You are on page 1of 6

Kenali Penyakit Kardiovaskular

Mati mengejut, apa puncanya?


Tanpa mengira peringkat usia dan gaya hidup, penyakit ini ditakuti ramai kerana kehadirannya
tidak disedari dan bakal menyerang pada bila-bila masa sahaja, tanpa sebarang tanda mahupun
isyarat. Bagaimanapun, sakit dada tidak seharusnya dikaitkan dengan serangan penyakit jantung
kerana kebanyakkan pesakit yang menghadapi simptom ini, tidak mengalaminya.
Penyakit koronari jantung (serangan jantung) berlaku apabila terdapatnya saluran darah ke
bahagian jantung yang tersumbat. Kerosakan pada arteri koronari merupakan satu keadaan yang
boleh menyebabkan sakit jantung. Penyumbang utama kepada penyakit jantung arteri koroneri
ini dikenali sebagai arthroskelorosis. Ia terjadi apabila gumpalan lemak terkumpul dalam saluran
darah dan seterusnya, menyempitkan lagi laluan darah yang mengandungi oksigen kepada
jantung. Ini menyebabkan jantung menjadi kekurangan oksigen dan sekiranya keadaan ini
berlarutan, bahagian jantung yang tidak menerima oksigen itu akan berubah menjadi kehitam-
hitaman.
Dipercayai, gumpalan lemak ini berasal daripada kadar kolesterol yang tinggi dalam darah.
Arthroskelorosis mengambil masa yang panjang untuk terbentuk dan ia melibatkan proses yang
cukup perlahan. Bagaimanapun, jika tidak dirawat pada peringkat awal, arthroskelorosis boleh
menjadi bertambah buruk sehingga membawa kepada kematian. Jika dahulu, penyakit jantung
hanya dihidapi oleh warga tua tetapi kini, semakin ramai kanak-kanak dan golongan muda yang
turut menjadi mangsa.
FAKTOR PENYUMBANG
Menurut Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, pada dasarnya
penyakit kardiovaskular berhubung kait dengan kerosakan yang terjadi pada sistem pembuluh
darah, jantung ataupun kedua-duanya sekali. Kelainan pada pembuluh darah bermaksud
penyempitan pada pembuluh darah nadi. Di antara faktor penyumbang kepada risiko yang
berkaitan dengan dengan kejadian penyakit kardiovaskular adalah seperti merokok, tekanan
darah tinggi, pemakanan yang tidak baik atau berat badan berlebihan, kurang aktif atau tidak
bersenam secara berkala dan tekanan. Oleh itu, setiap individu disarankan agar mengamalkan
cara hidup yang sihat agar dapat mencegah daripada terkena penyakit ini. Jangan merokok
sekiranya belum pernah merokok dan berhenti jika jika telah merokok. Selain daripada itu,
amalkan juga cara pemakanan yang sihat berdasarkan piramid makanan. Cuba capai dan
kekalkan berat badan yang unggul menerusi kaedah pemakanan dan juga dengan cara melakukan
senaman berkala ataupun mengamalkan budaya hidup aktif. Akhir sekali, sentiasalah bersabar
dan tenang dalam menjalani kehidupan bagi mengelakkan stres.
Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di
hospital-hospital kerajaan.
Tanda-tanda Penyakit Jantung
Berpeluh
Sesak nafas
Loya
Tercungap-cungap apabila kepenatan
Degupan jantung Luar biasa
Sakit pada bahagian dada
Penyakit arteri koronari
Angin
Lemah jantung
Kematian mengejut
Faktor Utama
Penyakit Jantung
Kadar kolesterol yang tinggi
Merokok
Tekanan Darah Tinggi
Diabetes melitus
Sejarah keturunan keluarga
Kurang bersenam atau melakukan aktiviti fizikal
Tekanan berlebihan berat badan
Kaedah Berkesan Ke arah Jantung
Sihat Makan secara sihat.
Kurangkan pengambilan lemak dan daging binatang. Tindakan ini menolong mengelak
terjadinya pengerasan pada arteri iaitu salah satu punca tekanan darah tinggi, penyakit jantung
dan strok.
Berhentilah merokok. Saranan kerajaan yang sering kita dengar tetapi tidak ramai yang
mematuhinya. Sesiapa sahaja yang terdedah secara lansung dengan asap rokok, berisiko
mendapat serangan jantung, apatah lagi bagi mereka yang merokok.
Ringan-ringankan tulang untuk bersenam.
Pelbagaikan bentuk senaman agar anda tidak bosan untuk bersenam setiap hari. Jadikan ia
sebagai suatu amalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
Kekalkan berat badan ideal.
Berat badan berlebihan membebankan jantung, jadi cuba dapatkan berat badan yang bersesuaian
dengan ketinggian anda.
Elakkan tekanan.
Cuba belajar bertenang , beribadat, berehat sambil mendengar muzik, beriadah dan berfikiran
positif akan membuat anda berasa sihat. Sekiranya anda mempunyai sejarah keturunan yang
berpenyakit jantung, jalanilah ujian pemeriksaan tekanan darah secara berkala.
Sumber : Majalah Wanit
Lima tanda sakit jantung
PEMERGIAN pelakon dan pengacara terkenal, Hani Mohsin Hanafi, 41, akibat serangan jantung
memberi kejutan dan seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua, khususnya yang
mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung.
Ramai terkejut kerana beliau meninggal dunia pada usia muda. Malah, rakan artis yang rapat
dengannya juga tidak tahu arwah ada masalah jantung. Sebenarnya inilah perkara biasa berlaku
kepada mangsa serangan jantung lain.

