You are on page 1of 8

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

NAMA: SITI HAJARIAH BINTI ABD RAZAK

NO.MATRIK: JEA080177

NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN MUHAMMAD

SESI 2008/2009

SEMESTER SATU

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

UNIVERSITI MALAYA
HIKAYAT MUSANG BERJANGGUT
PENULIS : ABDULLAH HAJI MUSA LUBIS
BAB : KELUAR MENGEMBARA

“Shahadan selang antara tiada berapa lamanya, maka pada sa’at dan
ketika yang baik Kamarul Ariffin pun bermohon-lah kepada kedua orang
tua-nya suami isteri buat meneruskan chita-chitanya untuk berjalan keluar
negeri kerana mendapat sa-orang......Maka biaperi suami isteri pun lalu
memelok dan menchium anak-nya itu, sambil kedua-nya berdo’a kapada
Ilahi sa-moga selamat hendak-nya Kamarul Ariffin pergi dan kembali.
Ada pun akan Kamarul Ariffin keluar berjalan sambil mengembara itu, ia
ada membawa pembekalan yang sudah di-sediakan-nya ia-itu kachang,
gula, beras dan anak-anak ikan halus ( ikan bilis). Maka kesemua-nya
barang-barang yang tersebut itu di-simpan-nya sahaja ka-dalam satu bekas;
kerana itu-lah maka sakalian mata benda yang tersebut telah bercampur
gaul sa-kali dengan beras itu”

Cerita Hikayat Musang Berjanggut ini merupakan hasil penulisan

Abdullah Haji Musa Lubis menyampaikan sebuah kisah klasik yang mengisahkan

seorang putera raja keluar menggembara bertujuan untuk mencari “perempuan”

sebagai dijadikan seorang isteri. Watak utama dalam kisah ini iaitu Kamarul

Ariffin meminta keizinan kedua orang tuanya untuk keluar menggembara bagi

memenuhi cita-citanya itu. Walaupun pada dasar ibubapanya berat untuk

melepaskan ia pergi menggembara. Sebelum pergi menggembara Kamarul ada

membawa bungkusan beras yang bercampur dengan kacang, gula dan ikan bilis

untuk diberikan kepada sesiapa sahaja tuan rumah disinggahi nanti yang sudi

memasak bahan-bahan tersebut. Ia berbuat demikian bertujuan untuk menilai dan

melihat sesiapa yang memiliki sifat-sifat seorang wanita dalam Islam yang

dicarinya itu.
Dari sudut pandangan masyarakat melayu sekiranya seseorang pemuda

ingin mencari calon isteri ia seharusnya melihat dari sudut agama, keturunan, rupa

paras, dan harta. Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang

wanita menerima gelaran solehah dan seterusnya menerima pahala syurga yang

penuh nikmat dari Allah s.w.t. Mereka hanya perlu memenuhi dua syarat iaitu

taat kepada Allah dan RasulNya dan taat kepada suami. Perincian dari dua syarat

diatas taat kepada Allah dan RasulNya iaitu mencintai Allah s.w.t dan

Rasulullah melibihi dari segala-galanya, wajib menutup aurat, tidak berhias dan

berperangai seperti wanita jahiliah, tidak bermusafir atau bersama lelaki dewasa

kecuali ada mahram bersama, sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,

kebajikan dan taqwa, berbuat baik kepada ibu dan bapa, sentiasa bersedekah baik

dalam keadaan susah atau senang, tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa,

bersikap baik terhadap tetangga. Taat kepada suami pula iaitu memelihara

kewajipan terhadap suami, sentiasa menyenangkan suami, menjaga kehormatan diri

dan harta suaminya selama suami tiada di rumah, tidak bermasam muka di

hadapan suami, tidak menolak ajakan suami untuk masuk tidur, tidak keluar

tanpa izin suami, tidak meninggikan suara melebihi suara suami, tidak membantah

suaminya dalam kebenaran, tidak menerima tamu yang dibenci suaminya dan

sentiasa memelihara diri, kebersihan dan kecantikannya serta rumahtangga.

