You are on page 1of 30

TAJUK KAJIAN

Meningkatkan Kemahiran Membaca Suku Kata KVKV Murid-Murid


Tahun 1 Menggunakan Teknik Latih Tubi Kad Bacaan




Oleh:
Nama Pelajar : SHAMRAN BIN ABIDIN
No Matrik :
Opsyen : BM (PGSR AMBILAN NOV 2008)


Penghantaran Proposal adalah bagi memenuhi keperluan kursus Penyelidikan
Tindakan I Institut Pendidikan Guru, Kampus Kent,Tuaran Sabah
April 2012
Perakuan Proposal


Saya telah menyemak dan memeriksa proposal ini. Saya mendapati proposal ini
memenuhi kehendak kursus. Pelajar ini diberi kebenaran untuk meneruskan
penyelidikan.



____________________________
Nama (Penyelia)
Tarikh:




___________________________
( )
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Tarikh:





Isi Kandungan


Kandungan
Perakuan Proposal
Penghargaan
Senarai gambarajah
Senarai Lampiran
Abstract
Bab 1: PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Penyata Masalah Kajian
1.3 Persoalan Penyelidikan
1.4 Objektif Penyelidikan
1.5 Kerangka Konsep
Batasan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Teknik Latih Tubi
1.7.1.1 Teknik
1.7.1.2 Teknik Latih Tubi
1.7.2 Kad Bacaan
1.7.3 Membaca Gambar
1.7.4 Kemahiran Membaca
1.7.5 Bahasa Malaysia Tahun 1

Bab 2: KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
2.1 Kajian Dalam Negeri
2.1.1 Kajian Strategi Kemahiran Membaca Di Malaysia
2.2 Sorotan Keberkesanan Aplikasi Teknik Pembelajaran

2.3 Teori Psikolinguistik
2.3.1 Latih Tubi dan Kajian dengan Teori Pembelajaran
2.4 Kajian Luar Negeri
2.4.1 Kemahiran Membaca
2.5 Penutup

Bab 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan
3.1 Rekabentuk Penyelidikan
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
3.3 Kaedah Pngumpulan Data
3.4 Instrumen Kajian
3.5 Analisis Data
3.6 Kesimpulan

Bab 4 HASIL KAJIAN

Bab 5 RUMUSAN DAN CADANGAN


BIBLIOGRAFI
APPENDICES
APPENDIX A
APPENDIX B
*** *** ***








ABSTRAK
Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata
pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik,
seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini
merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari
Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak
dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab
soalan yang akan dikemukakan. Sehubungan itu, satu kajian telah diadakan bagi
mengetahui (mengenalpasti) kebolehan murid dalam membaca ayat dengan lancar.
Berdasarkan sesi bacaan yang telah dijalankan ke atas 18 orang murid Tahun 1,
didapati seramai 6 orang murid begitu lemah dalam sesi bacaan ini. Bagi
membendung masalah ini, saya telah mengambil langkah menjalankan pengumpulan
data melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Saya telah menjalankan kajian ini
bagi mengenal pasti masalah dan punca yang menyebabkan mereka amat lemah
dalam kemahiran mengeja dan membaca. Melalui kajian ini saya begitu
mengharapkan masalah kemahiran membaca murid dapat diatasi bagi meningkatkan
prestasi murid. Selain itu saya begitu mengharapkan pelajar-pelajar ini dapat bersaing
dengan rakan-rakan yang lain serta mengikuti sesi pembelajaran dalam kelas biasa.
Dapatan daripada ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan peningkatan yang agak
memberangsangkan.


ABSTRACT
Reading is a skill which is very important in all subjects specially for Bahasa Melayu.
One should master the reading skill because it is the fundamental skill to be mastered
by all students starting from their early age of schooling. Those who fail to master the
reading skill will not be able to read properly and fluently. They also will not be able to
answer questions correctly. Therefore, a study was conducted to identify students
abilities in reading sentences fluently. Based on the reading session which was
conducted for 18 students in Year 1, the result shows that there are 6 students who are
weak in this reading session. To overcome this problem, I decided to gather data
through observation, pre test and post test. I have conducted this study to identify the
problems and the main cause of the students why they are weak in spelling and
reading skills. Through this study, I hope this problem can be overcome to help the
students to improve their reading skills. Apart from that, I also hope that these students
can compete with their friends and study in the real classroom. The finding of the pre
test and post test showed a relatively encouraging.


BAB 1

1.0 Pendahuluan
Aspek pemerolehan bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam proses
pengajaran dan pemelajaran (P & P) bahasa. Oleh sebab itu penguasaan pelajar
dalam kemahiran berbahasa pada peringkat asas perlu diberikan perhatian dan
penekanan agar pelajar dapat menjadikan bahasa sebagai alat yang berupaya
menyampaikan maklumat dengan berkesan. Dalam hal ini proses P & P pada
peringkat asas menjadi dasar untuk membina dan mengukuhkan sistem persekolahan
yang seterusnya.

Guru-guru yang mempelbagai strategi pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya
menguasai pelbagai ilmu bahasa dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall
1989). Pendapat ini diakui oleh Graham (1997) dalam Lessard-Clouston (1997) di
mana hasil kajian mereka tentang strategi membaca dalam bahasa Perancis
mendapati guru-guru yang menggunakan strategi membaca boleh membantu para
pelajarnya memahami bahasa kedua yang dipelajarinya dengan lebih baik. Oleh itu,
guru-guru seharusnya melatih pelajar mereka membina dan menggunakan kaedah
pengajaran bahasa yang sesuai dengan murid bagi memudahkan murid memahami
ilmu bahasa dengan lebih cepat.Pelbagai cara dilakukan oleh guru seperti memberi
tunjuk ajar cara atau strategi belajar yang betul. Guru-guru yang mempelbagai strategi
pengajaran dapat membantu pelajar-pelajarnya menguasai pelbagai ilmu bahasa
dengan cepat dan berkesan (Oxford & Crookall 1989).

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, kemahiran didefinisikan sebagai kecekapan dan
kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala
membaca pula adalah aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk,
memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan,
mendeklamasi, menuturkan, berkata, membatang, mentafsir, meramal, menyimpulkan,
menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Membaca juga membunyikan huruf-huruf
yang ditulis serta melihat dan memahami apa-apa yg tertulis.

Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka kita bolehlah mendefinisikan
kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan
sebutan, intonasi, jeda, dankelancaran yang betul. Penekanan yang betul perlu
diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan sastera
secara kitis dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid
berupaya menghayati teks yang dibaca (PPK, 2003)

Kurikulum Bahasa Melayu telah diolah dan disusun dengan mengambil kira keperluan
untuk menyediakan pengetahuan dan kemahiran berbahasa kepada pelajar-pelajar
yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keupayaan. Sehubungan itu, asas
utama dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkan pengajaran
Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan
perkataan perkataan yang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan
tahap keupayaan mereka. Penggunaan Teknik yang bersesuaian dan diaplikasikan
dalam kaedah pembelajaran Bahasa melayu perlu bagi membantu meningkatkan
penguasaan dan pencapaian pembelajaran yang dikehendaki. Oleh itu, teknik tertentu
perlu dijalankan bagi meningkatkan kemahiran murid dalam aspek membaca.


1.1 Latar Belakang Kajian

Mengikut Yahya (2003), membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan
manusia dan kemahiran ini merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan
ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen
membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Catts, Adlof & Weismer,
2006). Mengikut Pressley (2002), masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang
yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan
secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran
membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses
kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran
mengeja adalah hampir sama (Fitzgerald & Stanahan, 2000).

Justeru, membaca adalah salah satu lagi aspek yang penting dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kemahiran membaca terletak di bawah kemahiran
bahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Tahap pembacaan
Tahun Satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami
perkara yang dibacakan. Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar
dalam komponen lain selain komponen perkembangan bahasa. Bagi murid yang
kurang cekap dalam membaca akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan akan
mempengaruhi keputusan mereka apabila masuk ke tahun satu. Justeru itu, masalah
membaca harus diatasi segera. Salah satu kaedah yang boleh mencetus minat
membaca, adalah dengan penggunaan kad bacaan dan kad ayat-ayat pendek yang
mudah difahami dengan harapan ia mampu menarik minat murid untuk minat
membaca.

Kaedah ini sebenarnya bukanlah satu kaedah baru. Menurut Nik Safiah Karim dalam
bukunya Pendekatan Pengajaran Bacaan Peringkat Sekolah Rendah (1998), kaedah
ini telah mula diperkenalkan oleh Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983) yang menerokai
bidang penyelidikan tentang masalah membaca dalam kalangan kanak-kanak bermula
dari tahun 1891 hingga tahun 1966 di Eropah. Smith (dalam Sofiah Hamid, 1983)
memperkenalkan kaedah ini sebagai kaedah ayat dan cerita pendek. Hasil
perkembangan semasa kaedah ini mula diubah suai menjadi satu kaedah baru yang
dikenali sebagai kaedah kad bacaan. Kaedah ini memerlukan guru menulis perkataan
yang mudah dalam satu kad bagi memudahkan murid membaca. Seterusnya
perkataan akan diganti dengan cerita pendek untuk peringkat seterusnya.

Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah telah menyenaraikan sebanyak
124 kemahiran membaca untuk dikuasai oleh murid dalam tempoh enam tahun
persekolahan (Asas kemahiran berbahasa KBSR, 1994). Selain itu, kemahiran
membaca yang tinggi akan menyebabkan murid menguasai pelbagai aspek bahasa
dan penyusunan idea yang bernas dan teratur. Sebaliknya, murid-murid yang kurang
minat membaca akan menjadikan pengetahuan mereka tidak luas malah akan
menjadikan mereka kekurangan kosa kata (Abu Bakar Yusuf, Abdullah Yusof dan
Omar Hisham Mohd. Baharin, 2007). Kemahiran membaca yang dikuasai oleh murid
akan memberi impak terhadap persediaan guru di dalam bilik darjah.

Bukti yang memperlihatkan kemahiran membaca itu penting untuk dikuasai oleh murid
adalah melalui objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
itu sendiri. Dalam objektif yang keempat, adalah diharapkan agar murid dapat
membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan teknik
membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis. Pada umumnya, terdapat beberapa teknik yang digunakan
oleh guru-guru untuk mengajar bacaan pada peringkat awal atau peringkat permulaan.
Objektif kelima pula lebih kepada proses memupuk minat membaca sebagai satu
amalan ke arah membina budaya pembelajaran. Menurut Prof. DR. Henry Guntur
Tarigan (1994), untuk meningkatkan minat membaca ini, maka kita perlu menyediakan
waktu untuk membaca dan memilih bahan bacaan yang baik, ditinjau dari norma-
norma kekritisan yang mencakup norma-norma estetik, sastera dan moral. Hal ini
memperlihatkan bahawa kemahiran membaca penting untuk dikuasai oleh murid
sebagai langkah kepada kelangsungan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah dan seterusnya memupuk minat murid untuk membaca.


1. 2 Penyata Masalah Kajian

Berpegang kepada prinsip memulihkan masalah seawal mungkin, kepentingan
penguasaan kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia ini adalah perlu
dikuasai oleh murid-murid. Penguasaan mata pelajaran ini harus diperkukuh bermula
dari peringkat sekolah rendah lagi. Pada 12 Oktober 2005, Kementerian Pelajaran
menyedari wujudnya masalah murid yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira
seperti yang dibangkitkan di Dewan Rakyat padamasa itu. Menurut Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein, usaha mengatasi masalah itu sedang dilakukan termasuk
persetujuan Kabinet supaya guru pemulihan khas segera ditambah segera ke sekolah
terbabit. Pada masa itu, lebih kurang terdapat 100,000 murid sekolah rendah dari
tahun 2 hingga tahun 6 tidak tahu membaca, mengira dan menulis.

Namun begitu menurut beliau lagi, bilangan sebenar murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) belum dapat disahkan
sama ada benar 100,000 murid atau kurang daripada itu. Tetapi, jumlah ini pasti akan
meningkat lagi jika langkah yang sewajarnya tidak dipedulikan oleh semua pihak.

Menurut Prof. DR. Henry Guntur Tarigan (1994), seseorang itu membaca untuk
menemukan atau mengetahui penemuan-penemuan yang telah dilakukan oleh penulis.
Membaca seperti ini disebut membaca untuk memperoleh perincian-perincian atau
fakta-fakta. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk membantu meningkatkan
keupayaan murid sekolah rendah khususnya Murid Tahun 1 bagi menguasai
kemahiran membaca. Hal ini kerana terdapat banyak isu dan masalah yang dihadapi
oleh murid dalam penguasaan membaca tetapi kita tidak boleh menunding jari kepada
satu-satu pihak sahaja di atas kelemahan ini. Seharusnya kita perlu mengambil
langkah segera bagi mengatasinya memandangkan kemahiran membacamempunyai
banyak kepentingan.