Walaupun ramai beranggapan sakit jantung tiada simptom, tetapi ada lima tanda yang perlu
diperhatikan:

-Kelesuan (F).

-Aktiviti menjadi terhad (A).

-Dada terasa sesak (C).

-Buku lali bengkak atau edema (E).

-Sesak nafas (S).

FACES adalah cara mudah untuk mengenali tahap kesihatan diri. Walaupun ia bukan penunjuk
tepat kepada masalah jantung, tetapi jika semua ciri umum ini ada pada kita, bermakna kita perlu
bimbang terhadap tahap kesihatan diri.

Semua 5 tanda mudah dikesan. Yang diperlukan hanya kepekaan terhadap perubahan diri kerana
penjagaan kesihatan adalah tanggungjawab kita. Jika ada beberapa tanda, segera menjalani
pemeriksaan kerana walaupun bukan disebabkan masalah jantung, ia mungkin menjadi petanda
kepada penyakit lain.

Penyakit jantung tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk
terbentuk secara tidak disedari. Sakit jantung adalah satu penyakit yang mempunyai spektrum
luas kerana ia berkait dengan masalah lain seperti tekanan darah tinggi, aterotrombosis dan
kegagalan jantung.

Namun, paling penting ialah mengawal tekanan darah kerana tekanan tinggi menandakan jantung
terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Apabila jantung dipaksa
bekerja lebih kuat daripada sepatutnya, ia menjadi besar dan kurang cekap, akhirnya
menyebabkan kegagalan jantung.

Mengikut fakta, penyakit jantung atau kardiovaskular adalah pembunuh utama penduduk di
negara ini dan jumlah pesakit tidak pernah berkurang sejak dua dekad lalu.

Berdasarkan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004, sembilan peratus
daripada kemasukan pesakit ke semua hospital adalah disebabkan masalah kegagalan jantung
dan edaran darah.

Apabila disebut mengenai sakit jantung, rasanya semua orang tahu. Namun,masih ramai tidak
memberi perhatian kepada penyakit ini, termasuk faktor risiko. Malah, masih ramai juga tidak
tahu mengenai atherotrombosis yang menyebabkan 28 peratus kematian jauh lebih tinggi
berbanding kanser dan penyakit berjangkit lain.

Masalah tersembunyi Aterotrombosis berlaku apabila darah membeku di atas plak (lapisan
lemak di dinding salur darah) pecah. Darah beku ini akan membuat lapisan di atas plak tadi.
Pembentukan darah beku secara berterusan boleh menghalang aliran darah. Apabila aliran darah
tersekat, ia menyebabkan serangan jantung (jika berlaku pada salur darah ke jantung) atau strok
(jika saluran darah ke otak terhalang).

Dr Haizal berkata, faktor ini menjadi masalah asas kepada strok iskemia (aliran darah yang tidak
mencukupi ke otak), serangan jantung, serangan iskemia, sindrom koronari akut dan kerosakan
pembuluh darah.

Ini sebabnya setiap orang perlu mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak semua faktor risiko
yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Hanya ada empat faktor risiko yang tidak boleh
diubah iaitu jantina (lelaki), peningkatan umur, bangsa dan sejarah keluarga mendapat sakit
jantung.

