You are on page 1of 19

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU)

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Pendidikan Moral
Tahun 4

No.Soalan Aras Soalan Dalam Teksonomi Bloom
BHG A
Objektif
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Aras
1 Rendah
2 Rendah
3 Rendah
4 sederhana
5 sederhana
6 sederhana
7 Sederhana
8 Rendah
9 Rendah
10 Sederhana
11 Sederhana
12 Sederhana
13 Sederhana
14 Sederhana
15 Rendah
16 Rendah
17 sederhana
18 Sederhana
19 Rendah
20 Rendah
Jumlah 6 2 8 4 0 0








No.Soalan
BHG B
Subjektif

Aras Soalan Dalam Teksonomi Bloom
A.Memberi
Pendapat
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Aras
1 Tinggi
2 Tinggi
3 Tinggi
4 Tinggi
5 Tinggi
B.Lengkapkan
Ayat

1 Rendah
2 Rendah
3 Rendah
4 Rendah
5 Rendah
C.Betul salah

1 Rendah
2 Rendah
3 Rendah
4 Rendah
5 Rendah
6 Rendah
7 rendah
8 Rendah
9 Rendah
10 Rendah
D.Memberi
Jawapan
Pendek

1 Rendah
2 Rendah
3 Sederhana
4 Tinggi
5 sederhana
Jumlah 1 16 1 1 1 5

Item aneka Pilihan Aras Teksonomi Bloom Huraian / komen
1.Setiap hari Jumaat, penganut
agama Islam akan bersembahyang
di ___________ .
A.Kuil
B.masjid
C.rumah
D.di mana-mana sahaja

pengetahuan.

Menguji kebolehan murid
mengingat kembali
Fakta tentang nilai
perkembangan diri.
2. Penganut agama Buddha
melepaskan burung merpati ketika
menyambut Hari Wesak sebagai
tanda ________________ .
A.kebebasan
B.kesyukuran
C.keimanan
D.kerajinan

Pengetahuan. Dapat menguji pengetahuan
tetapi soalan ini menilai calon
tentang nilai berkaitan dengan
perkembangan diri seperti
soalan satu.
3. Rakan kamu secara tidak
sengaja telah menumpahkan air
minuman ke atas baju kamu.
Apakah yang patut kamu lakukan ?
A.Memaafkannya kerana tidak
disengajaka
B.Memarahinya dengan kata-kata
yang tidak sopan
C.Tidak memaafkannya
DMelaporkan kepada guru disiplin

Aplikasi Soalan ini adalah aras
sederhana.Keaadaan ini
menguji kebolehan calon
menggunakan pengetahuan dan
kefahaman tentang nilai hemah
tinggi dan menggunakannya
dalam situasi yang berbeza.
4. Kamu pernah gagal dalam ujian
Matematik baru-baru ini. Pada
bulan hadapan kamu akan
menghadapi ujian Matematik lagi.
Apakah yang patut kamu lakukan ?
A.Meminta bantuan ibu bapa.
Aplikasi Soalan ini adalah aras
sederhana.Soalan yang sama
seperti soalan 3. Perlu membuat
pengubahsuaian supaya dapat
dinilai dalam semua aras.

B.Mengulangkaji dan membuat
latihan Matematik dengan tekun.
C.Membuat ulangkaji di saat-saat
akhir.
D.Tidak membuat apa-apa
persediaan.

5.Kamu akan menghadapi
peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Bagaimanakah kamu dapat
memastikan kamu mengulangkaji
pelajaran dengan betul ?
A.Menyediakan jadual waktu
belajar.
B.Belajar hanya pada waktu
malam.
C.Belajar hanya pada waktu siang
sahaja.
D.Menyediakan jadual waktu
belajar seminggu sebelum
peperiksaan.

