You are on page 1of 12

Membantu meningkatkan kefahaman murid

menggunakan kaedah peka gambar dalam


pengajaran subjek Kajian Tempatan tajuk
kepentingan bentuk muka bumi bagi tahun 5
Arif.
ISTILAH KAJIAN
Peka
Peka ialah keadaan dimana seseorang itu dalam keadaan
bersedia dari segi mental dan juga fizikal. Menurut kamus
dewan edisi keempat, peka bermaksud tidak lengah, lekas
berasa sesuatu, lekas bertindak balas dengan sesuatu dan juga
sensitif.

Gambar
Gambar merupakan satu lakaran atau cetakan rupa 2 dimensi
yang bertujuan memperjelas suatu pengertian. Gambar yang
baik harus dapat menggambarkan dengan jelas pesanan atau
maklumat yang ingin disampaikan dan dijelaskan.

OBJEKTIF
Umum
Membantu meningkatkan kefahaman murid
dengan menggunakan kaedah peka gambar dalam
pengajaran subjek Kajian Tempatan tajuk
kepentingan bentuk muka bumi bagi tahun 5 Arif.
Khusus
Meningkatkan markah ujian pos berbanding ujian
pra dalam tajuk kepentingan bentuk muka bumi
bagi murid tahun 5 menggunakan kaedah peka
gambar.
Meningkatkan kefahaman murid mengenai tajuk
kepentingan bentuk muka bumi menggunakan
kaedah peka gambar.
Menarik minat murid untuk mempelajari tajuk
kepentingan bentuk muka bumi.

PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah kaedah peka gambar berkesan untuk
meningkatkan markah ujian pos berbanding
markah ujian pra dalam tajuk kepentingan
bentuk muka bumi?
2. Bagaimanakah kaedah peka gambar ini dapat
membantu murid meningkatkan pemahaman
dan prestasi murid dalam tajuk kepentingan
bentuk muka bumi?
3. Adakah kaedah ini mampu untuk menarik minat
murid untuk mempelajari tajuk kepentingan
bentuk muka bumi?
KAEDAH PENGUMPULAN DATA
Ujian pra dan ujian post
Pemerhatian
Soal Selidik
KITARAN KAJIAN YANG DIGUNAKAN
Model Stephen Kemmis
1. Perancangan
2. Tindakan
3. Pemerhatian
4. Refleksi
5. Semak semula perancangan
TEORI
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan
teori kecerdasan pelbagai Gardner dimana
dalam kaedah yang diperkenalkan oleh
pengkaji, ia berunsurkan visual-ruang.
Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwan
Abdul Rahim (2010) terdapat pelbagai jenis
kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang
sepertikecerdasan bahasa, muzik, pergerakan,
visualisasi dan lain-lain.
Walau bagaimanapun,kecerdasan ini tidak akan
menyerlah sekiranya ia tidak digilap atau
dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang
seharusnya. Justeru, pengkaji menggunakan
kaedah ini untuk mencungkil kecerdasan
pelbagai visual-ruang murid.

KUMPULAN SASARAN
10 orang responden
7 lelaki dan 3 perempuan
Kesemua responden adalah berbangsa Melayu
Berumur 11 tahun iaitu di dalam darjah 5
Mereka dipilih untuk dijadikan responden
pengkaji kerana mereka ialah pelajar yang
berprestasi rendah dan mendapat markah yang
rendah dalam pra ujian yang diberikan oleh
pengkaji.
Selain itu, mereka juga menunjukkan tingkah
laku yang tidak diingini semasa pemerhatian
yang dimana ia menandakan disebabkan
mereka tidak paham tajuk yang diajar, mereka
mula berasa bosan dan membuat aktiviti lain.
KOS KAJIAN
Bil. Jenis Bahan Kuantiti Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)
1. Kertas Mahjung 4 0.50 2.00
2. Pen Marker Pelbagai
Warna
10 2.00 20.00
3. Pelekat Tack-It 1 5.00 5.00
4. Fotokopi kertas
(ujian,pemerhatian,soal
selidik)

147

0.05

7.40

Jumlah (RM) 34.40

You might also like