You are on page 1of 5

Sang Monyet yang Degil

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-jalan di kebun buah-buahan dan sayur-
sayurannya bersama rakannya Sang Kura-kura. Sedang asyik mereka menikmati
buah-buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet yang kelihatan amat kelaparan
sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah beberapa hari aku tak makan", kata
Sang Monyet dengan sedih.

"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan sedikit buah-buahan untuk aku makan",
pinta Sang Monyet tadi.

Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat sedih dan kasihan melihat keadaan
Sang Monyet seperti itu.

"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau mahu", kata Sang Kancil.

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura", seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang merimbun di hadapannya, mulalah Sang
Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak akan pokok cili yang ranum dengan
cili-cili yang merah menyala.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang Monyet.

"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung pedihnya", tegah Sang Kura-kura.

"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain", sokong Sang Kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga", kata Sang Monyet tegas.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet
terus meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili yang merah menyala itu dan
terus memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,

"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air. Pedas!!!",

Dengan muka yang merah kerana menahan Sang Monyet berlari mencari air bagi
menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil Sang Kancil dan Sang Kura-kura
menggeleng-gelengkan kepala mereka.



Sang Kancil dan Sang Gajah
Bermulalah kisah pada suatu petang sang kancil yang cerdik bersiar-siar didalam
hutan belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang kancil telah terjatuh ke jurang
yang amat dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah sia-sia, sang kancil pun berfikir,
"Macam mana aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang bernas untuk sang kancil keluar dari
lubang tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu berputus asa. Dalam kebuntuan
mencari idea, sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki yang besar.

"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain, mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil
mendapat satu idea yang bernas untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang.

Kemudian Sang gajah yang lalu itupun menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah
buat apa?" Tanya si Gajah.

"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.

"Dari apa?" Tanya gajah lagi.

"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai sang kancil bulat-bulat. "Habis tu
macam mana nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.

"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau langit runtuh pun selamat kita dekat sini."

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus melompat ke dalam lubang untuk
menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil pun mengambil kesempatan untuk
melompat di atas badan gajah dan terus keluar dari lubang yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku." Kemudian sang kancil pun berlalu pergi
meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-pinga di dalam lubang tadi.



Perlumbaan Sang Anab dan Sang Kura-kura
Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang berjalan perlahan-lahan mengambil angin
pagi di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang memang terkenal antara binatang
yang pantas di rimba itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana kau?", kata Sang Arnab membuka
bicara.

"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura.

"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau ni, jalan pun lambat, bila kau mahu
tiba ke destinasi", ejek Sang Arnab yang memang dikenali suka mengejek yang
lemah.

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku begini, aku redha", kata Sang Kura-kura
sambil terus berjalan meninggalkan Sang Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana Sang Kura-kura sepertinya tidak
terkesan akan sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan satu cabaran kepada
Sang Kura-kura dengan niat mahu mengenakan dan memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja aku mahu bersaing dengan kau",

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura ringkas.

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba dengan aku juga besok, aku tunggu dekat
tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang untuk menyaksikan perlumbaan antara
Sang Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang Kancil menjadi pengadilnya,
perlumbaan yang dijadualkan bermula dari tebing sungai, menelilingi rimba dan
tamat di tebing sungai kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-tengah hiruk
pikuk penyokong kedua-dua peserta.

Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang
Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi garisan mula.

Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti di bawah sebatang pokok. Lalu dia
memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang Kura-kura di belakangnya.

"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura, garisan tamat pun dah dekat,
mengantuk pula aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga nanti Kura-kura pasti
belum memotong aku", fikir Sang Arnab.

Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun tidur di bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di pokok tempat Sang Arnab sedang tidur.
Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang Kura-kura terus berjalan menuju
garisan penamat.

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia
berlari menuju garisan penamat.

"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang Kura-kura sudah memotong aku",
getusnya sendiri.

Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat kelihatanlah Sang Kura-kura
menerima ucapan tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain kerana memenangi
perlumbaan itu. Dengan rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari situ kerana
tewas kepada Sang Kura-kura sambil diketawakan para penghuni rimba.

You might also like