You are on page 1of 28

Sikap dan

perubahan untuk
mencapai
kecemerlangan
minda (mind set)
Ketua Polis Kedah
DCP Dato Ahmad
Bin Ibrahim
Definisi Sikap

Sikap merupakan sesuatu yang diperolehi
dan bukan diwarisi melalui baka, maka ianya
boleh diubah. Walau pun sikap merupakan
sesuatu yang sukar untuk diubah, ia
mempunyai fungsinya tersendiri kepada
individu tersebut, tetapi ia adalah tidak
mustahil untuk diubah.

SECORD AND BACKMAN (1964)

SIKAP MERUPAKAN SATU SUSUNAN PERASAAN,
PEMIKIRAN DAN KEINGINAN UNTUK BERTINDAK
BALAS KEPADA OBJ EK TERTENTU YANG BERADA
DI PERSEKITARAN.

SIKAP TIDAK BOLEH DIAMATI SECARA LANGSUNG
TETAPI IA MERUPAKAN GAGASAN YANG HANYA
BOLEH DIINTERPRETASIKAN MELALUI EKSPRESI,
PERTUTURAN DAN TINGKAHLAKU LUARAN.



GORDON ALLPORT (1935

SIKAP SEBAGAI SUATU KEADAAN BERSEDIA DARI SEGI MENTAL
DAN SARAF, DIBENTUK MENERUSI PENGALAMAN, MELAHIRKAN
PENGARUH-PENGARUH DINAMIK KE ATAS TINDAKBALAS
INDIVIDU TERHADAP SEMUA OBJEK DAN SITUASI YANG
BERKAITAN DENGANNYA.

SIKAP SEBAGAI SUATU KEADAAN BERSEDIA DARI SEGI MENTAL
YANG MENGHALAKAN INDIVIDU MEMBUAT SESUATU
PENGERTIAN ATAU PANDANGAN TERHADAP SITUASI
ATAU INDIVIDU YANG BERADA DI SEKELILINGNYA.

SIKAP BUKAN SESUATU YANG WUJUD SECARA SEMULAJADI
TETAPI DIPELAJARI, DIBENTUK DAN BERKEMBANG MELALUI
PENGALAMAN.

SIKAP BERSIFAT DINAMIK DAN DENGAN ITU IA BOLEH BERUBAH-
UBAH.

Marof Redzuan pula menyatakan bahawa sikap
adalah penilaian umum samada positif atau
nagetif terhadap sesuatu dan ia merujuk kepada
gabungan 3 komponen yang penting iaitu
kognitif (pemikiran ), afektif (perasaan), dan
psikomoto (tingkah laku ).

Ini bermakna sikap individu adalah interasi di
antara pemikiran, perasaan yang seterusnya
akan melahirkan tingkah laku dan perlakuan
yang ditunjukkan ini akan mempamerkan dalam
bentuk positif atau negetif.

Perbezaan diantara sikap dengan beberapa konsep
yang ada kaitan dengannya.

1. Sikap bukanlah satu fakta tetapi ia merupakan
pernyataan penilaian (evaluative statement ). Sikap
merujuk kepada bagaimana perasaan kita terhadap
sesuatu, sementara fakta pula adalah pernyataan
tentang sesuatu yang wujud. (Contohnya kita
memberitahu seseorang tentang kita suka pasukan
Badminton Malaysia - ia adalah sikap, tetapi
memberitahu tentang pasukan Badminton Malaysia
yang memenangi Piala Thomas pula merupakan satu
fakta).



Sikap berbeza dengan kepercayaan di mana
kepercayaan boleh didefinisikan sebagai
pernyataan mengenai hubungan diantara
sesuatu objek, konsep dan peristiwa.
(Contohnya kenyataan Saya suka kerjaya
saya ialah sikap kita terhadap kerjaya.
Tetapi kenyataan seperti Kerjaya saya
memberi gaji yang lumayan atau Saya
mempunyai seorang penyelia yang
bertimbang rasa adalah kepercayaan).

3. Sikap juga berbeza dengan nilai di mana
nilai merujuk kepada sesuatu kepercayaan
yang istimewa. Nilai merupakan satu idea
yang abstrak yang menentukan cara
bagaimana seseorang perlu atau tidak perlu
bertingkahlaku.


Personaliti merupakan ciri-ciri tekal yang
terdapat pada seseorang. Namun begitu,
sikap juga membentuk tingkahlaku yang
tekal. Apa yang membezakan personaliti
dengan sikap ialah perubahan yang berlaku
pada personaliti memerlukan masa yang
lebih lama dan panjang jika dibandingkan
perubahan kepada sikap.

PEMBENTUKAN SIKAP

Sebelum kita boleh mengubah sikap kita terlebih
dahulu perlu tahu bagaimana sesuatu sikap itu
dibentuk. Terdapat beberapa cara bagaimana sikap
seseorang terbentuk, antaranya :-

1. Mempelajari melalui pemerhatian atau
pengamatan.
2. Melalui peneguhan.
3. Melalui latihan (buat berulang kali ).
4. Melalui pengalaman kita sendiri.
5. Menilai tingkah laku sendiri

PERANAN SIKAP
Katz & Statland telah memperkenalkan
kefungsian atau peranan sikap, di mana
penganutan sesuatu sikap merupakan sesuatu
yang penting dalam memenuhi keperluan
individu. Antara peranan sikap ialah :-
1. Penyesuaian
Sesuatu sikap yang di anuti adalah untuk
penyesuaian diri dengan keadaan-keadaan
semasa atau dengan kelompok di mana
kita berada.

2.Ketahanan Diri
Sikap turut berfungsi dalam memberikan keyakinan
kepada diri sendiri di mana keyakinan diri ini penting
untuk mengelakkan diri daripada konflik dalaman.