Harris Durkin (1979), Smith (1980), dan Sofiah Osman (1986) dalam hasil kajian
mereka menunjukkan bahawa kebanyakan guru bahasa tidak dapat mengajar
pemahaman teks dengan berkesan. Berpegang kepada prinsip pemulihan masalah
seawal mungkin aplikasi Teknik Latih Tubi dengan penggunaan kad bacaan diharap
dapat meningkatkan Kemahiran Membaca murid-murid Tahun 1 dengan latih tubi
dapat membantu murid tahun satu menyelesaikan masalah membaca.Seperti mana
yang berlaku di sekolah St.Benedict di mana sekolah tempat saya menjalankan kajian
ini. Melalui ujian tapisan penilaian awal tahun Tahun Satu, saya dan beberapa orang
guru tahun satu mendapati 26 orang murid atau 18% daripada keseluruhan murid
Tahun Satu sekolah ini gagal menguasai kemahiran membaca secara total. Maksud
total ialah murid-murid ini gagal mengenal huruf, tidak dapat menyebut suku kata
KVKVK, dan tidak boleh membatangkan perkataan. Situasi ini telah menimbulkan
kebimbangan semua pihak terutamanya pihak pentadbir, penjaga, PIBG, dan guru-
guru. Sehubungan dengan itu, satu tindakan sistematik dan terancang melalui kajian
tindakan telah diambil bagi mengatasi masalah ini supaya mereka tidak terus
ketinggalan pada masa akan datang.


1. 3 Persoalan Penyelidikan

1. Apakah tahap pembacaan murid-murid tahun Tahun Satu dalam pembacaan.
2. Sejauh manakah kemahiran membaca murid-murid Tahun Satu dapat di
pertingkatkan dengan menggunakan Kad Bacaan.
3. Adakah Teknik Latih Tubi dalam penggunaan Kad Bacaan gambar dapat
meningkatkan kemahiran mambaca dengan lancar.

1.4 Objektif Penyelidikan

1. Mengenalpasti tahap pembacaanmurid-murid Tahun Satu.
2. Merancang tindakan untuk mengatasi masalah membaca.
3. Mengenalpasti keberkesanan latih tubi dalam penggunaan kad bacaan dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dengan lancar.


1.5 Kerangka Konsep

Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan sampel seramai 18 orang murid Tahun 1 dari sebuah sekolah
yang terdiri daripada 10 orang murid perempuan dan 8 orang murid lelaki yang
berpencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Hasil kajian ini hanya betul dalam
konteks sekolah tersebut atau sekolah lain yang menyerupai sampel kajian ini sahaja.
Ia mungkin dapat dijadikan satu perintis dan landasan untuk kajian yang lebih luas dan
mendalam dalam bidang yang sama. Pemilihan sampel hanya berdasarkan kelas-
kelas yang telah sedia ada, oleh itu, tidak menggunakan persampelan rawak untuk
membentuk kumpulan.

Disamping itu faktor-faktor lain seperti motivasi, minat dan sikap juga diambil kira
dalam kajian ini. Untuk itu pengkaji akan menjalankan ujian pra untuk melihat tahap
pencapaian awal pelajar dalam tajuk tersebut. Di akhir empat minggu pengkaji akan
memberikan ujian pos untuk melihat pembandingan sama ada terdapat peningkatan
prestasi di kalangan pelajar yang terlibat.




1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak
sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran Bahasa Melayu supaya
murid dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna.
Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi
menarik minat mereka dalam matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini
juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar
murid dapat memmuridi matematik dengan lebih seronok dan bermakna .

Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada
sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya
dalam mata pelajaran Matematik menggunakan kaedah rakan sebaya sebagai ke
tahap yang optimum.

Dapatan kajian akan menjadi maklum balas bagi tujuan merancang pengajaran
danpembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan
aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan
meningkatkan motivasi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.


1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Teknik Latih Tubi

1.7.1.1 Teknik

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan
bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang
dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang dianuti.

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil
seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Manakala menurut Edward M.
Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang
digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu
mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti
Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik
boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku
di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.




1.7.1. 2 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang
dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping
menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu dan
boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, pemikirkan
maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan
perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut
(audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu :

i. Sebutan (accent)
Menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang
membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii. Tatabahasa (grammer)
Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua
aspek.

iii. Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam
situasi tertentu.

iv. Kefasihan (fluency)
Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah
maksudnya.

v. Kefahaman (comprehension)
Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.
1.7.2 Kad Bacaan

Kad bacaan yang digunakan adalah hasil daripada inisiatif guru yang mana guru akan
membuat beberapa patah perkataan dan mengarahkan murid-muridnya membaca.

1.7.3 Membaca Gambar

Membaca Gambar merupakan kegiatan bercerita kreatif yang mengkombinasikan
huruf dan gambar. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, penggunaan teknik
gambar merupakan kaedah bacaan cepat. Objek yang ada kaitan dengan isi yang
perlu dihafal.

1.7.4 Kemahiran Membaca

Membaca ditakrifkan sebagai mentafsir dan memikir tentang sesuatu simbol atau
tulisan. Ia meliputi aktiviti memaham makna tulisan, penyerapan maklumat dan idea
yang dihuraikan oleh seorang penulis. Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan
kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan
penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik
membaca. (sumber rujukan Hsp Bahasa Malaysia Tahap Satu) Sebelum kajian
dijalankan, pemerhatian telah dibuat ke atas kumpulan sasaran. Hasil yang diperoleh
mendapati mereka hanya boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi
dua suku kata sahaja. Gejala ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang menguasai
kemahiran membaca perkataan yang mempunyai suku kata tertutup seperti malam,
musim , bakul dan sebagainya. Kesan daripada masalah tersebut secara tidak
langsung menyebabkan mereka gagal menguasai kemahiran membaca sepenuhnya.
Beberapa latihan yang di jalankan sebelun kajian ini di jalankan antaranya ialah
membaca perkataan dengan bunyi suku kata yang betul dengan berpandukan kad
bacaan.

1.7. 5 Bahasa Malaysia Tahun 1

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai
kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun
1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek
morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
pulak merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada
cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-
cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan
Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran
mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid
yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan
semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.





























