You are on page 1of 12

AKTA PENDIDIKAN

KHAS (OKU)
PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997)
murid-murid dengan keperluan khas bermakna murid-murid yang mempunyai:
kecacatan penglihatan
kecacatan pendengaran
masalah pembelajaran

SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI
MALAYSIA
Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an dengan
penglibatan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah cacat penglihatan
dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
melalui perakuan169 membawa kepada satu penekanan dan tumpuan kepada
perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.
Perakuan ini menyebut:
Dengan Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggung jawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan
yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan. "

Pendidikan Masalah Penglihatan

1926 - Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di
Melaka
1931 - SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 - Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh
Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama
Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 - Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 - Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 - Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat
penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan


1963 - Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di
sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 - Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di
Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 - Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu
untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 - Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai
sekolah bertaraf penuh
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi
tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis
Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk
menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan
alatan braille


Pendidikan Masalah Pendengaran
1954 - Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam, Pulau Pinang
1954 - Pembukaan Sekolah Kanak-Kanak Pekak persekutuan (Rendah dan
Menengah), Tanjong Bunga, Pulau Pinang
1963 - Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan. Percantuman
Cacat Pendengaran oleh Kementerian pendidikan di sekolah rendah dan
sekolah menengah biasa yang dipilih Permulaan Latihan Perguruan
Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 - Pengenalan Kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pendidikan
untuk menggubal sistem Bahasa Melayu Kod Tangan Penubuhan
Jawatankuasa Kebangsaan Komunikasi Seluruh Kementerian pendidikan


1979 - Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru yang mengajar masalah
pendengaran dalam Bidang Komunikasi Seluruh
1984 - Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
1985 - Penubuhan Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Komunikasi Seluruh,
Kementerian Pendidikan untuk perkembangan Sistem Kod Buku
Pendidikan Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar Agama
Islam Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil Kod Dasar KBSR Tahap II
Bahasa Malaysia Kod Tangan Penubuhan Jawatankuasa Kerja Kecil
Penggubalan Kod Tangan Pendidikan Vokasional dan Teknikal
1987- Pembukaan Sekolah Menengah pendidikan Khas Vokasional, Shah
Alam


Program Percantuman/Inklusif

1962 - Program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat
penglihatan dimulakan
1988 - Permulaan kelas perintis untuk murid-murid peringkat
bermasalah pembelajaran
1993 -Tiga (3) pelajar pendidikan inklusif ditempatkan belajar di
Tingkatan 6 Bawah di Sekolah Menengah Methodist (Lelaki),
Kuala Lumpur
1994 - Pembukaan kelas-kelas program inklusif seeara projek rintis
di 14 buah sekolah di seluruh negara
1995 - Program Bermasalah Pembelajaran peringkat menengah
dimulakan


DASAR DAN PERUNDANGAN
PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas yang dijalankan berlandaskan kepada peraturan,
perundangan, deklarasi-deklarasi, dan persidangan.

Akta dan Peraturan
Akta Pendidikan 1961
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajran 1979, Bab VI
Akta Pendidikan 1996, Bab 8
Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997)
Akta Pendidikan (pindaan) 2002
Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia
[Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP)
dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas.


Implikasi Akta dan Peraturan ke Atas
Pendidikan Khas

(i) Akta Pendidikan 1961
Memberi Konsep Sekolah Khas: Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan
layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.

(ii) Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Bab VI
- memberi fokus kepada pendidikan kanak-kanak cacat:
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat, adalah diperakukan kerajaan
mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak
persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu, penyertaan
oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat
hendaklah terus digalakkan.
(iii) Peraturan Pendidikan 1997 (dlm
Akta Pendidikan 1996):

Mengakui hak murid berkeperluan khas utk diinklusifkan dalam
kelas biasa.
Peraturan (2) menyebut, pendidikan inklusif bermaksud: satu
program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan
khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama
dengan murid-murid biasa.
Perkara ini telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU)
kementerian pendidikan pada tahun 2000, iaitu: 6.1
mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di
sekolah biasa.
Terdapat Inklusif Penuh dan Inklusif Separa

(iv) Public Law 94-142 (P.L. 94-142) (di USA)
Termaktub sebagai undang-undang pada 1975.
Pangggilan asal ialah Education for All Handicapped Children
Act dan ditukar kepada Individuals with Disabilities Education
Act.
Merupakan mercu tanda kepada perundangan yang telah
mengubah senario pendidikan khas.

You might also like