You are on page 1of 3

1.

0 PENGENALAN
Semua ahli sukan sama ada yang aktif dalam sukan bola sepak, badminton,
ragbi, gimnastik, renang atau sebut saja sukan apa, semuanya terdedah
kepada kecederaan ringan atau berat.
Kecederaan semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan
mekanisme kecederaan. Biasanya kecederaan sukan merujuk kepada
kecederaan yang berlaku semasa bersukan atau bersenam.
Kecederaan sukan bukan hanya berlaku kepada mereka yang bersukan
tetapi semasa bersenam di rumah. Ia dalam kategori yang sama. Kecederaan
sukan berlaku mungkin disebabkan kemalangan ketika bersukan, teknik
latihan atau amalan harian yang tidak betul atau kejutan pada otot.
Menurut Pakar Bedah Ortopedik dan Kecederaan Sukan, Hospital Pantai
Ampang, Selangor, Dr. Ezlan Merican, kecederaan sukan yang biasa berlaku
seperti calar, luka, sakit urat, terseliuh dan patah, memang mudah diubati.
"Kebanyakannya boleh dirawat menggunakan teknik RICE iaitu rehat (rest),
ais (ice), tekanan (compression), ampu atau angkat (elevation) selain ubatan
(medication).
Dr. Ezlan berkata, kecederaan sukan secara amnya terbahagi kepada :
1. kecederaan tisu lembut.
2. kecederaan tulang.
Kecederaan pada tisu lembut pula boleh dibahagikan kepada akut dan kronik.
Mereka yang mengalami kecederaan akut seperti terseliuh harus dirawat
segera menggunakan kaedah RICE sebelum kecederaan menjadi bertambah
kronik. Tetapi ada kalanya, mereka terus mengalami kecederaan kronik
seperti anterior cruciate ligament (ACL) di lutut akibat bermain sukan
berkaitan dengan bola dan tennis elbow di siku akibat bermain sukan yang
menggunakan raket.
Jika kecederaan semakin parah, pembedahan adalah langkah terakhir.
Biasanya kecederaan boleh diubati tetapi ia akan mengganggu aktiviti harian
individu.
Menurut Dr. Eizlan, kecederaan tulang jarang berlaku kecuali dalam sukan
lasak seperti bola sepak, ragbi, tinju, gusti, silat serta lumba kereta dan motor.
Bagaimanapun terdapat kes atlet yang tiba-tiba mengalami patah tulang
atau stress fracture. "Ini berlaku akibat latihan yang berpanjangan
menyebabkan tulang menjadi haus dan terdapat retak-retak halus.
"Biasanya mereka akan mengalami hanya sedikit kesakitan tetapi masih
boleh berjalan dan bermain seperti biasa," katanya. Lama-kelamaan
keretakan akan melemahkan struktur tulang dan kecederaan yang sedikit saja
boleh menyebabkan tulang patah secara tiba-tiba.
Jadi bagi mengelakkan kecederaan sukan, Dr. Ezlan menyarankan mereka
memanaskan badan dan membuat persediaan yang rapi sebelum bersukan.
Gunakan peralatan yang sesuai mengikut saiz dan berpadanan dengan jenis
sukan seperti topi keledar, alat pelindung mata, alat pelindung mulut, alat
pelindung untuk pergelangan tangan, siku dan lutut semasa aktiviti sukan
meluncur.
Sentiasa mengikut peraturan semasa bersukan, gunakan teknik yang betul
yang telah diajar oleh jurulatih dan amalkan semangat kesukanan dengan
tidak berniat untuk mencederakan lawan







2.0 OBJEKTIF

You might also like