You are on page 1of 2

REFLEKSI INDIVIDU

Nama : Aishah binti Abd Radzak


No. Kad Pengenalan : 820308-08-5682
Opsyen : Matematik Kumpulan 1
Bersyukur kepada yang maha berkuasa kerana dengan limpah kurnianya saya telah
berjaya menyiapkan MTE3109 bersama-sama ahli kumpulan yang lain dengan jayanya.
Saya berasa bersyukur kerana setalah saya menyiapkan tugasan ini banyak perkara
baru yang telah saya pelajari. Saya belajar cara bekerja secara kumpulan kerana kami
sama-sama berusaha bagi memahami konsep yang betul untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya belajar bagaimana untuk menggunakan, mengaplikasikan pengajaran matematik bagi
mengatasi miskonsepsi pelajar terhadap sesuatu konsep dengan terkesan.
Walaupun mempunyai pengalaman mengajar hampir sedekat namun terdapat juga
masalah dikalangan murid berkaitan pemahaman konsep matematik.Setelah mendapat
tugasan ini, saya mengimbas kembali permasalahan yang dihadapi oleh murid saya yang
mengalami kekeliruan terhadap konsep matematik.Saya mendapati murid yang menghadapi
masalah ini adalah kerana mereka tidak memahami konsep dengan jelas yang diterangkan
oleh guru.Selain itu, terdapat juga murid yang pintar yang terlalu yakin dengan penyelesaian
yang dilakukan namun jawapan yang diberi tidak tepat akibat daripada terlalu yakin dengan
jawapan kerana cuai berkaitan symbol dan salah konsep.
Setelah saya menjalankan ujian kepada 15 orang murid kelas saya, saya dapati
daripada 15 orang murid terdapat segelintir daripada mereka tidak dapat memberikan
jawapan yang tepat. Namun setelah diteliti, didapati murid berkenaan cuai semasa
menjalankan operasi yang diberikan dan murid tidak membaca soalan dengan tepat.Jelas
menunjukkan murid berkenaan menunjukkan cara pemahaman yang tersendiri untuk
memahami konsep matematik.
Oleh yang demikian, saya mengambil inisiatif untuk membetulkan cara pemahaman
konsep matematik murid dengan jelas. Saya membuat ulangan semula berkaitan tajuk
tersebut dan menjalankan ujian kedua.Terdapat perubahan yang baik yang ditunjukkan oleh
murid yang berkenaan.Walaubagaimanapun, saya dapati terdapat murid yang tidak
menguasai konsep operasi dengan betul lalu saya membuat bimbingan individu terhadap
murid tersebut.
Kesimpulannya, Setelah saya berjaya menyiapkan tugasan ini dapat saya jelaskan
bahawa setiap pengajaran dan pengajaran yang dijalankan akan lebih bemakna apabila
konsep matematik yang betul boleh diaplikasikan oleh murid dengan berkesan.
Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan Puan
Aida binti Mohd Ariff dan Puan Aini binti Selamat kerana begitu bersungguh sungguh
membuat perbincangan bagi menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada En. Hamzah
bin Nun yang tidak jemu-jemu memberi bimbingan yang sewajarnya bagi menyiapkan
tugasan ini. Bersyukur dan berbangga saya rasakan kerana saya berjaya menyiapkan hasil
kerja kumpulan saya dengan jayanya.
Sekian terima kasih.

You might also like