelemahan
yang tersendiri. Seminar pendidikan ini, turut tidak terlepas daripada perkara tersebut.
Antara kekuatan yang mampu dilihat dalam seminar ini adalah aura penceramah serta
tajuk yang dibincangkan. Suara penceramah yang terang, jelas dan tegas membuatkan
kami memahami setiap bait kata-katanya. Walaupun seminar ini dilaksanakan pada
waktu malam, namun kami kurang mengantuk kerana penceramah turut menyelitkan
unsur-unsur kecindan dalam ceramah yang disampaikan. Dalam masa yang sama
personaliti penceramah yang kemas dan berketerampilan mampu menarik fokus mata
setiap guru pelatih kearahnya. Tajuk yang dibincangkan adalah berkaitan etika
berpakaian dan etika di meja makan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kecantikan
dan wanita adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini membuatkan semua
guru pelatih menunjukkan minat ketika ceramah disampaikan kerana tajuk ceramah
yang dekat dengan hati dan jiwa mereka yang suka akan kecantikan.

Namun yang demikian, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu
diperbaiki pada program yang akan datang, iaitu tempoh masa yang kurang sesuai.
Tempoh masa yang terhad menyebabkan penceramah menghadkan paparan
multimedia mereka dengan mempamirkan isi penting sahaja. Hal ini menyebabkan ilmu
yang disampaikan hanyalah pada dasarnya sahaja bukanlah secara terperinci dan
menyebabkan pelaksanaan praktikal kurang memuaskan. Selain itu, pekakas di meja
makan yang kurang lengkap, mengganggu sedikit kelancaran paraktikal. Contohnya,
napkin yang hanya diletakkan di meja VIP sahaja membuatkan para guru pelatih tidak
dapat mempraktikan cara penggunaan napkin yang sebenar. Di samping itu, hidangan
makanan yang dihidangkan adalah secara sekali gus. Hal ini membuatkan guru pelatih
keliru untuk makan turutan hidangan yang sepatutnya terutamanya antara pencuci
mulut dan pembuka selera.

Seminar etiket sosial ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk
merasai sendiri suasana menghadiri majlis makan malam yang formal dan berprotokol.
Sebagaimana yang sedia maklum, seminar ini telah berlangsung di Hotel emperor
Melaka. semua guru pelatih dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dengan
majlis formal ini dan menjalankan praktikal tentang etika di meja makan sejurus selepas
tamat sesi ceramah. Hal ini membuatkan ilmu yang disampaikan oleh penceramah
mudah diserap dalam ingatan guru pelatih kerana mereka mengalami pengalaman itu
sendiri. keyakinan diri untuk bercakap di hadapan seterusnya menjadi agen perubahan
masyarakat.

Walaupun segalanya berjalan lancar, terdapat ancaman yang perlu hadapi oleh
guru pelatih iaitu keadaan kondisi diri mereka yang lapar ketika seminar berlangsung.
Atucara majlis yang bermula agak lewat sedikit menyebabkan guru pelatih kurang
selesa dan fokus mereka agak terganggu kerana dek bau makanan yang sudah
menusuk masuk kerongga hidung masing-masing. Hal ini menyebabkan fokus kepada
penceramah tergugat dan terlepas beberapa input penting yang disampaikan.

Sesungguhnya, seminar pendidikan sebegini wajar diteruskan kerana mampu
memberikan wahana pembagunan diri dan profesionalisme keguruan kepada guru
pelatih. Selain memberikan pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan kelak.
Diharapkan agar segala kelemahan yang ada dalam seminar ini akan dapat diperbaiki,
agar program-program yang seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

You might also like