BAB II

KAJIAN LITERATUR

02. Pengenalan

Kajian ini merupakan satu kajian tindakan mengenai keberkesanan latih tubi dalam
meningkatkan kemahiran membaca menggunakan suku kata dan gambar dalam
kalangan murid tahun 1. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan kajian lepas
berkaitan kemahiran membaca, pandangan pengkaji lepas serta aspek kemahiran latih
tubi dalam pengendalian aktiviti berbahasa. Kajian ini juga memfokuskan pendapat
ahli-ahli bahasa tentang kepentingan kemahiran bahasa.

2. Kajian Dalam Negeri

2.1 Kajian Strategi Kemahiran Membaca di Malaysia.

Di dalam satu kajian, didapati hanya 42% yang telah membaca buku di dalam tempoh
6 bulan sebelum kajian tersebut dijalankan. Itupun hanya separuh (20%) yang tidak
dapat menyatakan tajuk buku yang dibacanya (Atan. et al. 1984). Manakala dari segi
bilangan muka surat yang dibaca didapati rakyat Malaysia hanya membaca secara
purata satu muka surat setahun, berbanding Jepun iaitu 200 muka surat setahun dan
juga Amerika Syarikat. Mengikut kajian yang dijalankan oleh Harison (2005) yang
membincangkan kaedah meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar
tahun dua, menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu diajar membaca dengan
menggunakan kaedah yang mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam
terhadap tahap ingatan kanak-kanak supaya masalah membaca tidak membelenggu
kehidupan mereka kelak.

Dari segi perancangan pembelajaran, strategi pembelajaran bermaksud langkah-
langkah yang diambil oleh pelajar untuk mempercepatkan proses pemerolehan,
penyimpanan, mengingat kembali dan penggunaan sumber maklumat (Abu Talib
1998). Mengikut Oxford (1990, 1993), tindakan tersebut diambil bagi membantu pelajar
menguasai proses pembelajaran dengan mudah, cepat, lebih menyeronokkan, lebih ke
arah kendiri, lebih cekap, dan lebih mudah dipindahkan ke situasi baru. Chamot, Beard
El-Dinary dan Robbins (1999) pula berpendapat strategi pembelajaran ialah teknik
yang boleh digunakan oleh pelajar untuk membantu tugas pembelajaran.

Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2000, 2001), penyelidikan tentang Strategi
Pengajaran Bahasa dalam BM merupakan sesuatu yang baru. Minat dan tumpuan
kajian tentang cara belajar, strategi, kaedah atau teknik belajar BM masih kurang
dilakukan oleh penyelidik tempatan. Penyelidik dan pengkaji BM lebih berminat untuk
mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa, karangan, pemahaman, dialek, sebutan, ejaan dan lain-lain, tetapi kurang
kepada kajian yang mengkaji bagaimana seseorang pelajar itu berjaya menguasai
sesuatu aspek bahasa tersebut.

Dalam pendidikan BM, kajian dan penyelidikan yang mengkaji bagaimana seseorang
itu berjaya dalam pembelajaran BM masih kurang dikaji. Mohd Tajuddin (1996)
menjelaskan bagaimana kekurangan penyelidikan dalam pendidikan BM memberi
impak yang besar dalam perkembangan BM di Malaysia, khususnya dalam konteks
pendidikan BM di sekolah pada hari ini. Minat terhadap penyelidikan tentang strategi
belajar telah terbukti dalam pendidikan bahasa. Penyelidikan tentang minat strategi
belajar yang diamalkan oleh pelajar-pelajar bahasa di barat sudah lama dijalankan.

Menurut Zamri dan Mohamed Amin (2001, 2003a) serta Zamri, Jamaludin dan
Mohamed Amin (2003), walapun kajian tentang teknik lebih berfokus kepada
pembelajaran bahasa asing atau bahasa kedua, namun di Malaysia kajian dalam
bidang yang sama masih berkurangan terutamanya dalam pendidikan BM. Lantaran
itu, ia telah mencetuskan minat dan kesedaran para penyelidik dan pendidik bahasa
terhadap kepentingan strategi pembelajaran yang berkesan yang perlu dikuasai oleh
para pelajar (Zamri & Mohamed Amin 2000; Mohd Nazali, Mohamed Amin & Zamri
1999; Mohamed Amin, Juriah & Mohd Isa 1999; Mohamed Amin, Zamri & Mohd Nazali
2001).

Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru
perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan. Jika terdapat murid yang belum menguasai
kemahiran membaca dengan baik, ia akan memberi kesan terhadap persediaan guru
di dalam bilik darjah. Misalnya, guru tidak boleh mengubah pembelajaran dari satu unit
ke unit pembelajaran yang lain jika terdapat ramai murid yang belum menguasai
sesuatu unit itu terutamanya murid tahap satu. Penguasaan unit pembelajaran oleh
murid tahap satu terhadap sesuatu unit pembelajaran akan bertambah rumit jika
kemahiran membaca mereka adalah lemah. Sebaliknya mereka akan mudah
menguasai sesuatu unit pembelajaran jika mereka dapat menguasai kemahiran
membaca dengan strategi pengajaran yang betul melalui pendekatan dan teknik serta
kepelbagaian bahan pengajaran yang sesuai untuk tahap satu.

Guru juga mesti mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar potensi murid
dapat diperkembangkan semaksimum yang mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini
kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai tahap kemahiran membaca oleh
murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang proses pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan semua murid dapat
menguasai perkara yang diajar. Keadaan ini akan menjadikan murid yang lemah dapat
menguasai pembelajaran dengan baik dan murid yang mahir tidak akan bosan dengan
pengajaran yang dilakukan oleh guru. Antara aktiviti yang mesti dibuat oleh guru
seperti aktiviti yang dapat memberi peluang sepenuhnya kepada murid untuk
mempraktikkan kecekapan berbahasa yang boleh menunjukkan bakat dan mencabar
pemikiran. Selain itu, guru juga hendaklah menyediakan aktiviti yang boleh
menyeronokkan murid supaya mereka tidak merasa bosan terhadap pengajaran dan
pembelajaran bahasa seperti berlakon, simulasi dan main peranan (Asas Perkaedahan
Mengajar Bahasa, 1992).

Menurut Hamka (2009), dalam bukunya yang bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck, menyatakan bahawa langkahkan kaki ke perjuangan, yang selalu meminta
tentera, yang selalu kekurangan soldadu. Apa yang tersirat dalam ayat itu amat
mendalam maknanya buat seorang insan yang bergelar guru. Apa yang dimaksudkan
dan dapat dikaitkan adalah seseorang guru seharusnya berdiri tegak dan berjuang
memandang jauh kehadapan memikirkan bagaimana untuk menjadi model kepada
pelajarnya dari segi kemahiran membaca dan tabiat membaca dan ini sekali gus
menghampiri matlamat utama amalan hidup yang cemerlang.

