You are on page 1of 4

LAPORAN PENGLIBATAN / PERANAN LAIN SEMASA PRAKTIKUM

Projek/Aktiviti

PEGAWAI TEKNIK KEJOHANAN OLAHRAGA DAN
PADANG MSSD REMBAU KALI KE - 44

Tarikh

17 Mac 20 Mac 2014 (Isnin hingga Khamis)

Tempat

SMK Datuk Abdullah, Astana Raja, Rembau.

Objektif

1. Memenuhi tuntuan amali Peperiksaan Pegawai
Teknik KOAM.
2. Menambahkan pengalaman dan pengetahuan
dalam bidang kepegawaian teknik olahraga dan
balapan.

Laporan

Kami telah terpilih sebagai wakil Sekolah
Kebangsaan Kota untuk bertugas sebagai pegawai
teknik bagi Kejohanan Padang Dan Balapan MSSD
Rembau. Kejohanan ini telah berlangsung pada 17 Mac
20 Mac 2014 bertempat di SMK Datuk Abdullah.

Antara acara balapan yang telah dipertandingkan
ialah lumba lari dan jalan kaki. Manakala acara pedang
yang dipertandingkan ialah lontar peluru, lempar cakera,
rejam lembing, lompat tinggi, lompat jauh dan lompat
kijang

Pada 14 Mac 2014, satu Mesyuarat Pegawai
Teknik Kejohanan telah diadakan. Hasil mesyuarat yang
telah dijalankan, kami telah diamanahkan untuk
bertugas sebagai hakim lontar peluru. Kami ditugaskan
bersama sama dengan 4 orang lagi guru sekolah lain.
Disini, kami dapat belajar bagaimana untuk
membiasakan diri dengan persekitaraan baru dengan
cepat. Di samping itu juga, kami telah dapat belajar
bagaimana untuk berkomunikasi dengan guru guru
lain untuk membina hubungan baru dengan mereka.
Pegawai teknik yang lain sememangnya amat mesra
dan amat sudi untuk membantu kami.

Pengalaman menjadi seorang pegawai teknik untuk
kejohanan seperti ini sememangnya merupakan
pengalaman yang amat berharga dan berguna kepada
kami sebagai seorang bakal guru. Tanggungjawab
seorang pegawai teknik untuk kejohanan seperti ini
bukanlah mudah seperti yang dijangkakan. Kami telah
dapat belajar mendisiplin diri untuk datang awal ke
tempat kejohanan supaya acara dapat dijalankan pada
waktu yang telah ditetapkan. Tugas sebagai pegawai
teknik ini juga telah menyedarkan kami bahawa
pentingnya bertanggungjawab untuk setiap tugas yang
telah diamanahkan.

Kami berharap segala pengalaman dan
pengetahuan yang telah kami dapat daripada kejohanan
balapan padang ini dapat diaplikasikan pada masa
hadapan sebagai seorang guru.










Gambar bersama - sama dengan sukarelawan kejohanan.









Gambar bersama - sama dengan guru pengiring SK Chengkau.

Ulasan
Guru / Pembimbing



Nama Guru Pelatih

1. Rahayu Binti Rasli
2. Nur Hashima Mahizza Binti Hamdan
T.T Pembimbing

Nama Guru
Pembimbing


Tarikh

You might also like