You are on page 1of 1

Ruj. Kami:SKJ3.

700-1//3/5 ( )
Tarikh : 14 FEBRUARI 2014

Pegawai Perubatan,
Klinik Kesihatan Jelai (F),
73480 Gemas,
Negeri Sembilan.

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN RAWATAN KECEMASAN BAGI
PARA PESERTA MINGGU 3K TAHUN 2014

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Jelai 3 (F) akan mengadakan Minggu
3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) untuk murid-murid tahap dua.

3. Aktiviti tersebut akan diadakan selama satu hari mengikut ketetapan berikut:

TARIKH : 03 MAC 2014
HARI : RABU
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 1.00 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN SK. JELAI 3 (F)

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat
memberikan khidmat rawatan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan di
kalangan para peserta yang mengambil bahagian pada hari tersebut.

5. Segala kerjasama serta perhatian daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA

Saya yang menurut perintah,



(EN. ADAM BIN HJ. OMAR)
Guru Besar,
SK. Jelai 3 (F),
73480 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 3 (F)
73480 GEMAS, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL / FAX : 06-4347034
Laman web : http://skjelai3.blogspot.com
Email : skjelai_3@yahoo.com

You might also like