Pembentukan tabiat membaca sememangnya dipengaruhi oleh naluri kemanusiaan
dan factor-faktor yang ada disekelilingnya. Dalam hal yang demikan, seseorang guru
yang meminati bidang ilmu, sudah semestinya mempunyai tabiat suka membaca,
kerana membaca adalah pintu ilmu. Zaini (2009), ada menyatakan membaca adalah
aktiviti susulan dalam konteks menuntu ilmu.

Menurut Kemboja Ismail & Norizah (2008), melalui bacaan, para pelajar mendapat
maklumat terkini dan boleh mensintasis dan menilai ilmu yang dipelajari. Melalui
membaca, barulah kita mampu menjadi warga dunia kelas pertama yang cemerlang
sesuai dengan semangat dan tema Pesta Buku pada tahun 2002 iaitu Menakluki
Dunia Melalui Pembacaan.

Kajian ini akan membincangkan dapatan kajian yang meninjau minat membaca guru
pelatih khususnya guru pelatih tahun dua fakulti pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia. Kajian ini akan membicarakan kepentingan membaca, terutama dalam
berkerjaya sebagai seorang guru kelak, diikuti dengan rasional mengapa kajian ini
dijalankan
2.2 Sorotan Keberkesanan Aplikasi Teknik Pembelajaran

Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu
mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang
telah dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya,
seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif
pengajaran tercapai (Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak
Abdullah, 1994). Penggunaan ABM dapat memudahkan murid-murid memahami atau
membantu mereka ke arah pembentukan konsep yang betul. Contohnya, penggunaan
gambar dalam pengajaran membaca dapat membantu dan merangsang minda murid
untuk menyebut dan membacanya.Menurut Tarigan (1987) terdapat beberapa
keuntungan jika guru menggunakan pelbagai teknik pengajaran bahasa. Di antaranya,
guru dapat menjadikan pengajarannya lebih bervariasi, menarik serta dapat
menimbulkan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

Mohd Nazali (1999) pula menjalankan satu kajian sbp di kalangan pelajar Tingkatan 4
ketika belajar BM di dalam kelas, di luar kelas dan peperiksaan. Beliau cuba mengkaji
sbp berdasarkan jantina dan etnik pelajar ketika belajar BM. Hasil kajiannya
menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih banyak menggunakan teknik
pembelajaran dalam ketiga-tiga konteks penggunaan teknik pembelajaran berbanding
pelajar lelaki. Dari segi etnik pula, Mohd Nazali mendapati pelajar Melayu lebih banyak
menggunakan teknik pembelajaran, diikuti pelajar India dan Cina ketika belajar BM di
dalam kelas, luar kelas dan peperiksaan.

Dapatan kajian Mohd Nazali ini juga bersamaan dengan kajian yang telah dijalankan
oleh Mohd Nazali, Mohamed Amin dan Zamri (1999), Rahani (1999), Norzizah (1999),
Yong Zaharah (1999) dan Zuriyati (1999). Zamri, Mohamed Amin, Noriah dan Juriah
(2002) pula telah menjalankan satu kajian pemerhatian di dalam kelas pelajar
cemerlang. Hasil pemerhatian, mereka mendapati bahawa pelajar lelaki lebih banyak
menggunakan teknik pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran bertutur, manakala
pelajar perempuan lebih banyak menggunakan teknik pembelajaran bagi
meningkatkan kemahiran mendengar, membaca dan menulis.

Dapatan kajian Zamri et al. (2002) ini bersamaan dengan kajian yang dijalankan oleh
Zamri dan Mohamed Amin (2003a, 2003b). Sebagai contoh, Zamri dan Mohamed
Amin (2003) menggunakan protokol pemerhatian bagi mengenal pasti teknik
pembelajaran yang digunakan oleh pelajar cemerlang dan lemah ketika belajar BM di
dalam kelas. Hasil kajiannya, Zamri dan Mohamed Amin mendapati pelajar cemerlang
lebih banyak menggunakan Strategi Pengajaran yang khusus berbanding pelajar
lemah. Begitu juga dari segi jantina di mana pelajar perempuan lebih banyak
menggunakan teknik pembelajaran berbanding pelajar lelaki ketika belajar BM di
dalam kelas untuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bagi kajian
berikutnya, Zamri dan Mohamed Amin (2003b) telah menjalankan kajian teknik
pembelajaran pelajar cemerlang dan lemah bagi kemahiran mendengar dan bertutur.
Instrumen temu bual digunakan bagi mengumpul data. Hasil kajiannya, Zamri dan
Mohamed Amin mendapati pelajar cemerlang lebih banyak menggunakan teknik
pembelaajran berbanding pelajar lemah ketika belajar BM di dalam kelas.


2.3 Teori Psikolinguistik

Menurut psikolinguistik kognitif Membaca akan bermula dengan makna dan berakhir
dengan makna pula. (Mangantar Simanjuntak 1988: 160). Ini menunjukkan bahawa
makna itu pula bergantung kepada dan ditentukan oleh pengetahuan dunia pembaca
yang diperolehnya sejak dilahirkan lagi. Ini juga bermakna seseorang yang baik dan
berkesan akan selalu mengarahkan pengetahuan dunianya untuk memberi makna
kepada lambang tulisan yang dibacanya, seterusnya untuk mendapatkan erti daripada
lambang tulisan itu. Oleh itu, proses membaca menurut pandangan psikolinguistik
kognitif merupakan, satu proses dua hala, iaitu saling bertimbal balas dari lambang
ke otak dan dari otak ke lambang tulisan.

Pembaca yang lancar dapat membaca lebih kurang 400 patah perkataan dalam 1 minit
dan kelancaran inilah yang menjadi objektif kepada pembaca. Sekiranya pendekatan
yang salah diajarkan kepada seseorang murid, mereka hanya akan dapat mencapai
kelancaran di antara 150 hingga 200 patah perkataan dalam 1 minit apabila dia
dewasa nanti (Mangantar Simanjuntak 1988: 161). Selain itu, minat membaca
terhadap bahan bacaan ke atas murid ini tidak seperti yang diharapkan, kerana minat
membaca yang sangat diharapkan itu telah dimatikan oleh pendekatan yang salah tadi
secara tidak disedari. Oleh sebab itu, pemilihan pendekatan pengajaran membaca di
sekolah rendah (SR) adalah sangat penting, kerana hal ini akan menentukan segala-
galanya dalam sistem pendidikan kita pada masa yang akan datang.