Manakala faktor risiko seperti senarai di bawah boleh diubah dan dikawal iaitu:

-Kencing manis.
-Paras kolesterol tinggi.
-Tekanan darah tinggi.
-Kurang aktiviti fizikal dan bersenam.
-Masalah berat badan berlebihan dan obesiti.
-Pemakanan tidak seimbang.
-Merokok.

Gejala seperti hidung sering berdarah dan sakit kepala adalah petanda tekanan darah terlalu
tinggi. Bagaimanapun, jika tekanan tidak terlalu tinggi (tetapi melebihi tahap normal iaitu kurang
140/85 mmHg) ia tidak mempunyai gejala.

Ini sebabnya ramai tidak sedar mereka sebenarnya menghidap tekanan darah tinggi. Jika tidak
dikawal ia boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, mata dan otak. Penurunan
sebanyak dua mmHg membawa banyak manfaat kepada pesakit kerana ia dapat mengurangkan
tujuh peratus kematian.

Kira-kira 24 peratus rakyat Malaysia berusia 30 tahun ke atas mengalami masalah tekanan darah
tinggi, tetapi hanya 18 peratus mendapatkan rawatan dan mengawal tekanan darah mereka.
Manakala 13 peratus mengambil ubat tetapi tekanan darah tidak terkawal dan 53 peratus lagi
tidak tahu mereka ada masalah ini.

Cara mudah untuk mengawal tekanan darah ialah menjaga pemakanan dengan mengurangkan
pengambilan garam (hanya satu camca teh sehari) dan bersenam.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjaga pemakanan di negara yang mewah dengan sajian
enak ini, tetapi semuanya perlu dilakukan demi kesejahteraan d
Jantung adalah salah satu organ manusia yan letaknya di dalam dada terutama sebelah
kiri yang terdiri dari organ berupa otot, berbentuk kerucut, berongga dan dengan
basisnya di atas dan puncaknya di bawah. Jantung merupakan pemompa berotot yang
bekerja secara terus menerus dan tanpa berhenti untuk memompa darah manusia yang
dialirkan ke seluruh tubuh. Dalam melakukan kontrsksi dan relax, dalam sehari
melakukan sebanyak 100.000 (seratus ribu) kali yang diperlukan suplay darah yang
baik dan disediakan oleh pembuluh arteri koroner. Dalam kehidupan sehari-hari bentuk
jantung digambarkan seperti daun waru (heart). Apex (puncak) miring ke sebelah kiri.
Perkiraan berat jantung adalah 300 gram dengan besar kraung lebih seukuran kepalan
tangan bayi. Agar jantung berfungsi sebagai pemompa yang efisien, otot-otot jantung,
rongga atas dan rongga bawah harus berkontraksi secara bergantian. Laju denyut-
denyut jantung atau kerja pompa ini dikendalikan secara alami oleh sesuatu yang
disebut detak atau denyut jantung yang berirama. Orang menyebut bahwa jantung
adalah pusat kehidupan manusia, hal ini dapat diartikan bahwa jika jantung berhenti
berdenyut secara permanen maka disitulah orang diartikan berhenti hidup (
meninggal). Atau orang sering mengatakan sebagai jantung hatiku, yang merupakan
ungkapan dambaan seseorang terhadap orang lain yang penuh kasih sayang dalam
kehidupan dirinya tersebut, atau mereka merupakan bagian dari kehidupan.
Struktur internal, jantung dipisahkan oleh sebuah lapisan otot menjadi dua belah
bagian, dari atas ke bawah, menjadi dua pompa. Kedua pompa ini sejak lahir tidak
pernah tersambung. Belahan ini terdiri dari dua rongga yang dipisahkan oleh dinding
jantung. Maka dapat disimpulkan bahwa jantung terdiri dari empat rongga, serambi
kanan dan kiri serta bilik kanan dan kiri.
Penyakit jantung dalam beberapa tahun ini telah menempati urutan pertama di
Indonesia bahkan di dunia, hal inilah yang kemudian menjadi perhatian bagi semua
orang terutama pada bidang kesehatan untuk mengetahui seluk beluk tentang jantung
manusia dan permasalahannya. Untuk itu dalam artikel-artikel selanjutnya akan
dibahas tentang cara kerja jantung, penyakit jantung, dan tips sehat jantung yang akan
memberikan pengetahuan dan melakukan tindakan-tindakan yang perlu untuk
mengindar, mencegah, dan menangani masalah penyakit jantung.

You might also like