Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
65Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
13 MEI 1969

13 MEI 1969

Ratings: (0)|Views: 5,737 |Likes:
Published by anie zainal

More info:

Published by: anie zainal on Dec 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/06/2014

pdf

text

original

 
13 MEI 1969 DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA MALAYSIAOLEH:NORMAZNIE BINTI ZAINALPENGENALAN
Pembentukan sebuah negara Bangsa adalah menjadi satu isu penting yang harusdijadikan sebagai satu usaha berterusan oleh semua anggota masyarakat di negara ini.Pembentukan masyarakat bersatu padu penting bagi membina sebuah negara yang majudan aman. Maka kertas kerja ini akan menelusuri rusuhan kaum 13 Mei bagi mencarititik pembinaan sebuah negara Bangsa melalui tragedi ini. Beberapa persoalanditimbulkan disini, adakah masyarakat berbilang kaum di Negara ini telah ‘insaf’ di ataskejadian ini. Adakah telah wujud kesatuan dan kesepaduan dalam masyarakat pada hariini bagi membina sebuah negara Bangsa Malaysia dan adakah 13 Mei telah dapatmembina masyarakat Malaysia, ini merupakan persoalan yang sukar dicari titik  penyelesaiannya. Namun kertas kerja ini hanya akan menjadikan beberapa berkara yangakan menjadi topik berbincangan dalam kertas kerja ini seperti bagaimana 13 Mei telahmembentuk beberapa dasar bagi memperbaiki hubungan kaum di Malaysia,memperbaiki taraf ekonomi orang Melayu dan meneliti dasar-dasar yang dilaksanakan bagi membina jadi diri Malaysia dikalangan warganegara. Penulisan ini juga akanmelakukan pemerhatian kepada kejadian 13 Mei dan dasar-dasar yang telahdilaksanakan dan sejauhmana ianya telah berjaya merealisasikan hasrat kerajaan dalammembina sebuah Negara Bangsa Malaysia.
1.0 TRAGEDI 13 MEI
Tragedi berdarah 13 Mei 1969, menjadi titik tolak kepada perubahan kepada sistem pentadbiran Negara dan juga perubahan masyarakat di Negara ini. Usaha pembentukangagasan Malaysia pada 1963 adalah bermatlamat kearah membina sebuah NegaraBangsa Malaysia. Namun, rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1969 dilihat sebagai penyebab kepada terbantutnya usaha kepada pembinaan sebuah Negara Bangsa. Namundaripada satu aspek lain, 13 Mei juga menjadi pencetus kepada usaha-usaha yang lebih
 
2
serius oleh kerajaan kearah pembentukan Negara Bangsa dan menyelesaikan permasalahan yang wujud di Malaysia.Rusuhan kaum 13 Mei telah mendorong kerajaan untuk lebih aktif dan lebihagresif dalam usaha mengatasi permasalahan kaum yang telah wujud berabad lamanya
1
.Telah wujud jurang antara kaum yang ketara yang disebabkan oleh dasar ‘pecah dan perintahBritish. Wujud pengenalan kaum mengikut sosial dan ekonomi, bagi penduduk Melayu tinggal di kampung dan menjadi petani, kaum Cina di bandar sebagai perniaga dan kaum India di ladang sebagai Penoreh Getah. Selain itu, wujud juga permasalahan dalam pemahaman perlembagaan oleh masyarakat, perasaan tidak puashati melihat hak dan keistimewaaan Melayu menjadi keutamaan, malah kaum lainseakan dipinggirkan
2
. Isu-isu politik juga menjadi permasalah umum pada ketika itu, bagaimana penguasaan politik oleh golongan elit Melayu menyebabkan hak-hak kaumlain seakan terpinggir.Maka, permasalahan asas inilah yang menjadi titik tolak kepada tercetusnyatragedi 13 Mei 1969. Bergolakan bermula apabila kempen pilihanraya 1969 yangdilakukan oleh parti-parti bertanding tidak terkawal. Mereka menjadikan pentas kempensebagai medan melepaskan kemarahan kepada apa yang berlaku, telah wujud kempenkepada anti-perkauman dan membangkitkan isu-isu perkauman sebagai tema bagikempen pilihanraya. Kempen pilihanraya tersebut dianggap sebagai medan bagimembela setiap kaum dan kempen mencabar hak istimewa orang Melayu
3
. Namun pergolakan kaum yang serius telah berlaku adalah sejak sejak awal pembentukan gagasan Malaysia lagi. Namun beberapa pergolakan yang besar seperti1964 di Bukit Mertajam, 1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang
4
menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang lebih besar dan parah. Peristiwa ini mula tercetus
1
Abu Bakar Hamzah,
 Ilham 13 Mei,
Kelantan Ismail Enterprise, 1970, hlm. 62.
2
Leon Comber,
 Peristiwa 13 Mei Sejarah Perhubungan Melayu-Cina
, Terj. Omardin HajiAshaari, Petaling Jaya, International Book Service, 1985, hlm. 91.
3
S. Husin Ali, Orang
Melayu: Masalah Dan Masa Depan
, Kuala Lumpur, Penerbit Adabi Sdn.Bhd, 1979, hlm. 40
4
R.S Milner Dan Diane K.Mauzy,
 Politik Dan Kerajaan Malaysia
, Kuala Lumpur, DewanBahasa Dan Pustaka, 1982, hlm. 100.
 
