Saya pilih Istanbul, Turki. Kemudian tanpa berlengah lagi, saya membuat permohonan keJabatan Biasiswa dan Latihan untuk membentangkan kertas kerja di Luar Negara. Merekaluluskan RM3000. Alahai…. sikitnya! Tak mengapa – No komplen (nota: tahun inimereka luluskan RM7000 untuk ke Florence, Italy). Namun kegembiraan saya yang sebenar adalah semasa pembentangan kertas kerja. Sayamenerima ramai kenalan – profesor perakaunan dari serata dunia – yang sudi pulamemberi pandangan secara positif dan membina. Eh… kalau di Malaysia – lagi dapathentam lagi
terror
– bilalah kita nak berubah. Bila tengok
student
kena hentam kiri dankanan semasa membentang
proposal
PhD, saya selalu bersyukur kerana dapat belajar diluar negara. Kadang-kadang rasa simpati pada pensyarah muda yang baru belajar menjalankan penyelidikan diasak semasa pembentangan cadangan penyelidikan olehkepandaian mereka yang berkelulusan PhD.Tentu sekali kita sedang mengasuh diri-sendiri supaya pandai PR, berhemah dan bijak membantu walaupun sudah mencapai tahap Profesor, bergelar Doktor ataupun sudahcukup bijak dengan penyelidikan. Bila saya membelek-belek senarai panjang tugasseorang Profesor, salah satu tugas hakiki yang kelihatan besar dan mulia ialah keperluanseorang Profesor membantu pensyarah muda untuk meningkat di dalam kerjaya mereka.Peranan ini perlu dilakukan secara bersungguh, ikhlas dan sepenuh perasaan. Saya fikir,masa akan mengubah keadaan secara perlahan-lahan.Berbalik kepada kertas penyelidikan yang telah dibentangkan, ia harus diperbetulkansecepat mungkin disamping keperluan untuk menyiapkan laporan penyelidikan yang bakal dihantar kepada
Institute of Research, Development and Commercialisation
(IRDC) UiTM.Bila sempurna semuanya (Disember 2005), kami mula mencari-cari jurnal yang sesuai.Kami memilih JAOC. Hampir enam bulan kemudian, barulah menerima maklum balas.Dan saya fikir, kami memerlukan sebulan lagi untuk membetulkan kesemua teguran dancadangan penilai. Bila pula ia akan diterbitkan – tak payahlah memenatkan benak pemikiran. Ia sudah tidak penting lagi!Saya ingin berpesan kepada pensyarah yang masih kurang keyakinan untuk menghantar kertas penyelidikan mereka ke Jurnal Antarabangsa supaya berani mencuba. Senario paling teruk yang bakal anda hadapi ialah kertas penyelidikan anda akan ditolak. Bukanmati.Cuba baca artikel
Menarik. Saya sendiri pernah menerimasatu komen yang agak kejam: “data yang digunakan sudah
out-dated
. Jika mahudipertimbangkan semula, saya cadangkan supaya ditambah satu tahun yang terkini”.Tambahan yang menggambarkan satu projek baru.