You are on page 1of 5

Vishalache Balakrishnan Pembelajaran Aktif JU PM 2010

1
Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Moral: Inovasi dan Kreativiti Guru
Dr. Vishalache Balakrishnan
Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Malaya
visha@um.edu.my

Pengenalan
Pembelajaran aktif bukanlah satu idea yang baru. Sejak zaman Socrates lagi
pembelajaran aktif sudah dipraktikkan. Pendidik progresif seperti John Dewey
menekankan kepentingan pembelajaran aktif. Pembelajaran aktif merupakan satu
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang semakin popular dalam era ini. Guru
digalakkan beralih daripada pengajaran pasif ke pengajaran aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Tetapi guru perlu ada inovasi dan kreativiti dalam
imaginasi mereka sama ada di dalam atau di luar bilik darjah untuk melaksanakan satu set
aktiviti pembelajaran aktif.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan pembelajaran aktif?
Pembelajaran aktif merujuk kepada pendekatan di mana murid berinteraksi dengan bahan
pengajaran. Murid melakukan sesuatu yang termasuk mengenali, memproses and
mengaplikasi informasi (nilai) yang diterima. Menurut Meyers dan Jones (1993),
pembelajaran aktif berasal daripada dua andaian: (1) pembelajaran pada hakikatnya
adalah satu aktiviti yang aktif dan (2) murid yang berlainan mempunyai cara belajar yang
berbeza.
Pembelajaran aktif menjadi realisasi apabila murid diberikan peluang untuk berinteraktif
dengan apa yang dipelajari. Ini sebenarnya menggalakkan mereka memahami dan
mengembangkan pengetahuan dan bukan menerima pengetahuan secara pasif. Dalam
persekitaran pembelajaran aktif, guru mengambil posisi fasilitator dan bukan setakat
penyampai ilmu sahaja.

Mengapakah pembelajaran aktif diberikan keutamaan?
Kajian telah menunjukkan bahawa pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan yang
efektif. Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, pembelajaran aktif membolehkan
murid mempelajari lebih banyak perkara, menyimpan informasi lebih lama and berasa
seronok dalam bilik darjah. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari
daripada guru dan murid lain dibandingkan dengan cara tradisional yang melibatkan
murid itu sendiri sahaja. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penglibatan pasif secara
umumnya membawa kepada retensi pengetahuan yang terhad seperti yang ditunjukkan di
bawah:
Vishalache Balakrishnan Pembelajaran Aktif JU PM 2010
2

Kon Pembelajaran


Bagaimanakah menyerap pembelajaran aktif dalam pengajaran anda?
Menggunakan pembelajaran aktif boleh menjadi satu cabaran kepada guru dan murid
yang tidak biasa dengan pendekatan tersebut. Guru sebagai fasilitator menyerahkan
sebahagian daripada kuasa mengawal kelas kepada murid dan murid pula memikul
tanggungjawab bukan hanya untuk apa yang dipelajari tetapi juga cara mempelajari
sesuatu yang diajar. Berikut adalah beberapa teknik umum untuk memberikan peluang
kepada murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka:

Think-pair-share ialah aktiviti mudah yang boleh digunakan dalam kelas. Berikan masa
untuk murid memikirkan tentang sesuatu topik, minta mereka berbincang dengan kawan
di sebelah dan kemudian berkongsi hasil perbincangan tadi dengan seluruh kelas.

Minute Papers memberi peluang kepada murid untuk sintesis pengetahuan mereka dan
menanya soalan kepada isu yang tidak terjawab. Berikan murid beberapa minit untuk
menjawab soalan berikut secara bertulis ataupun lisan: Apakah perkara yang paling
penting yang kamu pelajari hari ini? Apa yang kamu kurang faham? Pelbagaikan soalan
sebegini dan respon murid akan mengukuhkan proses pembelajaran mereka dan
memberikan kamu feedback/maklum balas tentang pemahaman murid.

Brainstorming ialah satu lagi teknik mudah yang melibatkan seluruh kelas dalam sesuatu
perbincangan. Perkenalkan apa yang perlu dipelajari dan minta input daripada murid
yang akan anda catat atas papan hitam.

Vishalache Balakrishnan Pembelajaran Aktif JU PM 2010
3
Permainan yang berkaitan dengan Pendidikan Moral mudah diserapkan dalam
pengajaran dan pembelajaran untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan penglibatan
murid. Permainan berbentuk padankan, pertandingan, permainan board, menyelesaikan
puzzle dan sebagainya boleh digunakan.

Kerja kumpulan membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi pendapat dan
mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Kerja kumpulan koperatif menghendaki semua ahli kumpulan
bekerjasama untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan.

Perbahasan di kelas merupakan satu perkakas efektif yang boleh menggalakkan murid
memikirkan pelbagai perspektif sesuatu isu.

Kajian kes menggunakan kisah sebenar yang menerangkan apa berlaku dalam sesuatu
masyarakat, keluarga, sekolah atau individu akan menggalakkan murid mengintegrasikan
pengetahuan yang diperolehi dalam bilik darjah dengan pengetahuan kehidupan sebenar,
tindakan dan akibat sesuatu tindakan.