3
apabila berlaku perarakan yang dianjurkan oleh Parti Buruh pada 9 Mei apabila seorang pengikut Cina yang mati semasa dalam proses kempen pilihanraya 1969. Makakekecohan demi kekecohan berlaku sehinggalah tercetusnya perarakan besar-besaranyang berlaku pada 13 Mei yang mencetuskan pertempuran dan membawa kepada pengisytiharan darurat diseluruh negara. 13 Mei bermula apabila satu perarakan besar-besaran yang dilakukan olehkumpulan DAP dan GERAKAN yang bertujuan memberitahu perihal berkenaankemenangan besar yang dimiliki oleh mereka
5
. Perarakan ini juga bertujuan memberitahu kepada orang Melayu bahawa mereka telah berjaya memiliki Tanah Melayudengan memperolehi majoriti besar dalam pilihanraya 1969
6
. Rusuhan ini bermula pada12 Mei 1969, apabila Dr. Tan Chee Khoo yang menang dalam pilihanraya 1969dikawasan Batu, di Selangor. Beliau telah meminta kelulusan bagi mengadakan satu perarakan bagi meraikan kemenangan tersebut. Perarakan DAP pula pada tanggal 13Mei 1969 
7
.Perarakan tersebut tersebut dianggap sebagai mencabar kewibawaan orangMelayu sebagai ‘tuan’ di bumi Malaysia. Maka satu perhimpunan balas telah diadakan bagi meraikan kemenangan PERIKATAN pada petang 13 Mei di Jalan Raja Muda dirumah Dato’ Harun yang juga Menteri Besar Selangor. Sewaktu himpunan orangMelayu, mereka telah menerima berita bahawa orang Cina menyerang orang Melayu diSetapak. Maka kumpulan perhimpunan tersebut telah berarak dari jalan Raja Muda kelokasi tersebut, sewaktu dalam perarakan tersebut mereka telah berjumpa dengan duaorang Cina yang sedang menaiki motosikal, pemuda tersebut telah dibunuh. Maka inilahyang mula mencetuskan rusuhan yang hebat dalam sejarah Malaysia. Orang Cina pulatelah menahan bas bagi mencari orang Melayu dan melaungkan ‘darah bayar darah’yang merupakan slogan yang sama digunakan sewaktu perakaran mayat
8
.
5
Tunku Abdul Rahman,
13 Mei: Sebelum Dan Selepas
, Kuala Lumpur, Utusan Publication AndDistributors Sdn. Bhd, 2007, Hlm.414.
6
James P. Ongkili,
 Nation-Building In Malaysia
, Singapura, Oxford University Press, 1985,Hlm. 199-200
7
Tunku Abdul Rahman,
13 Mei: Sebelum Dan Selepas
, Hlm. 65.
8
Ibid, Hlm. 83

Activity (65)

You've already reviewed this. Edit your review.
ImaratunNikmah liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
johari liked this
Zainab Rahmat liked this
Alysna Kim JS liked this
Raziah Sahari liked this
Wan Ahmad Fitri liked this
Okiro Benihime liked this
Silvrie liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->