You are on page 1of 1

PIPR-20

UNIT PRAKTIKUM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal
:
:
:
:
Ke-1
Pertama
1 5 April 2013
Minggu Pertama Di SK Sibu Jaya, Sibu, Sarawak
Pada hari pertama, SK Sibu Jaya, Sibu Jaya telah bercuti sempena Easter Monday. Tiada
sebarang interaksi dan aktiviti yang dilakukan.
Pada hari kedua, saya bersama pasangan praktikum melapor diri kepada Beruin Ak Luang, Guru
Besar, SK Sibu Jaya, Sibu Jaya. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri
kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan
sekolah, termasuklah sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah, struktur organisasi, peranan
dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru ko-
kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan, latar belakang murid dan
masyarakat setempat, tugas dan tanggungjawab murid di sekolah, pengelolaan aktiviti kokurikulum
dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Selepas waktu rehat kami pergi ke bilik Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk menentukan
kokurikulum yang bakal kami sertai. Saya telah memilih untuk sertai sukan dan permainan futsal serta
kelab komputer. Seterusnya, kami berjumpa dengan Ustaz Marzuki B. Abu Bakar, guru pembimbing
praktikum kami. Beliau memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu,
sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan rancangan semester.
Pada hari ketiga, saya menyediakan Rancangan Semester Pendidikan Jasmani. Saya diberikan 2
waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3DH, 2 waktu Tahun 3MW, 2 waktu Tahun 3AL, 1
waktu Tahun 4TR, 1 waktu Tahun 4IX, 1 waktu Tahun 4DH dan 1 waktu Tahun 5MW. Saya
menghadapi sedikit masalah dalam penyediaan rancangan semester bagi format KSSR kerana
kurang berpengalaman dalam melakukannya. Bagi format KBSR saya tidak mempunyai masalah
kerana telah diajar cara melakukannya ketika di institut.
Pada hari keempat, saya meminta guru pembimbing untuk membuat pemerhatian pengajarannya.
Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui peluang tersebut saya telah memperolehi
pengalaman dan keyakinan terutamanya tentang cara pengurusan kelas dan pengurusan aktiviti
kumpulan. Saya juga membuat sedikit catatan semasa sesi pemerhatian supaya dapat digunakan
sebagai rujukan saya.
Pada hari kelima, saya menyiapkan folder yang diperlukan supaya lengkap. Kemudian, saya
memantau pengajaran guru kelas 5 Mawar untuk mengenal pasti kemampuan murid dan tajuk yang
telah diajar di dalam kelas tersebut. Oleh itu, saya dapat merancang aktiviti dan tajuk seterusnya
yang ingin diajar apabila masuk ke dalam kelas tersebut. Selepas itu, saya membuat rancangan
mingguan dan rancangan pengajaran harian untuk minggu yang kedua.
Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

You might also like