You are on page 1of 5

HISHAMUDDIN BIN ALI

780315065731
JABATAN SAINS

PPG SAINS 1 AMB. FEB


2012

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM


JOHOR BAHRU
SCE3113 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS
TUTORIAL 2 : BIDANG DAN BENTUK PENTAKSIRAN

1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai


dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan merujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan cuba kenal pasti perkara-perkara tersebut.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada menekankan pentetahuan dimana
merujuk kepada perkataan usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan.Manakala perkataan memperkembangkan lagi pontensi individu,
jasmani dan berketrampilan merujuk kepada kemahiran. Bagi nilai nilai pula
ditunjukkan pada dari segi rohani, emosi dan berakhlak mulia.
2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai dengan melengkapkan
jadual berikut;
Bidang
Pengetahuan
kemahiran

Contoh Aktiviti Penilaian


Melalui soal jawab
Dinilai melalui aktiviti berkumpulan seperti
menjalankan kajian atau
eksperimen.kemahiran yang dinilai seperti
Memerhati, Mengelas ,Mengukur dan
menggunakan nombor, Membuat inferens,
Meramal ,Berkomunikasi ,Menggunakan
perhubungan ruang dan masa ,Mentafsir
maklumat ,Mendefinisikan secara
operasi ,Mengawal pembolehubah

Sikap Saintifik

,Membuat hipotesis ,Mengeksperimen.


Diterapkan dan dinilai semasa menjalan
aktiviti seperti eksperimen nilai yang dinilai
ialah Bersikap inkuiri ,Mempunyai objektif
(Objectivity), berfikiran terbuka (Openmindedness),Perseverance , Kemanusiaan

(Huminity), Sanggup menerima kegagalan


(Ability to accept failure) dan Skeptikal

3. a) Apakah penilaian formatif?


Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.
b) Mengapakah penilaian formatif penting dalam situasi pembelajaran-pengajaran dalam
bilik darjah?
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat
mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid
dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
c) Nyatakah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa
merancangkan penilaian formatif.
1) Menentukan topik pembelajaran.
Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan
sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun.Topik berdasarkan sukatan pelajaran
disusun mengikut peringkat kesukaran.Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan
yang luas, maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada
sub-topik tertentu.Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai
sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik
seterusnya.Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian formatif
untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.
2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.
Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna, simbol, membaca
dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan,
maka guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap
satu-satu topik berkenaan.Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga

90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik, memperlihatkan


bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.
3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.
Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam

topik-topik

pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi


pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, gurus seterusnya
mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling
bertautan dan tidak terpisah.
4) Membentuk soalan ujian.
Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen
berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan.
5) Mencadangkan langkah susulan.
Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping
kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid. tindakan susulan harus dilaksanakan
berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi. Contoh: murid-murid masih menunjukkan
kelemahan ketara dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus diambil
oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan
penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.
4. Penilaian atas prosedur penilaian formatif sepatutnya akan membaiki keputusan
penilaian sumatif.
a) Nyatakan pandangan anda atas pernyataan di atas.
Pada pendapat saya, penilaian formatif dapat membaiki keputusan penilaian
sumatif. Ini kerana penilaian ini dibuat secara berterusan dan dilakukan dalam pelbagaian cara
seperti soal jawab, kuiz dan sebagainya. Ia juga boleh mengenalpasti masalah pembelajaran
murid dengan segera dan ia hanya merangkumi tajuk yang kecil. Ini membolehkan guru
membuat pemulihan dengan segera. Oleh itu ia akan dapat membantu keputusan dalam
penilaian sumatif.
b) Huraikan perbezaaan utama antara tujuan penilaian formatif dan sumatif terhadap
pembelajaran murid.

Penilaian Formatif

Perbezaan

Penilaian Sumatif

Mengesan penguasaan dan kemajuan


pelajar untuk membaiki kelemahan
dengan serta merta.

Tujuan

Mengesan
pencapaian
pelajar
berdasarkan
beberapa
unit
pembelajaran dan pemeringkatan
gred pelajar

Semasa mengajar
beberapa kemahiran.

Masa

Selepas mengajar
pembelajaran.

sesuatu

atau

beberapa

unit

Tak
formal
(pemerhatian
dan
soaljawab), atau formal (ujian kertaspensel dalam masa singkat).

Bentuk

Formal : ujian kertas-pensel atau


ujian lisan dalam jangkaan masa
yang sesuai.

Secara individu, secara kumpulan atau


secara kelas

Sasaran

Tiada (bagi ujian tak formal) dan


penggunaan senarai semak/rekod
prestasi (bagi formal)

Rekod

Membetulkan kelemahan dengan serta


merta
atau
menjalankan
aktiviti
pemulihan/pengayaan dalam kelas

Tindakan

Menempatkan
pelajar
dalam
kumpulan yang sesuai
Merancang/mengubahsuai
pelajaran/kurikulum
Member
sijil
berdasarkan
pencapaian dalam peperiksaan

Meliputi sesuatu kemahiran (ujian tak


formal) atau beberapa kemahiran
(ujian formal)

Liputan

Meliputi beberapa unit pembelajaran


atau sesuatu tahap persekolahan

Secara kelas atau tingkatan


Penggunaan
pensijilan

rekod

profil

atau

5. Berikan alasan mengapa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir Tingkatan
Lima

dianggap sebagai penilaian sumatif

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada akhir Tingkatan Lima dianggap sebagai
penilai sumatif kerana peperiksaan ini menguji pelajar dalam semua topik pelajaran
daripada tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Peperiksaan ini juga dijalankan di akhir tahun
maka ia dikatakan penilaian sumatif bukannya penilaian formatif.

6. Adakah ujian bulanan yang sering diamalkan di sekolah sebagai suatu penilaian sumatif
atau penilaian formatif.? Berikan alasan anda.

Ujian bulanan yang dijalankan disekolah adalah sebagai suatu penilaian sumatif. Ini
kerana ia dijalankan diakhir bulan dan merangkumi beberapa tajuk yang besar. Ia juga
biasanya dinilai secara dengan menjawab soalan melalui kertas soalan dan bukannya
secara soal jawab, biasanya yang dijalankan semasa penilaian formatif.

You might also like