Tujuan utama membaca adalah untuk mendapatkan erti atau makna daripada bahan
bacaan (teks) dan bukannya untuk membunyikan lambang bertulis dalam teks itu
semata-mata. Sebaliknya kemampuan membunyikan lambang bertulis adalah
merupakan tujuan tambahan sahaja. Menurut fahaman psikolinguistik kognitif
membaca melibatkan banyak faktor, seperti faktor lambang bertulis, penglihatan,
ingatan jangka pendek, bahasa dan tatabahasa, erti, pengetahuan dunia dan lain-lain.
Menurut Mangantar Simanjuntak (1988: 161), definisi membaca menurut fahaman
tersebut berbunyi begini:

Membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang pembaca
membentuk semula di dalam fikirannya (otaknya) erti yang ingin disampaikan
seseorang penulis melalui lambang-lambang bertulis yang dibaca oleh pembaca tadi.

Daripada definisi tersebut jelaslah bahawa seseorang pembaca tidak perlu
membunyikan lambang bertulis itu terlebih dahulu sama ada secara kuat atau secara
dalam hati dan selepas itu mengenal kata-kata yang dibunyikan dan kemudian menarik
ertinya. Menurut definisi tersebut, seseorang 4 embaca harus dapat segera menarik
erti daripada teks dengan pertolongan yang minimum daripada tanda saran yang
didapati daripada lambang bertulis dalam teks itu dengan tidak membunyikan kata-
katanya satu persatu. Dengan ini juga jelas menunjukkan bahawa seseorang pembaca
tidak perlu membunyikan lambang bertulis itu lebih dahulu sama ada secara kuat atau
secara di dalam hati dan selepas itu mengenal kata yang dibunyikan dan barulah
kemudian menarik ertinya. Proses ini selaras dengan kepentingan organ deria
manusia dari perspektif Islam, yang bermaksud, iaitu: Dan janganlah engkau mengikut
apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan ditanya tentang
apa yang dilakukan (Surah Al-Isra : 36)

Dengan demikian jelaslah bahawa psikolinguistik kognitif telah menolak definisi
membaca menurut teori pemelajaran lama (tradisional) yang mengatakan bahawa
membaca adalah satu kegiatan mengenal kata-kata dengan cara membunyikannya
(dalam hati) dan kemudiannya menarik erti daripada kata tersebut. Definisi ini seolah-
olah mementingkan pengenalan kata yang tepat secara satu persatu dengan cara
membunyikannya terlebih dahulu sebelum pembaca dapat menarik erti sesuatu
kalimat yang dibaca.

2.3.2 Latih Tubi dan Kaitan dengan Teori Pembelajaran.

Teori pembelajaran Behaviourisme mementingkan ransangan dan pengukuhan.
Mengikut teori ini, apabila rangsangan diberi pengguna akan memberi respon. Proses
latihtubi ini berdasarkan teori behavioris ini. Ia adalah untuk memberi latihan dan
pengulangan yang bersifat peneguhan terhadap sesuatu konsep yang telah dipelajari.
Penggunaan latihtubi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan pengguna.
Berasaskan Teori Behaviorisme (Bloomfieild) beliau telah mengklasifikasikan latihan
bahasa melalui;
i. Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.
ii. Proses pengajaran haruslah menekan latihan dan pengulangan yang banyak
iii. Proses penguasaan bahasa melalui latihan yg memerlukan mekanisme yg
bersistem
iv. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.
v. Berasaskan teori pelaziman klasik iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa
menerusi hukuman dan ganjaran.
vi. Sesuatu ujaran terbentuk keranan adanya rangsangan, gerakbalas dalam
bentuk bahasa, proses pendedahan yang berulang-ulang, gerak balas dalam
bentuk bahasa dan konsep peniruan yang mempercepatkan pembelajaran
bahasa.
vii. Aspek pengukuhan memudahkan ingatan
viii. Pengajaran tatabahasa adalah berdasarkan penekanan indukif/kaedah terus,
dengar, tutur, dan teknik latih tubi.

Dalam latih tubi, pelajar dibimbing melalui satu siri latihan-latihan yang direka agar
pelajar dapat memahirkan diri dengan kemahiran baru atau mengingat kembali
maklumat yang sedia ada. Penggunaan pendekatan latihtubi menganggap bahawa
pelajar telah pun menerima maklumat tentang konsep, prinsip atau prosedur yang
memerlukan latihan. Bagi memperolehi latihtubi yang efektif, setiap latihan hendaklah
mengandungi maklum balas pembetulan bagi setiap kesalahan yang dibuat oleh
pelajar.


Ciri-ciri pendekatan latih tubi adalah;
i. Menyediakan latihan berulangkali dari kemahiran asas kepada penambahan
penghafalan, membina kemahiran dan mencapai penguasaan penuh.
ii. Ianya dapat disesuaikan untuk psikomotor dan kemahiran kognitif tahap
rendah
iii. Sesuai bagi maklumat yang bukan dari sekali pendedahan belajar.
iv. Membantu apabila ketepatan dan kepantasan diperlukan.

Pengaplikasian
Reka bentuk struktur latih tubi berdasarkan Alessi & Trollip (1991)

2.4 Kajian Luar Negeri

2.4.1 Kemahiran Membaca
Menurut Grabe (1991), kemahiran dalam penggunaan strategi bacaan dapat
meningkatkan bacaan pemahaman teks. Hasil kajian Bejarano (1987) telah
membuktikan bahawa pengajaran pemahaman teks yang menggunakan kaedah BPPP
amat berkesan. Begitu juga hasil kajian Almanza (1997) menunjukkan bahawa PK
lebih berkesan untuk mengajar pemahaman teks berbanding dengan kaedah
tradisional dalam satu kelas besar. Walau bagaimanapun, Eleanor, dan Taylor (1995)
menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan antara kaedah BPPP
berbanding dengan kaedah penbelajaran tradisional dalam pemahaman teks di
kalangan murid darjah enam. Kajian oleh Teeravarapaug dan Khairiree (1992) ke atas
pelajar-pelajar sekolah di daerah-daerah Bangkok menunjukkan bahawa pelajar-
pelajar yang tidak belajar melalui kaedah PK telah menghasilkan pencapaian yang
lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang telah melalui olahan kaedah PK.