Kebaikan menggunakan pembelajaran aktif and keberkesanannya:
Murid secara individu mungkin akan berhadapan dengan sesuatu masalah dan putus asa
tetapi secara berkumpulan, murid akan membantu antara satu sama lain. Dalam
pembelajaran aktif, murid akan terdedah kepada pelbagai strategi penyelesaian masalah.
Mereka akan berani mencuba strategi tersebut dalam keadaan power sharing dan
empowerment. Murid lebih yakin dalam menjawab soalan atau berdialog dengan guru
secara berkumpulan. Secara umumnya, murid belajar secara efektif dan interaktif apabila
mereka mengajar antara satu sama lain.

Apakah ciri-ciri pembelajaran aktif?
Arahan berpusatkan murid
Minat, motivasi dan kekuatan murid perlu dipertimbangkan apabila guru Pendidikan
Moral merancang aktiviti kelas. Guru perlu sensitif terhadap latar belakang murid dan
kreatif dalam menggunakan pengetahuan sedia ada murid untuk menjadikan pengajaran
dan pembelajaran berpusatkan murid.

Komuniti diskusi
Murid mempunyai banyak peluang untuk kolaborasi and bertukar idea antara satu sama
lain (murid dengan murid, murid dengan guru, murid dengan warga sekolah). Peluang
untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikonstruk dengan
pembelajaran melalui interaksi dengan lain secara inovatif agar pembelajaran
menyeronokkan dan memotivasikan murid.

Refleksi
Pembelajaran aktif diimbangkan dengan refleksi. Murid perlu ada masa dan peluang
untuk membuat refleksi atas maklumat yang diterima semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Refleksi ini boleh dibantu melalui kolaborasi dengan murid dan guru yang
Vishalache Balakrishnan Pembelajaran Aktif JU PM 2010
4
akan membawanya ke tahap equilibrium. Untuk sampai ke tahap pemahaman nilai atau
konsep yang diajar, murid terpaksa melalui satu proses yang mencabar dan memerlukan
refleksi yang serius. Guru yang kreatif dan inovatif boleh membantu murid membuat
refleksi dengan pelbagai cara.

Berkongsi tanggungjawab dalam proses pembelajaran
Pembelajaran menjadi bermakna apabila murid bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya sendiri. Guru boleh membantu murid mencapai tahap tersebut dengan
memberi bimbingan dalam bertindak dan berinteraksi dengan pembelajaran sendiri.

Kesalahan sebagai perkakas untuk pembelajaran
Menurut Brooks & Brooks (1993), kesalahan adalah satu komponen konflik kognitif dan
perkembangan. Ianya merupakan langkah semula jadi untuk pemahaman yang baru.
Apabila kesalahan dipandang daripada perspektif positif, murid tidak akan takut
membuat kesalahan atau mengambil risiko apabila melaksanakan sesuatu aktiviti.

Penilaian autentik
Dalam Pendidikan Moral, murid dinilai melalui pelbagai cara. Melalui pembelajaran
aktif, tanggungjawab untuk menilai juga dikongsi bersama murid. Misalnya, penilaian
diri dan penilaian rakan sebaya membantu murid menilai pengetahuan dan pemahaman
murid yang menjadikan pengajaran lebih bermakna.

Peranan guru sebagai fasilitator
Murid belajar melalui pelbagai cara. Seorang guru yang kreatif akan membantu
mengembangkan pemikiran kritikal murid. Guru akan menjadi fasilitator yang membantu
murid menyelesaikan masalah dan membawa makna kepada pengajarannya daripada
hanya setakat menyampaikan ilmu. Tidak ada satu cara mutlak atau pengajaran yang
membantu semua murid belajar. Oleh itu, guru Pendidikan Moral perlulah menggunakan
pengetahuan, kemahiran dan kreativiti masing-masing untuk memimpin dan menyokong
pembelajaran murid mereka.

Menggunakan masalah autentik
Penggunaan masalah autentik seperti kajian kes adalah satu perkakas pembelajaran yang
efektif. Apabila berhadapan dengan situasi kehidupan sebenar yang tidak mempunyai
satu cara penyelesaian yang mutlak, murid perlu menggunakan kemahiran berfikir secara
kritikal. Kemahiran tersebut akan mendalam apabila guru mengaitkan pengalaman dan
pengetahuan sedia ada murid dengan nilai atau konsep yang diajar.

Peranan guru Pendidikan Moral dalam KSSR
Sebagai guru yang perlu mengajar tiga domain (penaakulan moral, perasaan moral,
tingkah laku moral), guru berhadapan dengan cabaran yang agak kompleks dalam
penyediaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perhatian perlu diberikan terhadap
aktiviti yang akan membantu meningkatkan tanggungjawab murid dalam pembelajaran
mereka. Guru juga perlu membantu murid dengan menyediakan garis panduan
bagaimana mereka bekerja dalam kumpulan atau melaksanakan aktiviti kolaborasi. Guru
menyediakan peluang untuk komunikasi yang akan memberi kesan kepada murid dari
Vishalache Balakrishnan Pembelajaran Aktif JU PM 2010
5
aspek berkongsi idea, melaksanakan aktiviti dan mencapai kata sepakat. Tahap
penglibatan murid secara aktif juga bergantung kepada jumlah masa dan tahap kedalaman
dalam penglibatan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.


Rujukan

Brooks, J.G. & Brooks, M.G. (1993). In search of understanding: The case for
constructivist classrooms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum
Development.
Dale, E. (1969). Audio-visual methods in teaching. New York: Holt, Rinehart and
Winston.
Meyers, C. & Jones, T. (1993). Promoting active learning: Strategies for the college
classroom. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

You might also like