3.Harga Diri
Sesuatu sikap yang di anuti menunjukkan bahawa
kita mempunyai pendirian terhadap sesuatu objek
sikap itu, dan seterusnya dapat menentukan harga-
kendiri kita melalui pandangan orang lain.

4.Pengetahuan
Sikap dapat membantu kita memahami dan
menerangkan sesuatu objek sikap itu dengan
lebih mendalam.
5.Penyempurnaan Kehendak
Biasanya orang akan membentuk sikap yang
positif terhadap sesuatu objek atau orang
sekiranya sikap ini dapat memenuhi kehendak
nya.
6.Penerimaan Kelompok
Adakalanya kita membentuk sesuatu sikap
kerana hendak menyertai sesuatu kelompok.


SIKAP POSITIF
Oleh kerana sikap adalah sesuatu yang boleh
dipelajari maka adalah penting bagi kita
untuk mempelajari sikap yang positif. Ini
adalah kerana sikap yang positif akan
melahirkan perilaku yang positif dan ia boleh
dilakukan dengan mengamalkan nilai-nilai
kerja yang murni.


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERUBAHAN SIKAP

Terdapat beberapa cara yang boleh
membantu mengubah sikap
kita,antaranya :-
1. Proses perubahan kepada
persekitaran
Perlu membentuk pengetahuan
yang baru hasil daripada
perubahan yang berlaku dalam
persekitaran.


Peneguhan
Terdapat dua jenis peneguhan iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif.
I anya adalah dalam bentuk intrinsik atau
ekstrinsik.

Pujukan
Model pujukan ini dapat diringkas berdasarkan
model komunikasi :-
siapa yang berkata, mengenai apa, melalui cara
apa
dan kepada siapa. Ini bermakna ciri-ciri
personaliti orang yang menyampaikan dan
menerima mesej juga adalah penting dan begitu
juga kandungan mesej.

..kepada
orang ramai
..kepada
orang ramai
Sifat semulajadi
Manusia sebenarnya secara
semulajadi adalah baik dan
mempunyai sikap yang positif dan
berupaya merasionalkan sikap
mereka.

RINTANGAN KEPADA PERUBAHAN
SIKAP
Terdapat beberapa rintangan kepada
perubahan sikap, adakala kita tidak
mahu mengubah sikap kita diatas
alasan-alasan tertentu seperti :-

1. Ragu-ragu
2. Kepentingan diri
3. Persepsi yang berbeza.
4. Merasakan sesuatu kehilangan.
PENUTUP
Perubahan sikap hanya akan berlaku jika
individu tersebut hendak berubah, perubahan
ini pula bergantung kepada ganjaran,
kebebasan dan tahap penglibatan individu,.
Dalam keadaan dimana seseorang itu terlalu
ditekan dan didesak, hanya tingkahlaku
sahaja yang berubah dalam jangka masa
pendek, mungkin sikapnya tidak banyak
berubah.

PETUA UNTUK BERUBAH

1. Programkan perubahan dalam minda

3 Cara
Gambarkan/bayangkan sebelum tidur pada setiap malam
Menulis dan melihat selalu
Doa

2. Bentuk matlamat yang jelas
Matlamat yang boleh kita gambarkan dalam minda
Matlamat yang jelas memudahkan kita untuk mencapainya

3. Bentuk kriteria/standard yang boleh diukur










4. Bentuk suasana yang merangsang perubahan
Manusia mudah terangsang untuk berubah sekiranya
suasananya merangsang perubahan

5. Selaraskan perubahan dalaman dan luaran
Imam Ghazali rah. Berkata Yang di luaran itu mencerminkan
apa yang terkandung dalam sanubari
Orang yang dalamannya hebat, hatinya hebat, mindanya hebat
dan luarannya mesti hebat
Sekiranya kita hendak menjadi orang yang
cemerlang
* Berfikir
* Bercakap
* Berpakaian yang kemas
* Bertindak
SEPERTI ORANG YANG CEMERLANG
6. Bersedia membantu orang dan bersedia meminta bantuan

Allah akan membantu hambaNya selagi hambaNya membantu
saudaranya (maksud hadith)
Allah akan tolong kita kalau kita tolong orang lain
Jangan
- Berkira
- Pentingkan diri sendiri
- Angkuh

7. Sentiasa rujuk pada jejak-jejak kejayaan orang lain

8. Minta maklumbalas dari orang lain

9. Pastikan bisikan kendiri kita adalah positif

10. Pastikan perubahan mempunyai nilai emosi yang tinggi

11. Padamkan memori lama yang negatif
12. Jadi wira dan tidak sibuk mencari wira
Nak seribu daya.tak nak seribu dalih

13. Bentuk keajaiban dan jangan harapkan keajaiban

14. Bebaskan Imaginasi fikir macam kartoon
Anggap semua boleh dilakukan
Yakin segala kesudahan akan membawa kebaikan (happy ending)
Anggap kehidupan penuh dengan warna-warni (sentiasa seronok)

15. Cari ilmu berkaitan dengan perubahan

16. Berkawan dengan orang yang positif

17. Seimbangkan perubahan mental, emosi, fizikal, sosial dan rohani
9 SIKAP ORANG YANG CEMERLANG

1. Bersikap positif terhadap perubahan

2. Bersikap positif terhadap diri sendiri

3. Bersikap positif terhadap kepimpinan diri

4. Bersikap positif terhadap masalah

5. Bersikap positif terhadap orang lain

6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood

7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif

8. Bersikap positif terhadap keputusan

9. Bersikap positif terhadap qada dan qadar

You might also like