2.5 Penutup
Aplikasi Kemahiran latih tubi dengan menggunakan Kad gambar merupakan aktiviti
yang dapat memupuk kemahiran membaca dikalangan murid. Pengabaian kemahiran
membaca seperti laporan Mohamed Amin 1996; Che Suriyati 2000; Azlin Mazniwati
2000, Faizahani 2002) berkaitan kajian-kajian dengan kecemerlangan pelajar dalam
pembelajaran bahasa di Malaysia banyak dijalankan dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris (BI) sebagai bahasa kedua sama ada di peringkat doktor falsafah, sarjana
mahupun sarjana muda sebaliknya, kajian yang sama kurang dijalankan dalam
pendidikan Bahasa Melayu. Justeru, guru juga mesti mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka agar potensi murid dapatdiperkembangkan semaksimum yang
mungkin (Shukri Zain, 2007). Hal ini kerana, di dalam sesuatu kelas terdapat pelbagai
tahap kemahiran membaca oleh murid. Oleh yang demikian, guru perlu merancang
proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan berkesan bagi membolehkan
semua murid dapat menguasai perkara yang diajar.


















BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan
Dalam sesuatu kajian, kaedah atau metodologi merupakan faktor yang penting untuk
memastikan keputusan yang diperolehi mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
yang tinggi. Oleh itu, pendekatan cara persampelan dan penganalisisan data yang
digunakan perlu dikenal pasti agar ia bersesuaian dengan kajian yang dibuat.

Bab ini membincangkan kaedah-kaedah dan metodologi kajian yang digunakan dalam
menjalankan kajian. Bab ini juga akan menerangkan tentang reka bentuk kajian,
kaedah pengumpulan data, responden kajian, kawasan kajian dan kaedah
penganalisisan data serta proses pemilihan subjek kajian, senarai alat kajian yang
digunakan, cara perlaksanaan dan bentuk analisis data yang digunakan.

3.1 Rekabentuk Penyelidikan
Rekabentuk kajian ini berdasarkan kepada ciri-ciri penyelidikan tindakan. Model
Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis & Mc Targgaart ini merupakan kitaran asas yang
wujud secara berterusan melibatkan 4 peringkat iaitu Tinjauan, Perancangan,
Perlaksanaan dan Refleksi.











Rajah 1 : Model Kemmis dan Mc Taggart (1988)
Keempat-empat pelaksanaan ini terdapat dalam model pendidikan. Bentuk kajian ini
dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan
lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan ujian pra dan
ujian pos dalam pengajaran diawal dan berakhir selama seminggu dapat menunjukkan
tahap keberkesanan akses internet dalam kegiatan membentuk dan membuat corak.
Kajian ini adalah merupakan kajian tindakan yang bertujuan untuk mengetahui
keberkesanan penggunaan kaedah latih tubi dalam meningkatkan kemahiran
menggunakan kad gambar.

Pengkaji menyediakan nota lapangan semasa pemerhatian khususnya perkara-
perkara yang melibatkan aktiviti murid. Data daripada nota lapangan, temu bual dan
pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan yang dikemukakan dalam laporan
kajian ini.




















Rajah Rekabentuk Penyelidikan

3.2 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 18 orang murid di salah sebuah sekolah
daerah Papar, Sabah. Kajian yang dilakukan adalah secara kualitatif kerana penyelidik
mempunyai masa yang mencukupi untuk memerhati dan meneliti masalah sebenar di
persekitaran yang sebenar juga (Marohaini, 2001). Menurut Bogdan dan Bikken
(1998), kebanyakan kajian kualitatif yang dijalankan di tempat lapangan adalah
bertujuan untuk mengutip data secara komprehensif. Ini selaras dengan pendapat
Jorgensen (1989) dan Marohaini Yusoff (2001), yang mengatakan sesuatu data itu
MEREFLEK
MERANCANG
BERTINDAK
MEMERHATI
GELUNG 1
GELUNG 2
boleh dikutip jika ia mempunyai ciri-ciri yang sama dan tidak berubah. Seramai 18
orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian.


Prosedur Pengumpulan Data.

i. Ujian pra : Minggu Pertama
Jumlah Item : Tiga belas Kad Bacaan
Masa : 13 minit setiap seorang

ii. Ujian Pos : Minggu Ke 4
Ujian ini dijalankan diakhir pengajaran selama empat minggu.
Jumlah Item : Tiga belas Kad Bacaan
Masa : 13 minit setiap seorang

Markah-markah ini dirumus ke dalam jadual dan graf perbandingan. Soalan Pra dan
Pos adalah berbeza tetapi masih menggunakan kaedah mengeja suku kata yang
sama. Ini bertujuan untuk mengetahui sama ada murid dapat atau belum menguasai
kemahiran mengeja, membatang suku kata dan seterusnya membaca ayat pendek.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data
Perbincangan mengenai kaedah pengumpulan data adalah berfokus kepada sumber
data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini melalui data primer dan maklumat.
Data diambil daripada perbezaan skor data ujian pra dan pos yang di jalankan.
Menggunakan buku-buku rujukan, kad perkataan bergambar serta maklumat daripada
guru pemulihan yang berkaitan dengan kajian. Perbincangan dengan guru pemulihan
diadakan untuk mengenal pasti murid yang benar-benar layak sahaja untuk mengikuti
kelas ini. Hasil dari perbincangan ini, mendapati murid-murid ini sememangnya
menghadapi masalah penguasaan kemahiran membaca melibatkan suku kata yang
panjang seperti gabungan KV dan KVK . Disebabkan mereka tidak dapat membaca
maka minat untuk mendalami lagi bacaan semakin pudar dan secara tidak langsung
timbullah masalah disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan-rakan
sebaya yang lain.

3.5 Instrument Kajian
Menurut Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999: 37), populasi kajian adalah terdiri
daripada semua ahli dalam kelompok kajian. Populasi kajian adalah terdiri daripada 8
orang murid lelaki dan 10 murid perempuan Tahun 1 di sebuah sekolah Murid Satu di
daerah Papar, Sabah. Sampel kajian diambil secara rawak dalam pelbagai kebolehan.
Subjek kajian diberi ujian kerja selepas sesi pengajaran dan pembelajaran selesai.
Soalan akan memberikan maklumat mengenai penggunaan kaedah latih tubi dalam
meningkatkan kemahiran suku kata dengan kad gambar dijalankan. Keputusan ini
akan digunakan untuk melihat prestasi pencapaian murid di peringkat awal.

