Oleh: Nor Daumi bin Ishak Amir Amran bin Hj. Mohd Ali Mohd Nazeri bin Azizan Amalan Reflektif
Amalan reflektif bermaksud merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan menyedari implikasinya terhadap diri kita.
Budaya ini mampu untuk membantu guru dalam memperbaiki kelemahan pada diri guru untuk menambah baik pdp kepada pelajar.
Menurut Schon (1993)
Amalan reflektif ialah proses belajar pada peringkat tinggi yang melibatkan pemikiran tentang pembelajaran yang disampaikan.
Guru mereflek semula apa yang disampaikan.
Kepentingan Budaya Refleksi
Amalan refleksi membantu dalam mengimbangi antara pengalaman sendiri dengan orang lain - Antara guru dan murid - Sebagai penilaian terhadap amalan Pdp guru itu sendiri
Jenis-jenis Amalan Reflektif
i. Amalan reflektif semerta (Reflection in Action)
ii.Amalan reflektif ke atas tindakan (Reflection on Action)
iii.Amalan reflektif untuk tindakan (Reflection for Action)
Terbahagi kepada 2 cara
(i) Penulisan jurnal refleksi
(ii) Pengurusan portfolio
Proses Pengajaran Reflektif Penulisan Jurnal refleksi
Aktiviti yang menggalakkan pemikiran reflektif dalam kalangan murid dan guru Tindakan susulan apabila guru merasa puas dengan peranan yg dimainkan dalam menangani masalah pdp dan pengurusan bilik darjah
Suatu alat yang menggalakkan murid menjana pengetahuan dan kemahiran Merangsang pemikiran murid terhadap tugas mereka dalam pembelajaran Menurut Wolf (1996),portfolio ialah satu koleksi maklumat mengenai amalan pengajaran seorang guru yang terdiri
Pengurusan Portfolio
Daripada rancangan pengajaran Tugasan pelajar Rakaman video Dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan proses pdp. Mempunyai prosedur kerja yang amat teknikal.
Sekiranya kita menyelesaikan masalah tanpa mencari puncanya masalah sebenarnya
Kemungkinan masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan baik. Kemungkinan masalah lain pula akan menyusul. Oleh yang demikian budaya membuat reflektif dalam kalangan guru amat digalakkan. Guru dapat mengesan segala kelemahan yang lalu untuk diperbaiki pada masa akan datang. Kepentingan Penyelidikan Kepada Guru Semua guru perlu melakukan penyelidikan supaya dapat :- Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu program yang telah dijalankan. Kajian tindakan (Action Research)
Penyelidikan dapat membantu guru-guru memberi penjelasan terhadap sesuatu fenomena yang berlaku dalam Pdp,pengurusan bilik darjah dan organisasi. Penyelidikan dapat membantu memberikan penjelasan sekiranya sesuatu masalah yang timbul itu dapat ditangani dengan cara yang betul. Melalui penyelidikan juga sesuatu masalah yang timbul akan benar-benar difahami dan satu kaedah yang betul dapat dibuat untuk mengetasinya. Membantu guru menyelesaikan masalah yang timbul semasa melaksanakan tugas. Memfokus kepada sesuatu kajian yang lebih spesifik tentang salah satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan aspek yang anda beri perhatian. Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di mana anda sebagai guruterlibat secara peribadi sebagai peserta kajian ini dan mungkin melaksanakan kajian secara indidvidu
Budaya menyelidik
Di mana murid-murid anda sebagai pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil. Pendokumentasian dan bukti sesuatu penyataan dapat dilakukan melalui penyelidikan tindakan Mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri yang berpemikiran dan bersikap terbuka
Mampu menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki dan berubah malahan mampu menambah baik amalan kendiri Ia juga memberikan peluang untuk nilai tambah dan peningkatan profesionalisme guru
Kesimpulannya
Kepentingan budaya reflektif dan menyelidik amat penting kepada guru-guru.
Suasana budaya bagi sesebuah institusi pendidikan adalah menggalakkanpencarian ilmu pembelajaran tanpa jemu dan secara berterusan,membolehkan guru-guru meneroka idea-idea baru yang boleh meningkatkan perkembangan ilmu dalam bidang pendidikan di negara ini. Sekian, Terima Kasih