Oleh itu dalam budaya melayu seseorang perempuan seharusnya menjaga

tingkah laku, percakapan dan kehormatannya. Oleh itu, walaupun karya klasik ini

nampak seperti sebuah cerita komedi tetapi mempunyai erti yang mendalam iaitu

merujuk kepada satu bidang penyelidikan dan kaedah kajian, matlamat asas dan
bahan kajian tersendiri. Dalam karya ini penulis telah menunjuk bahawa

kegigihan watak seorang pemuda yang bernama Kamarul Ariffin dalam usaha

mencari “perempuan” idamannya. Penggembaraan yang dilalui ia sangat mencabar

dan berbahaya mengambil tempoh yang tidak diketahui lamanya. Merupakan

sebuah karya yang nampak ringkas tetapi jika direnung kembali sarat dengan

falsafah dan sindiran yang tajam. Ia mewujudkan satu cerita yang menjadi sangat

sukses daripada aspek mana pun sama ada artistik, penceritaan malah tuntutan

pop. Perjalanan dalam zaman muda yang diharungi oleh Kamarul Ariffin sebagai

titik penentu kepada destinasi masa depan tidak diangkat dengan baik. Beberapa

plot yang dibina hanya sekadar menjadi pemanjang cerita itu sahaja.

Cerita ini dimulakan dengan penggembaraan Kamarul Ariffin ke hutan

belantara untuk tujuan merantau mencari seorang “perempuan” yang dihajati.

Mendapat restu daripada kedua orang tuan dan memohon supaya ia selamat

pergi dan selamat kembali ke pangkuan ibubapanya. Telah menjadi adat melayu

sebagai seorang anak seharusnya memohon restu apabila ingin keluar rumah

kepada kedua orang tua mereka sekiranya mereka masih hidup di muka bumi ini.

Sekiranya ibu dan bapa tidak mengizinkan anak tersebut tidak boleh membantah,

jika membantah akan dianggap sebagai anak derhaka. Oleh itu, budaya orang

Melayu sangat menitikberatkan tentang akhlak seseorang anak yang telah diasuh

dan dijaga sejak dari kecil lagi supaya hormat kepada orang tua. Dengan berkat

dan restu daripada orang tuanya Kamarul Ariffin semoga selamat dan tidak

mengalami sebarang kecederaan kecuali hanya keletihan sahaja sebelum

menjumpai tempat untuk berteduh. Sifat yang ada padanya haruslah diambil

sebagai teladan kepada anak-anak muda pada zaman sekarang supaya tidak
mudah berputus asa apabila menghadapi sebarang musibah atau bencana dan

cuba untuk mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

Apabila ia sampai di sebuah rumah berdekatan dengan dusun ia cuba

memberanikan diri untuk memberi salam kepada tuan rumah tersebut. Dalam

konteks Islam, sebagai seorang muslim dan muslimah seharusnya kita memberi

salam iaitu “Assalammualaikum Warahmatulallah Hiwabarokatull” sebagai tanda

pertama memperkenalkan atau menegur seseorang Islam sama ada yang dikenali

atau yang tidak dikenali. Lalu tuan rumah tersebut menyambut salam yang

diberikan oleh Kamarul itu tadi sambil mempelawa masuk ke rumah. Tuan

rumah itu melayani Kamarul Ariffin dengan begitu baik sekali, ia meminta izin

untuk pergi ke perigi mengambil air sembahyang sesudah selesai sembahyang

Kamarul mengeluarkan bungkusan yang bercampur beras dengan kacang, gula dan

ikan bilis itu untuk diberikan kepada tuan rumah itu supaya bahan-bahan

tersebut dibuat masakan. Lalu orang tua itu memberikan bungkusan tersebut

kepada isterinya dan disuruh anak iaitu Maimunah untuk memasak bahan-bahan

tersebut. Alangkah terkejut Maimunah apabila mendapati bekalan tersebut

bercampur beras dengan kacang, gula dan ikan bilis. Sebenarnya ini merupakan

satu muslihat Kamarul Ariffin untuk menilai seseorang perempuan itu sama ada

sanggup bersusah payah menempuh ranjau kehidupan sekiranya berkahwin

dengannya nanti. Oleh itu ia dapat mengetahui sejauh mana tahap atau sikap

seseorang perempuan tersebut melalui kaedah tersebut.

