You are on page 1of 8

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG

173

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KELAS
Tajuk

Pengenalan tentang Panjang

Sub-tajuk Mengenal unit asas panjang dalam konteks

Masa 1 jam (0900-1000)

Kelas 2 Cemerlang (35 orang murid)

Objektif Pembelajaran

Hasil Pembelajaran Murid berupaya :
1. Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan
panjang dalam konteks amalan
Bahan Bantu Mengajar 1. Murid
2. Pembaris
3. Objek maujud yang ada di dalam bilik darjah

Nilai dan sikap Bekerjasama, Berdisiplin, Jujur

Pengetahuan Sedia Ada Murid telah didedahkan tentang unit ukuran panjang dalam
kehidupan seharian (cm:pembaris)

Set Induksi
(5 minit)

[Fasa Persediaan dalam
elemen Kreativiti dan
Inovasi]

Aktiviti :

1. Minta dua murid yang berbeza ketinggiannya ke hadapan
kelas. Minta murid memperihalkan perbezaan antara dua
orang kawan mereka. Bimbing murid untuk melihat
perbezaan dari segi ukuran. Perkenalkan perkataan tinggi
dan rendah. Contohnya:

Nani rendah.
Amin tinggi.
2. Seterusnya tunjukkan dua batang pembaris yang berbeza
panjangnya. Minta murid memperihalkan perbezaan antara
dua pembaris tersebut. Bimbing murid untuk melihat
perbezaan dari segi ukuran. Perkenalkan perkataan
panjang dan pendek. Contohnya:

Pembaris kayu ini panjang.
Pembaris plastik ini pendek.

3. Guru menunjukkan tayangan video yang melibatkan
suasana kampung lakonan upin ipin. Guru
menerangkan ukuran yang terdapat dalam video dan
gambar. Terangkan kepada murid objek yang
menegak diukur tinggi atau rendah (contohnya
bangunan, tangga dan burung yang sedang terbang
tinggi atau terbang rendah) objek melintang diukur
panjang atau pendek (contohnya pembaris, tali dan
kenderaan).
UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
174

Langkah 1
(20 minit)

[Fasa Imaginasi]
Aktiviti :

1. Guru menunjukkan slaid power point yang menunjukkan
dua gambar yang berbeza ukuran. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang benda yang dapat di ukur dan
membuat perbandingan antara jawapan mereka.
a. Antara objek/benda ini, yang mana lebih panjang?

b. Manakah lebih pendek, sebatang pensil atau pembaris?

c. Apakah contoh benda yang mempunyai panjang?

2. Kemudian minta murid mencari objek maujud lain yang ada
di dalam bilik darjah dan berbeza ukurannya. Minta murid
memperihalkan ukuran panjang objek-objek tersebut
dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sesuai.

3. Edarkan Lembaran Kerja 8.1.

Langkah 2
(10 minit)

[Fasa Imaginasi]
Aktiviti:

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Permainan bermula apabila muzik dimainkan.

3. Sepanjang muzik dimainkan, setiap kumpulan perlu
mencari suatu objek yang panjang dan suatu objek yang
pendek.

4. Murid perlu berhenti mencari apabila muzik dihentikan.

5. Bincang dan bandingkan dapatan murid.

6. Kumpulan yang tidak sempat mencari objek yang sesuai
diminta meniru bunyi binatang. Contohnya mengiau seperti
kucing, mengembek seperti kambing dan sebagainya.

7. Teruskan permainan hingga selesai.

Langkah 3
(15 minit)

[Fasa Perkembangan]
Aktiviti :

1. Bentukkan kumpulan (empat orang).

2. Edarkan kertas mahjong, pen marker dan pensel warna atau
krayon kepada setiap kumpulan.

3. Secara berkumpulan, minta murid mencari tiga objek yang
panjang dan tiga objek yang pendek.

4. Kemudian minta murid melukis gambar objek tersebut pada
UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
175

kertas mahjong serta mewarnakannya.

5. Bincang dan bandingkan hasil kerja murid.

6. Pamerkan hasil kerja terbaik pada papan kenyataan.

Langkah 4
(5 minit)

[Fasa Tindakan]
Penilaian :

1. Guru mengedarkan lembaran kerja(1) dan memberi
penerangan.

2. Seterusnya guru mengedarkan lembaran kerja(2).

Rumusan
(5 minit)
Guru membuat rumusan bersama murid.

REFLEKSI :
Kelemahan :
..............................................................................................................................................................

............

Kekuatan :

...........

Penyelesaian Masalah :

176

Lembaran Kerja
Nama : ____________________ Tarikh : _________________
Kelas : 1 Cemerlang
Unit 8.2
Gambar pemandangan

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
177

Lembaran Aktiviti

Nama kumpulan: _____________________

Nama ahli kumpulan: _____________________________________________

UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
178

A. Gariskan jawapan yang betul.
Contoh :

Kuda itu (tinggi, rendah)

Arnab itu (tinggi, rendah)

1.

Amin (tinggi, rendah)

Nani (tinggi, rendah)

Nani
Amin

Botol itu (tinggi, rendah)

Tin itu (tinggi, rendah)

2.

Anjing itu (tinggi , rendah)

Kucing itu (tinggi , rendah)

3.
UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
179

Pintu itu (tinggi , rendah)

Kerusi itu (tinggi , rendah)

4.

Bangunan KLCC itu (tinggi ,
rendah)
Rumah itu (tinggi , rendah)

5.
UNIT 8: PENGENALAN TENTANG PANJANG
180

Unit 8
Lembaran Aktiviti Pengukuhan

Nama kumpulan: _____________________

Nama ahli kumpulan: _____________________________________________

Tempat
Objek Ukuran
Kantin Meja kantin
_________ meter
Kantin Bangku kantin
_________ meter
Dewan Papan kenyataan sekolah
_________ meter
Dewan Pentas
_________ meter
Pagar Pintu pagar sekolah
_________ meter

You might also like