You are on page 1of 1

Aku Mahukan Seorang Isteri

6. Aku mahukan seorang isteri yang akan menjaga segala urusan kehidupan sosialku. Apabila aku dan
isteri dijemput keluar oleh rakan-rakan, aku mahukan seorang isteri yang akan mengatur urusan
penjagaan anak. Apabila aku bertemu dengan orang di sekolah yang ingin dilayan dan aku mahu
meraikan mereka, aku mahukan isteri yang akan membersihkan rumah, menyediakan hidangan istimewa,
hidangkannya kepadaku dan rakan-rakan, dan tidak menganggu apabila kami berborak mengenai perkara
yang diminati. Aku mahukan seorang isteri yang akan mengatur soal pemakanan anak-anak dan
memastikan mereka tidur sebelum tetamuku tiba agar anak-anak itu tidak akan menganggu. Aku
mahukan seorang isteri yang mengambil berat keperluan tetamuku supaya mereka berasa selesa,
memastikan mereka disediakan asbak, menghidangkan mereka pembuka selera, memperlawa mereka
menambah makanan, mengisi semula gelas minuman mereka apabila perlu, menghidangkan kopi
mengikut kesukaan mereka. Dan aku mahukan seorang isteri yang tahu bahawa kadangkala aku ingin
keluar bersendirian di waktu malam.
7. Aku mahukan seorang isteri yang sensitif terhadap keperluan seksualku, seorang isteri yang
membangkitkan rasa cinta dengan penuh ghairah dan minat ketika aku memerlukannya, seorang isteri
yang berupaya memuaskan aku. Dan, semestinya, aku mahukan seorang isteri yang tidak meminta
perhatian seksual ketika aku tidak berkeinginan untuk itu. Aku mahukan seorang isteri yang memegang
tanggungjawab sepenuhnya dalam urusan perancang keluarga, kerana aku tidak inginkan ramai anak.
Aku mahukan seorang isteri yang akan terus setia dari segi seksual terhadapku agar aku tak perlu
mencampur aduk kehidupan intelektualku dengan rasa cemburu. Dan aku mahukan seorang isteri yang
memahami bahawa keperluan seksualku menuntut lebih daripada sekadar keperluan yang tak berbelah
bagi terhadap monogami. Selepas semuanya, aku harus mampu berhubung dengan orang ramai dengan
sebaik mungkin.
. Sekiranya ada kemungkinan bagiku bertemu wanita lain yang lebih sesuai dijadikan seorang isteri
berbanding isteriku yang sedia ada, aku mahukan kebebasan untuk menggantikan isteri yang telah aku
miliki dengan yang lain. Sewajarnya, aku menjangkakan sebuah kehidupan yang segar dan baru! isteriku
akan menjaga anak-anak dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keperluan mereka supaya aku boleh
bebas.
". Apabila tamat persekolahan dan sudah bekerja, aku mahu isteriku berhenti kerja dan sentiasa berada di
rumah supaya isteriku dapat menjalankan sepenuhnya tanggungjawab sebagai seorang isteri.
#$. %h, siapa yang tidak mahukan seorang isteri?

You might also like