Dengan demikian ini, persepsi untuk mencari isteri pada zaman dahulu

dan zaman sekarang sangat berbeza sekali kerana pada zaman dahulu
kebanyakan calon isteri yang akan dinikahkan dengan seseorang pemuda dicari

oleh kedua orang tua pemuda tersebut. Pada masa kini, majoriti pasangan yang

berkahwin dalam umur muda kebanyakan atas dasar cinta, suka sama suka dan

saling mengenali antara satu sama lain tanpa bantuan daripada pihak keluarga

masing-masing. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah rumah tangga yang

dilihat bahawa kebanyakan pasangan berkahwin pada usia muda akan bercerai

kerana kurang mempunyai ilmu pengetahuan yang khusus tentang kehidupan

berkeluarga atau rumahtangga. Setelah selesai makan orang tua itu mengajak

Kamarul Ariffin bersembang sambil makan kapur sireh iaitu sejenis makanan

orang tua-tua dahulu dimakan bertujuan untuk kekalkan gigi yang kuat dan tidak

mudah reput. Orang tua itu bertanyakan kepada Kamarul tentang latar belakang

dan tujuan sebenar datang menggembara. Lalu Kamarul secara serba sedikit

menjelaskan tujuan sebenar ia menggembara. Selepas itu mereka tidur apabila

hari menjelang siang, ia bersiap-siap untuk meneruskan perjalanannya tanpa arah

tujuan. Sebelum berangkat keluar meninggalkan tempat tersebut ia sempat

memberikan sedikit sumbangan sepuluh dinar tanda terima kasih kepada tuan

rumah itu. Kesudahannya setiap rumah yang dikunjungi Kamarul Ariffin akan

memasak nasi menggunakan beras mereka sendiri kerana melihat beras yang

dibawa oleh ia bercampur dan mereka beranggapan bahawa Kamarul Ariffin

seorang yang gila kerana telah mencampurkan beras tersebut.

Walaupun begitu Kamarul Ariffin seorang yang sangat berbudi bahasa

kerana setiap rumah yang ia pergi menumpang bermalam sekiranya tiba masa

untuk berangkat ia akan sumbangan sepuluh dinar sebagai tanda terima kasih.

Kamarul Ariffin tidak menunjukkan sedikit pun perasaan marah dan sentiasa
bersikap rasional apabila bekalan itu ditolak dan walaupun ada beranggapan ia

seorang yang gila kerana mencampurkan beras dengan bahan-bahan tersebut.

Dalam penggembaraan selama enam bulan ia tidak menemui “perempuan” yang

dicarinya itu. Karya klasik ini memang pernah terjadi dahulu, sekarang dan masa

akan datang kelak. Oleh itu, penulis cuba menunjukkan kemahiran isu-isu kronik

dengan secara sinis dan tidak menghentam orang secara terus tetapi secara

berseni sekali.

Kesimpulannya, satu karya yang begitu klasik ditulis oleh penulis

Abdullah Haji Musa Lubis bersifat komedi sinikal yang berprofil tinggi

dihasilkan oleh beliau. Beliau sebenarnya mengajak orang melayu berfikir , melihat

cermin dan menilai diri sendiri. Tidak ramai yang dapat menilai pengajaran yang

berguna dalam cerita ini bagi mereka yang faham akan terasa sendiri tetapi bagi

yang tidak faham cuma gelak terbahak-bahak kemudian terdiam sekejap sebab

tersedar yang dia gelakan diri sendiri. Kita seharusnya berusaha tanpa mudah

berputus asa dengan usaha kita sendiri untuk mengubah kehidupan di masa akan

datang supaya lebih berjaya sama ada di duniawi mahupun akhirat.

Bibliografi

Abdullah Haji Musa bin Lubis. 1965. Hikayat Musang Berjanggut. Penerbitan
Pustaka Antara. Akademi Pengajiaan Melayu. Universiti Malaya.
Hashim bin Haji Musa. Ph.D. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai, dan Etika
Melayu. Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Jaafar Salleh. 2008. Falsafah Hadhari Dalam Islam: Relevan Sepanjang Zaman.
Batu Caves, Selangor: Thinker’s Library.

Kamus Bahasa Melayu. Kumpulan Rusa, 1999. Petaling Jaya. Peringatan Za’ba.
Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Prof. Dr. Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Jabatan Bahasa
Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

You might also like