You are on page 1of 5

PERKEMBANGAN KOORDINASI MATA DAN TANGAN KESEDIAAN DI

PRASEKOLAH : ISU, CABARAN, AMALAN- MENGATASI MASALAH MENULIS


AZIZAH SAFDIN
azizahjahara@yahoo.com
NORHAZIRAH MANSOR
Wardatul_eiman@yahoo.com

ABSTRAK
Perkembangan koordinasi mata dan tangan ialah faktor penting dalam menentukan
kesedian kanak-kanak di prasekolah dalam menguasai kemahiran menulis. Kemahiran
menulis merupakan kemahiran asas literasi awal untuk kanak-kanak di prasekolah. Hal
ini amat penting untuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa
hadapan. Oleh hal yang demikian, penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti isu
permasalahan,cabaran dan amalan di prasekolah dalam mengatasi masalah menulis di
peringkat kanak-kanak prasekolah. Penulisan ini diambil daripada kajian-kajian yang
telah dijalankan oleh para pengkaji dalam dan luar negara mengenai isu, cabaran dan
amalan yang para guru dapat lakukan dalam mengatasi masalah menulis di peringkat
awal prasekolah. Antara isu yang diutarakan ialah faktor dalaman dan faktor luaran
yang mempengaruhi masalah dalam menguasai kemahiran menulis. Amalan aktiviti
yang dilakukan untuk membantu masalah ini ialah melaksanakan aktiviti seni seperti
gosokan, origami, bermain doh serta guntingan. Selain itu pengunaan buku garis tiga
juga membantu dalam mempertingkatkan penguasaan tulisan tangan kanak-kanak.

Kata Kunci: kemahiran menulis, disgrafia, genggaman pensel, pendekatan bimbingan
individu, perkembangan, motor halus, buku tulis garis tiga.

1.0 ISU
Kajian-kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji dalam dan luar Negara
menunjukkan bahawa terdapat faktor dalaman dan faktor luaran yang mempengaruhi
penguasaan murid dalam kemahiran menulis. Antaranya pengetahuan asas menulis,
persekitaran, kaedah pengajaran guru, disgrafia (masalah pembelajaran yang teruk
dalam aspek tulisan tetapi tidak memerlukan perkhimatan pendidikan khas). Di samping
itu, jenis-jenis dan peringkat genggaman pensel dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah merupakan cabaran yang perlu dilalui oleh guru-guru di prasekolah. Sejauh
mana amalan yang dilakukan oleh guru seperti pendekatan bimbingan individu secara
peniruan dan arahan terus dapat membantu kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran disgrafia. Penulisan ini juga menumpukan kepada amalan untuk
membantu meningkatkan perkembangan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak
dalam aktiviti menulis.

2.0 DAPATAN KAJIAN
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang baik amat penting dalam memastikan
kejayaan penguasaan kemahiran literasi murid dalam pelajaran bahasa. Ia juga turut
memberi kesan kepada murid dalam meningkatkan keupayaan membaca dan menulis
jika guru dapat menggunakan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Untuk menyokong dan memperkukuhkan lagi isu ini, dapatan kajian yang dijalankan
oleh Christy Serini Anak Awang (2012) dalam kajian yang bertajuk Ada apa dengan
tulisan terhadap masalah yang dihadapi oleh Martin dan Levin (1987) bahawa
membuktikan memang wujud hubungan cara genggaman pensel dengan kekemasan
tulisan Martin. Selain itu, dapatan kajian ini menunjukan bahawa pendekatan
bimbingan individu secara peniruan dan arahan terus ini berkesan dalam membantu
responden memegang pensel dengan cara yang betul.


Hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh Nourlieda Abdulah (2009) dalam
kajianya yang bertajuk Cantik dan Kemas pula menunjukkan subjek dapat menulis
dengan cantik dan kemas setelah melalui aktiviti-aktiviti gosokan, origami, doh dan
guntingan. Aktiviti ini telah membantu meningkatkan perkembangan motor halus dari
aspek kawalan tangan dan mata di samping membaiki amalan kendiri dalam
pembelajaran dan pengajaran.
Manakala dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Rasid Jamian (2011)
yang bertajuk Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu Murid-
Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar, juga menunjukkan bahawa permasalahan yang
wujud dalam kemahiran menulis dapat diperbaiki dengan merancang aktiviti pengajaran
yang kreatif dan inovatif, persekitaran kondusif dan motivasi yang diberikan oleh guru
untuk menanamkan minat murid agar terus belajar.

Secara keseluruhan, sebahagian besar responden yang bermasalah kemahiran
asas menulis berpunca daripada kelemahan menguasai kemahiran asas, iaitu baca,
tulis dan kira. Kelemahan tersebut menyebabkan murid tidak berminat untuk terus
belajar serta memperbaiki kelemahan kemahiran walaupun mereka mempunyai potensi
untuk berjaya setanding dengan rakan-rakan mereka yang dianggap pintar cerdas dan
berkebolehan.


3.0 CADANGAN
Terdapat beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh
guru-guru pada peringkat awal penguasaan kemahiran menulis. Antaranya aktiviti-
aktiviti permainan main pasir, doh, mengoyak kertas, latih tubi menulis menggunakan
buku garis tiga. Selain itu, guru perlu sentiasa memotivasikan murid untuk terus
berusaha meningkatkan penguasaan kemahiran menulis. Antara contoh motivasi yang
boleh guru berikan seperti pujian, ganjaran dan penghargaan.

4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan-dapatan kajian yang dihuraikan di atas, jelas menunjukkan
bahawa faktor dalaman dan faktor luaran amat mempengaruhi penguasaan kemahiran
menulis. Faktor dalaman adalah seperti kemahiran motor halus, kawalan motor
(keupayaan dalam merancang sesuatu pergerakan motor halus yang baru), manipulasi
pergerakan tangan dan kesedaran kinestatik. Manakala faktor luaran pula ialah
prosedur interaksional pengajaran dan pelajaran serta bahan yang digunakan semasa
aktiviti menulis seperti krayon, berus dan pensel.

Kesimpulanya, masalah menulis di peringkat prasekolah ini tidak boleh
dipandang ringan oleh warga pendidik. Setelah guru mengenal pasti faktor- faktor yang
mempengaruhi penguasaan menulis, maka guru perlulah mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam membantu meningkatkan keupayaan seseorang kanak-kanak itu.

RUJUKAN
Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis
Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 1.

Afendi Anak Bajai. (2012). Mengatasi kelemahan menulis terbalik menggunakan buku
garis tiga dan kaedah pengulangan bimbingan individu. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP PRASEKOLAHamb. Januari 2009, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.201-216.
Christy Serini Anak Awang. (2009). Ada apa dengan tulisan. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP KG (BM)amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.230-245. 230 Seminar Penyelidikan Tindakan
IPG KBL Tahun 2012/ 27 & 28 September 2012/ IPG KBL.
Marr, Windsor & Cermak. (2001). Handwritting readiness: Locatives and visuomotor
skills in the kindergarten year. Journal of Early Childhood Research & Practice
volume 3 number 1.
Lim Chen Yin, Mohd Hanafi Mohd Yasin & Mohd Mokhtar Tahar. (2012). Genggaman
pensel kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam meningkatkan kemahiran
menulis. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 65 Malay Language Education
Journal (MyLEJ).

Nourlieda Abdullah. (2009). Cantik dan kemas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
PISMP KG (BM) amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2012, ms.217-229. 217 Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun
2012/ 27 & 28 September 2012/ IPG KBL.

You might also like