Aplikasi. Soalan yang sesuai untuk
menguji calon. calon
dikehendaki menyelesaikan
masalah dengan cara
terbaik.Oleh itu calon dikendaki
berfikir sebelum membuat
keputusan.
6. Walaupun sedar dia sering
gagal dalam ujian Matematik,
Ratna tetap berusaha tanpa
berputus asa. Ratna seorang yang
________ berusaha .
A .gigih
B.bijak
C.rajin
D.gemar
Analisis Soalan ini dilihat berada pada
aras sederhanang keranas
esuatu yang kompleks akan
dipecahkan kepada yang kecil,
membezakan fakta daripada
pendapat,
7.Punitha menjadi pelajar
cemerlang di sekolahnya setiap
Aplikasi. Soalan yang aras kesukaran
yang sederhana dan amat

tahun kerana dia mempunyai
semangat ____________ dalam
apa jua perkara yang
dilakukannya.
A.tolong menolong
B.kesukanan
C.berdaya maju
D.toleransi

sesuai untuk menguji para
calon. Memerlukan calon
mengikat dan memahami dan
menggunakan dalam situasi
baru.
8.Siew Lan sentiasa menjaga
______________ ketika berbual
dengan rakan-rakan sekelasnya.
A.tingkahlakunya
B.pertuturannya
C.kesopanannya
D.kecantikkannya
Pengetahuan. Aras kesukaran yang rendah
,dimana melalui soalan ini dapat
menguji kebolehan calon
menyatakan apa yang dipelajari.
9.Senaman menolong
mencergaskan badan dan
__________ kita.
A.hati
B.minda
C.jiwa
D.perasaan

pengetahuan Soalan yang senang.Menguji
pengetahuan tentang nilai
Perkembangan diri.
10.Antara yang berikut, yang
manakah perlu dimakan dengan
sedikit sahaja ?
A.Mentega
B.Ayam
C.Ikan
D.Sayur

Aplikasi. Aras sederhana yang dapat
menguji calon menggunakan
pengetahuan dan
kefahamannya.
Soalan aneka pilihan berbentuk
soalan.
11. Pilih mereka yang
mengamalkan sikap sederhana
Analisis

Soalan ini menguji kebolehan
pelajar membanding dan

dalam kehidupan

A.Leela makan empat pinggan
nasi pada waktu tengahari
B.Ravi memukul anaknya
sehingga pengsan kerana bermain
permainan video.
C.Sulia menghabiskan semua
wang sakunya untuk membeli
permainan
D.Jaya makan mengikut waktu.

menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan
perhubungan di antara satu
sama lain
12.Nathan dan Laila merupakan
dua orang sahabat baik. Mereka
sentiasa mengamalkan
______dan __________ yang
sederhana dalam
pergaulan seharian.
A.tingkahlaku , tutur kata
B.sikap terbuka , bebas
C.sikap bebas , perasaan benci
D.tutur kata , sikap terbuka


Analisis

soalan ini menguji kebolehan
pelajar membanding dan
menghuraikan faktor-faktor
kesamaan, perbezaan dan
perhubungan di antara satu
sama lain
13. Sarah menyerahkan Wang
yang dijumpainya di sekolah
kepada guru disiplin. Dia
mengamalkan sikap __________ .
A.sederhana
B.belas kasihan
C.kejujuran
D.terima kasih

Aplikasi. Menguji kebolehan pelajar
menggunakan fakta, konsep,
hukum, teori, prinsip,
pengetahuan dan kemahiran
untuk menyelesaikan masalah
yang berkaitan dengan nilai
kejujuran.

14. Neela terambil buku Matematik
Remesh . Dia patut ________.

A.memberitahu Remesh
B.beritahu apabila ditanya Remesh
C.membuang buku itu
D.tidak perlu beritahu sesiapa
Penilaian Aras kesukaran yang tinggi
kerana memberi calon
dikehendaki memberi pendapat
terhadap pernyataan tersebut
untuk mencapai atau
mendapatkan sesuatu
kesimpulan.
15. Antara yang berikut, yang
manakah menunjukkan sikap
ikhlas?
A.Siti menderma sebahagian wang
tabungnya kepada mangsa banjir.
B.Siti menderma kerana rakan-
rakannya menderma
C.Siti memberitahu rakan-
rakannya bahawa dia merupakan
penderma terbanyak
D.Siti tidak menderma langsung.
Kefahaman Soalan ini murid.dimana para
murid Menguji kebolehan murid
memahami, menukar dan
menjelaskan fakta, konsep,
prinsip, hukum dan teori yang
telah dipelajar berkaitan
perkembangan diri.
16. Sumbangan yang ikhlas akan
sentiasa ______________ .
A.dikenang
B.disebut
C.dicaci
D.diragui

Pengetahuan. Soalan mudah.Menggalakkan
para calon menjawab soalan-
soalan ini dengan semangat.
17. Carmen mengucapkan
_____________ kepada jirannya
yang menolong menjaga
rumahnya semasa ketiadaanya.
A.syabas
B.terima kasih
C.tahniah
D.selamat jalan

Aplikasi.
Menguji kebolehan calon
menggunakan fakta, konsep,
prinsip, pengetahuan .Soalan
jenis ini menggalakkkan calon
menjawab soalan dengan baik.

