You are on page 1of 1

PENGHUNI RUMAH DIANCAM NYAMUK

ekan, Ahad Lebih 500 penghuni


rumah awam kos rendah (PARK)
pering ka tdua, perkampongan
nelayan Kuala Pahang mendakwa mereka
diancam nyamuk terutama menjelang,
malam sejak 10 tahun lalu.Menurut
mereka, sepanjang tempoh itu, RM 396,000
dibelanjakan untuk membeli ubat nyamuk
bagi mencegah kegiatan serangga itu
Kehadiran nyamuk yang terlalu
banyak, berikutan semua longkang disekitar
kawasan perumahan terbiar serta dipenuhi
sampah sarap dan air bertakung
Kawasan itu bukan sahaja dipenuhi
sampah - sarap malah longkang
busuk kerana sikap penghuni membuang
bungkusan plastic, tin minuman dan kertas
sesuka hati, manakala kerja memungut dan
membersihkan sampah dilakuka noleh
Majlis Derah Pekan
Jika longkang berkenaan dibersihkan
penduduk terbabiT yakin pembiakan
nyamuk dapat dicegah. Seorang penduduk
berkata air longkang bertakung, kerana Ada
pihak bertanggungjawab membuang
sampah ke dalam longkang terbabit.
Beliau berkata penghuni berkenaan
membelanjakan kira-kira RM 30 sebulan
bagi membeli sekurang-kurangnya lima tin
racun serangga seberat 403 gram untuk
mengalaunya muka tau mencegah gigitan
serangga itu.
Menurut seorang lagi penghuni
disitu, mereka sering menganjurkan gotong-
royong bagi membersihkan longkang
terbabit, tetapi kurang mendapat sambutan
dikalangan penghuni itus endiri.
Seorang suri rumah berusia 30
tahun dan engggan namanya disiarkan,
berkata setiap malam dia terpaksa
menggunakan kelambu untuk
menghindarkan bayinya berusia enam
bulan digigit nyamuk.
Katanya, nyamuk semakin banyak berikutan
tiada usaha membersihkan longkang oleh
pihak yang bertanggungjawab itu sejak
lebih 10 tahun lalu.
P

You might also like