You are on page 1of 3

Kelas : Gemilang 4 Tarikh : 17 Julai 2014

Hari : Khamis Masa : 7.30am 8.30 am


Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Bilangan Murid : 8 orang
Nama Murid dan Kategori : Kumpulan A (Sederhana)
1. Ma Zi Jin ( Slow Learner)
2. Muhammad Aiman Haikal Bin Muhammad Kamal (Slow Learner)
3. Muhammad Hafiz Bin Irmansyah (Disleksia)
4. Nurul Izzati Bt. Mohammad (Slow Learner)
Kumpulan B (Baik)
1. Cheng Siew Lee ( Intelectual Disability)
2. Mohd Amirul Azleen B. Abd Asi (Disleksia)
3. Muhammad Radzi Bin Ghazali (ADHD)\
4. Thiruchelvan A/L Anbalagan (Visual Impairment)
Tajuk : Bacaan
Standard Kandungan : 3.4 Membaca ayat
Standard Pembelajaran : 3.4.1 Membaca ayat tunggal berdasarkan perkataan yang telah dipelajari
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. Membaca tiga daripada lima ayat tunggal dengan betul.
2. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul.
3. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui cara untuk berkomunikasi dengan bersopan.
Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, lembaran kerja.
Penerapan Nilai : Kerajinan
Kemahiran Berfikir : Menilai
Unsur Terapi : Terapi pertuturan, terapi cara kerja
Langkah Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Set Induksi
(5 minit)
1. Guru menayangkan video mengenai baju tradisional masyarakat di
Malaysia.
2. Guru menjelaskan video yang telah ditayangkan dan mengaitkannya
dengan isi pembelajaran pada hari ini.
BBM : Video, Laptop, LCD
Projector.
Langkah 1
(15 minit)
1. Murid menamakan pakaian tradisional berdasarkan gambar yang
ditunjukkan oleh guru.
2. Murid dan guru bersoal jawab mengenai pakaian tradisional dan siapa
pemakainya.
Contoh : Baju kurung = orang Melayu
3. Murid dibimbing untuk membentuk ayat tunggal berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
Contoh : Baju kurung itu berwarna merah.

BBM : slaid powerpoint,
laptop, LCD projector

Unsur Terapi : Pertuturan


Langkah 2

1. Guru membimbing murid untuk membaca ayat tunggal yang ditulis di atas
papan putih.
2. Murid mengajuk ayat yang dibaca oleh guru.
Contoh : 1. Baju kurung Izzati berwarna merah.
2. Thiru memakai dhoti pada hari Deepavali.
3. Siew Lee mempunyai sehelai baju cheongsam.
4. Aiman sangat kacak dalam baju Melayu.
5. Radzi memakai songkok ke masjid.
6. Amirul membelikan ibunya baju kebaya.
7. Hafiz menemani Zi Jin membeli samfu.




Langkah 3
(15 minit)
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan dan diedarkan sehelai kad
manila setiap kumpulan.
2. Guru meminta murid untuk membina ayat tunggal di dalam kumpulan
berdasarkan gambar yang guru paparkan di layar putih.
3. Tugasan ini dibuat di dalam kumpulan dan jawapan ditulis di atas kertas
manila.
4. Murid diminta untuk membentangkan hasil kerja di hadapan.
BBM : kad manila, laptop,
LCD projector
Langkah 4
(20 hari)
1. Murid diedarkan lembaran kerja oleh guru.
Kumpulan A :
Kumpulan B :
BBM : Lembaran kerja

Penerapan Nilai :
Kerajinan
Penutup
(5 minit)

1. Murid diminta untuk memberikan luahan perasaan mengenai isi pelajaran
hari ini.
2. Guru membuat rumusan mengenai pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Unsur Terapi : Pertuturan

You might also like