18.Mengamalkan sikap
_________________akan
mengeratkan lagi perhubungan
dengan orang lain.
A.berterima kasih
B.pentingkan diri
C.suka
D.marah
Aplikasi. Menguji kebolehan calon
menggunakan fakta,
konsep,serta pengetahuan
.Soalan jenis ini menggalakkkan
calon menjawab soalan dengan
baik.
19. Kita hendaklah
_____________ terhadap anggota
keluarga kita .
A.benci
B.tidak peduli
C.sayang
D .kurang ajar
Pengetahuan

Aras soalan yang rendah dapat
menguji kebolehan murid
memahami, dan menjelaskan
fakta, konsep, prinsip, hukum
dan teori yang telah dipelajari
20.Kasih sayang ialah ciri
terpenting bagi melahirkan sebuah
keluarga ___________ .
A.berkonflik
B. bahagia
C.besar
D.berdikari
Kefahaman

Menguji kebolehan murid
memahami, dan menjelaskan
fakta, konsep, prinsip, hukum
dan teori yang telah dipelajari.


































Kertas soalan Pendidikan Moral Tahun 4 ini, terbahagi kepada dua bahagian
iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 20 soalan objektif
yang membawa markah 40 peratus manalaka bahagian B merangkumi soalan
subjektif yang membawa markahnya 60 peratus. Setelah menganalisis kertas
soalan ini, didapati soalan objektif soalan subjektif dibina berdasarkan aras
Pada pendapat saya,pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras
kesukarannya hendaklahlah merujuk kepada isi kandungan serta Huraian Sukatan
Pelajaran. Kedua-dua perkara ini akan menentukan tahap kemampuan dan
keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Oleh itu,guru haruslah
memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina sesuatu
soalan berdasarkan sifat sesuka hati sahaja. Guru bertanggungjawab sepenuhnya
ke atas bagi memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa yang diharapkan.
Pembinaan item ujian objektif hendaklah dipelbagaikan cara seperti item
aneka pilhan berbentuk cantuman, contoh soalan objektif (Positif / negatif),soalan
betul salah dan sebagainya. Ini kerana para murid tidak akan rasa bosan dan patah
semangat ketika menjawap soalan yang ditanya.Selain itu pelbagai jenis soalan
akan dapat menguji para murid dengan adil. Setelah menganalisis kertas soalan ini,
didapati soalan objektif terdiri daripada soalan aneka pilihan berbentuk ayat tidak
lengkap, soalan jawapan terbaik dan soalan aneka pilihan berbentuk soalan sahaja.
Manakala.bahagian B subjektifnya terdiri daripada soalan memberi jawapan pendek
iaitu memberi pendapat,lengkapkan ayat dan soalan salah betul
Oleh itu,beberapa soalan perlu diubahsuai supaya semua calon diberi
peluang untuk menjawab soalan peperiksaan pertengahan tahun ini. Pada usia
begini, soalan-soalan yang melibatkan aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian lebih
sesuai dan mencambahkan pemikiran para murid.Didapati, soalan objektif dan
subjektif yang terkandung dalam kertas soalan ini dibentuk mengikut JSU serta
aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini dapat memberi maklumat yang
berguna mengenai prestasi para murid. Jika direnung sejenak,kedua-dua jenis
soalan ini bertujuan untuk mengukur pencapaian dan prestasi murid di alam
persekolahan.