Latih tubi 1 - Ujian Murid Menyebut Huruf Dengan Tepat
Latih tubi 2 - Murid Memadan Bentuk Huruf Sama
Latih tubi 3 - Murid Menyebut dan Membaca kad Bacaan
Latih tubi 4 - Murid Mendengar Guru Bercerita dan Memadankan Kad
Bacaan Gambar.
Latih tubi 5 - Menyalin semula ayat berdasarkan kad Bacaan
Latih tubi 6 - Membaca Kad Bacaan (cerita)

3.6 Analisis Data
Oleh kerana kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan pelaksanaan kaedah latih
tubi menggunakan kad suku kata bergambar maka analisis dapatan menggunakan
kaedah peratus dan graf bar bagi menunjukkan hubungan perbezaan pencapaian
kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.

Jadual 1: Keputusan Ujian
PraMarkah ( % )
Jumlah Murid Peratus
10 1 6
20 2 11
30 3 17
40 0 0
50 4 22
60 8 44


3.7 Kesimpulan
Dengan menggunakan instrumen kajian tindakan, penyelidik dapat membuat
penganalisisan data yang diperolehi dengan lebih mudah kerana segala maklumat
yang diperolehi boleh disemak semula dan jawapan yang telah diperolehi merupakan
jawapan yang tepat kerana responden hanya perlu memilih satu jawapan sahaja
daripada persoalan yang diberikan. Daripada nilai analisis data yang diperolehi,
penyelidik dapat menghuraikan dapatan yang berkaitan dengan aspek-aspek kajian
secara terperinci dalam bab yang seterusnya.
Bab ini juga telah membincangkan metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik
bagi menjalankan kajian ini. Metodologi yang digunakan adalah bertujuan untuk
menjawab segala persoalan-persoalan kajian seperti yang dinyatakan dalam Bab I.


































Bibliografi

Abu Saleh, Muhibuddin Ahmad (1988). Asasiyat fi turuq at-tadris al-`ammah. Riyadh:
Dar Al-Huda.

Al-Kailany, Taisir dan Iyad, Mulhim (1986). At-Taujih al-fanny fi usul at-tarbiyah wat-
tadris. Beirut: Maktabah Lubnan.

An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit:
Makatabah Al-Manar.

Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Azman Wan Chik (1987). Kaedah hayati amali. Kuala Lumpur:
Karya Bistari.

Cangelosi, James S.(1992). Systematic teaching strategy. New York:
Longman.

Hamidah Yamat, Melor Md. Yunus dan Norzaini Azman. 2002. English Language
Proficiency for Quality in Education: Are Our Students Ready? Proceedings of the
International Conference on Education for All 2002.
1: 225-233.

Hasan Langgulung (1981). Beberapa tinjauan dalam pendidikan Islam.
Kuala Lumpur: Pustaka Antara,.

Judith, S. dan S. McNary. 1999. Structural Equating Modeling. LISTSERV. E-Mail
Discussion Group on August 19, 1999.

Kang, Dang-Ho. 1997. Assessing Korean Middle School Students Language Learning
Strategies in Input-Poor Environments. EDRS. ED 413778.

Kvale, S. 1996. Interviews : An Introductions to Qualitative Research Interviewing.
Thousand Oaks: Sage Publications.

Landis, J. dan G. G. Kosh. 1977. The Measurement of Observer Agreement for
Categorical Data. Biometrics. 33: 159-174.

Lessard-Clouston, M. 1997. Language Learning Strategies: An Overview for L2
Teachers. Japan: Kwansai Gakuin University Press.

Mahfuzdh Shalahuddin (1987). Metodologi Pendidikan Islam. Surabaya: Bina Ilmu.


Mohamed Amin Embi. 1996. Language Learning Strategies Employed by Secondary
School Students Learning English as a Foreign Language in Malaysia. Thesis Ph.D.
School Of Education, University Of Leeds, UK.

Mohamed Amin Embi, Juriah Long dan Mohd Isa Hamzah. 1999. Language Learning
Strategies Used by Secondary School Students in Malaysia: A Preliminary Study.
Laporan Akhir Penyelidikan G1/97. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor.

Mohamed Amin Embi dan Abu Talib Abdullah. 1997. Penyelidikan Strategi
Pembelajaran Bahasa: Implikasi Terhadap Pendidikan Bahasa di Malaysia. Kerta Kerja
dibentangkan di Seminar Kebangsaan Lingusitik (SKALI) Ke-3, anjuran Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Amin Embi, Zamri Mahamod dan Mohd Nazali Abu Bakar. 2001. Pola
Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu. Journal of Language Teaching
Linguistics and Literature. 7: 95-109.

Mohamed Amin Embi, Mohd Isa Hamzah, Zamri Mahamod dan Jamaluddin Badusah.
2002. E-Learner Training. Net: An Interative Online Model for Learning to Learn
Language. Paper Presented at the Learning Conference 2002, Beijing, China.

Mohd Nazali Abu Bakar. 1999. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Kalangan
Pelajar Tingkatan 4: Satu Tinjauan. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Mohd Nazali Abu Bakar, Mohamed Amin Embi dan Zamri Mahamod. 1999. Hubungan
antara Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu dengan Pemboleh Ubah
Jantina, Etnik, Pencapaian Bahasa dan Status Sosioekonomi Pelajar. Jurnal
Teknologi. 31(E): 43-62.

Mohd Tajuddin Hj. Abdul Rahman. 1996. Penyelidikan Pendidikan: Kontrak Sosial ke
Arah Meningkatkan Martabat Bahasa Melayu. Jurnal Dewan Bahasa. 40: 694-401.

Noriah, M. I. 1999. Analysis of Attachment Theory among Malaysian Students Studying
at American Universities. Thesis Ph.D. Western Michigan University, Kalamazoo, USA.
Norzizah Yusof. 1999. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah di
Seri Kembangan: Kaedah Temu Bual. Penulisan Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Oxford, R. 1989. The Role of Styles and Strategies in Second Language Learning.
ERIC. No. ED317087.

Oxford, R. 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know.
New York: Newbury House /Harper & Row. Untitled-145 02/17/2007, 01:18 17 ZAMRI
MAHAMOD & MOHAMED AMIN EMBI 18 Oxford, R. dan D. Crookall. 1989.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2000. Pengenalpastian Gaya dan Strategi
Pembelajaran Bahasa sebagai Satu Cara Mengatasi Masalah Kepelbagaian Pelajar
dalam Kelas Bahasa. Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. 13-26.

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2001. Gaya dan Strategi Pembelajaran
Bahasa: Metodologi, Dapatan dan Agenda Masa Depan. Language Reporter 2001:
Issue. 189-207.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. 2002.
Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina Pelajar Cemerlang: Satu Kajian
Perbandingan. Proceeding of The International Conference on Education for All 2002.
1: 63-77.

You might also like