You are on page 1of 18

KAEDAH ABJAD

MUHAMMAD AMIN BIN JAAFAR


MOHD HAZIQ BIN MUHAMAD MUSTAFA
RAFQAH BINTI ZAKARIA
AIN SYAHIRAH BINTI ABDULLAH
PISMP 2.09
Konsep Membaca Kaedah Abjad
Merupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca
dalam kalangan kanak-kanak

Digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat
permulaan.

Memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti
dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut.

Diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.

Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan
menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan
perkataan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar
diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.

Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula
berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar
didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf,
mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan
dan pemahaman murid.

Zulkifley Hamid (1994), berpendapat, kaedah abjad berpegang
kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa
huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan,
mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang
menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid
perlu menghafal nama-nama huruf dahulu sebelum didedahkan
kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

KELEBIHAN KAEDAH ABJAD
Sesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu
terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan
baharu, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat
mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan
dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam
membaca.

Mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta
memberi keyakinan kepada murid-murid.


KELEMAHAN KAEDAH ABJAD
Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara
tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka
hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.
Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan
tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak
pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran
tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila
mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

Latihan Menyebut Nama Huruf A hingga Z

(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil
Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

Contoh 1: Sebut nama-nama huruf.
Latihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV
(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan
Contoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan




(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kv
Contoh 1: Sebut suku kata di bawah
Latihan Menyebut Suku Kata,
Perkataan dan Frasa
(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasa
Contoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa
* Suku kata

* Perkataan dan frasa

Latihan Membaca Ayat

(a) Membaca ayat
Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai

Murid-murid terlebih dahulu diajar menghafal nama-nama huruf
mengikut susunannya menggunakan bahan-bahan visual dan
audio seperti kad carta, kad huruf, CD, melalui permainan dan
sebagainya.

CONTOH : KAD ABJAD
Guru menunjukkan kad abjad kepada murid dan guru
menyebut terlebih dahulu abjad-abjad tersebut untuk
memperkenalkannya kepada murid.

Kemudian, sekali lagi guru menunjukkan kad-kad abjad
tersebut dan meminta murid untuk mengenal pasti dan
menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan bantuan
guru.



Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu
kad-kad abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid
mampu mengenal pasti dan menulis abjad-abjad yang telah
diajar.

Seterusnya, guru melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan
hitam. Guru akan memilih murid secara rawak dan meminta
murid tersebut mengambil kad pada papan tulis berdasarkan
apa yang disebut oleh guru.

Selepas itu, murid diminta membuat latihan bertulis dalam
buku masing-masing. Guru akan menyebut abjad manakala
murid perlu mendengar dengan teliti dan menulisnya dalam
buku.

CARA PELAKSANAAN DI
DALAM KELAS
Murid dalam kumpulan dikehendaki untuk mencabut salah
satu perkataan yang telah disediakan dalam bekas.
Murid memberi cabutan tersebut kepada guru tanpa
melihatnya.
Guru membacakan perkataan tersebut kepada murid lalu
memberitahu perkataan yang dibacakan kepada murid yang
lain.
Murid yang lain seterusnya mencari huruf dalam balang yang
disediakan untuk mengeja perkataan yang mereka dapat.
Setelah mereka berjaya menyusun huruf tersebut, mereka
dikehendaki mengeja perkataan tersebut.
sekian..

You might also like