Selain itu, didapati dalam bahagian A iaitu soalan objektif mengandungi 8
soalan aras rendah, 12 soalan aras sederhana manakala tiada sebarang soalan
dalam aras tinggi. Oleh itu,saya telah mengubahsuai 1 soalan dari aras rendah dan
3 soalan aras sederhana ke aras tinggi.Ini bertujuan untuk membuat pertimbangan,
merancang, mencipta dan menghasilkan sesuatu yang kreatif dari gabungan
pelbagai unsur.
Soalan jenis aras tinggi iaitu sintesis dan penilaian ini boleh mencabar murid
yang pandai memberi peluang.Kertas soalan ini tidak mempunyai skop yang luas
hanya dapat menguji murid dalam nilai berkaitan dengan perkembangan diri dan
nilai perkembangan diri dan keluarga sahaja.Ini kerana pada semester 1, para murid
sekolah ini kemungkinan telah belajar dua bidang sahaja.Selain itu bidang
pembelajaran satu dalam Pendidikan Moral iaitu nilai berkaitan dengan
perkembangan diri adalah bidang yang sangat luas berbanding dengan bidang
pembelajaran yang lain yang terkandung dalam bidang pembelajaran tahun 4.
Pada pendapat saya penentuan aras soalan ini,iaitu Taksonomi Bloom
adalah induk utama dalam memastikan aras yang sesuai dengan keadaan para
murid. Tugas guru dalam mengenal pasti potensi amat penting agar soalan yang
digubal adalah sia-sia dan mengelak keraguan di dalam sesuatu keputusan
ujian.oleh yang demikian , saya telah mengubah soalan 3,8,17 dan 20 iaitu soalan
aras rendah dan aras sederhanan ke aras tinggi iaitu aras sintesis dan penilaian.
(sila rujuk Lampiran1 ) Selain itu saya telah mengubah soalan 10 kepada soalan
objektif positif/negatif (sila rujuk lampiran 1) dan soalan 19 kepada soalan objektif
(Cantuman). (sila rujuk lampiran 1)
Daripada analisis saya,bahagian B soalan struktur adalah soalan situasi.Di
sini para murid dikehendaki membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional
berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Soalan jenis ini
adalah aras kesukaran tinggi adalah lebih baik soalan ini diubahsuai dengan
memberi gambar supaya murid lebih memahami soalan, membantu mereka
menjawab soalan ini dengan baik dan membantu para murid menjana idea dengan
baik. Selain (sila rujuk lampiran 2).Selain itu,soalan betul/salah dan soalan
berdasarkan petikan adalah sesuai untuk murid tahun4.Soalan berdasarkan petikan
telah merangkumi semua aras kesukaran berdasarkan Teksonomi Bloom.Murid-

murid perlu memahami keseluruhan isi/item atau cerita dalam petikan supaya dapat
menjawab kesemua soalan itu.
Kesimpulannya, guru memainkan peranan penting dalam mengesan
kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Guru juga bertanggungjawab untuk
menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina
instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat
tindakan susulan.Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan
potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.



















Refleksi
THULASI A/P MURUGAN
790328085458

Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah sama ada
sekolah rendah atau sekolah menengah. Melalui subjek ini guru akan mengajar
para murid tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk diaplikasikan dalam
kehidupan seharian.Setelah menjalankan tugasan ini saya telah mendapat
pengetahuan baru bahawa Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting
yang harus diajar kepada para murid sekolah yang mana mereka bakal akan
menjadi pewaris kepada generasi masa kini.
Selain itu, saya juga memahami bahawa dengan belajarnya subjek ini,guru
dapat memastikan kehidupan para murid dipenuhi dengan nilai-nilai murni. Dengan
adanya subjek Pendidikan Moral, murid-murid akan dapat mendalami maksud nilai
kehidupan yang sebenarnya. Oleh yang demikian,guru pendidikan Moral perlu
memainkan peranan penting dalam membentuk insan yang cemerlang dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Tugasan ini jga telah memberi kesedaran kepada saya bahawa, guru adalah
seorang pendidik sebagai insan yang mulia dan berjasa kerana merekalah yang
bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan generasi muda yang beriman
dan beramal serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga, masyarakat
dan negara. Tambahan pula, guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai
kejayaan anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk
manfaat dan kesejahteraan orang lain.
Selain itu saya juga telah memahami dengan jelas bahawa penilaian dan
peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan
generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan
penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf
dunia. Dengan itu,penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada
peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui

aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan
kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian
cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri
murid dari aspek kognitif,pemikiran afektif,perasaan dan tingkah laku yang
bermoral.
Saya juga dapat mengetahui perkara-perkara baru.misalnya, Benjamin Bloom
(1956) dalam Taxonomy of Educational Objectives: Handbook I: CognitiveDomain
(New York: David McKay) telah memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun
dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Dimana.taksonomi memudahkan seseorang guru
melakukan penilaian yang sistematik terhadap pencapaian murid setelah sesi
pengajaran dan pemudahcara berlangsung. Melalui aras-aras taksonomi bloom ini
pencapaian para murid dapat diketahui dengan lebih tepat. Dengan ini,seseorang
guru dapat mengetahui tahap penguasaan para murid setelah menjalankan
penilaian.
Selain itu, setiap guru yang bertanggung jawab menyediakan soalan
haruslah memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan penuh yakin
dalam penilaian yang dijalankan .Dengan ini penilaian yang dijalankan akan
memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.Oleh itu,ilmu yang saya perolehi
melalui tugasan in amatlah berguna untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru
di sekolah. Dengan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu En.Mohd Khiril Anuar Zulkurnain yang memberi tunjuk ajar
sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.









Lampiran 1
Soalan -soalan yang telah diubahsuai adalah seperti berikut:
Bahagian A

No.Soalan Soalan yang diubahsuai Aras kesukaran
3. Berikan satu cara anda menjalankan
tanggungjawab terhadap anggota keluarga?

A. Tidak bertegur sapa.
B. Saling hormat menghormati
C. Berbohong
D. Ingkar pesanan ibu bapa.

Sintesis
Jawapan B
8. Ceritakan cara menjaga maruah keluarga.

A. Malas belajar
A. Meyusahkan ibu bapa
B. Berponteng ke sekolah
C. Sentiasa menjaga pertuturan.


Penialain
C
10. Makanan yang makan sedikit adalah seperti
berikut.
A. Telur dan keju
B. Sayur dan buah-buahan
C. Betik dan tembikai
D. Ikan dan sayur

Analisis
A

17. Berikan cara anda menunjukkan kasih saying
terhadap anggota keluarga.Semua di bawah
adalah salah kecuali.
A. Bantu ibu bapa
B. menjaga adik ketika ibu tiada di rumah
C. Tidak memperdulikan
D. Membantu bapa mencuci kereta.
.

Sintesis
C

19.

Kita hendaklah ______ terhadap anggota
keluarga kita.
i. Benci
ii. Sayang
iii. Bersopan
iv. Hormat menghormati
A. i ,ii, ii
B. ii , iii, iv
C. I ,iii, I v
D. i. ii. iv


Kefahaman
B

20.

Rani ternampak seorang ibu yang mengandung
membawa pulang banyak barang dari pasar.
Dalam keadaan tersebut apakah tindakan yang
patut dilakukan oleh Rani?

A. Membantu ibu mengangkat barang
B. Tidak mempedulikan ibu mengandung itu.
C. Biarkan ibu itu angkat sendiri
D. Meminta upah untuk angkat





Penilaian
A





1. Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan
Moral, Serdang: Penerbit UPM.

2. Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education
Malaysia, Sdn. Bhd.

3. Azizi Ahmad, Mohd Isha Awang.(2008)Pengukuran dan Penilaian Dalam
Pendidikan, Kuala Lumpur,Dewan Bahasa Dan Pustaka.

4. Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

5. Mok Soon Sang (2010). Pedagogi Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

6. uku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (2012).
Retrieved Mac 28, 2013, from http://www.moe.gov.my

7. Modul_PPG_Semester_2/BMM3103_Pentaksiran_Bahasa_Melayu_SR.
(2012, Januari). Retrieved Februari 11, 2013, from
http://www.lmsipda.net.

8. malaycivilization.ukm.my/idc/.../padat_3217.pdf diambil pada Julai 2014

9. http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.php?title=Bloom%27s_Taxonomy






Kandungan
Bil Tajuk M/S

1.

Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendidikan Moral
Dalam Pendidikan Negara.


2.

Intipati Wawasan 2020 Dan Kod Etika Perguruan


3.

Hasrat Pencapaian Wawasan 2020 Melalui Etika
Perguruan


4.

Tugasan Individu (Thulasi Murugan )


5.

Tugasan Individu (Kannmani)


6.

Rujukan







Penghargaan
Pertamanya, Kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan
ini kepada pensyarah tercinta Kami, En. Mohd Khiril Anuar Zulkurnain
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka
ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan berjaya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada rakan-rakan guru di sekolah kami yang memberi kami
pemudahcara untuk menyiapkan tugasan Pendidikan Moral ini. Mereka
telah memberikan kami, segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan
yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah
alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan
yang kami utarakan kepada mereka.

Akhir sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada
mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam
menyiapkan tugasan ini. Terima kasih.

You might also like